Monday, July 8, 2013
Lemau
Salam semua...
Setelah seminggu tak masuk opis, hari nie baru sempat nak mengadap PC nie semula.
Seminggu yang tidak menyeronokkan walaupun tidak masuk ke opis.
Orang kalau tak masuk opis patut lompat bintang tanda gembira tapi saya x gembira langsung.
Nak gembira apanya bila terpaksa melepak di rumah sambil ditemani sebeban ubat???
Minggu lepas tak kerja sepanjang minggu sebab sakit.
Dah lama tak sakit teruk macam nie.
Dugaan nak menyambut Ramadan barangkali.
Minggu lepas memang hectic sikit sebab nak buat kenduri/birthday party kat rumah.
So memang kurang rehat dan kurang tidur.
Malam sebelum majlis, pukul 4 pagi baru tidur.
Pukul 6 lebih dah terjaga sebab teringat ada macam-macam benda nak kena buat.
Masa hari kejadian tue memang bersemangat sungguh.
Dari pagi sampai ke petang tak makan nie.
Punyala excited menyambut tetamu ke rumah.
Breakfast ke mana...lunch pun dah pukul berapa.
Tapi siang tue masih steady lagi....masih excited sebab orang ramai.
Bila dah lewat malam tue, badan dah mula terasa seram sejuk.
Nak makan pun dah tak berapa nak selera.
Perut dah masuk angin agaknya.
Makanan punya la banyak sikit pun tak teringin nak jamah.
Lewat pukul 1am baru dapat tido.
Pagi Ahad tue memang confirm demam.
My husband n my sisters dah kecoh2 kat bawah, me masih terbaring kat bilik.
Berat sungguh rasa kepala.
Perut pulak dah berbunyi-bunyi.
Turun bawah minum milo dan jamah sekeping karipap.
Tak sedap.....my tekak...karipap tue memang terbaik.
Telan panadol 2 biji.
Layan sikit kepala nie...
Sempat keluar pergi ke Hospital Ampang Puteri petang tu sebab nak jumpa anak buah baru.
My cousin baru terima anak kedua hari Jumaat lepas tapi hari Ahad baru berkesempatan nak melawat.
Muka sebiji macam kakak dia....bestnya dah ada 2 baby girls.
Teringin jugak!!!!!!
Then hantar my sis balik rumah di kat Taman Melati.
Dari situ kiteorang terus balik ke rumah.
Masing2 dah penat.
Malam tue satu badan sakit.
Nie confirm tak boleh gi opis nie esok.
Memang tak pergi kerja pun esoknya.
Tak larat nak bangun.
Bangun pun sebab makan ubat and the rest of the day adalah di atas katil saja.
Nasib ada bibik tengokkan the kids.
Diaorang nak main dengan mummy pun tak larat nak melayan.
Sorry kids...mummy sakit.
Malam baru ajak hubby teman gi klinik.
Memang demam panas pun, tekak merah pulak tu.
Doc bagi ubat demam, vitamin, dan ubat batuk.
Antibiotik elek.....dia kata kalau tak baik datang lagi nanti.
Dapat MC 2 hari.
Kena charge RM5+
Sampai hari Rabu demam still tak baik.
Apakah ini?
Ubat dah habis ditelan.
Hubby insist me untuk pergi check darah.
Pagi Rabu terus pergi ke Klinik Kesihatan Dengkil.
Kalau gi klinik swasta pun bukan boleh dapat result hari yang sama.
So tak payah buang masa dan wang...pergi je klinik kerajaan.
Confirm....memang ada viral infection.
Padan la dah habis ubat semua still tak baik...
Kalau dah ada infection nie memang confirm kena amik antibiotic.
Merasalah telan lagi sebakul ubat..
Yikessss....
Siap ada ubat kumuh yang super tak best!!!!
Me dont like!!!!!
Dapat MC lagi sehari.
Tido lagi sepanjang hari sebab ubat yang doctor bagi tue mengantukkan.
Khamis dan Jumaat amik cuti sendiri sebab rasa tak sembuh lagi.
Memang tak produktif langsung diriku ini minggu lepas.
Hidup bertemankan ubat dan air berbotol-botol sepanjang minggu.
Sampai satu badan dah bau ubat jer....
Tapi alhamdulillah...habis je makan ubat antibiotic tu rasa ada la kekuatan sikit.
Makan pun dah ada selera.
Syukur diuji dengan kesakitan sebelum menyambut Ramadhan.
Mudah-mudahan mendapat lebih kerahmatan daripada ujian kecil yang diberikan.
Labels:
Myself
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment