Ingat lagi tak entri saya pasal Run For Life? Kalau sapa-sapa yang tak tau cerita, boleh ke sini untuk mengetahui lebih lanjut apa dia Run for Life nie. Acara tersebut telah berlangsung pagi tadi (17 July 2011) di Hyde Park. Event start pukul 11am but semua yang turut serta dikehendaki datang lebih awal untuk memudahkan perjalanan event tersebut. Saya pagi-pagi dah bangun. Before keluar mandikan Aimery dan bagi dia minum susu. So hubby kena tidurkan dia la sementara saya takda nanti. Amsyar hubby yang akan uruskan. Biasanya dia yang mandikan Amsyar so takde masalah la tentang tu.
Sebelum ke Hyde Park singgah Sainsbury jap beli sandwich, energy drink and a bar of chocolate. Buat alas perut sebab semalam dinner tak makan apa pun. Maunya terpengsan kalau tak makan nanti. Sampai je dekat lokasi yang ditetapkan orang dah ramai. Dekat situ macam-macam style fashion larian yang saya dapat tengok. Ada yang pakai pink wig, ada yang pakai tutu, ada yang pakai sayap macam fairy godmother, ada yang dressed up as smurf, cow, tiger dan macam-macam lagi. Anjing pun siap dipakaikan dengan tutu. Creative sungguh la diaorang nie. Meriah sungguh Hyde Park pagi tu. But mostly peserta pakai baju/shirt/vest color pink be it official shirt yang dibeli dari website or baju koleksi peribadi masing-masing.
Can you spot the smurf?
Ladies with wigs
The crowd
Before event starts, ada macam-macam acara yang disediakan untuk memenuhkan masa yang ada. Antaranya belly dancing, video presentation, ucapan dari team cancer research Imperial College, aerobic and etc. Lepas dah warm up kami dikehendaki menempatkan diri masing-masing dalam kategori yang telah disediakan. Sesapa rasa nak menamatkan larian dalam tempoh 30 minit ke bawah boleh join kategori runners. If rasa boleh habiskan larian dalam masa lebih dari 30 minit boleh join kategori joggers and sapa yang rasa nak jalan-jalan amik angin kat Hyde Park boleh join kategori walkers. Saya memang tak mampulah nak lari bawah 30 minit, gila apa!! Dah la 10 tahun lepas lari 5km macam nie pastu dah tak lari dah. So saya tempatkan diri dalam kategori joggers. kalau rasa nak lari nanti, lari je la kan. Sapa pulak nak marah.
Diaorang lepaskan runners dulu. Bila saya tengok macam lambat je joggers nie nak dilepaskan so pun menyelitkan diri dalam golongan runners. Bukan apa, nak start cepat dan kalau boleh nak balik cepat. Kesian plak tinggalkan hubby dengan budak-budak. Just so u know, bilangan penyertaan di Hyde Park pada hari ini dianggarkan seramai 11,000 ribu orang. Bayangkanlah betapa ramai. Kalau tunggu dalam group joggers tu sure lambat lagi boleh start lari. Nie tengah semangat nie.
Registration untuk mereka yang tak buat online registration
Boleh derma barang yang tak diperlukan di sini
Aerobic on stage
The researchers from Imperial College
Belly dance
Bila dah start lari tue rasa macam best sangat. The best thing tu cuaca adalah sangat nyaman. Walau pun ada matahari tapi masih lagi dingin. Lari pun macam tak rasa penat. Memanglah tak penatkan baru start...hehehehe!!! Tengok bila dah masuk 2km nanti. Muka sure tension je. Yang menjadi kekaguman saya adalah larian nie disertai oleh semua peringkat umur. Saya ada nampak wanita yang umurnya saya anggar dah 50 tahun kot tapi steady je dia lari. Budak-budak kecil pun ada. They all lari dengan mummy diaorang la. Budak-budak tue pun sangat excited. Yang naik wheelchair pun ada. Mummy yang tolak buggy sambil berjalan pun ramai jugak.
Dah separuh larian, hujan turun la pulak. Boleh tahan lebatnya. Walau pun hujan semua peserta masih gigih meneruskan larian termasuklah saya. Sejuk jugaklah time tue. Marshall yang jaga kat tepi jalan tue pun tak putus-putus memberikan kata semangat.
"Well done ladies"
" You're looking good, keep running"
"You almost there. Come on!!!"
Secara tak langsung membakar jugak la semangat nak menghabiskan larian. Nasib baik lah trek yang disediakan tidaklah berbukit-bukit. Ada sikit je bukit yang selebihnya jalan rata. Supporters kat tepi jalan pun ramai. Some are families yang datang menyokong. The others are mereka-mereka yang datang melawat ke Hyde Park. Cool gila la diaorang nie. Walau pun hujan diaorang cheer jugak untuk semua peserta.
Bila nampak signage 500meter hati sudah berbunga. Tidak sabar rasanya nak menamatkan larian. Alhamdulillah sepanjang trek tadi saya tak berhenti berlari kecuali stop sekejap untuk minum air 2 kali. Semakin hampir ke garisan penamat sorakan daripada supporters semakin kuat. Langkah kaki pun makin pantas sebab semakin hampir ke penghujung larian dan tepat 36.37 minit kaki saya mencecah ke garisan penamat.
Mereka yang berjaya menamatkan larian
Syukur sebab dapat tamatkan larian tanpa sebarang kesulitan. Setelah 10 tahun tak berlari pada jarak ini saya rasa bangga dengan diri sendiri. Masih boleh lari nampaknya. Kalau tak berlumba dengan peserta yang mula-mula sampai ke garisan penamat memang tak dapatlah kan. So challenge dengan diri sendiri saja. I wonder jugak berapa agaknya catatan masa yang that lady buat. Tak kisahlah janji dah habis lari. Itu yang penting. Semua peserta yang berjaya menamatkan larian akan diberi medal dan goodie bag. Lama dah tak dapat medal nie....rasa seronok pulak.
Bila nak jalan balik rumah kaki dah mula rasa sengal. Itulah bahananya bila tak cool down lepas lari. Part-part cool down ni memang tak kuasa nak buat. Terpaksalah minta hubby tolong picit nanti. Tapi yang paling best bila sampai rumah terus timbang berat. Berat selepas lari 50.5kg. Before this 52kg. Penat dah buat exercise tapi tak turun-turun pun. Dah macam statik plak. Nie lepas lari je dah kurang 1.5kg. I loike. Tapi takkan asyik kena lari 5km baru nak turun berat. Pengsanlah kalau macam nie.
Overall memang best dapat join event tadi. The atmosphere was superb. Lari pun tak rasa pressure. Saya beritahu hubby yang saya enjoy larian tadi and he says balik Malaysia nanti join la larian mana-mana. Yeah!!!! Hubby dah bagi green light. Itu maknanya dia sedialah nak jaga budak-budak..hehehe!!!
Overall memang best dapat join event tadi. The atmosphere was superb. Lari pun tak rasa pressure. Saya beritahu hubby yang saya enjoy larian tadi and he says balik Malaysia nanti join la larian mana-mana. Yeah!!!! Hubby dah bagi green light. Itu maknanya dia sedialah nak jaga budak-budak..hehehe!!!
Btw, sedikit pesanan dari Prof. yang buat research tentang cara-cara nak mencegah cancer.
1. Don't smoke
2. Eat a lot of veggies
3. Do your exercise regularly
So ladies, sila amalkan pesanan di atas. Mudah-mudahan kita dihindarkan daripada penyakit yang telah membunuh ramai wanita ini. Cheers!!!!
No comments:
Post a Comment