Monday, March 19, 2012

Buang Kerja



Nie benda serius nie. Saya pun macam pelik pulak kenapa tiba-tiba saya nak kena buang kerja. Saya telah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan nak ambil tindakan tatatertib buang kerja pada saya. Saya rasa saya tak buat salah apa-apa tapi kenapa nak dibuang kerja.

Saya perlukan penjelasan. Bila disemak balik katanya saya selalu tidak bertugas pada waktu yang ditetapkan. Saya selalu pergi ke hospital dan lewat balik ke pejabat. Yang lain takde pulak diaorang ckp apa-apa. Saya bidas balik pada pihak pengurusan. Setiap kali saya ke hospital saya akan dapatkan time slip sekali. Biasalah kalau pergi hospital tue kalau tak sampai sejam dua memang tak sah. Tu pun kat hospital swasta. Kalau hospital kerajaan mau makan setengah hari.

Saya dah cuak gila dah. Dah fikir kalau tak kerja macam mana nak bayar hutang piutang keliling pinggang (hutang-hutang yang legal semuanya). Dah rasa nak nangis pun ada.  Tak pernah terfikir akan dibuang kerja. Dalam kepala memang dan fikir nak keja sampai pencen nanti. Lain pulak jadinya.

Dalam kepala masih tak puas hati kenapa boleh jadi macam nie. Kenapa saya tak diberi warning oleh Boss? Kenapa tak bagi peluang untuk saya buat penjelasan? Saya rasa saya dianiaya dan kalau boleh nak saman mereka-mereka yang terlibat. Biar diaorang tahu yang tindakan buang kerja yang diaorang ambil tue tak sah.

Tiba-tiba terdengar suara budak menangis. Makin lama makin kuat bunyinya. Tapi kenapa macam gelap je nie. Tadi macam terang menderang je suasana macam kat opis. Ramai orang pulak tue. Aimery makin kuat menangis.

Oh..ok….mimpi rupanya!!!!! Gila seram mimpi nie. Apsal pulak boleh mimpi pasal kena buang kerja plak nie? Choi betul. Terbawa-bawa dengan kisah-kisah dalam buku Setitik Nila la nie. Sampai termimpi-mimpi dibuatnya.

Moral of the story : Basuh kali sebelum tidur dan sila baca doa tidur.

PEACE UOLSSS!!!!!!!


2 comments:

tash said...

lol, org pn cuak bile bace haha

missaries82 said...

hehehe..memang tu pun tujuannya