Hari nie baru masuk office. Isnin sampai Selasa ada kat PD
utk attend bengkel. Sepatutnya kena pergi Ahad malam tapi maklumkan pada
urusetia yang Isnin pagi baru saya sampai. Tak larat la pulak rasa badan. Sabtu
malam balik Melaka. Sampai dah pukul 11 mlm. Balik ke Melaka lewat sebab hubby baru sampai
dari P.Pinang. Esok tue dalam pukul 10 lebih pagi dah bertolak ke Bt Pahat
untuk wedding officemate – Azuin.
Gorgeous dais @ Awien's wedding |
Malam bertolak balik KL semula. Sampai pun dah pukul 11 mlm
sebab jammed yang amat di highway. Just imagine, x lepas lagi Tol Pedas-Linggi
LED signboard tue dah warning kesesakan berlaku sehingga ke RNR Seremban. WTH.
Punya la teruk jammed. So suruh hubby potong ikut highway LEKAS. Memang la
macam jauh sikit tapi takde la macam siput kereta bergerak. Kalau tunggu kat situ x tau
la pukul berapa baru nak sampai.
Oleh itu kepenatan adalah berganda walau pun tak drive.
Duduk pun penat punggung okey. So pagi tue seawal pukul 5 pagi dah bangun utk
bersiap ke PD. Dalam pukul 6 lebih dah bertolak. Sampai PD pukul 8am, makan breakfast dan terus berbengkel.
Oleh sebab sekarang nie tengah musim cuti sekolah, saya ajak
family dari Melaka datang sekali utk holiday. Ayah pun baru je pencen so kira
chantek sgt la kan. So diaorang pun setuju nak
join sekali. Nasib baiklah diaorang datang. So takdelah bosan sangat. Resort
tue water parknya quite ok tapi takdelah best sangat macam kt Sunway or Bukit
Gambang. Tapi bilik dia macam tak well maintain. Bilik agak usang bagi saya (matiklah perasa DIVA nak duduk hotel sedap-sedap).
Kalau duduk sorang-sorang memang menakutkan kot. Besides that, banyak benda
yang rosak. Bilik kiteorang shower xde air, boleh??!!! Terpaksa mandi pakai
paip. Flush toilet pun rosak.Gambar saya tak amik pun sebab bilik tak berapa nak bestkan. Tapi my sister ada amik gambar kt water park tu. Nanti saya cuba share dgn uolls semua.
Sure uolls tanya naper tak bawa family saya je. Nak bawa
macam mane. Hubby kerja tengah berlambak kat opis. Tak boleh nak cuti. Lagi pun
bulan April nanti nak cuti panjang so kenalah simpan cuti. Lagipun, budak-budak
tu still kecik lagi. Kalau nak lepaskan diaorang main kat water park yang ada kat
resort tue siapa pulak nak jaga. Saya kena berbengkel. Tak kan nak suruh Bibik
jaga dia orang kat water park tue. Jangan cari pasal!!!! So duduk je la
diam-diam kat rumah. Nanti ada rezeki boleh pergi proper punya holiday.
Nie bila dah masuk opis rasa badan mcm sakit gila.
Sengal-sengal sendi dan rasa macam nak demam pun ada. Last time dah 2-3 kali
jugak demam. Bila pi jumpa doctor dia kata urine infection. Habis makan ubat
baik lah. Pastu dua tiga minggu demam balik. Tak larat dah nak pi jumpa doctor.
Doktor nasihat suruh minum air banyak. Dah puas berulang pi toilet pasal minum
air banyak sangat kot. Tapi still rasa tak berapa nak best. Rasanya kena start
makan supplement kot. Sekarang nie memang takde makan apa-apa pun. Dah umur mcm
nie (macam dah tua sangat pulak bunyinya pada hal baru nak masuk 30) agaknya kena
ambil zat-zat tambahan. Tapi rasanya salah satu sebab adalah kurang rehat kot.
So kawan-kawan, ada apa-apa cadangan supplement yang bagus????
No comments:
Post a Comment