Wednesday, June 27, 2012

Dr. Sini....Prof. Sana



Hari tue kan ada bengkel dekat Pullman Putrajaya. Actually sangat seronok pergi ke bengkel tue sebab untuk pertama kalinya dapat berjumpa muka-muka baru yang saya tak pernah kenal sebelum nie. Selalunya kalau kena bengkel asyik muka itew je yang saya jumpa. I is boring uolls. Sesekali tue nak gaks jumpa kawan-kawan baru, barulah berkembang networking kita, tak gitu?

Bengkel hari tu rata-ratanya melibatkan pensyarah dan dekan dari pelbagai IPT di seluruh Malaysia. Most of them adalah tenaga pengajar dalam bidang ICT. Sekali lagi rasa seronok sebab dapat kenal orang-orang dari skim perkhidmatan yang different dari diri ini. If not asyiklah bincang isu-isu pegawai-pegawai gunasama je. Nie pun I dah bosan uolls.

Yang tak berapa nak best adalah satu benda nie je. Bukan tak best la pun sebenarnya. Cuma rasa macam alien pulak apabila bila kalih sini ada Dr. Amalina, bila kalih ke kanan ada Dr. Faaizah. Kat kiri pulak ada Prof. Zaki...depan dia Prof. Shahrul. 

Do you get what I mean????

Kiri kanan depan belakang semua orang bijak pandai  oii.... Now, I am so tension!!! Saya nie Master pun tak dan nak buat lagi ok. Bila berada dalam situasi di atas, tetiba je rasa nak sambung belajar time tu jugak. Nape la dari dulu tak sambung belajar, kalau tak entah-entah dah ada PhD dah sekarang (Wah...berangan ke langit nampaknya. Xpelah pun bukan kena bayar kalau berangan kan).

Ada tue saya tengok macam muda je lagi dah ada gelaran Dr. Ikut tafsiran saya yang tak berapa nak bijak dan takde Master nie, saya rasa umur Dr. tu dalam 35 kot. Dah la muka comel loteh, cakap pun sweet je. Bijak pulak tue. Envy gila kot kat dia. Mesti bangga kalau saya jadi dia (sebab tue agaknya sampai la nie takde Master sebab nanti sure riak...ahakssss!!!).

But seriously bila dalam situasi tue, rasa macam.."Eh..naperlah aku tak sambung belajar?" Orang lain dah ramai dah ada Master or even PhD. Kalau nak compete dalam dunia sekarang nie setakat Sarjana Muda tue rasanya dah berlambak kot. So silalah upgrade kelayakan akademik sedia ada (pesanan kepada diri sendiri).

Bila berada dalam kelompok orang bijak pandai nie tetiba je rasa macam diri ini sungguh kerdil. But they all sangat friendly sehingga terasa diri ini pun sebahagian daripada mereka. Cara percakapan dan pembentangan diaorang pun sangatlah mengkagumkan. Maklumlah depa nie semua memang dah biasa bercakap dan segala bentuk journal adalah sahabat karib mereka. Makanya pembentangan sentiasa dipenuhi dengan fakta dan data yang sangat menarik.

So marilah kita merancang bila nak buat Master. Cadang nak apply untuk cuti belajar tahun depan sebab tahun nie tak layak sebab baru je balik CTG..xde LNPT lagi..huhuhu. Mudah-mudahan semangat untuk sambung belajar nie akan terus konsisten sampai bila-bila.

Insyallah, doakan saya ye kawan-kawan.


No comments: