Tuesday, March 27, 2012

F1 Sepang 2012



Tahun nie tetiba je rasa nak pergi tengok F1 kat Sepang. Cakap kat hubby nak pergi tengok. Hubby kata dia tak ada duit nak pergi sebab dah banyak pakai duit untuk renovate rumah. Masa tue memang agak sentap sikitlah sebab hubby tolak mentah-mentah permintaan isterinya. Sebenarnya saya yang nak belanja hubby tengok F1 merangkap peneman saya untuk tengok. Tapi saya x cakap lagi la sebab masih sentapkan.

The next day, masa kat office saya text hubby. Saya kata kalau saya belanja, nak teman saya pergi tengok F1 tak? Hubby kata ok. Yeah…dapat pegi tgk F1. Macam mengidamlah pulakkan. Nak beli online credit card tak lepas so hubby went to KL Sentral to buy the ticket. Budget nak beli ticket Grand Stand yang paling mudah je. Tup-tup hubby dapat offer seat yang lebih baik pada harga yang lebih rendah masa beli tiket tu. Agaknya sebab tiket tak berapa laku kot, tue yang diaorang bagi harga rendah. Beli pun dah hari Jumaat sedangkan race hari Ahad. Daripada tak jual langsung, baiklah diaorang let go murah, betul tak? So kira untunglah dapat seat yang best dengan harga yang rendah.

On the race day (25th March), seawal pukul 10 pagi kami dah bertolak. Sampai SIC almost 11am. Kiteorang tak dapat beli tiket parking kat KL Sentral sebab tue yang bertolak awal takut takde parking. Sampai kat sana parking masih banyak. Bayar RM10 dan parking kat Bay 6. Pas tue confident je jalan ikut signage. Sampai kat entrance gate, diaorang scanned tiket kiteorang tapi tak lepas. Rupanya kita orang salah pintu masuk. Tu pintu masuk C5. Kalau tiket Grand Stand kena masuk kat main entrance. Maka terpaksalah turun semula ke bawah dan tunggu shuttle bus untuk bawa kami ke main entrance. Time tue dah mula ramai orang. Shuttle pun macam penuh je. Walaupun nie dah second time pegi tengok F1 tapi sesat jugak. Buat malu je.







Sampai-sampai kat dalam tue dah nampak long queue. Depa tue semua nak ambik signature drivers. Sanggup beratur di tengah-tengah panas sebab nak ambil sign. Salute la kat diaorang. Kiteorang pulak sibuk ambil gambar sambil melihat pameran-pamaren yang disediakan.




























Ramai giler la perempuan-perempuan seksi berbaju singkat dan skirt pendek yang dapat dilihat kat situ. Dah tugas diaorang untuk berpakaian macam tue kan so no comment. Tapi yang agak menyakitkan mata bila lihat perempuan seksi ini ada lelemaks terlebih bila menyarungkan pakaian-pakaian yang seksi itu. Saya pulak rasa macam janggal. Tapi diaorang macam steady je. Tapi tak semua macam tue. Ada jugak yang flawless. Cantik je badan dia. Yang lelaki-lelaki nie semua bukan main seronok lagi bergambar dengan minah-minah seksi itew. Hubby pun nak bergambar jugak. Tapi aweks yang dia bergambar tue kira ok je la pada saya. Tak jeles pun..hehehe!!!!




Sementara menunggu race start pukul 4pm kiteorang  sempat tengok race Malaysian Super Series dan GP2. Pastu pergi lepak-lepak cari makan. Cuaca masa tue elok je panas terik.  Bila dah menghampir pukul 4pm cuaca dah agak mendung. Ada chance nak hujan nie. Masa tue dah ready kat seat sebab race dah nak mula. Tempat kiteorang duduk tue agak strategic sebab almost 50% of the race kiteorang boleh nampak. Cuma yang tak berapa nak bestnye kat belakang seat saya ada sorang minah nie cakap loud gila. Macam satu grand stand tu nak dengar dia cakap. Annoying ok. Nak baca buku programme pun tak boleh nak concentrate.

Keseronokan tgk race kat TV dan circuit memang sangat berbeza. Walau pun bingit telinga nie dengan bunyi enjin jentera-jentera  laju, perasan excited tue tak boleh nak cakap. Dia punya laju memang tak payah cakap la. Macam coklat oreo dah rupanya. Sekejap ada. Sekejap lagi dah lesap ke mana tah.

Tapi tengah-tengah layan tue, race terpaksa dihentikan pulak sebab hujan lebat. Potong betullah. Tu takpe lagilah. Yang paling buat geram adalah seat kat area kiteorang duduk tue basah sebab bumbung grand stand bocor, boleh tak? Adalah beberapa orang yang terpaksa move ke tempat lain termasuk kiteorang. Nasib baik grand stand tue tak penuh sangat so boleh la nak pindah tempat ke apa. Kalau penuh nak duduk kat mana? 










Food here is super expensive. Mineral water will cost u RM5/bottle. Crazy heyh..







For me, I think this kind of thing should not be happening. Malu ok sebab rata-rata yang duduk kat situ semua tourist, diaorang siap tengok-tengok bumbung yang bocor tue. Dah la bayar mahal tapi facilities yang disediakan tak menepati standard. Kalau nak duduk kat tempat yang basah macam tue baik bayar seratus je pastu dok kat atas bukit tue je. Kalau macam tue memang takde nak komplen apa la kan. Hopefully SIC inspect balik facilities yang diaorang sediakan.

After 30-45 minit, race disambung semula didahului dengan Safety Car. It went smoothly till the end. Tapi kalau ada eksiden ke apa mesti jadi lebih dramatik. Cuma yang tak berapa nak best tengok kat circuit nie adalah saya tak berapa nak hafal sapa yang bawa kereta apa. Nombor kereta pun macam susah nak nampak. Pastu board yang tunjukkan placing all the drivers tak berfungsi pulak kat tempat kiteorang tue. Siap kena kira sendiri sapa 1st dan seterusnya. Kalau kat rumah tue senang sajork. Kat bawah tue dah siap tulis dah kedudukan pelumba siap dengan lapsed berapa saat. Tinggal nak baca je.


















Tadi masa telek-telek buku program tue tiba-tiba je rasa macam terjatuh cinta je tengok muka Mark Webber. Walau pun dia dah tua  dalam lingkuan 30-an tapi ketampanannya tetap terserlah dengan muka dia yang agak berkotak tue. Saya cakap kat hubby yang Mark Webber nie handsomelah. Muka dia bentuk square. Then hubby tanya muka dia tak berkotak ke? Nak jugak kan. Laju je saya jawab. Muka you tak berkotaklah, muka you panjang macam Michael Schumacher.  Hubby sengeh je.

Nak balik pun satu cerita lagi. Race habis dalam pukul 6 lebih. Nak keluar dari carpark ke main road tak lah leceh sangat. Tapi bila kat main road tue, semua kereta jadi macam kura-kura. Pendek kata hampir pukul 10 malam baru sampai rumah.

Walau pun letih hampir separuh hari di SIC tapi rasa puas hati sebab dapat tgk race F1 Sepang 2012 nie. Insyallah kalau ada rezeki nak pi tgk lagi tahun depan. Hubby siap sound kat saya. Dia kata kalau nak tengok tahun depan beritahu awal-awal supaya boleh beli tiket awal dan dapat discount/separuh harga. Oh ye ker? Baiklah tahun depan saya beritahu awal-awal.In fact, hujung tahun nie kita decide nak pergi tgk ke tak.

Tahniah Fernando Alonso. Tahniah Ferrari.

No comments: