Akhirnya kami sampai ke destinasi perhentian yang terakhir iaitu Nottingham pada 14 July 2011. Kali nie malas nak citer panjang-panjang. Layan gambar sahaja ya.
1st stop di Notts County F.C. Untuk makluman semua, Notts County F.C. adalah kelab bola sepak tertua di dunia.
Disebabkan kelab nie tak famous macam ManUnited so boleh masuk kat dalam stadium free jer
Souvenirs shop dia tutup for renovation so tak dapat beli apa kat sini
2nd stop adalah Nottingham Forest F.C yang terletak lebih kurang 500 meter dari Notts County F.C
Kelab nie pernah menang UEFA Cup dua tahun berturut-turut :1979 dan 1980
Stadium tour hanya dibuat pada minggu terakhir setiap bulan sahaja. Hari lain depa tak buat tour. Tapi kami dibenarkan masuk FOC dan buat tour sendiri
As usual beli sedikit souvenirs untuk kenang-kenangan
Seterusnya kami berjalan-jalan di city centre. Amsyar ternampak air pancut nie and nak main air pancut. Happy jer bila Ayah dia bagi main
Lepas tue ingat nak pergi The Tale of Robinhood tapi ada local people yang beritahu tempat tue dah tutup. So kami terus je ke Nottingham Castle. Di situ ada pula statue Robinhood. Makanya ambil gambar di situ saja
Di hadapan pintu masuk ke Nottingham Castle
Kami tak masuk ke dalam kawasan castle sebab tempat tue dah nak tutup. Rugi je kalau beli tiket tapi dapat tour sekejap je. Ambil gambar sahaja la nampaknya.
Itu sahaja cerita road trip kali ini. Sampai di London semula pada petang 14 July. Masa tue badan memang terasa penat yang amat. Maklumlah berjalan 5 hari berturut-turut. Tapi rasa gembira jugak sebab dapat bawa Amsyar dan Aimery berjalan-jalan di UK nie. Walau pun diaorang sure tak ingat yang diaorang pernah sampai kat tempat-tempat nie but we still have the photos to show them.
No comments:
Post a Comment