Dua tiga hari nie rasa malas yang amat nak mengupdate blog.
Takde citer pun ye jugak. So dua tiga hari nie asyik blog walk kat blog-blog
orang secara rambang. Banyak giler blog yang best-best. Tak terikut dibuatnya. Saya
baca semua jenis blog dari blog gossip artis, blog fashionista sehinggalah ke blog makanan (yang nie paling best sebab
boleh tau kat mana boleh cari tempat makan yang sedap-sedap).
Then ada terbaca satu entry blogger citer pasal macam mana
dia jumpa/bercinta dengan hubby dia. Ok nanti sekejap. Jangan uolls serkap jarang pulak.
Saya bukannye nak citer pasal kisah cinta saya dalam blog nie. Cuba teringat
ada satu peristiwa yang berlaku 2 bulan lepas. Rasanya takde kaitan pun kot
dengan citer blogger tue tapi tetiba je teringat peristiwa tu. So nak share
jugak sikit kat sini.
Ada satu hari tue, lepas tamat bengkel kat Gold Coast Morib
saya singgah Alamanda sekejap. Saja singgah nak cari toys untuk Amsyar and
Aimery. Dah 2 hari tak jumpa diaorang so kalau balik bawa toys untuk diaorang
sure diaorang happy.
Sebelum cari toys tue, saja la merayap kat shop yang lain
dulu. Hari tue boleh tahan jugak ramai orang kat Alamanda sebab hari Sabtu.
Pastu dalam kesibukan dan keramaian orang itu saya telah ternampak seseorang. Tapi
masa tu saya buat-buat tak nampak. Dan orang di sebelah sana jugak seperti
terperasan akan diri ini dan jugak berlagak seperti tidak nampak saya. Di
sebelahnya ada seorang wanita yang ayu bertudung. Diaorang jalan bergandingan
sambil berpegang tangan. Macam pasangan lain yang sedang hangat bercinta. Ops…nanti
dulu, ke diaorang tue dah kawin? Entahlah tidak diketahui pulak status mereka.
Nanti silap cakap jadi fitnah pulak. So sila abaikan apa status diaorang.
Mesti nak tau kan sapa yang saya nampak tue? Dia sebenarnya
ex-boyfriend saya. Macam terkejut jugak terserempak kat Alamanda nie. Dah lama
kot tak dengar kabar berita or nampak dia. Since 2005 kalau tak silap. Tapi
kalau difikirkan balik, apa yang nak dipelikkan sebab seingat saya dia kerja
kat Cyberjaya dan tinggal di Sri Kembangan. Makanya tempat dating yang paling
dekat surelah Alamanda. Apa lagi yang ada kat area nie.
Sekadar gambar hiasan
Fine la kan. Masa nampak dia dengan awek tue secara tak
langsung macam rasa happy for him sebab dia move on with his life. Masa
awal-awal clash tue memang tegang sikit lah keadaan kiteorang. Of courselah
kan, rasanya kalau uolls yang pernah alami situasi macam nie pun sama jugak
situasinya. Saya assume dia dah jumpa jodoh yang sesuai.
Tapi masa tue rasa jugak macam…Alamak, tak bestnya. Naperlah
terserempak dengan dia masa aku tengah jalan terkontang-kanting tidak berteman. Tak naklah dia ingat yang
bukan-bukankan. Kalau masa tue ada hubby and anak-anak rasa macam lagi best
kot. At least I want him to know that I’ve found my jodoh. But I think, he knew
that I’m married.
Balik rumah, saya citer kat hubby pasal peristiwa kat
Alamanda. Mula-mula tue terfikir jugak perlu ke citer but at last I decided to
tell him. Saja je nak bagi dia tau apa yang berlaku walau pun secara logiknya
takde apa-apa pun yang berlaku. So tutup cerita kat situ.
Dalam 2-3 hari lepas kejadian tue, masa on the way nak balik
rumah dan tengah stuck dalam jam kat Jalam Yap Kuan Seng boleh pulak saya
ternampak my-ex tue lagi. Kali nie confirmed yang hanya saya je nampak dia
sebab dia tengah sibuk nak melintas jalan. My oh my……rasa macam pelik pun ada.
Dalam tempoh seminggu tue boleh terserempak sampai dua kali. Apakah maksudnya?
(Takde apa maknanye pun…..).
Harap-harap lepas nie xdelah terserempak lagi ke apa. Not that I still have feeling towards him but rasa macam tak comfortable je. Maka lebih baiklah kalau tidak bertemu langsung.
No comments:
Post a Comment