Sudah dua bulan membaca baru hari ini berjaya mengkhatam sebuah buku. Susah ok nak habiskan 1 buku. But I think it's a good start. Bayangkan saya sendiri pun dah tak ingat bila kali terakhir saya membaca buku. I mean betul-beetul membaca dari mula sampai akhir, bukan separuh jalan then terus x baca.
Bila dah ada 2 anak nie memang terasa mencabar sungguh bila nak start membaca. Baru nak start baca, Aimery nangis lah, Amsyar buang air lah, nak susu lah....macam-macam. Sudahnya kena tunggu semua tidur barulah dapat membaca. Normally waktu malamlah dapat curi-curi masa untuk baca. Tapi paham-paham je la baru baca satu dua muka surat mata dah terasa berat. At last terus tutup buku dan tidur.
Btw, saya baru je habis baca Meet Me at the Cupcake Cafe by Jenny Colgan. Saya suka baca buku nie sebab ia sangat leisure. Bahasa yang digunakan sangat mudah dan penulisnya menggunakan nama/tempat/jalan di London sebagai bahan dalam buku ini. Maka dapatlah membayangkan kat mana dan suasana lokasi-lokasi yang diceritakan. Itu yang lebih menambahkan minat untuk terus membaca buku sehingga ke hujungnya.
But the best thing is dalam buku nie juga turut diselitkan pelbagai resepi untuk membuat cupcakes dan cake. I loike sebab resepi yang diberi nampak ringkas dan mudah dibuat. Saya belum cuba buat lagi tapi memang teringin nak try resepi-resepi yang ada dalam buku nie. Nanti kalau dah buat saya share dengan kawan-kawan sekalian. Kalau tak cukup dengan resepi tersebut or nak try resepi lain, boleh pergi ke laman Jenny Colgan.
Dalam laci ada 3 buku yang telah dibeli tapi belum dibaca lagi. Saya rasa nak membaca nie part yang paling mencabar sekali adalah bila nak mula membaca tue. Lepas dah start tue rasanya dah ok sikit. Nak-nak kalau dapat buku macam Jenny Colgan nie, sanggup rasanya menahan mata nak menghabiskan 1 buku. Nak beli lagi buku Jenny Colgan nie nanti. Bacanya tak pasti bila...hehehe!!!
No comments:
Post a Comment