Friday, June 15, 2012

Double Celebration



Semalam terbaca status kawan saya kat FB yang bagi tau bahawa dia dah selamat melahirkan anak yang kedua tengah hari semalam. Wah, dah bersalin dah. Yang best sekali, birthday second son dia nie adalah sama dengan birthday anak dia yang pertama. Planning memang baik punyakan. Haruslah tabik spring kat dia sebab bukan calang-calang boleh dapat tarikh yang istimewa macam tue.

Lepas nie senang la nak arrange birthday party untuk anak-anak dia. Boleh buat sekali harung dan tak payah nak pikir macam-macam konsep. Dah kata birthday samakan...so paling kuat pun kena cari 1 theme yang sesuai untuk kedua-dua anak tue. But come to think about it, susah jugak sebenarnya sebab sementara bebudak tu kecik lagi memang takde banyak bunyilah kan sebab tak berapa pandai nak demand itu dan ini. 

Apa jadi kalau masing-masing dah besar dan sudah mempunyai citarasa masing-masing. Susah jugak kalau nak combine 2 minat yang berbeza. Tapi yang penting penat tu sekali je la kan...hahahahaha... Macam saya sendiri, sorang bulan Jun sorang bulan Disember. Pening makcik nak pikir tema yang sesuai utk diaorang. Macam Amsyar tue senang sikit sebab dia dah tunjukkan minat on certain characters macam Ultraman, Power Rangers and Ben10 (amik ko..semua yang stok gaduh-gaduh punya). Aimery pulak saya masih tak berapa sure sangat apa yang dia suka. Sekarang nie apa yang ada dia belasah main. Abang dia punya pun dia nak rembat dan begitu jugak sebaliknya.

So berbalik pada cerita kawan saya, Eima. Malam tadi sempat ajak hubby melawat Eima dan baby kat Prince Court Hospital. Pergi berdua je sebab rasa tak sesuai nak angkut 2 beradik tue sekali. Sampai pun dah lewat around 9pm sebab semalam jalan kat KL nie jammed melampau. Tak tau la apa masalahnya. Nasib private hospital kan so boleh lah masuk walaupun dah lewat.

Masa sampai kat bilik diaorang, baby takde sebab ada kat neonatal ward. Apparently baby tue macam susah nak breathing dan diaorang kata macam ada lendir dalam tekak dia. So nurse amik untuk pantau keadaan baby. Oleh sebab dah 6 bulan tak jumpa Eima dan Adie, lama gila kitaorang bersembang. Macam-macam topik dari cerita bersalin sampailah ke cerita maid yang buat perangai macam-macam.

Memula dah nak angkat kaki balik tapi Adie tahan suruh join sekali untuk sambut birthday Tia dengan family diaorang. Alang-alang dah sampai tue, kitaorang joinlah sekali. Tia excited gila tengok cake Angry Bird dia. Eima cerita yang Tia memang suka Angry Bird. Kalau tahu awal-awal boleh gak carikan present Angry Bird untuk dia. Tadi masa cari present memang pening kepala tak tahu nak beli apa. End up beli kereta Hot Wheel untuk Tia.

Happy Birthday to Tia (14 Jun 2010) dan Deka (14 Jun 2012)

We only leaved the hospital @ 11pm. Sebelum balik tue sempat pegi melawat baby kat neonatal ward tue. Merah lagi baby tue walaupun dah bersalin pukul 12 tgh hari tadi. Baby sangat chumel dan Eima boleh pulak kata dia tengok baby tue tadi macam angry bird. Boleh tak??!!! Hahahaha!!!!! Tak sempat nak ambil gambar baby sebab takut nurse marah. Nanti kalau ada pic dari parents dia bolehlah saya share kat sini.

So selamat hari lahir kepada Abang Deka Iskandar. Semoga menjadi anak yang soleh. Tahniah kepada Eima dan Adie jugak. 



No comments: