Tuesday, July 26, 2011

I Feel Sick



Hari nie satu badan rasa tak sedap. Tengah hari tadi tiba-tiba rasa sejuk giler. Siap kena pakai sweater and stoking baru rasa ok sikit. Ni simptom-simptom nak demam nie. Dah lama tak demam. The last time was masa pregnantkan Aimery. Dah lebih setahun rasanya. Sejak dok London memang belum pernah demam.

Lepas makan Panadol tengah hari tadi terus tido. Bangun tido lega sikit rasanya. Tapi tekak macam tak berapa selera nak makan. Tadi hubby keluar sekejap. Sempat pesan steak and cheese Subway. Share makan dengan Amsyar. Bahagi dua siap-siap supaya Amsyar tak berjangkit. Amsyar pun badan dia macam panas sikit petang tadi. Cepat-cepat Ayah dia bagi makan ubat. Hopefully dia tak demam.

Bila demam nie rasa malas sangat nak buat kerja. Kepala rasa berat gila. Nie baru je telan lagi 2 biji Panadol. Hope cepat lah kebah demam nie. I don't like being sick!!!!

Monday, July 25, 2011

And Last but Not Least



Akhirnya kami sampai ke destinasi perhentian yang terakhir iaitu Nottingham pada 14 July 2011. Kali nie malas nak citer panjang-panjang. Layan gambar sahaja ya.



1st stop di Notts County F.C. Untuk makluman semua, Notts County F.C. adalah kelab bola sepak tertua di dunia.

Saturday, July 23, 2011

When In Newcastle



Bandar yang menjadi persinggahan seterusnya adalah Newcastle. Sampai Newcastle agak lewat jugak lebih kurang pukul 9pm lebih. Sekarang tengah summer kan so pukul 9 pun masih terang lagi. Mudahlah la sikit nak bawa budak berdua tue. Check-in di Travelodge Gateshed dan esoknya barulah kami berjalan-jalan di bandar Newcastle.

Destinasi pertama tentunya ke St James' Park Stadium which is home to Newcastle United Football Club. It is the largest and oldest football stadium in North East of England and the sixth largest in UK. Jalan-jalan sekitar luar stadium, chamwhoring sikit-sikit and beli souvenirs. Then terus ke city centre untuk cari makan. Perut sudah lapar.



Friday, July 22, 2011

Kuih Raya



Kurang lebih seminggu lagi seluruh umat Islam akan memulakan ibadat puasa. Sesiapa yang masih belum habis ganti puasa, berusahalah.... semoga dipermudahkan hendaknya. Alhamdulillah puasa tahun lepas penuh. Masa tue kan tengah preggie. Ingatkan tak tahan nak puasa sebab kalau waktu hari-hari biasa tue selang dua tiga jam dah lapar. Tapi bila bulan Ramadhan tue takde pulak rasa lapar ke apa. Cuma kadang-kadang tue tekak rasa tak sedap. Lepas sahur je muntah. Kuatkan semangat je puasa masa tue. Akhirnya penuh puasa saya. Saya suka. Tak payahlah la nak pening-pening ganti puasa nie. Nak-nak kalau nak ganti puasa kat sini musim-musim summer nie. Mau kena puasa 16 jam oooo.....

Sekarang nie mesti dah mula orang jual kuih raya segala. Silap-silap ada yang dah tak terima tempahan dah pun. Tue mesti yang buat kuih sedap tak ingat tu. Syukurlah rezeki dia orangkan. Terbayang-bayang jugak kuih sarang semut, kuih tat, kuih sugi..... kalau fikir lama-lama nie boleh terliur dibuatnya. Tapi alhamdulillah, walau pun jauh di perantauan nie ada jugak rezeki kami nak merasa kuih raya. Thank to Encik Tariq sebab bawakan kami kuih raya. Terkejut jugak dapat kuih raya dari dia. Buat susah-susah je order kuih untuk kami. Tq so much bro!!!! Tariq ada course kat sini tue yang dapat jumpa dia. Dia ada tanya sama ada nak pesan apa-apa daripada Malaysia. Memang takdelah sebab stok semua banyak lagi dan kami pun dah nak balik kan. Tapi dibawakannya kuih raya pula. Kecil tapak tangan, stadium Emirates kami tadah kan.

Edinburgh Experiences



Kita sambung semula cerita roadtrip hari tu. Lepas dah melawat Manchester kami meneruskan perjalanan untuk lokasi utama roadtrip kali ini. Ye...ke Edinburgh, Scotland. Dari Manchester ke Edinburgh ada lebih kurang 352km lagi. Kalau ikut sat nav masa perjalanan adalah dalam 4 jam. Mak aii..Apsal plak sampai 4 jam kan.... We'll see about that later.

Sebelum tue kami sempat singgah ke Lake District. Di sini terletaknya Taman Negara terbesar England. Bagi mereka yang suka dan cintakan keindahan alam tempat macam nie sesuai untuk anda. Disebabkan kesuntukan masa kami melawat ala kadar sahaja. Tapi Amsyar excited bila nampak adventure playground yang ada di situ. Seronok main sampai tak nak balik. Lepas kena sound dengan Ayah dia dan dengan muka tak puas hati dia naik buggy. Lepas tue ambil gambar sikit kat lakeshore. The view is very breathtaking. Tasik yang membiru, gunung-ganang yang menghijau...burung-burung riang bertebangan. Memang superb!!!! For those yang nak buat watersport activities kat Brockhole point nie semua ada disediakan.

Tapi masuk kawasan hutan nie bagi saya macam nak berapa sesuai untuk baby pasal macam banyak langau dan serangga yang saya tak tau namanya. Saya pun ada terasa gatal-gatal macam kena gigit something. So macam bahaya pulak kalau baby kena gigit ke apa kan. Disebabkan itu jugak kami tidak berlama-lamaan di sini. Lepas beli some souvenirs terus sambung perjalanan.

Monday, July 18, 2011

I've Made It Babe!!!!



Ingat lagi tak entri saya pasal Run For Life? Kalau sapa-sapa yang tak tau cerita, boleh ke sini untuk mengetahui lebih lanjut apa dia Run for Life nie. Acara tersebut telah berlangsung pagi tadi (17 July 2011) di Hyde Park. Event start pukul 11am but semua yang turut serta dikehendaki datang lebih awal untuk memudahkan perjalanan event tersebut. Saya pagi-pagi dah bangun. Before keluar mandikan Aimery dan bagi dia minum susu. So hubby kena tidurkan dia la sementara saya takda nanti. Amsyar hubby yang akan uruskan. Biasanya dia yang mandikan Amsyar so takde masalah la tentang tu.

Sebelum ke Hyde Park singgah Sainsbury jap beli sandwich, energy drink and a bar of chocolate. Buat alas perut sebab semalam dinner tak makan apa pun. Maunya terpengsan kalau tak makan nanti. Sampai je dekat lokasi yang ditetapkan orang dah ramai. Dekat situ macam-macam style fashion larian yang saya dapat tengok. Ada yang pakai pink wig, ada yang pakai tutu, ada yang pakai sayap macam fairy godmother, ada yang dressed up as smurf, cow, tiger dan macam-macam lagi. Anjing pun siap dipakaikan dengan tutu. Creative sungguh la diaorang nie. Meriah sungguh Hyde Park pagi tu. But mostly peserta pakai baju/shirt/vest color pink be it official shirt yang dibeli dari website or baju koleksi peribadi masing-masing.



Hey sexy ladies

Sunday, July 17, 2011

Manchester Story


Destinasi kedua adalah Manchester. Dari Liverpool ke Manchester dah tak jauh, lebih kurang 45 minit perjalanan. Kami sampai lebih kurang pukul 8 lebih. Lepas check in di Holiday Inn Express kami terus cari makan. Saya dan hubby dah lapar gila. Nasib baik lokasi hotel nie dekat dengan tempat makan so tak payah pening-pening nak cari tempat makan. Lepas tengok menu we dedided to eat at Frankie & Benny's. I had oven baked pesto salmon, hubby makan prawn pasta and we ordered margherita pizza for Amsyar. All the food were very delicious. Portion dia pun sangat banyak. Tried to finish everything tapi tak larat.


Holiday Inn Express Manchester


View di belakang hotel

Kat Manchester nie kami tak ada any specific place to go. Cuma nak pi tengok stadium saja. Jadinya aktiviti pagi berikutnya dimulakan dengan melawat stadium MUFC di Old Trafford. Dari hotel kami dah nampak dah stadium nie. Naik kereta dalam 5 minit dah sampai ke stadium kelab yang ramai peminat nie. Cadangnya nak ikut tour untuk melawat stadium tapi bila tanya kat reception tentang tour tue terus tak jadi. Sebab it involves a lot of stairs (nama pun stadium kan). Memang tak boleh nak bawa buggy. Kalau Amsyar tak pakai buggy tak apa pasal dia boleh jalan tapi Aimery kalau tak pakai buggy pengsan saya nak dukung dia untuk lawatan yang memakan masa sekurang-kurangnya 1 jam itu. Oh tidak!!!! Makanya kami berjalan di luar kawasan stadium sahaja. Jadilah daripada tak dapat langsungkan. Habis pusing-pusing terus ke Mega Store MUFC for souvenirs. Tapi macam tak berapa nak best sebab diaorang tengah buat refurbishment to that store. Barang-barang macam tak berapa banyak.


Glory glory Man United






Then we move on ke stadium bola sepak yang kedua di Manchester nie. Mana lagi kalau bukan Manchester City Fan Club (MCFC). Dah nama pun MFCF so kami perlulah masuk ke bandar untuk sampai ke stadium nie. Stadium MCFC nie dulu tempat berlangsungnya acara bola sepak pada Sukan Komanwel 2002. Selain stadium bola sepak adalah jugak kemudahan untuk acara sukan yang lain kat sini. Sebab dah tau kalau nak ikut tour mesti kena naik turun tangga so kami decided untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan stadium sahaja. Then beli sikit souvenirs untuk dibawa pulang.









Basically tema lawatan ke Manchester ini adalah lawatan ke stadium bola. Lagi pun Manchester nie bukan destinasi utama roadtrip kali nie, sekadar singgah sebentar sebab dah kebetulan ia berada di laluan yang digunakan. So layan stadium je la....

By the way, hotel tempat kami menginap tu sangat selesa dan harganya murah. View pun sangat cantik. Kalau sesiapa datang ke Manchester bolehlah cuba hotel nie. Kami bayar 40 pound untuk 1 malam tapi tak termasuk breakfast. Cuma kalau weekends mungkin harga dia berbeza so sila check dulu.

Itu je cerita kat Manchester untuk kali nie. Jumpa lagi dalam next entry. Ciao!!!

Saturday, July 16, 2011

Home of the Red and Blue ----> Liverpool


Dah seminggu lebih tak berupdate blog nie. Sorry ye kawan-kawan. Kami sekeluarga baru pulang dari berjalan/roadtrip di UK nie. Nie kira fasa kedua. Fasa pertama dah selesai 18-19 June yang lepas. Untuk roadtrip kali nie kami ke belah North England and Scotland. Perjalanan selama 5 hari dan 4 malam ini amat memenatkan. Kalau mereka yang ada anak-anak kecil macam saya mungkin faham apa yang saya maksudkan. Walau bagaimanapun, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami pun dah selamat sampai ke Kota London semula.

Mari kita berkongsi pengembaraan kali ini bersama-sama ye. Perjalanan kami mulakan pada hari Ahad (10 July 2011). Sengaja pilih waktu macam nie sebab masa nie harga hotel murah. Rasa rugi kalau bayar mahal-mahal sekadar nak tidur dan berehat sebentar sebelum berjalan-jalan di destinasi pilihan. Destinasi pertama kami adalah Liverpool. Perjalanan dari London ke Liverpool lebih kurang 335 kilometer dan memakan masa lebih kurang 3 jam 45 minit. Dalam hati berdoa je supaya Amsyar dan Aimery tak buat perangai. Budak-budak kan cepat bosan kalau lama sangat kat dalam kereta. Nasib la diaorang ok je. Most of the time diaorang tidur. Tapi dua kali jugak berhenti kat services mainly untuk makan and isi minyak. So masa berhenti tu bagi makan kenyang-kenyang supaya bila dalam kereta nanti boleh tidur balik.

Perjalanan smooth je cuma ada beberapa tempat yang ada construction jammed sikit. By the way untuk makluman uolls, kebanyakan highway kat UK nie tak kena bayar tol. Tapi kali ni kami lalu M1 dan kena bayar 4.60 pound. Murah sangatlah kiranya tue jika dibandingkan dengan jarak perjalanan. Alangkah bestnya kalau kat Malaysia pun tak payah bayar tol macam kat UK nie. Kat KL nun keluar rumah nak pi keja pun dah kena bayar tol dah..huhu!!!

At last dalam pukul 2.30pm sampailah kami di Liverpool. Kami parking di shopping centre (Liverpool One) sebab mudah kalau nak tukar nappy budak-budak dan shopping nie dekat dengan tourist attractions. Kami berjalan di sekitar Albert Dock. Macam-macam ada di sini. Nak makan, nak shopping, nak melawat museum atau apa saja semuanya boleh.









Kalau sampai di Liverpool nie ada beberapa tempat kena/wajib pegi. Salah satunya The Cavern Club. The Beatles yang famous itu berasal dari Liverpool dan di club inilah tempat mereka bermula. Tapi macam terkilan sikit sebab tak dapat beli souvenir The Beatles sebab kedai dah tutup. Kami datangkan hari Ahad. Kat sini kalau Ahad kedai buka lambat dan tutup cepat. Biasanya dalam pukul 5pm dah tutup. Kami sampai kat club nie dah pukul 6pm. So memang dapat tengok kedai je lah.




Lupakan saja kedai yang dah tutup itu. Kita ke lokasi wajib seterusnya. Mana lagi kalau tak Anfield Stadium. Inilah dia stadium pasukan Liverpool FC. Dapat ambil gambar kat luar je. Waktu lawatan dah tamat. Nasiblah kat luar-luar tue ada jugak lambang-lambang club yang boleh diambil untuk kenang-kenangan. Souvenirs pun tak dapat beli sebab kedai sudah tutup.


Not far from Anfield Stadium adalah Goodison Park Stadium that belongs to Everton FC. Jarak antara dua stadium nie dalam 500 meter je...boleh???!!! Sama jugak macam kat Anfield tadi. Dapat ambil gambar kat luar saja as waktu lawatan telah tamat. All these stadium memang ada buat tour untuk kita melawat sekitar stadium. Masa tue bolehlah ambil-ambil gambar kat dalam stadium tu. Tapi kira ok la sebab dapat jugak sampai ke stadium club terkenal kat England nie. Sebelum nie memang tak pernah mimpi pun nak sampai sini.

Yang menariknya kedua-dua stadium nie betul-betul dekat dengan kawasan perumahan. Pendek kata, buka pintu rumah dah boleh nampak stadium dah. Gila gempakkan!!!!! Parking area pun sangat limited. Bila ada game rasanya orang-orang kat sini je kot yang ramai pi tengok. Jalan kaki je la...stadium depan rumah!



Lepas dah habis melawat dua stadium nie kami meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. Hari pun dah lewat petang so banyak tempat yang dah tutup. Mungkin ada lagi tempat yang menarik di Liverpool nie yang tak sempat kami kunjungi but secara keseluruhan we were happy with the short visit.

So untuk destinasi seterusnya saya akan sambung dalam entry berikutnya. Mata sudah mengantuk. Will try to update ASAP. See uolls later. Nite!! Nite!!!

Friday, July 8, 2011

From My Kitchen Presenting...Pancake with Sweet Berries Sauce


Gigih pulak buat entri hari ni kan...nie dah entri kedua untuk hari nie. Sementara ada masa nie cepatlah saya mengupdate blog nie. Nanti bila dah sibuk, mau makan bulan tak berupdate blog. Sampaikan bersawang jadinya. Pulak tue asyik cerita pasal makan je. Sorry la kalau uolls bosan membaca tentang makanan nie semua. Ini je pun cerita yang boleh dikongsi buat masa ni. Please bear with me ok??!!!

Hajat nak membuat pancake nie dah lama disimpan. Dari sehari ke sehari tak jugak buat. Tapi bila membaca blog-blog yang meletakkan gambar pancake yang mereka buat, saya jadi begitu terliur. Nak kena buat jugak nie.

So tadi minta hubby beli bahan-bahan on the way dia nak balik ke rumah. Petang tadi dah sibuk buat agar-agar chocolate so tunggu malam sikit baru buat batter pancake nie. Senang je nak buatnye tapi kalau tengah malas benda senang macam nie pun rasa payah nak buat. Resepi nie diambil dari website ini.





Pancake With Sweet Berries Sauce

225g plain white flour
1tsp baking powder
15g granulated sugar
2 large eggs
300ml milk
250g mixed berries
15g icing sugar
A little oil to grease pan if required
Greek yoghurt or crème fraiche

Method

1. Place the flour, baking powder, sugar, eggs and milk in a blender and process until smooth. Cover and place in the fridge for at least 30 mins.

2. Place the berries, icing sugar and one to two tablespoons of water in a food processor and process to a smooth puree. Strain into a jug and sweeten with a little extra icing sugar to taste.

3. Pre-heat a non-stick frying pan until hot, and add two teaspoons of oil. Pour in two tablespoons of the batter and cook until bubbles begin to appear. Turn the pancake and cook for a further minute, or until golden brown.

4. Remove from pan and keep warm in a clean tea towel. Repeat until all the batter is used.

5. Serve the pancakes warm, drizzled with a little honey and the fruit sauce, and a dollop of Greek
yoghurt or crème fraiche

From My Kitchen Presenting...Agar-agar Chocolate


Resepi nie daripada my MIL. Tak pernah pun dia bagi resepi nie. Tapi disebabkan selalu tengok dan tolong dia buat so dah boleh ingat apa bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat agar-agar nie. Macam yang saya cerita dalam entri ini, stok makanan masih banyak sedangkan kami hanya tinggal 2 bulan lebih saja di kota London ni. Agar-agar pun termasuk dalam simpanan tersebut. Alang-alang dah ada tue dan dalam misi menghabiskan bekalan makanan yang ada so petang tadi gigihlah saya mengacau agar-agar chocolate. Amsyar pun suka makan agar-agar nie (ada ke benda yang si Amsyar tak suka?) so berbaloilah buat.

Tapi dari segi sukatannya saya main agak-agak je. Sebabnya my MIL pun tak pernah sukat. Saya tengok dia main masuk je semua bahan-bahan tu. Menjadi jek agar-agar dia. Yang saya buat nie saya ikut sukatan supaya senang kalau nak share resepi dengan kawan-kawan.


Ini rupanya. Sorry sebab comot sikit...tapi rasa ok..


Kalau nak resepi, ni dia....

2 pek agar-agar (25 gram/pek)(perlu direndam terlebih dahulu)
2 cawan gula (kalau nak manis boleh tambah lagi)
1 cawan coklat Van Houten
2 cawan MILO
1/2 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil garam
50 gram butter/mentega

Cara-caranya :

1. Masak agar-agar sehingga larut sepenuhnya
2. Setelah itu masukkan semua bahan-bahan yang lain mengikut aturan seperti di atas
3. Bahan-bahan tersebut perlu sentiasa dikacau agar tidak berketul
4. Masak sehingga mendidih kemudian boleh tutup api
5. Masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan dibiarkan sejuk seketika sebelum di masukkan ke dalam fridge

Mudahkan. Selamat mencuba.

Thursday, July 7, 2011

Train - Hey, Soul Sister


Mari layan lagu nie.


Hey Soul Sister by TRAIN

Hey, hey, hey

Your lipstick stains on the front lobe of my left side brains
I knew I wouldn't forget you, and so I went and let you blow my mind
Your sweet moon beam, the smell of you in every single dream I dream
I knew when we collided, you're the one I have decided who's one of my kind

Hey soul sister, ain't that Mr. Mister on the radio, stereo, the way you move ain't fair, you know!
Hey soul sister, I don't want to miss a single thing you do...tonight
Hey, hey,hey

Just in time, I'm so glad you have a one-track mind like me
You gave my life direction, a game show love connection we can't deny
I'm so obsessed, my heart is bound to beat right out my untrimmed chest
I believe in you, like a virgin, you're Madonna, and I'm always gonna wanna blow your mind

Hey soul sister, ain't that Mr. Mister on the radio, stereo, the way you move ain't fair, you know!
Hey soul sister, I don't want to miss a single thing you do...tonight

The way you can cut a rug, watching you's the only drug I need
You're so gangsta, I'm so thug, you're the only one I'm dreaming of
You see, I can be myself now finally, in fact there's nothing I can't be
I want the world to see you be with me

Hey soul sister, ain't that Mr. Mister on the radio, stereo, the way you move ain't fair, you know!
Hey soul sister, I don't want to miss a single thing you do tonight,
Hey soul sister, I don't want to miss a single thing you do...tonight
Hey, hey,hey

Tonight

Hey, hey,hey

Tonight


Wednesday, July 6, 2011

@ 2 Years


Nak cerita sikit pasal Amsyar. Amsyar just turned 2 last June. Macam yang saya cakap sebelum nie rasa cepat sangat masa berlalu. Bila dah dua tahun nie dah macam-macam kepandaian dia. Some of the things that he does :

1. Dah pandai nak pakai baju sendiri. Kalau mummy/ayah nak pakaikan mulalah dia nak buat perangai. Macamlah dah besar sangatkan!!!! Then kalau baju/seluar macam payah nak pakai pun nak mengamuk jugak. Tang tue memang ikut perangai ayah (cepat je nak mengamuk)

2. Rajin nak menolong. If suruh minta ambilkan something, dia akan jalan terkedek-kedek ambilkan apa yang kita nak. But of course kadang-kadang lain yang kita minta lain yang diambil.

3. Tahu masuk baju kotor dalam bakul

4. Kalau ada sampah dia rajin pegi buang sampah dalam dustbin. Kejap-kejap nak buang sampah. Sometimes sengaja dia buat sampah then pergi buang. Normally tissue lah...kejap-kejap nak lap mulut dia.

5. Sangat kuat makan. Normally pagi dia akan minta susu. Pastu makan roti or cereal. Pastu minta Actimel/yogurt/fruits. Kalau kita tengah breakfast pun dia nak join sekali. Tengahari makan nasi. Then take nap. Bangun makan biskut/chocolate. Pendek kata pantang nampak makanan semua dia nak. And Amsyar pandai makan pedas ok! Kita makan roti canai cicah sambal dia pun nak cicah sambal. Lepas tue menggelupur minta air.

6. Suka tengok BBC cartoons....Waybuloo, Teletubbies, etc.

7. Pandai sebut Bob (Bob the Builder). Mummy dengan Ayah tak pandai sebut, si Bob tu pulak yang dia sebut dulu..huhuhu!!!

8. Pandai kiss mulut. Biasanya kiss dengan mummy la. Tapi kadang-kadang dengan Ayah n Aimery pun mamat nie belasah kiss mulut. Ayah selalu marah dia n cakap kiss mulut dengan girl je...hehehe!!!





Tapi sampai sekarang belum boleh nak cakap sangat. Kadang-kadang bila dia nak minta sesuatu saya dan hubby macam tak berapa paham apa yang dia nak. So suruhlah dia bawa kami n tunjuk apa yang dihajatkan. Walau pun tak boleh bercakap lagi tapi dia faham apa yang kita cakap. Kalau suruh tunjuk mata, telinga, mulut, bird and some other thing dia akan tunjuk.

Sangat seronok dapat tengok perkembangan dia depan mata sebab before this I kind of missed it sebab bekerja. Most of the time Amsyar kat nursery. Sementara tak bekerja nie dapatlah melayan kerenah budak nie. And I really enjoyed it.

Mummy love u Amsyar!!!

From My Kitchen Presenting...Red Velvet Cupcakes


Dah lama simpan resepi nie dalam folder dengan harapan akan mencubanya pada suatu hari nanti. Tak ingat ambil dari website mana dah. Tapi resepi nie bila tengok balik ada macam-macam mazhabnya. so saya pilih yang paling senang. Almaklum sajalah sebagai beginner haruslah mencuba yang mudah-mudah dahulu. Nanti kalau yang senang-senang tue dah mantap barulah pegi kepada resepi yang gempak-gempak sikit.

Tadi barulah hajat untuk membuat cupcakes nie tercapai. Nasib Argos kat depan rumah je so bolehlah turun kejap pergi beli muffin baking tray. Tu pun salah satu sebab kenapa niat nak membuat cupcakes nie tertangguh. Tak ada muffin baking tray!!!

Saya ikut sebiji apa yang ditulis kat dalam resepi. Ni first time buat so tak berani nak modify apa-apa. And alhamdulillah daripada rupa dan rasa boleh dikatakan percubaan ini adalah success. Tapi tak nampak merah sangat cupcakes nie...lebih kepada chocolate warnanya. Mungkin saya terkurang letak colouring kot. And I think the frosting is too sweet to my liking. Kalau buat lagi saya akan kurangkan sikit icing sugar tue. Hubby kata sedap tapi dia tak berapa suka yang ada topping. So second tray tue saya biarkan kosong je tanpa topping. Masing-masing punya selerakan.


Red velvet cupcakes in the making


Yeay!!!! Jadi dah....


Jemput makan semua !!!!!

Kalau uolls nak cuba resepi nie silakan.

Red Velvet Cupcakes

· 60g unsalted butter, at room temperature

· 150g caster sugar

· 1 egg

· 10 g cocoa powder

· 20 ml red food colouring

· ½ teaspoon vanilla extract

· 120ml buttermilk

· 150g plain flour

· ½ teaspoon salt

· ½ teaspoon bicarbonate of soda

· 1½ teaspoons white wine vinegar

· 12-hole cupcake tray, lined with large cupcake cases


· Cream Cheese Frosting


· 300 g icing sugar, sifted

· 50 g unsalted butter, at room temperature

· 125 g cream cheese, cold

· Makes enough to frost 12 cupcakes (double the recipe for 20-cm cake)


For the cupcakes

Preheat the oven to 170°C (325°F) Gas 3.

Put the butter and the sugar in a freestanding electric mixer with a paddle attachment (or use a handheld electric whisk) and beat on medium speed until light and fluffy and well mixed. Turn the mixer up to high speed, slowly add the egg and beat until everything is well incorporated.

In a separate bowl, mix together the cocoa powder, red food colouring and vanilla extract to make a thick, dark paste. Add to the butter mixture and mix thoroughly until evenly combined and coloured (scrape any unmixed ingredients from the side of the bowl with a rubber spatula).

Turn the mixer down to slow speed and slowly pour in half the buttermilk. Beat until well mixed, then add half the flour, and beat until everything is well incorporated. Repeat this process until all the buttermilk and flour have been added. Scrape down the side of the bowl again. Turn the mixer up to high speed and beat until you have a smooth, even mixture.

Turn the mixer down to low speed and add the salt, bicarbonate of soda and vinegar. Beat until well mixed, then turn up the speed again and beat for a couple more minutes.

Spoon the mixture into the paper cases until two-thirds full and bake in the preheated oven for 20-25 minutes, or until the sponge bounces back when touched.

A skewer inserted in the centre should come out clean. Leave the cupcakes to cool slightly in the tray before turning out onto a wire cooling rack to cool completely.

When the cupcakes are cold, spoon the Cream Cheese Frosting on top.

For the cream cheese frosting

Beat the icing sugar and butter together in a freestanding electric mixer with a paddle attachment (or use a handheld electric whisk) on medium-slow speed until the mixture comes together and is well mixed.

Add the cream cheese in one go and beat until it is completely incorporated. Turn the mixer up to medium-high speed. Continue beating until the frosting is light and fluffy, at least 5 minutes. Do not overbeat, as it can quickly become runny.

Selamat mencuba!!!

Tuesday, July 5, 2011

I Love You


Today is our 3rd anniversary. Alhamdulillah kerana dipanjangkan jodoh kami berdua. Walaupun baru tiga tahun dalam alam rumah tangga banyak benda yang saya belajar terutamanya sikap bertolak ansur, saling bekerjasama dan saling memaafkan. Saya berdoa agar ikatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Terima kasih Tuhan kerana memberikan dia kepada saya.

Ceh...feeling-feeling la pulak kan. Tapi serious, saya rasa itulah yang patut saya ucapkan di hari yang penuh bermakna ini. Saya tau hubby tak baca pun. Cuma mana la tau kalau-kalau dia terbaca nanti so dia tau la saya sayang kat dia dan bersyukur sebab dipertemukan jodoh dengan dia.

Kami tak celebrate apa pun. Pagi tadi lepas hubby wish happy anniversary, saya terus bagi present dan card yang saya beli secara online hari tue. Hubby macam excited jugak nak bukak sebab benda tue macam berat je. Bila tengok apa yang ada kat dalam tue dia macam terkejut gila. This is what I got him.


Arsenal Year Book


Then we had lunch. Makan sushi lagi hari nie. Semenjak dok sini suka pulak makan sushi. Sebab senang kan...banyak yang boleh dimakan. Amsyar pun suka makan dorayaki kat situ. Banyak jugak makan, ada dalam 17 plates kot..

It's Monday's Blue : Everything on the belt is BLUE----> 2.30 pound /plate


Chuka Ika

Dorayaki

Half of the plates

Lepas perut dah kenyang pi shopping pulak. Hari nie ke Sport Direct je. Sekarang kan tengah sale di sana-sini so kami pun memboronglah apa yang patut. Yang penting saya nak cari track botton untuk larian Run for Life minggu depan. Kalau tak tahan nafsu banyak benda rasa nak beli. Amat merbahaya!!!!

Walau pun xde celebration yang meriah, saya rasa gembira sebab dapat spend masa dengan hubby dan anak-anak. I just loved being with them. I think that they are the best anniversary gift for me. Love them so much !!!!!