Semalam baru je registered untuk Race For Life. Mesti uolls wonder apa ke bendanya tue. Nie nak cerita la nie. Race For Life nie adalah salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Cancer Research UK sebagai salah satu aktiviti untuk mendapatkan dana/sumbangan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelidikan/pencegahan/kesedaran yang berkaitan dengan kanser. Larian nie hanya boleh disertai oleh WANITA dan remaja perempuan. Kalau nak tahu pasal Cancer Research UK nie boleh ke sini.
Saya perasan pasal benda nie melalui rakan, Lynn yang bertugas di London nie. Masa tue saya masih di Malaysia dan ternampak gambar larian yang Lynn sertai sebelum nie di FB dia. Macam best je. Saya memang suka aktiviti larian jarak jauh nie. Boleh kata kalau bagi pilihan untuk lari 100m atau 5km, saya akan pilih 5km. Lari dekat-dekat nie x berapa nak suka sebab saya bukan sprinter. Kalau lari sure saya kat belakang punyalah.
Kenapa saya suka lari jarak jauh?
1. Pertamanya tak perlu nak pecut ke apa. Kita boleh lari ikut kemampuan masing-masing.
2. Larian jarak jauh biasanya melibatkan ramai peserta. Saya suka lari ramai-ramai. Boleh kenal ramai orang dan biasanya dalam golongan yang ramai tue ada yang pantas lariannya dan ada juga yang tak berapa nak pantas. So saya hanya perlu pastikan saya sekurang-kurangnya berada di tengah-tengah dua kelompok ini. But kalau boleh mestilah nak kat depankan.
3. Larian jarak jauh nie memerlukan stamina yang tinggi. So kat sini kita boleh tahu sejauh mana stamina kita.
4. Larian jarak jauh tak dibuat di track. Biasanya kena lalu kawasan kampung ke, taman ke, padang ke, tepi highway ke. Tu yang best sebab dapat tengok banyak benda sepanjang larian. Takdelah bosan tengok benda yang sama dan secara psikologinya mendorong saya untuk meneruskan larian.
Dulu masa zaman sekolah pernah jugak join aktiviti larian kat sekolah. Masa form 1 ke form2 ada lari dalam 5km kot. Masa tue dapat no.3 ke 4, dah lupa pulak. Lari dengan Li Neo (BFF saya). Dia tu budak projek badminton so stamina dia tinggi la berbanding saya. Tapi try jugak keep up dengan dia. Tu yang boleh dapat nombor single digit tu. Then masuk MRSM pun ada lari sekali rasanya. Masa tue form 4. Jarak 5km jugak. Best lari masa nie sebab sepanjang larian kami dilindungi oleh rimbunan pokok-pokok yang ada kat tepi jalan tu. Tak la panas kan. Rasa sedap je lari. Erm..erm... masa nie dapat no.1 untuk kategori perempuan16 tahun ke atas.
Lepas dah habis sekolah dah takde join mana-mana aktiviti larian nie. Sekadar berjogging di waktu petang di Tasik Aman, USM dan sekitar USM MINDEN nun. Bila start kerja sekali-sekala jogging kat atas bukit Shangri La Putrajaya tu. Lepas kahwin dah tak lari langsung. So tak taulah macam mana nak lari kali nie. Takut takde stamina je.
Berbalik pada larian tadi, event nie akan berlangsung pada 17 July 2011. Jarak yang diberikan adalah 5km dan laluan melibatkan kawasan sekitar London-Hyde Park. Tempat nie tak jauh dari rumah sebab tue hubby tak kisah bila saya cakap saya nak join aktiviti nie. I'm very excited about this event. Maklumlah dah berkurun tak lari. Takut larat je nanti.
Walau apapun terjadi saya akan pastikan saya tamatkan larian 5km itu. Lepas tamat event tu saya akan bagi tau catatan masa yang saya buat untuk menamatkan jarak 5km tersebut. Will try my best to set the best time. Wish me luck.
P.s.: Perlukan track dan kasut sukan baru.
No comments:
Post a Comment