Showing posts with label Ramadhan 1434H. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 1434H. Show all posts
Wednesday, August 14, 2013
Raya 2013 Preparation
Punyalah sembab dan lembab tuan tanah nak citer pasal preparation raya sampaikan dah masuk raya ke-8 dah nie.
Tapi tetap jugak nak citer kan...
Sebab tak banyak modal nak citer benda lain.
But dun worry...citer sesikit jer.
Sebab now semua teruja nak iter pasal hari raya jer kan..
I geddit!!!!
Preparation tahun nie memang sangatlah simple.
Rumah memang takde buat apalah sebab baru je duduk rumah tue.
Kiranya tahun nie tahun ke-2 kiteorang beraya kat Kota Warisan tue.
So basically semuanya elok lagi...takde apa yang nak ditukar.
Raya dengan apa yang ada saja.
Cuma hubby la dok sibuk dengan projek menggantung frame gambar yangh sudah berkurun dibeli tapi masih dok kat celah dinding instead of di dinding.
Tapi sampai la nie baru 3 frame je yang dah sampai ke dinding.
Yang lain masih di bawah lagi...
Takpe2...at least ada la 3 keping daripada takde langsungkan.
Gigih suami iolls menggrill dinding tue..
Siap berpeluh bagai.
Buat kerja sambil pasang air-cond coz peluh baik punya.
Manje sungguh laki iolls tue.
Tu baru buat kerja kat dalam rumah.
Kalau dia potong rumput kat laman tue lagi la tragis tau...
Macam baru lepas mandi gayanya.
Peluh mencurah-curah....
Pastu buat kerja pakai long sleeves sebab takut sunburn..
Seee.....manja sangat...takut hitam!!!!!
Labels:
Family,
Hari Raya,
Ramadhan 1434H
Tuesday, August 6, 2013
Cerita Bulan Puasa 4
Banyak pulak hapdet hari nie (banyak ke..2 je kot!!!)
Nampak sangat takde kerje kan...
Well actually ada kerja.
Dah buat apa yang patut tapi tak boleh proceed selagi tak dapat clearance dari Boss.
Boss saya adalah cuti raya dah.
Makanya setakat itu dulu la yang mampu dibuat.
Sekarang nie kat opis pun dah tak berapa nak ada orang.
Yang datang nie pun semua dah terkenang kampung halaman.
Menunggu masa dan detik nak balik je nie.
Time nie rasa lambat betul masa berlalu.
Apsal eh????
Selalu...tau-tau je dah pukul 5pm.
Dah boleh pegi pasar Ramadhan.
La nie..macam tak gerak je jam nie!!!!
Tapi alhamdulillah dah hampir berjaya sampai ke hujung Ramadhan.
Everytime will be as usual lepas cuti raya nie.
Bukan nak cakap apa la...
Walau pun bulan puasa nie kite semua digalakkan banyak bersabar dan berbuat kebaikan tapi saya rasa macam ada sesetengah perkara tue kite jadi macam lebih teruk dari bulan tak puasa.
Labels:
Apa-apa Saje,
Food n Recipes,
Ramadhan 1434H
Monday, August 5, 2013
Kuih Raya Project 2013
Hello semua...
Masih di pejabat or dah bergumbira di kampung halaman??
Untungla kalau dah bercuti..
Boleh la feeling2 beraya dengan mengemas rumah, tukar langsir, shopping baju raya lagi...
Jeles tau dengan korang yang dah start bercuti nie...
Like my sister.
Hari Jumaat hari tue last keje...
Tau bila dia masuk kerja balik???
2 minggu lagi ko....
Memang melampau la minah tue....
Hah..dah cuti lelama tue sila ringan2 kan tangan dan kaki tolong mak kemas rumah ye...
I tak dapat tolong tahun nie....
I beraya rumah mak mertua i....
Ok la...teruskan bercuti untuk yang dah start cuti tu.
Untuk mereka yang masih berada di pejabat tu...
Bertabah je lah uolls...
Nie semua dugaan kecil je.....
Jangan difikirkan sangat kuih2 raya, rendang, ketupat tue semua....
Nampak tak ayat-ayat nak tenangkan diri sendiri dah keluar???!!!
Hahaha.....poyo nak cakap orang padahal diri sendiri yang tak sabar nak cuti.
Takpe...untuk hilangkan kegelisahan kerana terpaksa bekerja di saat orang lain dah balik kampung moh kite citer pasal kuih raya...
Eh..macam tak sesuai la pulak ek...
Nie lagi boleh menghangatkan gelora hati nak beraya..
Labels:
Food n Recipes,
Hari Raya,
Ramadhan 1434H
Monday, July 29, 2013
Cerita Bulan Puasa 3
Memula lap habuk sikit kat blog nie.
Dah lama kita tidak bersemuka.
But it's ok..baru 2 minggu kot.
Tak la lama sangat kan???!!!!
So macam mana puasa korang?
Dah masuk 20 Ramadhan dah nie.
Semua masih bersemangat berpuasa or dah bersemangat nak raya?
Rasanya mood raya memang dah mari dah time2 nie.
Dah tinggal lebih kurang 10 hari lagi je dah nak menjelang Syawal kan.
Memang dah boleh buat preparation pun.
Kat opis nie pun dah meriah nak beraya nie.
Kemain lagi lampu lip lapnya.
Semua extension yang ada nak disambung supaya bergemerlapan lampu lip lap.
Hati-hati uolls sangat sesuka hati menyambung tue.
Nanti terlebih voltan ke apa....shot pulak suis semua...
Tapi best gak tue...suis shot nanti PC tak boleh on...
Bila PC tak boleh on tak payah la kita buat kerja...
Hahahaha...evil sungguh kepala otak hari ini.
Lagu raya pun sama..
Semua dok pakat main lagi raya dah kat opis nie..
Semakin membara la mood nak beraya..
Sabar..sabar...ada 10 hari lagi nak puasa nie!!!!!
Labels:
Food n Recipes,
Ramadhan 1434H
Tuesday, July 16, 2013
Cerita Bulan Puasa 2
Nak tepek jugak gambar juadah berbuka yang tak seberapa kat sini.
Untuk rujukan di masa hadapan katanya.
Rasa kalau dah tak tau nak masak apa nanti, kita ulang balik lauk2 nie.
So untuk 1st Ramadhan saya tak ambil gambar.
Tapi untuk hari tu kita makan westerm style sikit.
Me cooked spaggeti carbonara, garlic bread and mushroom soup.
Jadi lah untuk kami berdua makan.
Bibik tue suka hati dia la nak makan apa.
Dia tu susah betul nak makan.
Sikit2 risau gemuk.....
Memula tue ajak jugak dia makan.
Pastu asyik tak nak je...hah...suka hati la bibik.
Nak makan cari sendiri.
Pandai-pandai la ...makan apa yang ada.
For 2nd Ramadhan me tak masak sebab tak puasa and hubby pun balik lambat dan buka puasa kat opis.
Makan ala kadar dan apa yang ada kat dapur je.
For 3rd Ramadhan, me masak nasi, goreng asparagus and tempe je.
Hubby balik dia beli sambal paru dan ayam masak pedas.
Hubby kata mahal betul lauk kat param sekarang.
Paru tu ada la dalam segenggam...tu pun dah RM5.
Ayam 2 ketul yang kecik dah RM6.
Labels:
Food n Recipes,
Ramadhan 1434H
Cerita Bulan Puasa 1
Lama sungguh tak bersiaran kat blog nie (tiup habuk kat keyboard).
Bulan-bulan puasa nie seronok blogwalking kat blog orang jer.
Sampai kat blog sendiri...sendu je rasa.
Takde kerajinan.
Tengok blog orang meriah dengan makanan je mula dari minggu lepas.
Bagus uolls semua nie.
Berkongsi juadah makanan yang dimasak.
For me, boleh jadi sumber inspirasi untuk diri sendiri untuk memasak juadah apa berbuka nanti.
Kekadang tue boleh jadi pening kepala pikir apa nak masak petang nie.
Tapi bila dah banyak tengok gambar kat blog orang terus mentol menyala...
Dan-dan tau dah nak masak apa petang nanti.
So far dah masuk hari ke-7 dah dalam bulan Ramadhan nie.
But me, puasa tak sampai 7 hari lagi.
Huhuhu...sedih sebab awal-awal dah tinggal puasa.
Terpaksa tinggal puasa pasal tak sihat lagi minggu lepas.
Hari Ahad lepas dah habis makan antibiotic dari klinik kerajaan.
Isnin dengan Selasa tu alhamdullillah...sihat je so bolehla pi opis.
Tapi hari Rabu tue dah start rasa tak sedap badan balik.
Erm...not good.
Dari pagi sampai tengah hari tue bertahan je kat opis.
Dah la opis tue sejuknya bukan main.
Rasa macam duduk dalam peti ais pun ada.
Wal hal bilik memang dekat dengan tingkap kaca...patutnya takde la sejuk sangat.
Tapi maybe sebab tak sihat kot ...tu yang rasa sejuk melampau.
Waktu break tu memang dah tak boleh tahan dah.
Me go and lepak kat dalam kereta kat tempat parking.
Nasib kereta kat basement parking, xde la panas.
Dok diam-diam dalam kereta...buka tingkap sikit.
And terus baring.
Masa tue badan memang dah start panas dan kepala pun rasa berat semacam.
After break, call my officer bagi tau yang I lepak kat dalam kereta sebab tak berapa sihat.
If boss cari just let me know and I'll come up.
Tak tahan dok sejuk2 dalam bilik tue.
So me lepak dalam kereta je petang tue.
Memang tak sabar nak menunggu waktu balik sebab rasa tak larat dah.
Nak makan ubat, ubatnya takde..
Since ubat takde...me teruskan je berpuasa.
Sebab perut tak rasa lapar, cuma rasa tak sedap badan je.
Nasiblah petang tue takde apa2 urgent kat opis.
So dapatlah rehat kat kereta tue sampai petang.
Bila dah rasa ok sikit, baru naik atas.
Balik rumah sempat gak masak2 sikit untuk buka puasa.
Me still berpuasa.
Rasa sayang pulak nak buka puasa sebab dah petang.
Buka puasa je terus telan panadol 2 biji.
Pastu terus rehat je.
The next day bangun sahur jugak.
Masa sahur makan ubat siap2.
Hopefully bolehlah berpuasa hari ni.
Hari ni plan nak pergi jumpa Dr. Hisham kat Hospital Tawakal.
Dah biasa dengan dia so nak minta dia tengok la apa masalahnya yang dok demam je dari minggu lepas lagi.
Masa assistant dia check memang ada demam sikit 37.5..
Tu pun dah makan ubat pagi tadi.
Bila jumpa Dr. Hisham, ceritalah semua kat dia.
So dia suggest untuk buat blood and urine test sebab dia risau dah lebih seminggu saya demam.
When the result came in, memang sah ada infection.
And the reading was quite high...
Dr. Hisham macam pelik sikit sebab bila dia check perut ...check tekak...check belakang...
Semua saya cakap sakit.
He even suspect kalau2 saya ada appendix...tapi bila dia tekan perut tak sakit pun...
At last dia bagi 2 antibiotic suruh habiskan.
Huhuhu...makan ubat sebeban lagi!!!!!
Tapi nasib baik dapat MC so boleh la rehat sikit daripada kena aircond sejuk kat opis.
Aircond tue buat saya rasa lagi sakit.
Alhamdulillah habis makan antibiotic semalam.
Rasa sihat dah.....
Hopefully takdelah demam-demam lagi lepas nie.
Bulan nie banyak betul MC...rasa macam bersalah pulak kat boss.
Maaf ye boss...saya bukan sengaja nak sakit.
Labels:
Myself,
Ramadhan 1434H,
Working Mummy
Subscribe to:
Posts (Atom)