Friday, March 23, 2012

Atas Bukit



Semalam lepas office pergi naik ke bukit di Shangri La Putrajaya. Niat di hati nak berjogging. Dah lama sangat tak naik kat atas tue utk jogging. Memang excited nak tunggu pukul 5.30pm. Boss pun takde sebab ada seminar kat Sabah dari Khamis sampai Jumaat. So cantik sangat la tue sebab bolehla kite balik cun-cun pukul 5.30pm. Ok sebenarnya bukit kat atas tu dikenali sebagai Taman Perdana Putra. Selama nie asyik dok sebut bukit kat Shangri La je pasal tak tau apa nama tempat tu. So semalam dah amik inisiatif untuk ambil tahu nama sebenar tempat tue. So supaya tak lupa kita amik gambar siap-siap.


Sapa boleh ajar macam mane nak set balik gambar nie sebab tadi dah elok tegak tapi bila upload dah terbalik jadinya. HELP!!!!

Sampai kat sana terus salin baju. Masa tue dah banyak jugak kereta. Ada dalam 20 biji kot. Ramai jugak orang datang sini petang-petang.  Semangat gila nie nak jogging. Dah 2-3 tahun kot tak jogging kat sini. Masa nak start lari tue, ada nampak macam playground utk budak-budak. Eh, sejak bila pulak benda nie ada? Ke dulu memang dah ada tapi saya tak perasan. Apa-apa je la Labu. Bukan nak pergi main pun kan, kita nak jogging jer. Tapi Amsyar kalau nampak nie memang tak nak balik dia. Cuma I think that thing macam tak sesuai sangat untuk dia. Macam tinggi semacam je. Pastu dia punya tangga tu macam lebar dan tinggi, susah jugak si Amsyar tu nak panjat.


Cantik. Very the colourful.

Masa nak start tue terserempak dengan batch mate kat saya, Salehuddin. Rasanya dia dah lari beberapa round tue. Sempat la bertanya kabar dengan dia. Kat opis pun selalu terserempak dia masa kat parking. Dah opis pun sebelah-sebelah kan so memang selalu terjumpa.

Disebabkan terlalu excited sangat nak lari malas, buat warm up pun ala kadar je. Tarik-tarik kaki sikit, goyang kaki kanan sikit, kiri sikit then terus start. Dengan confidentnye terus pilih route yang paling luar sekali. Kiranya pusingan yang paling jauh sekalilah (dasar perasan bagusss la tue). Saya pun tak sure berapa jaraknya dari one end to the other. Tak kisahlah kan janji kena complete buat pusingan tue. Target hari tue nak lari 2 round dan 1 round jalan untuk cool down.  

Disebabkan dah lama tak lari (last lari masa ST Energy Run pada 3 Dec tahun lepas, I didn’t blog about it) second round tue memang dah semput. Tapi gagahkan jugak sampai ke end point. Lega ok bila dah tiba kat end point tue. So 3rd round kita jalan kaki saja. I loike!!!! Tapi dalam pada berjalan tue tiba-tiba je rasa macam nak black out. Apsal plak nie? So stop kejap dan ambik nafas dalam-dalam dan pandang pokok-pokok hijau kat sekeliling.


Dari atas nie boleh nampak ofis yours truly
JPM dan Bangunan Perdana Putra

After few minutes rasa better. Start jalan balik but after few meters start rasa nak pitam balik. Ok kita duduk balik. Buat benda yang sama. I think maybe I pushed myself too hard kot. Tapi kalau lari slow-slow memang tak berpeluh la jawabnya, sebab saya nie memang lambat sikit nak berpeluh. Lambat panas orang kata. Macam no point je kalau jogging tapi tak berpeluh.

Sampai je kat kereta terus cari air. Nasib baik ada MILO kotak yang saya beli kat Carefour tadi. Sekali sedut je dah habis. Memang sah gelojoh dahaga. Dah dapat minum tu lega sangat rasanya. Alhamdulillah.  Nasib tak jadi apa-apa tadi. Buatnya kalau terpengsan kat situ tak ke haru.

Insyallah next time dah ok kot. Tadi agaknya otot-otot dan urat-urat kat badan nie terkejut sikit kot. Dah la tak exercise tetiba je lari macam tak ingat dunia. Itu la padahnya.

Moral of the story : Sila jangan mengelat bila warm up!!!

No comments: