Salah satu sport yang saya suka adalah bola tampar. Saya start
main bolah tampar masa di Tingkatan 1 lagi. Masa tue tak tau pun boleh main
game nie. Tapi masa sekolah dulukan kita perlu main satu sukan untuk aktiviti
ko-kurikulum. Oleh sebab saya tak suka main bola jaring, hoki, softball dan
sebagainya maka saya saja-saja try main bola tampar. Lagi pun ramai kawan-kawan
rapat join sukan nie. So saya join sekali. Ada la kawan kalau nak pergi ko-ku nanti.
Ada bakat jugak rupanya. Tapi takdelah terer gila pandai spy
bagai. Kira ok la. Main untuk team sekolah masa tue. Masuk MRSM pun main jugak
untuk maktab. Dan seterusnya berlarutan sehingga ke zaman universiti.
Pencapaian tue xdelah jauh mana pun. Tapi kira layaklah nak duduk kat Desasiswa
Indah Kembara, USM tue sehingga ke final year sebab jadi wakil desa. Hehehehe….
Bila dah start kerja pun main jugak. Setahun sekali untuk
sukan antara bahagian dan MAKSWIP. Dan Sabtu lepas saya baru je selesai Sukan 6
Penjuru di INTAN. Ia melibatkan 6 pasukan yang terdiri daripada JPA, INTAN,
PPTD, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan budak-budak DPA (2 team).
Join pun last minute bila En. Khairuddin (ex-BK) call and
tanya samada saya masih main volleyball atau tidak. Dulu kita orang sama-sama
main untuk bahagian sebab tue dia tau saya main volleyball. Saya katalah saya
main tapi dah lama tak pegang bola since balik dari London. So dia invite saya
untuk join team PPTD sebab untuk volleyball diaorang perlukan sekurang-kurangnya
1 wanita dalam satu pasukan. Dia kata setakat nie dia dah ada dua wanita but
kalau lebih pun tak apa sebab boleh rotate.
So saya pun setuju. Turun training hari Jumaat. Masa digging
tue tangan dah start rasa sakit. Dah setahun lebih tak pukul bola la katakan.
Tapi gagahkan jugak pasal berkobar-kobar nak mainkan. Training dengan guys
pulak tue. Tau-tau jelah orang lelaki nie kalau main, lagi bersemangat. Spike
sana spike sini. I is takut ok. Tajam gila spike masing-masing. Saya tidak mahu
cedera oleh itu bila bola tajam sampai cepat-cepat cover muka. Balik rumah
tangan dah start lebam sikit dek penangan bermain volleyball. Nak dukung Aimery
pun macam tak larat sebab tangan sakit. Mamat tue pulak bila nampak mummy
kembang je tangan mintak dukung. Terpaksalah jugak dukung si debab tue.
Pagi Sabtu dah tercacak kat INTAN. Geng-geng yang lain belum
sampai. Kata start pukul 8.30am tapi pukul 9am pun masih melepak lagi.
Tengah-tengah lepak dengan team PPTD tetiba Abg Jali (Pengurus pasukan JPA)
datang approach. Dia minta kebenaran dengan En. Khairuddin untuk benarkan saya
main dengan team JPA sebab dia baru tahu perlu ada 1 wanita dalam setiap team. En.
Khairuddin kata dia tak kisah and suruh tanya saya. Saya dah rasa serba-salah. Then saya kata
kalau En. Khairuddin benarkan saya ikut je. Wah jadi rebutan lah pulakkan
(feeling-feeling terer la tue padahal nak pinjam sebab tak cukup orang je pun).
After some discussion, saya pun berpaling tadah join untuk team JPA.
Team PPTD vs DPA |
Kalau tak saya ada dalam game nie tapi dah tukar teamkan. Tak sempat nak ambil gambar team sendiri. |
Sekali team JPA dapat masuk final la pulak. Team PPTD hanya
berjaya menduduki tempat ke-3. Final JPA bertemu BOMBA. Takut ok sebab team
BOMBA nie nampak terer. Nie sure jadi lubok ni nanti. But surprisingly our team
did great. Semua setting dan spiking menjadi. But I think banyak jugak
kiteorang dapat point daripada blocking. Of course la yours truly tidak
terlibat dalam proses spiking dan blocking itew kerana net adalah tinggi ikut game
lelaki. Nanti saya pulak yang tersangkut kat net. So saya buat kerja saya
sahaja iaitu pastikan serve masuk dan 1st serve diambil dengan baik.
And alhamdulillah tak jadi lubok ok. Happy gila bila jadi JOHAN. Personally I
admired all the team member’s effort sebab walaupun xde buat training bersama
it feels we’ve been training together since ages.
BRAVO TO ALL!!!!
No comments:
Post a Comment