Friday, March 30, 2012

The Gift



Weehoo…I’m done with another book by Cecelia Ahern. The Gift. Tak sangka boleh cepat habis baca buku nie. Thanks to the Langkawi trip. Managed to read the book at the airport, in the hotel room and during the classroom lecture. Saya kan bukan peserta dan hanya bertindak sebagai urusetia. Maka oleh itu, dapatlah menelaah buku ittew sehingga habis.

The 3rd book for this year...

Permata Kedah



Saya baru tau Langkawi tue sinonim dengan panggilan Permata Kedah? Uolls tau ke? Ke tak tau jugak macam saya? Kalau yang tak tau tue kira sama la kita. But mulai hari nie kita xdelah terpinga-pinga kalau orang sebut Permata Kedah. Masa tue bolehlah rasa kembang hidung sebab kita tau apa Permata Kedah tue.

Saya ke Langkawi 2 hari lepas. Pergi hari Rabu dan balik semula hari Khamis. Pergi rasmikan kursus Pengurusan Kewangan untuk pegawai-pegawai IT, Vokasional dan Psikologi. Dua hari tue saya duduk di Grand Continental, Kuah. Disebabkan bukan saya yang berkursus maka jadual agak lapang jugak. On off tengok depa tue semua berkursus.

Sebelum nak balik tue sempat singgah ke Pekan Kuah. Saje cari oleh-oleh nak dibawa pulang. Pergi ke Ismail Group di pekan Kuah. Dalam kepala tue memang takde hajat nak membeli Corelle ke apa. Sebab tak kuasa den nak mengangkut beg berat-berat. Konsep saya, datang ringan….. balik kurang ringat sikit tak pe tapi jangan berat (apa punya konsep daa….). Lagi pun pinggan mangkuk yang dapat masa kawin 3 tahun lepas pun tak buka lagi (nak buka nak letak mana? masih menumpang rumah orangkan so dok diam-diam dalam kotak la jawabnya).

So, saya cari coklat je la. Boss pun ada kirim beli coklat. Rambang jugak mata tengok kebanjiran coklat yang begitu banyak. Disebabkan hujung minggu nie nak balik kampung maka kenalah beli lebih sikit. Adik-adik saya tue semua memang kaki makan. So supaya takde adegan atau ayat-ayata seperti “ Eh..ko dah makan banyak, nie aku punya la pulak” maka eloklah kita beli lebih sikit. Dah siap-siap bayar tue saya cari Pn. Maznah (officer saya). Dia tengah melihat-lihat kat  area pingkat mangkuk/melamine. Saya pun saja je lah jengok-jengok kat situ. Tengok je memang confirm x beli.

Tuesday, March 27, 2012

F1 Sepang 2012



Tahun nie tetiba je rasa nak pergi tengok F1 kat Sepang. Cakap kat hubby nak pergi tengok. Hubby kata dia tak ada duit nak pergi sebab dah banyak pakai duit untuk renovate rumah. Masa tue memang agak sentap sikitlah sebab hubby tolak mentah-mentah permintaan isterinya. Sebenarnya saya yang nak belanja hubby tengok F1 merangkap peneman saya untuk tengok. Tapi saya x cakap lagi la sebab masih sentapkan.

The next day, masa kat office saya text hubby. Saya kata kalau saya belanja, nak teman saya pergi tengok F1 tak? Hubby kata ok. Yeah…dapat pegi tgk F1. Macam mengidamlah pulakkan. Nak beli online credit card tak lepas so hubby went to KL Sentral to buy the ticket. Budget nak beli ticket Grand Stand yang paling mudah je. Tup-tup hubby dapat offer seat yang lebih baik pada harga yang lebih rendah masa beli tiket tu. Agaknya sebab tiket tak berapa laku kot, tue yang diaorang bagi harga rendah. Beli pun dah hari Jumaat sedangkan race hari Ahad. Daripada tak jual langsung, baiklah diaorang let go murah, betul tak? So kira untunglah dapat seat yang best dengan harga yang rendah.

On the race day (25th March), seawal pukul 10 pagi kami dah bertolak. Sampai SIC almost 11am. Kiteorang tak dapat beli tiket parking kat KL Sentral sebab tue yang bertolak awal takut takde parking. Sampai kat sana parking masih banyak. Bayar RM10 dan parking kat Bay 6. Pas tue confident je jalan ikut signage. Sampai kat entrance gate, diaorang scanned tiket kiteorang tapi tak lepas. Rupanya kita orang salah pintu masuk. Tu pintu masuk C5. Kalau tiket Grand Stand kena masuk kat main entrance. Maka terpaksalah turun semula ke bawah dan tunggu shuttle bus untuk bawa kami ke main entrance. Time tue dah mula ramai orang. Shuttle pun macam penuh je. Walaupun nie dah second time pegi tengok F1 tapi sesat jugak. Buat malu je.


Yu Kids Island



Weekends lepas dah jumpa satu tempat baru untuk bawa Aimery dan Amsyar lepak-lepak dan main di hujung minggu. Macam mana saya discover tempat nie?  Mula-mula me and hubby cadang nak bawa the kids pergi KLCC. Kat KLCC tue ka nada park so nanti bolehlah diaorang main-main kat situ.

Tapi ku sangkakan panas sampai ke petang tapi hujan di tengahari. Cuaca pukul 4pm adalah tidak menggalakkan. Awan gelap dah mula kelihatan. Nampaknya memang akan hujan petang nie. So hubby tanya saya nak bawak anak-anak pergi mana. KLCC tak sesuai sebab nak hujan. Part kena piker-pikir suka bagi kat saya. I dun loike. Sebab tak tahu nak pergi mana.

But at last saya ajak dia pergi The Curve. Saya tak tau ada apa yang menarik kat sana for kids tapi kita hentam saja la Labu. Pastu dan-dan hubby cakap, “ I pun terfikir jugak nak ajak u pergi sana tadi”. Dan-dan nak  ajak kan. Tadi tak nak cakap, bila kita dah ajak dia pun kata dia nak ajak.

So sampai sana mata pun melilau cari apa yang best. Elok-elok je sampai ke Ground Floor dari escalator parking, mata saya ternampak this shop called Yu Kids Island. Nampak macam tempat untuk kids je. Terus ajak hubby naik 2nd floor.


At 2nd Floor, The Curve

Monday, March 26, 2012

6 Penjuru



Salah satu sport yang saya suka adalah bola tampar. Saya start main bolah tampar masa di Tingkatan 1 lagi. Masa tue tak tau pun boleh main game nie. Tapi masa sekolah dulukan kita perlu main satu sukan untuk aktiviti ko-kurikulum. Oleh sebab saya tak suka main bola jaring, hoki, softball dan sebagainya maka saya saja-saja try main bola tampar. Lagi pun ramai kawan-kawan rapat join sukan nie. So saya join sekali. Ada la kawan kalau nak pergi ko-ku  nanti.

Ada bakat jugak rupanya. Tapi takdelah terer gila pandai spy bagai. Kira ok la. Main untuk team sekolah masa tue. Masuk MRSM pun main jugak untuk maktab. Dan seterusnya berlarutan sehingga ke zaman universiti. Pencapaian tue xdelah jauh mana pun. Tapi kira layaklah nak duduk kat Desasiswa Indah Kembara, USM tue sehingga ke final year sebab jadi wakil desa. Hehehehe….

Bila dah start kerja pun main jugak. Setahun sekali untuk sukan antara bahagian dan MAKSWIP. Dan Sabtu lepas saya baru je selesai Sukan 6 Penjuru di INTAN. Ia melibatkan 6 pasukan yang terdiri daripada JPA, INTAN, PPTD, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan budak-budak DPA (2 team).

Join pun last minute bila En. Khairuddin (ex-BK) call and tanya samada saya masih main volleyball atau tidak. Dulu kita orang sama-sama main untuk bahagian sebab tue dia tau saya main volleyball. Saya katalah saya main tapi dah lama tak pegang bola since balik dari London. So dia invite saya untuk join team PPTD sebab untuk volleyball diaorang perlukan sekurang-kurangnya 1 wanita dalam satu pasukan. Dia kata setakat nie dia dah ada dua wanita but kalau lebih pun tak apa sebab boleh rotate.

Friday, March 23, 2012

Atas Bukit



Semalam lepas office pergi naik ke bukit di Shangri La Putrajaya. Niat di hati nak berjogging. Dah lama sangat tak naik kat atas tue utk jogging. Memang excited nak tunggu pukul 5.30pm. Boss pun takde sebab ada seminar kat Sabah dari Khamis sampai Jumaat. So cantik sangat la tue sebab bolehla kite balik cun-cun pukul 5.30pm. Ok sebenarnya bukit kat atas tu dikenali sebagai Taman Perdana Putra. Selama nie asyik dok sebut bukit kat Shangri La je pasal tak tau apa nama tempat tu. So semalam dah amik inisiatif untuk ambil tahu nama sebenar tempat tue. So supaya tak lupa kita amik gambar siap-siap.


Sapa boleh ajar macam mane nak set balik gambar nie sebab tadi dah elok tegak tapi bila upload dah terbalik jadinya. HELP!!!!

Thursday, March 22, 2012

Another One



Hari nie dah berjaya menghabiskan buku kedua untuk tahun ini. Buku nie dah dibeli pada hujung tahun lepas tapi baru sekarang ada masa nak baca. Bak kata orang kampung saya, “Better late than never”. Ahaks…

Kali nie novel daripada Cecelia Ahern called The Time of My Life. Maybe uolls semua familiar dengan writer nie sebab  salah satu novel dia sangat famous sampaikan diadaptasi ke layar lebar. Sapa tau citer P.S., I Love You?  Yang Hilary Swank and Gerard Butler berlakon tue? Hah, dah ingat dah? Ha citer tu la… Cerita asal adalah daripada novel nukilan Cecelia Ahern iaitu P.S., I Love You.


Author : Cecelia Ahern

Wednesday, March 21, 2012

The Result Is Reveal



Hari nie semua student lepasan SPM berdebar-debar menanti keputusan masing-masing. Adik saya salah seorang daripada mereka. Hubby siap buat deal lagi dengan dia masa SPM baru start. Pembakar semangat katanya. Hubby kata kalau dapat 5A ke atas nanti Along dengan Abang Aszmy bagi PS3. Masa tue adik saya bukan main tersenyum lebar je. Dah mula berangankan PS3 la tue.

Eh! Sejak bila pulak saya setuju nak bagi PS3? Tak pernah bincang pun pasal nak bagi PS3 nie. Pandai-pandai je dia sebut. Tapi jgn la pulak kata saya kakak yang kedekut dengan adik-adik ye kawan-kawan. Kalau diaorang nak apa-apa  dan saya rasa benda tu berguna of course la saya akan pertimbangkan. Tapi kalau PS3 nie memang saya tak setuju langsung. Nanti leka main game je bebudak tue. Pukul 2-3 pagi pun tak tau nak tido lagi pasal sibuk main game.  

Tadi sempat call rumah tanya mak tentang result adik. Mak beritahu dia dapat 3 A je. Mak tak ingat sangat details apa yang dapat A apa yang tak dapat. Ok la tuekan. Ada jugak A nya. Tapi tak dapatlah PS3 seperti yang dijanjikan oleh si Abang Ipar.

Teringat juga pengalaman saya masa menunggu keputusan SPM nie. Tapi masa tue tak ada perasaan berdebar-debar sangat pun. Masa keputusan SPM diumumkan, saya telah pun masuk ke matrik. Kiranya waktu tue tengah sibuk dengan kelas dan sebagainya. Nak minta balik memang tak dapatlah. So kami semua hanya mendengar keputusan tersebut daripada ibu bapa masing-masing. So memang tak merasalah keseronokan berjumpa semula dengan rakan-rakan lama di sekolah.

Monday, March 19, 2012

My Weekends



Last weekends tak ada apa-apa plan yang menarik pun. Hari Sabtu pergi ke Bandar Seri Jempol untuk attend wedding PA Boss-Amalina dan pasangannya Darul. Berchenta kat opis mereka berdua nie.  Tingkat opis je berlainan. Selalu tanya kat Amal, tak pergi lunch ke? Dah ada orang tolong belikan katanya. Mula-mula tue macam terblur sekejap pasal tak tau lagi masa tue mereka berdua nie berchenta. Lepas dah tau tue terasa jealous plak tak ada sapa nak beli makanan untuk kite (mengada la pulak mak orang nie kan). Lempang karang….

Went there with hubby and Amsyar. Tak kuasa nak bawa si kenit tue pasal perjalanan nie nampak macam jauh je. Sehari sebelum bertolak tue sempatlah meng’google’ lokasi majlis. Tapi hampa kerana alamat yang diberikan tidak termasuk dalam map google. So terpaksalah follow 100% map yang diberikan. Kalau ada map kat google tu lagi senangkan. Takdelah tersesat ke apa dan boleh bajet la berapa jauh tempat yang kiteorang nie nak pergi. Bertolak pun dah lewat sebab hubby bawa Bibik untuk FOMEMA tapi tak settle pun sebab hubby tak clear dengan proses sebenar urusan FOMEMA tu. Jawabnya kena pergi sekali lagi la.

Tapi memang jauh ya ampun. Pastu map tue macam confused sikit sebab jarak yang sebenarnya jauh dalam map tue nampak macam dekat. Tapi tang yang dekat tue dilukis jauh (Sorry Amal if u r reading this). Kalau tak berhati-hati dan alert dengan landmark yang diberi jawapnya cari buah langsat dulu la kita sebelum sampai ke lokasi sebenar.

Sampai kat rumah pengantin dalam pukul 3.00pm. Masa dalam kereta sempat suruh hubby tengok jemputan sampai pukul berapa. Nasib lah tulis sampai pukul 5pm. Kalau tak segan gaks sampai waktu kedai dah tutup kan. Tak menghormati majlis namanya tue. Waktu tu dah tak ada orang dah. Cuma ada beberapa member opis yang saya kenal masih melepak di bawah khemah. Diaorang pun baru je lepas makan sebab tersesat cari rumah pengantin tadi. So kira hubby saya adalah terer sebab tak sesat….TAHNIAH!

Buang Kerja



Nie benda serius nie. Saya pun macam pelik pulak kenapa tiba-tiba saya nak kena buang kerja. Saya telah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan nak ambil tindakan tatatertib buang kerja pada saya. Saya rasa saya tak buat salah apa-apa tapi kenapa nak dibuang kerja.

Saya perlukan penjelasan. Bila disemak balik katanya saya selalu tidak bertugas pada waktu yang ditetapkan. Saya selalu pergi ke hospital dan lewat balik ke pejabat. Yang lain takde pulak diaorang ckp apa-apa. Saya bidas balik pada pihak pengurusan. Setiap kali saya ke hospital saya akan dapatkan time slip sekali. Biasalah kalau pergi hospital tue kalau tak sampai sejam dua memang tak sah. Tu pun kat hospital swasta. Kalau hospital kerajaan mau makan setengah hari.

Saya dah cuak gila dah. Dah fikir kalau tak kerja macam mana nak bayar hutang piutang keliling pinggang (hutang-hutang yang legal semuanya). Dah rasa nak nangis pun ada.  Tak pernah terfikir akan dibuang kerja. Dalam kepala memang dan fikir nak keja sampai pencen nanti. Lain pulak jadinya.

Dalam kepala masih tak puas hati kenapa boleh jadi macam nie. Kenapa saya tak diberi warning oleh Boss? Kenapa tak bagi peluang untuk saya buat penjelasan? Saya rasa saya dianiaya dan kalau boleh nak saman mereka-mereka yang terlibat. Biar diaorang tahu yang tindakan buang kerja yang diaorang ambil tue tak sah.

Tiba-tiba terdengar suara budak menangis. Makin lama makin kuat bunyinya. Tapi kenapa macam gelap je nie. Tadi macam terang menderang je suasana macam kat opis. Ramai orang pulak tue. Aimery makin kuat menangis.

Oh..ok….mimpi rupanya!!!!! Gila seram mimpi nie. Apsal pulak boleh mimpi pasal kena buang kerja plak nie? Choi betul. Terbawa-bawa dengan kisah-kisah dalam buku Setitik Nila la nie. Sampai termimpi-mimpi dibuatnya.

Moral of the story : Basuh kali sebelum tidur dan sila baca doa tidur.

PEACE UOLSSS!!!!!!!


Thursday, March 15, 2012

I Need Help



Petang-petang nie saje try test nak ubah wajah blog supaya nampak lebih segar (chewah!!!!!). Tapi masih blur sebab tak pandai nak godek sangat blog nie. Risau tersilap tekan nanti habis hilang semua.

Makanya nak mohon pencerahan atau tunjuk ajar dari uolss yang terer-terer belaka nie. Saya ada beberapa soalan dan sudi-sudikanlah tinggalkan komen supaya saya boleh baiki blog nie supaya bagi senonoh sikit rupanya. 

1. Macam mana nak resize semula gambar kat blog title tu pasalnya gambar yours truly tu nampak besar gedabak dan sangat tak sesuai ghupenya?

2. Macam mana nak bagi centre kat ayat blog title and blog description tu ye? Ke nak kena edit siap-siap dalam gambar? I is confused?

Setakat nie tue je nak tanya. Nanti ada soalan saya tanya lagi k.

Tolong saya ye!!!!!

Beauty Regime Missaries (Beauty regime la sangat)



-Ok nie entry bukan daripada orang yang pakar dan bukanlah advertisement berbayar. Jadi adalah sesuai untuk berkongsi sahaja. Bagi tujuan aplikasi terpulang kepada uolls sendiri. Saya tidak bertanggungjawab. Anda telah diberi amaran.-

Hari Selasa lepas, balik dari PD sempat singgah KLCC sekejap. Saja nak jalan-jalan dan window shopping. Ramai jugak umat manusia kat situ. Bila fikir balik patutlah ramai orang sebab sekarang tengah musim cuti sekolah.

On the way nak keluar tue ternampak ada SALE kat Guardian. Then teringat solution untuk lens dah nak habis. Alang-alang dah SALE tu, mari kita beli. Tapi biasalah kalau dah SALE tu takkan nak beli solution tue je. Mata melilau-lilau jugak mencari kalau ada-ada benda lain yang menarik.

Btw, saya gunakan pembersih muka Syahirah untuk cuci muka. Tengok-tengok eh..ada SALE jugak. Maka haruslah terus membeli. Harga dari RM10 lebih jadi RM 8 lebih. Ambik dua terus  sebab dasar gelojoh berbaloi untuk wang anda. Pastu belek-belak kat sebelah dia tengok moisturizer dan toner Syahirah pulak. Ada SALE jugak. Nak beli ke tak?

Untuk makluman, sampai nak masuk umur 30 tahun nie saya tak pernah guna apa-apa untuk muka saya kecuali pencuci muka. Percaya tak? Sila percaya ok. Kalau telek betul-betul sebenarnya kulit saya memang agak kering. Tapi dasar pemalaskan, buat yang wajib je. Cuci muka saja sudah.

Wednesday, March 14, 2012

My Body Is Aching



Hari nie baru masuk office. Isnin sampai Selasa ada kat PD utk attend bengkel. Sepatutnya kena pergi Ahad malam tapi maklumkan pada urusetia yang Isnin pagi baru saya sampai. Tak larat la pulak rasa badan. Sabtu malam balik Melaka. Sampai dah pukul 11 mlm. Balik ke Melaka lewat sebab hubby baru sampai dari P.Pinang. Esok tue dalam pukul 10 lebih pagi dah bertolak ke Bt Pahat untuk wedding officemate – Azuin.


Gorgeous dais @ Awien's wedding

Setitik Nila



Awal tahun hari tuekan ada buat azam nak perbanyakkan membaca. So hari nie dah dapat habiskan satu buku. Alhamdulillah. Buku nie lebih kepada informasi berkaitan pengurusan tatatertib dalam perkhidmatan awam. Sesuai sangatlah dengan bidang tugas saya yang menguruskan sumber manusia dalam sektor awam ni. Buku nie diberi tajuk SETITIK NILA - Himpunan Contoh Kes-Kes Tatatertib. Tajuk pun sangat kena. Kalau orang-orang yang bermasalah dan tidak bertanggung jawab nie tidak diambil tindakan sure boleh rosak nama baik perkhidmatan awam. Ibarat kata pepatah, akibat nila setitik habis rosak susu sebelanga.

Monday, March 5, 2012

Kisah Bibik



Saya dah dapat Bibik since awal Januari lepas. Bibik nie asal dari Lumajang, Surabaya. Makan masa jugak nak dapat Bibik nie. Kena la memilih sikit sebab Bibik nie nak kena jaga hero berdua tue. Kalau dapat yang tak ngam dengan budak berdua tue haru jugak dibuatnya.

Urusan untuk dapatkan Bibik nie  dibuat melalui agen di Indonesia. Ada kenalan yang bagi contact no. dia. The rest tue semua kena buat sendiri. Banyak jugak dugaan dengan Bibik nie. Dengan budak-budak nampaknya tak ada masalah. Rajin jugak dia melayan Amsyar dan Aimery. Cakap pun lembut je. Kadang-kadang tue Amsyar dengan Aimery yang pijak kepala Bibik.

Masalah dengan Bibik nie ialah nak dapatkan permit dia. Masa hubby nak pergi buat permit kat JIM, apparently nama Bibik nie telah diblacklist oleh JIM sebab ada laporan dibuat ke atas dia mengatakan dia lari daripada rumah majikan dia sebelum nie.

Mula-mula tanya Bibik dia tak cerita perkara yang sebenar. Tapi lepas hubby dah psiko and slow talk barulah dia cerita apa yang berlaku. Berdasarkan cerita dia (takde la teman nak sahkan sama ada betul ke tak cerita ni), majikan dia sebelum nie keluarga India yang tinggal di Ipoh. Selalu pukul dia. Lepas sebulan lebih kerja dan tak tahan kat situ dia minta nak balik ke Lumajang. Dia kata majikan dia bagi passport and halau dia dari rumah tengah-tengah malam. Nasib dia ada kakak sepupu kat Malaysia. Kakak sepupu dia yang belikan tiket utk balik ke Lumajang.

So berdasarkan citer Bibik tue, kiteorang pun cubalah buat rayuan kat JIM. Bukan apa, kalau boleh Bibik tue stay lagi bagus sebab budak-budak pun dah boleh terima dia. Masa awal-awal tue teruk jugaklah penerimaan Amsyar and Aimery terhadap Bibik. Langsung  tak nak dengan Bibik. Semua nak berkepit dengan nenek je (masa tue suruh Bibik duduk dengan Mak kat Melaka utk belajar apa yang patut). But after few weeks nampaknya dia orang dah boleh main-main dengan Bibik. Pandai jugak Bibik tu amik hati budak-budak nie. Tapi kalau hero berdua tue nampak Mummy, semua pakat teriak nak kat Mummy (PENGSAN!!!!!). Kalau Ayah dia balik semua macam tak kisah je..huhuhu!!!