Showing posts with label UK. Show all posts
Showing posts with label UK. Show all posts
Sunday, February 23, 2014
London 2013 : Disneyland Paris
OMG!!!!Dah tahun 2014 dah.
Satu post pun tak up lagi.
Very bad huh...
Memang fail betul la kan.
Apapun tq la pada mereka2 yang masih sudi menjengah ke blog yang suam2 kuku nie.
Maap la ye...iolls memang dilanda kemalasan tahap ke8.
Blog walking rajin.
But bila sampai blog sendiri memang berchenta banyak.
Tunggu nak dapat feel tu payah bebenor la hai...
Tu la sampai ke sudah tak ber'update".
Tapi hari nie macam ada sedikit kerajinan.
So moh la cecepat kite habiskan citer basi tahun 2013.
Sapa yang sudi baca silakan....
Let us continue dengan cerita di Disneyland Paris.
Kiteorang bertolak pada 21 Oct lepas.
Seawal pukul 4.30am kiteorang dah terpacak tunggu cab.
Bila check kat luar apartment dah ada 1 4WD menunggu.
Macam pelik dah kat situ sebab kiteorang dah bagi tau ada 4 adults n 2 kids.
Confirm la tak cukup nak naik 1 4WD tu.
Maka berlaku la drama sikit pagi tue.
Pelik sungguh la.
Tiap2 kali nak pegi Paris je ada jer dramanya.
Ingat tak last year, me n hubby terawal tunggu cab.
Patut pukul 4.30am, pukul 2.30am kiteorang dah siap.
Blamed hubby for that!!!
Labels:
Family,
Jalan-jalan,
UK,
Vacation
Wednesday, November 27, 2013
London 2013 : Chessington World of Adventures
Destinasi kedua untuk holiday di London nie adalah ke Chessington World of Adventures.
Went there on Thursday (17 Oct 2013).
Macam biasalah pagi sibuk menyiapkan Amsyar and Anye.
Tengah autumn kan so kena la pakai baju tebal sikit.
Walau pun matahari memancar terik still sejuk jugak.
Nasibla weather forecast hari tue mengatakan cuaca adalah cerah.
Kalau tak nak kena prepare bawa payung la pulak.
Keluar rumah nak dekat 8.30pm rasanya.
Plan nak keluar lagi awal tapi bila jalan dengan budak-budak nie memang selalu lari timing tue.
Terus naik bus ke Acton Station.
Orang punyala ramai kat station.
Sebab waktu orang sibuk nak pergi keje.
Train sampai pun dah penuh.
Tapi masuk jugak la sebab tak nak lari timing kan.
Nasiblah the two boys tak menangis or mengamuk dalam train yang sesak dengan orang tue.
Perjalanan nak ke Chessington ni pun mencabar jugak.
Kena banyak kali turun naik train.
Dari Acton Station kite turun kat Green Park Station.
Dari Green Park kite switch ke Jubilee Line untuk ke Waterloo Station.
Dah sampai Waterloo kena pula naik National Rail nak ke Chessington.
Dari Waterloo ke Chessington South (last station) pun dah makan masa lebih kurang 34 minit.
All in all, perjalanan nak ke sini amik masa around 1 jam setengah.
Labels:
Family,
Jalan-jalan,
UK,
Vacation
Tuesday, November 26, 2013
London 2013 : Warner Bros. Studio - The Making of Harry Potter
And now let's start our adventure at Warner Bros. Studio Tour London - The Making of Harry Potter.
Walau pun kiteorang nie bukanlah fanatic fan of Harry Potter tapi dah alang-alang ada kat London, molek la kita ke sana.
Pergi London banyak kali tapi tak pegi sini rasa rugi pulak la kan.
So moh la anak2...kite jumpe Harry n friends.
Drama pagi hari bermula dengan nak siapkan anak2 la...
Pagi2 dah paksa diaorang mandi.
Semua pun memberontak tak nak mandi.
Sibuk nak main.
Ayah dia la yang kena mainkan peranan paksa diaorang mandi.
At last around 8.45 baru keluar rumah.
Hubby dah bebel-bebel sebab lambat...
Huhu...jalan dengan kids macam nie la gayanya.
Dari rumah naik train sampai ke Eustaon Station, later on naik London Overground untuk ke Watford Junction Station.
Perjalanan ke Watford Junction lebih kurang 30 minit.
Dari Watford Junction tue, memang ada bus yang pergi dan balik ke Warber Bros Stoudio tue.
So bayar je 2 pound sorang untuk return tiket.
Kids go for free.
Dalam 15 minit je dah sampai ke studio tue.
Pagi tue memang dah ramai orang kat sana.
But takde lah tunggu lama sangat untuk masuk ke dalam studio.
Labels:
Family,
Jalan-jalan,
UK,
Vacation
London 2013
Let us starts cerita pasal cuti-cuti London hari tue.
Kiteorang bertolak 11 Oktober yang lepas.
Naik flight pukul 10 am.
Memang bercinta sikit la bila flight pagi nie.
Especially part nak menyiapkan budak-budak.
But luckily mereka memberikan kerjasama.
Sebab beberapa minggu sebelum pergi dah disogok dengan kemeriahan nak naik flight.
Me nervous gak sebenarnya.
Eventhough the kids had survived long haul before tapi kali ni belum tentu lagi.
Berserah je la....
To cut story short, we landed safely at Heathrow Airport around 4ish pm.
Cuaca adalah sangat gloomy.
The kids pun ok jer dalam flight.
Tapi gaduh tetap gaduh ok....
Dah tidur baru aman dunia.
Takdelah gelisah ke apa.
Yeah...kalau behave macam ni boleh bawa pergi jalan lagi.
We stayed at MIL's house in Acton.
Untuk 2 minggu tu memang macam-macam la yang kiteorang buat.
But I will not tell everything here cause lebih kurang sama jer aktivitinye dengan trip yang sebelumnya.
Jalan-jalan kat Hyde Park...bagi burung makan.....pegi playground.....pegi Oxford Street, Bicester Village.
Kalau nak bace tentang tue rasanya uolls boleh rujuk entry2 yang lepas-lepas dalam Going Places tue.
Nanti boring je kot citer benda yang sama.
Therefore I'm going to highlight tempat yang 1st time kiteorang pegi je dengan budak2.
I'm going to share our experience dekat Warner Bros. Studio : The Making of Harry Potter, Chessington Park World of Adventure and a little bit about our stay dekat Disneyland Paris.
And....plz bare dengan kelambatan saya ye....
Memang seronok dapat spend masa dengan the kids.
Penat tue memang tak payah cerita la...
Macam2 kerenah diaorang nie.
Baru nak jalan sikit nak pegi toilet la.
Nak shopping sikit kata nak makan la, ngantuk la...
Sabar je la....
Tapi takpe bukan selalu pun berpenat-penatan macam nie.
Sekarang nie bila dah balik Malaysia boleh pulak diaorang tanya.
"Mummy bila kita nak pegi naik aeroplane lagi???"
See...dah pandai nak berjalan dah.
Alhamdulillah holiday trip kali nie adalah success.
Pegi London bawa 2 bags je....balik terus jadi 6 bags.
Just imagine....cannot help it sebab semua pun tengah SALE.
Menggila jugak membeli barang.
Bukan untuk mummy ye...tapi mostly for the kids.
So, that's the introduction.....see u in my next entry!!!
Tata!!!!
Labels:
Family,
Jalan-jalan,
UK,
Vacation
Friday, April 13, 2012
Last Minute!!!!!
Hari ni dah Jumaat. Nak beritahu yang barang satu apa pun x
pack lagi. Tp rasa macam tak takut sangat sebab dah ada checklist. So nanti
kemas ikut checklist tue je. Barang semua dah ada cuma kena bongkar almari dan
beg untuk dapatkan semua barang-barang tue.
Dah nak cuti nie, jadual masih sibuk lagi. Sebenarnya tak
sibuk tapi saya yang buatkan jadual tue sibuk. Malam nie nak pergi ziarah
keluarga Aunty Jan (family’s friend)di USJ. Dia baru kehilangan ibunda tercinta
pagi tadi. Saya dan hubby tak sempat nak melawat jenazah so we decide to go to their
house tonight. Sepatutnya Aunty Jan join we all ke London dan sepatutnya dah
bertolak semalam. Tapi dengan keadaan ibunya yang tenat, dia terpaksa
membatalkan percutian tersebut.
Esok pagi pulak ada perlawanan bola tampar antara bahagian
di JPA. Pukul 8 pagi dah berkumpul di Sekolah Kebangsaan Cina Dengkil. Nie 1st
time diaorang buat kat sana. Selalunya tiap-tiap tahun dekat INTAN je. Saya
suka diaorang buat kat INTAN sebab dekat dengan rumah. Kalau game start pukul
8.30 pagi, pukul 8.15 pagi dan lagi keluar dari rumah. Nie dah buat kat Dengkil
haruslah bertolak awal macam nak pergi kerja. Tapi suka gak dia orang buat kat
situ sebab kita main dalam dewan yo!!!! Maka oleh itu tidaklah kita semua
berpanas. Kite semua nie manja tak boleh kena panas…nanti jadi udang bakar
ghupe sorang-sorang. Dan oleh itu jugak, tak perlu nak nak sapu sun block
segala di muka. I LOIKE!!!!
Labels:
UK,
Vacation,
Working Mummy
Wednesday, September 14, 2011
Very the Dangerous
Sekarang nie tengah busy mengemas, mem'packing', menyisih dan segala macam mem..... Dah tak sabar nak pulang ke Malaysia. Stok-stok makanan pun dah semakin berkurang. Dah hujung-hujung nie pun dah rasa kemalasan untuk memasak. Masak pun kerana ingin menghabiskan saki-baki makanan yang ada kat dalam fridge tue. Hari nie masak nasi goreng je. Letak segala isi ayam dan udang yang banyak kat dalam fridge tue. Ada 3 ketul ayam yang dah dibersihkan so gigih la menggoreng.
Bila nak terbalikkan ayam tue to the other side boleh plak minyak tue meletup. Apa lagi, terkenalah kat muka nie. Gila punya sakit. Nasib masa tue pakai spec sebab minyak tue turut naik ke mata. So terkena kat cermin spec je la. Cubalah kalau pakai lens masa tue...huh...tak berani nak cakap apa yang akan berlaku. Bukannya tak pernah kena minyak panas nie..ada la jugak tapi setakat kena kat tangan sikit je. Kali nie dah naik ke muka la pulak. Scary ok?
Lepas dah kena tue terus je cari Colgate and terus sapu kat tempat yang kena minyak panas tue. Lega sikit rasanya sebab rasa macam sejuk sikit pipi nie bila kena Colgate tue. Hopefully takdelah berbekas ke apa nanti. Pasni kena lebih berhati-hati lagi bila memasak di dapur. Malang tidak berbaukan.....
Bercerita tentang mengemas barang nie, alhamdulillah almost 80% dah siap packing. Some of our stuffs akan dihantar pulang naik kapal sebab barang adalah banyak. Toys Amsyar je dah dekat 3 kotak. Some of the stuffs hantar ke apartment MIL di Acton. Nasib ada tempat nak transfer barang-barang tue, kalau tak bertambah-tambahlah kotak yang perlu dihantar pulang ke Malaysia.
Sudah tidak sabar nak balik. Kalau boleh sekarang jugak mau terbang pulang ke Malaysia. Tapi tak apa..tiket semua dah confirm. Kalau takde apa aral, hari Rabu depan sampailah ke Malaysia. Syawal ada lagikan? Misi balik nanti nak beraya ke rumah saudara mara, nak makan puas-puas, nak bawa kereta (dah lama ooo tak bawa kereta), dan lain-lain lagi.
Yahoo...I'm coming home!!!!!
Friday, September 9, 2011
Merdeka Baby
Nothing interesting to write about my raya in Dublin. Just a quiet one so tak payah ceritalah. Cuma yang menariknya on the second day of raya (31 Ogos), we got a new niece. Sebenarnya my SIL dah due on the 25 Ogos tapi baby tak mau keluar lagi. Nak raya dalam perut ibu dia dulu agaknya.
Pagi tue dalam pukul 2am pagi agaknya my SIL dah pegi hospital. Tau2 bangun pagi ML kata Kak Amy dah pi hospital. So kiteorang pun melepaklah di rumah sambil menunggu baby. Dah pukul 5pm lebih kot husband dia call and beritahu SIL terpaksa buat emergency c-sect sebab baby tak mau keluar. My SIL pun dah tak larat nak push sebab dah letih sangat. Dahlah dari pagi tak makan. Pity her.
Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan si comel dan gebu selamat dilahirkan. Baby girl yang comel nie dinamakan Catriona Camilla. Sweet giler nama dia. I loike. Berat dia 3.745kg. Malas nak cerita panjang, jom kita tengok baby.
Monday, August 29, 2011
Shopping Raya
Gigih plak mengupdate blog dekat-dekat nak raya nie. Sementara free nie bolehlah mengupdate segala. Nanti kalau dah sibuk mau makan bulan tak ada khabar berita di blog nie. Macam tak biasa plakkan.
Hari nie pagi-pagi lagi dah gigih membasuh baju, mengemas dapur, mengemas almari, mengasingkan baju dan macam-macam lagilah yang dibuat. Esok dah nak bertolak ke Dublin so kenalah start mengemas sikit-sikit. Nanti MIL datang rumah macam tongkang pecah pulak. Kat rumah nie kan ada tukang buat sepah yang paling hebat. Kemas 20 kali pun tetap jugak bersepah. Kadang-kadang sampai malas nak kemas. Selagi hari masih siang saya biarkan je budak berdua tue buat sepah. Tegur sepuluh kali pun tak didengarnya...buek ponek tekak den je membebel. Nanti karang dah malam dan itu dua budak sudah tidur barulah kemas apa yang patut...especially mainan diaoranglah.
Tengaharinya kami ke Westfield. Untuk yang tak tahu, Westfield nie shopping kompleks. Alah-alah macam Mid Valley, One Utama, BSC gitu. Tujuan utama nak mencari barang-barang budak berdua tue. Sekali bila dah masuk Gap ada sale untuk jeans la pulakkan. 25% off uolls. Bila dah ada sale tue haruslah mummy, ayah and uncle Amsyar dan Aimery shopping sekali. For the kid's clothes dapat 15% off sebab kami ada coupon. So seronoklah bershopping. Hubby pun nak mencari kasut sebab kasut yang ada macam dah kena ditamatkan perkhidmatannya. Dah masuk dua tiga kedai tapi tak ada yang berkenan, ada yang berkenan tapi hubby kata mahal. Tapi saya rasa ok je harga dia. Saya suruh dia cari kasut yang elok-elok sikit supaya boleh pakai lama. Bak kata pepatah alah membeli membeli, menang memakai. Saya pun nak cari kasut jugak. Just a simple flat shoe supaya senang nak berjalan di hari raya nanti. Kalau masa single mingle dulu bolehlah pakai kasut 3/4 inci. Nie kalau dah kena duduk anak dengan kasut tinggi mau tercabut pinggang nie nanti. Nampak Dorothy Perkins, singgah sekejap kot-kot ada yang berkenan. Sekali ada rezeki pulak. Jumpa satu pumps in taupe. Alhamdulillah. Dorothy Perkins pun ada sale on certain item so saya pun jalan-jalanlah sambil meninjau ke kanan dan ke kiri. At last, keluar dari situ dengan sepasang kasut dan dua pasang blouses. This is what I love and will miss 'bout London. SHOPPING!!!!!!! (tak sedar diri yang tengah tidak bergaji sekarang).
Buka puasa tadi tak payah masak sebab hubby belanja makan Tarboush. Makan banyak dan kenyang gila. The food was superb. Lamb dia memang terangkat. Tarboush nie kat depan rumah je tapi tak boleh pegi makan selalu. Bahaya untuk kesihatan....sekali sekala tak apa.
So sekarang nie tinggal nak pack baju untuk ke Dublin. Flight pukul 6pm lebih esok. Insyaalah kami akan kembali ke London bersama MIL dan FIL pada 3hb Sept nanti. So kawan-kawan semua, walau di mana anda beraya diucapkan selamat berhari raya dan enjoy your holidays.
Sunday, August 28, 2011
Ready to Raya
Waktu macam nie kalau buat blog walking jarang-jarang dapat jumpa blog yang berupdate. Ada tue memang ada tapi sangat sikit jumlahnya. Ye la..dah nak raya kan, sure ramai yang dah balik kampung. Bila dah berada di kampung halaman tue sure sibuk dengan melayan sanak-saudara, yang mengayam ketupatnya lagi, yang sibuk buat kuih raya last minute, yang dok kalut nak menukar langsir baru dan macam-macam lagi. Buat sementara waktu blog nie dah jadi least priority la kan. Raya setahun sekali je pun so masa nie lah nak beraya sakan, ye tak? Huhuhu...dok cerita pasal raya nie rasa rindu pulak kampung halaman di Tanjong Minyak, Melaka tue.
Sure meriah kan raya uolls semua tahun nie (jeles 10x)? Kepada yang selamat sampai di kampung halaman tue, alhamdulillah. Sure gembira hati orang tua bila anak-anak dan cucu semua berkumpul di hari pagi raya nanti. Kepada mereka yang akan memulakan perjalanan ke kampung halaman dalam masa terdekat, hopefully perjalanan uolls semua dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi yang ditujui. Sebelum tinggalkan rumah tue jangan lupa pastikan keselamatan rumah anda. Musim-musim perayaan nie kerap jugak kita dengar kejadian pecah rumah dan sebagainya. Maka eloklah kita berwaspada untuk elakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Jangan lupa minta tolong jiran yang tidak balik kampung tue jengok-jengokkan rumah kita. Kalau boleh biarkan satu dua lampu kat rumah tue menyala. Takdelah gelap gelita rumah kita sehingga boleh menjadi target sang penyangak. Kalau nak lagi extra percaution, silalah maklumkan kepada balai polis berhampiran berhubung ketiadaan kita dan alamat kediaman supaya bolehlah mereka meronda kawasan kediaman kita. Secara psikologinya penyangak nie semua cuak jugak kalau nampak pak polisi. Prevention tue pentingkan....at least we have done our part.
Monday, August 22, 2011
Semangat
Baru lepas buka puasa. Malam nie dah terlebih makan pulak so perut adalah sedikit senak. Hari nie teringin nak makan kebab plak sebab macam dah bosan makan nasi. Hubby plak teringin nak makan barbeque chicken wings. Sempat pegi Tinseltown untuk tapau. Dah sampai sana tapau sekali mixed grills. Maka makanan adalah terlebih-lebih untuk kami berdua makan. Disebabkan dah terlebih makan nie maka adalah sikit kelebihan tenaga dan semangat nak mengupdate blog nie. Bulan-bulan puasa nie rasa macam malas betul nak mengupdate blog. Nak jimatkan tenaga katanya.
Oh! Satu lagi yang buat semangat nak mengupdate adalah disebabkan saya sudah ada laptop baru. Sangat teruja nak menaip. Bukanlah laptop yang hebat sangat pun...HP je tapi puas hati sebab screen adalah besar. Selama nie dok guna netbook hubby yang comel loteh itew sambil mata saya yang rabun ini terpaksa memfokus kepada screen yang tulisannya macam semut (sila pegi check mata semula..pasti power semakin tinggi...oh tidak!!!!!)
Sedar tak sedar dah tinggal sembilan hari saja lagi kita berada dalam bulan Ramadhan. Masa awal-awal puasa dulu rasa lama betul berpuasa kat sini. Mana taknya, pukul 3.30am pagi dah imsak. Nanti pukul 8.50pm baru masuk maghrib. Lebih kurang 17 jam jugaklah menahan lapar dan dahaga. Dahlah tak kerja kan...duduk kat rumah melayan anak-anak je. Tapi bila dah seminggu puasa macam tak rasa apa dah. Alhamdulillah...dipermudahkan puasa kami di sini.
Wednesday, August 10, 2011
UK Riots
Sure uolls semua ada dengar pasal riots kat UK nie kan. Mula-mula tu macam tak berapa nak teruk sangat tapi dah lepas dua tiga malam nie semakin menjadi-jadi pulak. Rasa takut pun ada jugak sebab tak pernah berhadapan dengan keadaan yang huru-hara macam nie. Lagi menakutkan adalah sekarang nie keadaan huru-hara nie berlaku kat London bukannya kat Malaysia. Kalau kat Malaysia tue macam rasa insyallah keadaan masih terkawal sebab polis akan sedaya upaya mengawal keaadan. Tapi kat London nie macam tak tahu nak expect apa.
Riots nie start dari hari Khamis minggu lepas setelah seorang lelaki, Mark Duggan ditembak mati oleh pasukan polis dalam satu kejadian tembak-menembak di Tottenham. Ramai yang tak puas hati dengan kematian Duggan dan bermulalah riots di Tottenham. Rioters nie dah start bakar-bakar kereta, buildings, pecahkan kedai-kedai dan mencuri barang-barang daripada kedai dan pasaraya.
Kejadian nie seterusnya merebak ke kawasan lain. Malam Ahad yang lepas, kejadian yang serupa berlaku di Chingford Mount, Oxford Circus, Islington, Enfields, Ponders End dan Walthamstow. Malam semalam di Ealing, Camden, Hackney, Croydon, Lewisham, Woolwich dan beberapa tempat lain di sekitar London. Selain daripada tempat-tempat di London, kejadian yang sama turut berlaku di bandar Manchester, Bristol, Liverpool, dan Birmingham. Setakat ini, keadaan di central London masih aman. Walau bagaimanapun, kawasan sekitar tempat kami tinggal nie pun macam agak sunyi. Masa hubby keluar petang tadi, terdapat beberapa kedai yang tutup. Argos pun tutup awal. Erm...this is not good!!!!
Saturday, August 6, 2011
Iftar
Hari nie buka puasa di Holiday Villa. Saja nak merasa buka puasa kat hotel. Memandangkan esok hari Sabtu dan hari tak kerja maka bolehlah mengajak rakan yang bekerja dan berkursus buka puasa sama-sama. Sesi buka puasa malam nie turut disertai oleh Tariq dan Lynn. Urusan booking telah disettled oleh Lynn (sangat efficient ok!!!). Tq Lynn.
Ramai jugak orang Malaysia yang buka puasa kat sini. Dah feeling-feeling macam buka puasa kat Malaysia. Meriah uolls. So buat seketika hilanglah rasa rindu kepada kampung halaman apabila melihat gelagat anak-anak di perantauan nie.
Menu boleh tahan. For starter they have stuffed beancurd with chilli sauce (nama mudahnya tahu sumbat), mango salad, chicken salad, fried bean curd roll, fried spring roll, fried shrimp, etc. The main pun not so bad. As usual ada steamed rice, kampung fried rice, chilli fried chicken, beef curry, ikan bakar with assam sauce, fried prawn turmeric, kuey teow goreng, etc. Desserts pulak ada 4-5 jenis kuih-kuih melayu, bubur, buah-buahan, and kurma. Air pulak air bandung. For 18 pound/pax for adult kira ok la.. Punya seronok makan/sembang sampai lupa nak ambil gambar. So just bayangkan je lah makanan-makanan itu ye kawan-kawan.
Sesi buka puasa nie selain wajib untuk berbuka yang lebih penting adalah dapat bersembang dan bergossip dengan rakan taulan. Ya...walaupun bulan puasa sesi bergossip tetap berjalan seperti biasa. Ada je benda yang nak digossipkan. Maklumlah sesekali jumpakan. Ada pulak Tariq...lagi meriahlah!!!! Nasib ada orang nak pi semayang terawih so sesi bergossip kenalah ditangguhkan. Kalau tak sure boleh duduk dua tiga jam lagi untuk bergossip.
Monday, July 25, 2011
And Last but Not Least
Akhirnya kami sampai ke destinasi perhentian yang terakhir iaitu Nottingham pada 14 July 2011. Kali nie malas nak citer panjang-panjang. Layan gambar sahaja ya.
1st stop di Notts County F.C. Untuk makluman semua, Notts County F.C. adalah kelab bola sepak tertua di dunia.
Saturday, July 23, 2011
When In Newcastle
Bandar yang menjadi persinggahan seterusnya adalah Newcastle. Sampai Newcastle agak lewat jugak lebih kurang pukul 9pm lebih. Sekarang tengah summer kan so pukul 9 pun masih terang lagi. Mudahlah la sikit nak bawa budak berdua tue. Check-in di Travelodge Gateshed dan esoknya barulah kami berjalan-jalan di bandar Newcastle.
Destinasi pertama tentunya ke St James' Park Stadium which is home to Newcastle United Football Club. It is the largest and oldest football stadium in North East of England and the sixth largest in UK. Jalan-jalan sekitar luar stadium, chamwhoring sikit-sikit and beli souvenirs. Then terus ke city centre untuk cari makan. Perut sudah lapar.
Friday, July 22, 2011
Edinburgh Experiences
Kita sambung semula cerita roadtrip hari tu. Lepas dah melawat Manchester kami meneruskan perjalanan untuk lokasi utama roadtrip kali ini. Ye...ke Edinburgh, Scotland. Dari Manchester ke Edinburgh ada lebih kurang 352km lagi. Kalau ikut sat nav masa perjalanan adalah dalam 4 jam. Mak aii..Apsal plak sampai 4 jam kan.... We'll see about that later.
Sebelum tue kami sempat singgah ke Lake District. Di sini terletaknya Taman Negara terbesar England. Bagi mereka yang suka dan cintakan keindahan alam tempat macam nie sesuai untuk anda. Disebabkan kesuntukan masa kami melawat ala kadar sahaja. Tapi Amsyar excited bila nampak adventure playground yang ada di situ. Seronok main sampai tak nak balik. Lepas kena sound dengan Ayah dia dan dengan muka tak puas hati dia naik buggy. Lepas tue ambil gambar sikit kat lakeshore. The view is very breathtaking. Tasik yang membiru, gunung-ganang yang menghijau...burung-burung riang bertebangan. Memang superb!!!! For those yang nak buat watersport activities kat Brockhole point nie semua ada disediakan.
Tapi masuk kawasan hutan nie bagi saya macam nak berapa sesuai untuk baby pasal macam banyak langau dan serangga yang saya tak tau namanya. Saya pun ada terasa gatal-gatal macam kena gigit something. So macam bahaya pulak kalau baby kena gigit ke apa kan. Disebabkan itu jugak kami tidak berlama-lamaan di sini. Lepas beli some souvenirs terus sambung perjalanan.
Sunday, July 17, 2011
Manchester Story
Destinasi kedua adalah Manchester. Dari Liverpool ke Manchester dah tak jauh, lebih kurang 45 minit perjalanan. Kami sampai lebih kurang pukul 8 lebih. Lepas check in di Holiday Inn Express kami terus cari makan. Saya dan hubby dah lapar gila. Nasib baik lokasi hotel nie dekat dengan tempat makan so tak payah pening-pening nak cari tempat makan. Lepas tengok menu we dedided to eat at Frankie & Benny's. I had oven baked pesto salmon, hubby makan prawn pasta and we ordered margherita pizza for Amsyar. All the food were very delicious. Portion dia pun sangat banyak. Tried to finish everything tapi tak larat.
Holiday Inn Express Manchester
View di belakang hotel
Kat Manchester nie kami tak ada any specific place to go. Cuma nak pi tengok stadium saja. Jadinya aktiviti pagi berikutnya dimulakan dengan melawat stadium MUFC di Old Trafford. Dari hotel kami dah nampak dah stadium nie. Naik kereta dalam 5 minit dah sampai ke stadium kelab yang ramai peminat nie. Cadangnya nak ikut tour untuk melawat stadium tapi bila tanya kat reception tentang tour tue terus tak jadi. Sebab it involves a lot of stairs (nama pun stadium kan). Memang tak boleh nak bawa buggy. Kalau Amsyar tak pakai buggy tak apa pasal dia boleh jalan tapi Aimery kalau tak pakai buggy pengsan saya nak dukung dia untuk lawatan yang memakan masa sekurang-kurangnya 1 jam itu. Oh tidak!!!! Makanya kami berjalan di luar kawasan stadium sahaja. Jadilah daripada tak dapat langsungkan. Habis pusing-pusing terus ke Mega Store MUFC for souvenirs. Tapi macam tak berapa nak best sebab diaorang tengah buat refurbishment to that store. Barang-barang macam tak berapa banyak.
Glory glory Man United
Then we move on ke stadium bola sepak yang kedua di Manchester nie. Mana lagi kalau bukan Manchester City Fan Club (MCFC). Dah nama pun MFCF so kami perlulah masuk ke bandar untuk sampai ke stadium nie. Stadium MCFC nie dulu tempat berlangsungnya acara bola sepak pada Sukan Komanwel 2002. Selain stadium bola sepak adalah jugak kemudahan untuk acara sukan yang lain kat sini. Sebab dah tau kalau nak ikut tour mesti kena naik turun tangga so kami decided untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan stadium sahaja. Then beli sikit souvenirs untuk dibawa pulang.
Basically tema lawatan ke Manchester ini adalah lawatan ke stadium bola. Lagi pun Manchester nie bukan destinasi utama roadtrip kali nie, sekadar singgah sebentar sebab dah kebetulan ia berada di laluan yang digunakan. So layan stadium je la....
By the way, hotel tempat kami menginap tu sangat selesa dan harganya murah. View pun sangat cantik. Kalau sesiapa datang ke Manchester bolehlah cuba hotel nie. Kami bayar 40 pound untuk 1 malam tapi tak termasuk breakfast. Cuma kalau weekends mungkin harga dia berbeza so sila check dulu.
Itu je cerita kat Manchester untuk kali nie. Jumpa lagi dalam next entry. Ciao!!!
Saturday, July 16, 2011
Home of the Red and Blue ----> Liverpool
Dah seminggu lebih tak berupdate blog nie. Sorry ye kawan-kawan. Kami sekeluarga baru pulang dari berjalan/roadtrip di UK nie. Nie kira fasa kedua. Fasa pertama dah selesai 18-19 June yang lepas. Untuk roadtrip kali nie kami ke belah North England and Scotland. Perjalanan selama 5 hari dan 4 malam ini amat memenatkan. Kalau mereka yang ada anak-anak kecil macam saya mungkin faham apa yang saya maksudkan. Walau bagaimanapun, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami pun dah selamat sampai ke Kota London semula.
Mari kita berkongsi pengembaraan kali ini bersama-sama ye. Perjalanan kami mulakan pada hari Ahad (10 July 2011). Sengaja pilih waktu macam nie sebab masa nie harga hotel murah. Rasa rugi kalau bayar mahal-mahal sekadar nak tidur dan berehat sebentar sebelum berjalan-jalan di destinasi pilihan. Destinasi pertama kami adalah Liverpool. Perjalanan dari London ke Liverpool lebih kurang 335 kilometer dan memakan masa lebih kurang 3 jam 45 minit. Dalam hati berdoa je supaya Amsyar dan Aimery tak buat perangai. Budak-budak kan cepat bosan kalau lama sangat kat dalam kereta. Nasib la diaorang ok je. Most of the time diaorang tidur. Tapi dua kali jugak berhenti kat services mainly untuk makan and isi minyak. So masa berhenti tu bagi makan kenyang-kenyang supaya bila dalam kereta nanti boleh tidur balik.
Perjalanan smooth je cuma ada beberapa tempat yang ada construction jammed sikit. By the way untuk makluman uolls, kebanyakan highway kat UK nie tak kena bayar tol. Tapi kali ni kami lalu M1 dan kena bayar 4.60 pound. Murah sangatlah kiranya tue jika dibandingkan dengan jarak perjalanan. Alangkah bestnya kalau kat Malaysia pun tak payah bayar tol macam kat UK nie. Kat KL nun keluar rumah nak pi keja pun dah kena bayar tol dah..huhu!!!
At last dalam pukul 2.30pm sampailah kami di Liverpool. Kami parking di shopping centre (Liverpool One) sebab mudah kalau nak tukar nappy budak-budak dan shopping nie dekat dengan tourist attractions. Kami berjalan di sekitar Albert Dock. Macam-macam ada di sini. Nak makan, nak shopping, nak melawat museum atau apa saja semuanya boleh.
Kalau sampai di Liverpool nie ada beberapa tempat kena/wajib pegi. Salah satunya The Cavern Club. The Beatles yang famous itu berasal dari Liverpool dan di club inilah tempat mereka bermula. Tapi macam terkilan sikit sebab tak dapat beli souvenir The Beatles sebab kedai dah tutup. Kami datangkan hari Ahad. Kat sini kalau Ahad kedai buka lambat dan tutup cepat. Biasanya dalam pukul 5pm dah tutup. Kami sampai kat club nie dah pukul 6pm. So memang dapat tengok kedai je lah.
Lupakan saja kedai yang dah tutup itu. Kita ke lokasi wajib seterusnya. Mana lagi kalau tak Anfield Stadium. Inilah dia stadium pasukan Liverpool FC. Dapat ambil gambar kat luar je. Waktu lawatan dah tamat. Nasiblah kat luar-luar tue ada jugak lambang-lambang club yang boleh diambil untuk kenang-kenangan. Souvenirs pun tak dapat beli sebab kedai sudah tutup.
Not far from Anfield Stadium adalah Goodison Park Stadium that belongs to Everton FC. Jarak antara dua stadium nie dalam 500 meter je...boleh???!!! Sama jugak macam kat Anfield tadi. Dapat ambil gambar kat luar saja as waktu lawatan telah tamat. All these stadium memang ada buat tour untuk kita melawat sekitar stadium. Masa tue bolehlah ambil-ambil gambar kat dalam stadium tu. Tapi kira ok la sebab dapat jugak sampai ke stadium club terkenal kat England nie. Sebelum nie memang tak pernah mimpi pun nak sampai sini.
Yang menariknya kedua-dua stadium nie betul-betul dekat dengan kawasan perumahan. Pendek kata, buka pintu rumah dah boleh nampak stadium dah. Gila gempakkan!!!!! Parking area pun sangat limited. Bila ada game rasanya orang-orang kat sini je kot yang ramai pi tengok. Jalan kaki je la...stadium depan rumah!
Lepas dah habis melawat dua stadium nie kami meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. Hari pun dah lewat petang so banyak tempat yang dah tutup. Mungkin ada lagi tempat yang menarik di Liverpool nie yang tak sempat kami kunjungi but secara keseluruhan we were happy with the short visit.
So untuk destinasi seterusnya saya akan sambung dalam entry berikutnya. Mata sudah mengantuk. Will try to update ASAP. See uolls later. Nite!! Nite!!!
Monday, July 4, 2011
New Winners
Tamat sudah Wimbledon 2011. Banyak kejutan yang berlaku especially dalam gentlemen's singles and ladies' singles. Antaranya Li Na (3) juara French Open terkeluar pada pusingan kedua setelah tewas dalam 3 set kepada Sabine Lisicki. Bagi gentlemen's singles pulak kekalahan mengejut juara 6 kali Wimbledon, Roger Federer (3) kepada Jo-Wilfried Tsonga (12) dalam pertarungan sengit 5 set.
Juara baru untuk Wombledon 2011 ialah Novak Djovovic (2) setelah menewaskan Nadal dalam pertarungan 4 set. Kemenangan ini telah membolehkan Djokovic berada di ranking no. 1 ATP. Tapi rasanya kalau dia kalah pun dia masih jadi top player sebab this year dia banyak menang tournament. Kesian Nadal saya!!! Takpe Nadal US Open ada lagi.

For Ladies' Singles, Petra Kvitova telah memenangi grand slam pertamanya setelah menundukkan Maria Sharapova (6) dengan straight sets. Petra nie left-handed uolls. Saya suka pemain-pemain left-handed nie.
Tahniah kepada semua pemain. Yang kalah kita cuba lagi tahun depan. Macam yang saya cakap dalam entri ini, kalau ada rezeki saya nak datang Wimbledon sekali lagi untuk menjadi penonton di salah satu court di sini. kalau dapat masuk Centre Court alangkah bertuahnya. Tapi masa tengok mereka-mereka yang berusaha nak mendapatkan tiket final macam ngeri je. Ada yang sanggup bermalam dekat park tu semata-mata untuk mendapatkan tiket. kalau macam tue memang tak dapatlah kan. Untuk tiket masa 1st round or 2nd round tu maybe possible kot. We'll see how it goes.
Saturday, July 2, 2011
Online Shopping Experience
Sebelum nie saya pernah cerita yang saya tak pernah membuat apa-apa online shopping sehinggalah menjejakkan kaki ke kota London nie seperti dalam entri ini. Sekarang saya boleh cakap yang saya suka online shopping. Buat masa nie masih lagi dapat mengawal diri daripada berbelanja yang bukan-bukan.
Pertama kali terjebak dengan online shopping nie saya beli handbag. Beli pun sebab tengok harga dia berpatutan. Lepas dah order dan buat payment tue excited jugaklah menunggu barang untuk tiba di rumah. Lepas tue the company bagi emel beritahu one of the item yang saya order tue out of stock. So dia suruh saya pilih item lain. Kalau item tue lebih mahal daripada apa yang saya order sebelum nie so tak perlu bayar the difference. Tapi barang yang saya beli tue memang yang paling mahal so saya pilih design yang sama cuma colour berbeza. Agak makan masa jugak nak dapat barang-barang nie. Saya pun tak tahu kenapa. But at last sampai jugak ke rumah. So alhamdulillah online shopping yang pertama nie boleh dikatakan berjaya.
Then start online shopping baju n kasut pulak. Yang nie pun saya sangat suka sebab the company siap hantar emel beritahu order dah diterima, then bila dah courier pun diaorang beritahu tarikh yang mereka hantar. So kita boleh expect bila boleh dapat barang-barang tue. Bila dah terima barang tue dan kita x puas hati sama ada saiz terbesar/terkecil, x sesuai bila kita pakai, dan sebab-sebab lain kita boleh pulangkan semula barang-barang tersebut untuk ditukar kepada saiz lain or money refund. So kita tak rugi apa-apa.
For our coming anniversary, saya ada beli something untuk hubby n it is customized. Dalam web beritahu akan makan masa dalam 5 hari sebelum boleh dapat barang yang dibeli tu. So kalau 5 hari mungkin dapat lepas tarikh anniversary. Tak pe kot sebab yang penting ada lah something untuk hubby. Silap saya jugak sebab order lambat sebenarnya...huhuhu!!! But to my surprised, 2 hari lepas order saya dah dapat dah barang-barang tersebut. Saya adalah super happy. So dapatlah bagi hubby on our anniversary day.
Berdasarkan perkara-perkara di atas, saya boleh katakan yang I had a good experience doing online shopping. Sangat mudah, menjimatkan masa dan service yang diberikan top class. I loike!!!
Labels:
Things I Like,
UK
Stok!!!!
It's already July. Yahoo!!!! Tinggal lebih kurang dua bulan lebih lagi nak pulang ke tanah tumpah darahku. Sudah tidak sabar rasanya. Masa mula-mula sampai London memang rasa excited sangat. After 2 months dah mula rasa rindu dengan cuaca panas di Malaysia sebab masa tue tengah winter di sini dan SANGAT SEJUK. Walaupun matahari memancar akan tetapi sejuknya yang amat. Rindu nak makan Mc Donalds, nasi lemak, char kuey teow, dan lain-lain. Lepas dah 6 bulan semakin kerap saya menghitung hari nak balik. And now, dah tinggal 2 bulan je. Cepat pulak rasanya masa berlalu. But I loike. Memang Malaysia tetap di hati walaupun seronok duduk di London.
Tadi check barang-barang dapur. OMG!!! Banyak lagi stok makanan yang dibawa dari Malaysia rupanya. Masa awal-awal datang tue memang tak bawa banyak pun sebab tak ada tempat nak sumbat. Boleh bawa max 25kg sorang. Kami berdua je (Amsyar x dapat seat) so 50 kilo saja yang boleh diangkut. Baju Amsyar je dah conquered banyak space.
Tapi setiap kali MIL datang London dibawa sekali stok makanan untuk kami. Kalau ada 2 beg tue hampir 70% barang makanan. Pulak tue boleh dikatakan MIL datang London every 2 months (sama ada untuk business trip or saja datang melawat kami). Oleh sebab itu stok makanan adalah sangat banyak.
Sekarang kenalah gigih memasak untuk menghabiskan stok-stok itew. But rasanya kalau masak tiap-tiap hari pun mesti tak boleh habis nie. Banyak manalah kami berdua makan. Nanti kalau masak banyak then tak habis..membazir pulak. Bulan puasa pun dah nak dekat. Banyak mana sangatlah boleh makan waktu sahur dan berbuka. Hurmmm....
1st drawer - Penuh lagi
2nd drawer : Penuh jugak
Ditambah dengan 2 kotak ini lagi
Penuh jugak 1st box nie
Box kedua nie penuh dengan BOH Teh Tarik dan MILO
Tapi saya boleh jamin stok BOH Teh Tarik dan MILO akan habis sebab teh tarik tue sangat sedap dan ala-ala pengganti teh tarik mamak kat Malaysia. MILO pun favourite saya dan hubby and kalau bulan puasa biasanya kami akan sahur dengan minum MILO. Tak makan sahur pun tak apa asalkan dapat minum MILO. Insyallah boleh tahan sampai berbuka. Ada 2 paxs MILO 2.2kg dalam kotak tue. Saya rasa cukup kot untuk keperluan pada bulan Ramadhan nanti. Tapi puasa kali nie macam panjang sikit daripada biasa sebab imsak sangat cepat (lebih kurang pukul 4am kot) dan buka puasa sangat lambat (dalam 8pm lebih). Interesting nie....but hopefully bolehlah tahan sampai berbuka.
P.s. : Mungkin boleh sedekah dekat kawan-kawan yang ada kat sini
Labels:
Apa-apa Saje,
UK
Subscribe to:
Posts (Atom)
