Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Friday, October 4, 2013
Jalan Kebun
Ni cerita last weekend.
Super lembab betul saya sekarang.
Dah nak jumpa weekend berikutnya baru terkial-kial nak update.
Last week the whole week hubby takde kat rumah.
Dia ke San Francisco....
Kesian iolls..selalu tau kena tinggal lelama...
Tahun nie je dah berapa kali kena tinggal...
Gi Bangladesh la, pi Korea la...now San Francisco.
Nasib badan...huhu
Anyhoo...bila suami takde nie memang saya la yang kena drive kalau nak ke mana-mana.
Kalau dia ada, memang iolls jadi co-pilot je.
Even kalau dia mengantuk, dia still nak bawa kete jugak.
Tu yang kadang2 boleh buat gaduh.
Dah ngantuk pun still nak lawan mata.
Me of course la takut kan kalau dia drive dalam keadaan mengantuk.
Sila la percaya wife u nie boleh diharap untuk bawa kereta.
So hari Sabtu lepas, saya drive ke Jalan Kebun untuk attend majlis aqiqah n birthday anak my cousin.
Memula cuak jugak sebab dah 5 tahun tak ke sana.
Mana la nak ingat rumah parent Shady tue.
But I'm quite lucky la sebab masa tue my parent n my brother ada.
So diaorang jadi co-pilot.
And much thanks to GPS.....akhirnya sampai di Jalan Kebun dengan jayanya.
Labels:
Family,
Makan-Makan
Wednesday, January 16, 2013
I'm A Grandma....
29 Disember lepas my family n I ada jemputan ke rumah my cousin kat Kajang nun. Dia ada buat majlis sikit bersempena aqiqah cucu dan masuk ke rumah baru. Suka je kalau orang jemput datang makan nie. Memula nak pergi saing dengan my parent sebab diaorang tido rumah malam sebelum tu. Tapi at last, diaorang bertolak dulu ke Kajang coz kiteorang terpaksa tunggu Bibik sampai dari Surabaya. Flight delayed katanya. At last pukul 5pm lebih baru sampai Kajang.
Khemah pun dah siap buka masa kiteorang sampai. Tapi kata sedara kan..so apa ada hal. Redah je la. Kat dalam rumah banyak lagi makanan. Amik je pinggan dan makan. Menu hari tue, nasi beryani. Memang tengah lapar tahap gaban sebab tak masak kat rumah kan. Simpan perut nak makan kat sini temanya. So makanlah dengan jayanya.
My cousin nie dah baya-baya my mom dah. Mak anak no. 7 daripada 11 adik beradik. My cousin tue anak pertama daripada kakak mak yang sulung. So memang patutlah dia dah bercucu pun. Anak my cousin yang sulung pun muda setahun je dari iolls ok.
Saya pun cakaplah kat mak, "Eh..mak dah jadi moyang la sekarang. Nie dah ada cicit dah nie. Tua bebenor dah mak nie" Confident je cakap macam tue kat mak. Masa tue tak sedar diri ok... Lepas dah beberapa minit tue tetiba ....
"OMG...OMG...Kalau mak dah jadi moyang, maknanya Along nie dah jadi nenek la ye????" (dengan ekspresi muka yang tidak dapat terima kenyataan yang diri telah ada title nenek).
My sister lagi kurang asam, menambah kuah...." Tau takpe, jangan la nak feeling2 muda. Dah ada cucu sekarang ye."
Labels:
Family,
Makan-Makan
Tuesday, January 15, 2013
From My Kitchen Presenting : Simple Chocolate Cake
Alkisahnya begini.
Hari Khamis lepas, hubby called tanye kalau nak buat spaggetti bolognese esok (hari Jumaat) sempat tak? Saya cakap la sempat je. Simple je kot nak buat benda tue (mati la berlagak.....). Cuma saya kata nak kena gi supermarket la petang tue sebab ada a few ingredients yang takde kat rumah. Kat opis hubby nak buat farewell untuk one of the staff. Masing-masing nak kena bawa potluck. Nie second time kot hubby suruh buat spaggetti untuk bawa ke office dia.
So malam tue iolls masaklah. Cepat je masaknya sebab bahan-bahan semua Bibik dah sediakan. Memang biasanya saya masak malam, then pagi nanti saya panaskan apa yang patut then we good to go. Kuah satu bekas dan spaggetti satu bekas.
Jumaat malam tue hubby cakaplah thanks sebab tolong masakkan spaggetti (you are welcome!!!) dan dia kata spaggetti tue sedap sampai tak cukup. Erm...dulu masa masak pun dia kata macam tue jugak. So basically kite berjaya la maintain the taste. Pujian ikhlas ke pujian bodek iolls tak kisah. Yang penting orang tak sakit perut makan spaggetti saya. Haru pulak kalau satu opis cerry berry sebab spaggetti iolls!!!!!!
The next day, pergi rumah SIL kat Bukit Mahkota. Dia baru pindah rumah. So kita pergi nak bagi support and nak tolong apa yang patut. Nak pergi macam tak sedap pulak tak bawak apa-apa so iolls pun sempatla meng'google' resepi simple chocolate cake nie. Recipe from this site.
Simple Chocolate Cake
Labels:
Food n Recipes,
Makan-Makan
Friday, July 22, 2011
Kuih Raya
Kurang lebih seminggu lagi seluruh umat Islam akan memulakan ibadat puasa. Sesiapa yang masih belum habis ganti puasa, berusahalah.... semoga dipermudahkan hendaknya. Alhamdulillah puasa tahun lepas penuh. Masa tue kan tengah preggie. Ingatkan tak tahan nak puasa sebab kalau waktu hari-hari biasa tue selang dua tiga jam dah lapar. Tapi bila bulan Ramadhan tue takde pulak rasa lapar ke apa. Cuma kadang-kadang tue tekak rasa tak sedap. Lepas sahur je muntah. Kuatkan semangat je puasa masa tue. Akhirnya penuh puasa saya. Saya suka. Tak payahlah la nak pening-pening ganti puasa nie. Nak-nak kalau nak ganti puasa kat sini musim-musim summer nie. Mau kena puasa 16 jam oooo.....
Sekarang nie mesti dah mula orang jual kuih raya segala. Silap-silap ada yang dah tak terima tempahan dah pun. Tue mesti yang buat kuih sedap tak ingat tu. Syukurlah rezeki dia orangkan. Terbayang-bayang jugak kuih sarang semut, kuih tat, kuih sugi..... kalau fikir lama-lama nie boleh terliur dibuatnya. Tapi alhamdulillah, walau pun jauh di perantauan nie ada jugak rezeki kami nak merasa kuih raya. Thank to Encik Tariq sebab bawakan kami kuih raya. Terkejut jugak dapat kuih raya dari dia. Buat susah-susah je order kuih untuk kami. Tq so much bro!!!! Tariq ada course kat sini tue yang dapat jumpa dia. Dia ada tanya sama ada nak pesan apa-apa daripada Malaysia. Memang takdelah sebab stok semua banyak lagi dan kami pun dah nak balik kan. Tapi dibawakannya kuih raya pula. Kecil tapak tangan, stadium Emirates kami tadah kan.
Labels:
Makan-Makan,
Things I Like
Wednesday, June 29, 2011
Makan-makan @ Tinseltown
Hari ini saya tak payah masak (yahoo!!!!). Semalam hubby dah cakap nak bawa kami semua pergi makan dekat Tinseltown-American Diner & Milkshake Bar. Saja nak tukar selera. Alang-alang Ajam (my BIL) ada so bestlah kalau pergi ramai-ramai. Tempatnya pun tak jauh dari rumah (Westbourne Grove). Naik bus dalam 15 minit dah sampai.
Tempat nie diperkenalkan oleh kawan kami, Lynn Zamani. Lynn dah dekat 3 tahun di London nie so dia memang tau la tempat-tempat makan yang best kat sini. Dah lama dah Lynn sebut pasal Tinseltown nie kat kiteorang tapi tak sempat nak menjejakkan kaki ke sana. Azreen yang datang kerja kat London nie pun dah sampai, kami tak jugak sampai....huhuhu. But then, alhamdullillah dapat jugak ke sini sebelum balik ke Malaysia. Kalau nak dikira-kira dekat dah setahun tak makan steak nie. Masa pregnant Aimery takdelah nak mengidam makan steak ke apa. Then dah sampai sini tak tau ada restaurant halal for steak. Bila tau ada tue, teringin jugaklah nak makan.
Macam-macam ada
Hubby sibuk memilih makanan
Amsyar leka main sauces
Makanan di sini sangat variety. Semua ada. Persoalannya samada larat tak larat nak makan je. Lepas dah belek menu dua tiga kali akhirnya saya pilih Sirloin Steak with Piri-piri Sauce. Hubby pilih Mixed Grill (banyak gila portion dia). Ajam order Rib Eye. For side lines kami pilih fries and salad.
Lynn also mentioned to try their shake sebab sedap gila. Baca menu pun dah rasa sedap dah. Walau pun hari hujan semua order shake sebab tak nak kempunan. Rambang mata uolls sebab they have like 50 flavours of ice creams milkshakes to choose from. Nak tau apa saya pilih? Saya telah memilih VIP Lounge Milkshake iaitu Fruit A-List (banana n strawberry topped with maple syrup, whipped cream and jelly tots). It is super delicious!!!!!
My Fruit A-List
Sangat puas hati makan di sini. Makanan sedap dan service pun sangat memuaskan hati. Walau pun ramai orang masa tue, kami tak perlu menunggu lama untuk mendapatkan makanan masing-masing. Sekarang perut adalah sangat senak sebab makan banyak tadi. Oleh itu, malam nie tak payah dinner sebab dah cover lunch and dinner masa kat Tinseltown. So kalau kawan-kawan datang ke London dan teringin nak makan steak bolehlah try tempat nie. Credit to Lynn sebab perkenalkan tempat ini kepada kami.
Labels:
Family,
Makan-Makan,
UK
Thursday, May 19, 2011
I Love Shopping in London
Pagi tadi hubby kata nak pegi Wimbledon nak uruskan pasal ownership kereta ke apa. Dia tanya nak ikut ke tak? Saya pun dengan lancar je ckp nak ikut. Saja nak jalan pasal semalam dah melepak sehari suntuk kat rumah. Tak buat ape selain melayan DVD yang disewa dari Tesco. Semalam tengok The Tourist (orang lain dah berkurun tgk, kami baru terhegeh-hegeh nak layankan..erm ketinggalan sungguh!).
Lepas dah siap tiba-tiba hubby kata x jadi pergi sana. Kita pergi Oxford Street je la (Oxford Street lagi...hurmmm!). Ok la tue lagi pun nak beli baju Aimery sikit. Baju utk pakai kat rumah jer sebab yang ada nie semua dah jadi body fit. So hari nie x payah masak (saya suka!!!). Hubby mula-mula suggest Subway but then dia kata kalau dapat mkn sushi pun sedap nie. Sushi la kita hari nie. I loike.
@ Yo! Sushi. Saya tengah pegang Stanley. Tolong amik gambar si Stanley utk school project Aaron
The aubergines are very the yummy
Perut tengah lapar semua benda sedap giler
Tu dia bertingkat-tingkat piring. Dua orang yang sedang kelaparan makan
Kalau dah sampai Oxford Street ni tak sah la kalau x shoppingkan. Mula singgah Boot's sebab nampak promotion 3 for 2 utk make up. Apa lagi, mata adalah sangat rambang. Kalau boleh semua nk diambil. Nasib baik masih ingat daratan, Maka ambil yang perlu sahaja. Hubby terpaksalah mengikutkan aje. Kalau takde promotion 3 for 2 nie memang saya x beli. Bila tgk harga dan compare dengan harga kat Malaysia...jauh beli murah kat sini. So haruslah membeli walaupun bukan keperluan.
Pastu masuk Waterstone Bookstore. Ada promotion 3 for 2 jugak. Oh bestnya!!!!! Tiba-tiba rasa rajin nak beli buku (beli jer bacenya tak tau la bila kan..hehehe!). Hubby pun kata carilah kalau ada buku-buku yang berkenan. Tunjuklah sikit saya nie bukanlah pandai shopping jer, baca buku pun rajin jugak. Alangkah bestnya kalau di Malaysia ada promo macam nie. Mesti rakyat Malaysia akan jadi rajin membaca sebab boleh beli byk buku (ini teori saya sahaja sebab sekarang nie buku memang mahal so nak membeli pun mcm kemut-kemut jer nak keluar duit. Tapi kalau shopping baju, x kisah pulak kan....hehehe!!!). At last, saya pilih 2 buku and 1 for hubby.
Pastu gi Primark pulak. Kalau nak pergi Primark nie memang kiteorg elak pergi weekends sebab makhluk alam adalah sangat ramai sampai dah macam kat pasar borong (pasar borong pun ramai mcm kat sini kot). Nak membayar pun nak kena beratur berjam-jamkan. Hari nie just nice. Orang tak lah seramai mcm weekends. Cari baju untuk Aimery. T-shirt biasa2 je utk pakai kat rumah. Untuk Aimery dan Amsyar ada dalam 12 ke 13 helai baju + seluar. Hubby got some t-shirt for himself. Hubby tanya saya nak beli apa2 tak? Haruslah jawap nak kan. Baju waktu spring nie best ok sebab walau pun dah balik Malaysia nanti masih boleh dipakai. kalau membeli waktu winter, nak pakai ke bendanya kat Malaysia. Cari punya cari, I found 2 lovely tops. I just loved it so much. Hubby pun kata lawa so apa lagi terus masuk bakul. Rasanya campur-campur semua baju adalah dalam 30 helai kot. And the best part, x sampai pun 100 pound. I loike!!!!
Ini bukan baju kotor
Kerosakan yang dilakukan
Dah dilipat..Baju palik banyak----> Aimery
Our book
My make-up
Bestnya kalau kat Malaysia ada byk promotion mcm 3 for 2 tue ker, buy 1 get 1 free ke. Dapatlah berjimat sikit (jimat ker??). Nie belanja susu and diapers anak jer dah RM500. Erm...nak ckp mcm mane??? At the end off the day, gaji empat lima ribu sebulan pun macam takde apa (saya je kot?). Takpelah yang penting bila berbelanja haruslah mengikut keperluan dan berbelanja mengikut kemampuan masing-masing. Insyallah, rezeki yang tuhan bagi cukup untuk keluarga.
P.s.: Belanja duit suami memang tak terasa ;p
Labels:
Makan-Makan,
Myself,
Things I Like,
UK
Wednesday, October 22, 2008
Bercanda di Village View......
Bersempena bulan Syawal yang masih berbaki beberapa hari ini, Sektor Perkhidmatan JUSA/Gred Khas telah mengadakan Majlis Makan-Makan Sektor di Village View, Bangi. Dah lama tak kluar makan bersama-sama lantaran dihambat kerja-kerja operasi di pejabat. Tapi kali ini, atas inisiatif bos kiteorang Encik Zamri dan Encik Zairy, maka agenda pada tengahari Isnin 20 Oktober 2008 itu telah berjaya dilaksanakan.
Tengok tue muka-muka gembira yang dapat makan free tengahari nie..... Memangla seronok sangat dapat keluar makan kat luar sebab saya dah tak larat nak makan kat Cafe Blok C3 tue... Tak tau nak makan ape.....Tak banyak pilihan. Boleh dikatakan setiap hari menunya sama...I cannot go already. So kadang2 bila Faizal and the geng ajak kluar saya follow jer.
Apa menu hari nie yer????
1. Nasi putih
2. Ikan Siakap Masak 3 Rasa
3. Tomyam Campur
4. Ayam Goreng Kunyit
5. Kailan Ikan Masin
6. Kerabu Mangga
7. Air Tembikai dan Fresh Orange.....
Memang membangkitkan selera betul. Rasa macam nak makan banyak hari ini...Boleh ker????
Selepas makan inilah hasilnya......
Alhamdulillah.....Lepas makan nie kiteorang semua kena bergegas balik ke office sebab ada kerja nak kena diselesaikan sempena Lawatan Anugerah Kualiti JPA pada keesokan hari. Kalau tak siap mau kena stay back kat office ptg nie.
P.s. Takut tak buat kerja jer sebab perut dah penuh dan mata dah berat....
Labels:
Makan-Makan
Subscribe to:
Posts (Atom)
