Saya baru tau Langkawi tue sinonim dengan panggilan Permata
Kedah? Uolls tau ke? Ke tak tau jugak macam saya? Kalau yang tak tau tue kira
sama la kita. But mulai hari nie kita xdelah terpinga-pinga kalau orang sebut
Permata Kedah. Masa tue bolehlah rasa kembang hidung sebab kita tau apa Permata
Kedah tue.
Saya ke Langkawi 2 hari lepas. Pergi hari Rabu dan balik
semula hari Khamis. Pergi rasmikan kursus Pengurusan Kewangan untuk
pegawai-pegawai IT, Vokasional dan Psikologi. Dua hari tue saya duduk di Grand
Continental, Kuah. Disebabkan bukan saya yang berkursus maka jadual agak lapang
jugak. On off tengok depa tue semua berkursus.
Sebelum nak balik tue sempat singgah ke Pekan Kuah. Saje
cari oleh-oleh nak dibawa pulang. Pergi ke Ismail Group di pekan Kuah. Dalam kepala tue
memang takde hajat nak membeli Corelle ke apa. Sebab tak kuasa den nak
mengangkut beg berat-berat. Konsep saya, datang ringan….. balik kurang ringat
sikit tak pe tapi jangan berat (apa punya konsep daa….). Lagi pun pinggan
mangkuk yang dapat masa kawin 3 tahun lepas pun tak buka lagi (nak buka nak
letak mana? masih menumpang rumah orangkan so dok diam-diam dalam kotak la
jawabnya).
So, saya cari coklat je la. Boss pun ada kirim beli coklat.
Rambang jugak mata tengok kebanjiran coklat yang begitu banyak. Disebabkan
hujung minggu nie nak balik kampung maka kenalah beli lebih sikit. Adik-adik
saya tue semua memang kaki makan. So supaya takde adegan atau ayat-ayata
seperti “ Eh..ko dah makan banyak, nie aku punya la pulak” maka eloklah kita
beli lebih sikit. Dah siap-siap bayar tue saya cari Pn. Maznah (officer saya).
Dia tengah melihat-lihat kat area
pingkat mangkuk/melamine. Saya pun saja je lah jengok-jengok kat situ. Tengok
je memang confirm x beli.
Nie pun sebenarnya dah berat |
Pastu tetiba je ternampak area yang jual cutlery. Saya pun
beleklah barang-barang situ. OMG!!!!! Ok macam tak percaya je. Ada jual sudu/garpu
yang sangat tebal dan berkualiti dengan harga RM5.90 untuk 10 batang sudu/garpu.
10 batang untuk RM5.90, saya memang jakun sebab tak pernah jumpa. Pastu dia
siap ada promotion. Kalau beli 2 set akan dapat diskaun. 2 set hanya RM10. Gila
la kan kalau tak beli. Last-last saya beli 2 set sudu, 2 set garpu, 2 set garpu
kecil, 2 set sudu kecil dan 2 set sudu sup. Sudu kecil tue RM3.50, garpu kecil
tue RM7.90 satu set. Yang sudu sup tue RM5.90 jugaks. Sudu/garpu kecil tue xde
discount. Tapi apa kisahkan sebab memang dah murah sesangat dah tue. Untuk semua
benda tue saya bayar RM53 sajork. Oh I love Langkawi!!!!!
Ditambah pulak dengan sudu garpu nie. Berat berkali gandalah jawabnya |
Maka misi untuk pulang dengan beg yang tidak berat adalah gagal sama sekali kerana dah terbeli sudi garpu yang murah dan best. Tapi saya sangat berbesar hati kena heret beg yang berat ittew sebab puas hati dapat shopping benda murah. Lain kali datang nak borong lagi.
Kata nak pindah rumah baru so kenalah jugak siapkan sikit-sikit benda-benda wajib macam sudu garpu nie, ye tak? Pas nie kita ushar pulak senduk dan sudip. Sikit sikit lama lama jadi penuhlah kabinet kita. Hahahaha....
Happy weekends people!!! Tak sabar nak balik kampung.
No comments:
Post a Comment