Tuesday, June 18, 2013

Menuntut Ilmu



Tajuk x boleh blah kan...
Menuntut ilmu katanya..

Ye...2 minggu lepas, me n SIL telah pergi ke kelas belajar menjahit manik.
Kelas kiteorang kan....tetiba je nak belajar jahit manik.
Memang takde kena mengena ilmu nie dengan profesyen I sekarang.
Tapi ilmu nie sangat berguna untuk diri sendiri dan dapat menjimatkan duit poket kita.

So macam biasa, urusan meng'google' maklumat kat mana patut kita pergi belajar telah dilakukan oleh SIL.
Tq Kak Amy!!!
We decided untuk belajar dengan Butik Seatea Creative nie.
Senang sangat berurusan dengan diaorang nie.
SIL hanya confirm untuk datang kelas hari Ahad.
Payment semua buat masa kelas nanti.
Tak perlu transfer2 duit dan tunjukkan bukti segala.
Mudah hidup kiteorang.
Alhamdulillah dipermudahkan urusan.

So pagi Ahad tu saya bertolak la dari rumah ke Bukit Mahkota.
Need to fetch SIL first then together we went to Bangi.
Oh lupa pulak nak cakap...butik tu kat Seksyen 9, Bangi.
Sederet dengan kedai sukan  Al-Ikhsan.

Sampai pun just nice...sharp kol 9am.
Pn Hajah Zaiton  pelawa minum dulu sambil dia prepare apa yang patut.
Memang sedang elok sebab kiteorang x sempat breakfast lagi.


Rupa-rupanya pagi tu ada 3 students je termasuk me n SIL.
Memang terbaik la kan.
Bila student tak ramai maknanya cikgu akan dapat beri tumpuan yang lebih pada kita.
I loike!!!!!

Bila semua dah ready, kiteorang dibekalkan dengan alatan asas nak jahit manik dan sehelai kain untuk menjahit.
Alatan asas tue  terdiri daripada jarum no.11 needle threader, 11 jenis manik, cutter,  dan benang.


Contoh design berdasarkan kelas yang diikuti Basic, Intermiate, Advance


Peralatan yang diperlukan untuk menjahit manik


Semestinya perlu ada manik


Dapat benda2 nie pun dah terasa excited nie..belum lagi start menjahit.
Biasalah..orang jakun yang tak pernah menjahit memang macam tue perangai nya.
Nak-nak lagi bila ternampak hasil2 jahitan manik yang ada kat meja tue yang super gorgeous.
Lagi la teruja dibuatnya.
Dah feeling2 nak jahit macam tue.
Tak sedar diri yang awak tue basic pun takde...
Tapi tak pe....angan2 je dulu
Bukan kena bayar pun kalau berangan.

Pn Hajah Zaiton tue yang mengajar kiteorang.
Saya panggil dia aunty je sebab dah baya-baya mak kite je kan...
Ok gak dia ajar...sebab tak ramai orangkan..
Dia tolong sorang2..
Tunjukkan cara yang betul nak menjahit n etc...
Selain Aunty Zaiton tu, ada 2 orang jugak anak dia kat kedai.
Bayu dan Yat..tapi diaorang tue lebih kepada kerja2 management..
Tu yang saya nampak hari tue la...

Break tengah hari makan Dominos.
Memang terbaik la...sedap pulak Dominos tue.
Luper lak nak tanye flavor apa.
Lain kali boleh order.
Lepas makan terus sambung menjahit balik.
Maklumlah excited nak buat semua.

At last pukul 4.30pm kiteorang dah settled buat semua basic design yang diajar.
Yeay....best gila.
Dah tau nak jahit manik yang basic2 nie.
Tak payah la nak upah orang mahal2 sebab dah boleh jahit sendiri.

At the end of the class kiteorang dapat sijil, semua 11 manik tadi dan 2 batang jarum.
Kat butik tue pun ada jual macam2 peralatan dan manik untuk jahitan.
So kalau nak lebih, uolls boleh beli kat sini.


Basic design

Yeay...sudah siap


Mesti ada yang tertanya-tanya how much we paid untuk kelas nie.
FYI, we paid RM150 for this class.
Class from 9am - 5pm.
Datang bawa badan saja.
Makanan dan barang untuk jahitan disediakan termasuk 11 jenis manik tadi.
And not to forget..the sijil.

Mungkin ada yang kata that was pricey.
But for us...we thought it was reasonable sebab tak semua orang nak berkongsi ilmu dengan kita.
So we paid for the ilmu...and it was worth it.
Kalau nak menuntut ilmu pun nak berkira...susahlah kan..
Takut tak kenal lama pulak ilmu tu nanti...

So semasa yang nak belajar menjahit manik, maybe uolls boleh try tempat nie :

Butik Seatea Creative
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi (sederet dgn Kedai Sukan Al-Iksan)
012-6105365 (Hajah Siti Zaiton)
019-3846464 (Bayu)
012-2851308 (Yat)
manik-quinn.blogspot.com

Nanti kalau dah mahir dengan corak yang diajar nie kiteorang bercita2 nak gi intermediate  and advande class.
Cita2 jer dulu...belum pasti perginya.
Hahaha....berangan saja la kau nie!!!!

Ok itu jer....bye

No comments: