Thursday, March 15, 2012

Beauty Regime Missaries (Beauty regime la sangat)



-Ok nie entry bukan daripada orang yang pakar dan bukanlah advertisement berbayar. Jadi adalah sesuai untuk berkongsi sahaja. Bagi tujuan aplikasi terpulang kepada uolls sendiri. Saya tidak bertanggungjawab. Anda telah diberi amaran.-

Hari Selasa lepas, balik dari PD sempat singgah KLCC sekejap. Saja nak jalan-jalan dan window shopping. Ramai jugak umat manusia kat situ. Bila fikir balik patutlah ramai orang sebab sekarang tengah musim cuti sekolah.

On the way nak keluar tue ternampak ada SALE kat Guardian. Then teringat solution untuk lens dah nak habis. Alang-alang dah SALE tu, mari kita beli. Tapi biasalah kalau dah SALE tu takkan nak beli solution tue je. Mata melilau-lilau jugak mencari kalau ada-ada benda lain yang menarik.

Btw, saya gunakan pembersih muka Syahirah untuk cuci muka. Tengok-tengok eh..ada SALE jugak. Maka haruslah terus membeli. Harga dari RM10 lebih jadi RM 8 lebih. Ambik dua terus  sebab dasar gelojoh berbaloi untuk wang anda. Pastu belek-belak kat sebelah dia tengok moisturizer dan toner Syahirah pulak. Ada SALE jugak. Nak beli ke tak?

Untuk makluman, sampai nak masuk umur 30 tahun nie saya tak pernah guna apa-apa untuk muka saya kecuali pencuci muka. Percaya tak? Sila percaya ok. Kalau telek betul-betul sebenarnya kulit saya memang agak kering. Tapi dasar pemalaskan, buat yang wajib je. Cuci muka saja sudah.

Tapi disebabkan ada SALE nie teringin jugak nak mencuba (gila kedekut, berbelanja masa SALE jerk!). Maka oleh itu, untuk pertama kalinya saya ada toner dan moisturizer untuk diri sendiri. SILA TEPUK TANGAN.

Cuci muka dulu
Then pakai toner
Last sekali apply moisturizer...n we are done
Bila dah pakai tue rasa best jugak. Pakai waktu pagi nak pergi kerja dan malam sebelum tidur. Semalam pergi makan dengan member office dia tegur kata kulit saya nampak better (terus belanja dia makan tengahari tue). I loike!!!!!. Wah..so fast ke kesan dia? Kalau tau macam nie umur 10 tahun dah pakai produk-produk kecantikan nie (ok..saya tipu, takde duit time tu). Dia tanya saya pakai apa? So share la dengan dia. Actually takde sape recommend produk nie kat saya pun. Saya beli sebab produk nie murah dan dalam kes nie siap ada SALE lagi (sekali lagi dasar kedekut). So saya tak taulah macam mane dengan komen orang lain pasal produk nie. But it works for me.

And satu lagi saya dah start buat facial. Nak tau tak dalam tempoh hampir 30 tahun nie saya baru buat facial 2 kali. Yang pertama masa nak kawin dulu tahun 2008 sebab memang dah masuk dalam pakej. Kalau tak memang takde nak buatnye. Yang terbaru awal bulan Mac . Buat dengan my cousin kat Melaka. Murah je dia charge (terselah sifat Haji Bakhil sekali lagi). RM35 untuk 1 jam lebih…murahkan!!!. Kalau kat KL entah berapa tah kena. Saya memang tak tau sebab tak pernah buat. Gila babas punya sakit bila dia tekan kat muka tue. Siap keluar air mata ok. Tapi bila sampai part massage tue memang sangat heaven. Rasa rileks gila. Oleh itu saya akan memasukkan aktiviti facial ini sebagai salah satu terapi untuk merehatkan minda. Tapi buat kat Melaka sahaja sebab murah..hahahahaha!!!!!

Lepas dah beli produk nie try jugak google apa lagi produk lain Syahirah nie. Memang banyak betul produk dia. Dia ada jugak tunjuk langkah-langkah penjagaan kulit menggunakan produk Syahirah. Sampai 5 step kau. Too much for me. Saya rasa guna pencuci, toner, dan moisturizer tue dah mencukupi. Then top up dengan facial sebulan sekali.

Saya ikut Langkah 2,3 dan 4 saja. Pic from cahayadiana.com

Tak tau macam mana nak pusing gambar nie

So itu saja. Nanti kita kongsi lagi.


No comments: