Awal tahun hari tuekan ada buat azam nak perbanyakkan membaca. So hari nie dah dapat habiskan satu buku. Alhamdulillah. Buku nie lebih kepada informasi berkaitan pengurusan tatatertib dalam perkhidmatan awam. Sesuai sangatlah dengan bidang tugas saya yang menguruskan sumber manusia dalam sektor awam ni. Buku nie diberi tajuk SETITIK NILA - Himpunan Contoh Kes-Kes Tatatertib. Tajuk pun sangat kena. Kalau orang-orang yang bermasalah dan tidak bertanggung jawab nie tidak diambil tindakan sure boleh rosak nama baik perkhidmatan awam. Ibarat kata pepatah, akibat nila setitik habis rosak susu sebelanga.
Buku nie tak boleh dibeli di kedai buku. Ia hanya dikeluarkan oleh Sektor Tatatertib, Bahagian Perkhidmatan, JPA dalam bilangan yang terhad dan diedarkan kepada Pengurus Sumber Manusia di peringkat Kementerian/Jabatan. Tapi dengarnya ada permintaan hangat terhadap buku ini. Personally selepas baca buku nie saya dapat banyak informasi yang berguna. Ada juga yang membuatkan saya terfikir, oh..benda nie tak boleh buat rupanya. Nasib baca buku niekan, kalau tak sampai pencen tak tau. Lagi teruk, kalau terbuat buat benda yang salah tue. Tak pasal-pasal kena tindakan tatatertib. Touch wood okey.
Ada banyak contoh kes-kes tatatertib yang disertakan. Contohnya kes tidak hadir bertugas dan tidak mengetik kad perakam waktu, memalsukan sijil cuti sakit, datang lewat tanpa alasan yang kukuh, mengemukakan tuntutan palsu, meniru tanda tangan pegawai atas dan lain-lain lagi. Tapi buku nie hanya sebagai panduan je. Sebab setiap kes tue eksklusif. Mesti ditimbangkan berkaitan fakta dengan kes itu je. Makna kata walaupun kesalahan yang dilakukan adalah sama seperti tidak mengetik kad perakam waktu tetapi hukuman atau tindakan tatatertib yang dikenakan tidak semestinya sama.
Bila dah baca buku nie rasa kena sentiasa berwaspada dalam setiap apa yang dilakukan tak kira sewaktu di tempat kerja mau pun di luar waktu bekerja. Sebab kalau dah nama penjawat awam tue kita akan diperhatikan di mana-mana. Teringat salah satu ayat femes dalam buku nie...."seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan demikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam".
Takut wooo.....So, sapa yang nak baca buku nie boleh lah kalau nak pinjam dari saya. Sharing is caring katanya.
Tata for now.
No comments:
Post a Comment