Kurang lebih seminggu lagi seluruh umat Islam akan memulakan ibadat puasa. Sesiapa yang masih belum habis ganti puasa, berusahalah.... semoga dipermudahkan hendaknya. Alhamdulillah puasa tahun lepas penuh. Masa tue kan tengah preggie. Ingatkan tak tahan nak puasa sebab kalau waktu hari-hari biasa tue selang dua tiga jam dah lapar. Tapi bila bulan Ramadhan tue takde pulak rasa lapar ke apa. Cuma kadang-kadang tue tekak rasa tak sedap. Lepas sahur je muntah. Kuatkan semangat je puasa masa tue. Akhirnya penuh puasa saya. Saya suka. Tak payahlah la nak pening-pening ganti puasa nie. Nak-nak kalau nak ganti puasa kat sini musim-musim summer nie. Mau kena puasa 16 jam oooo.....
Sekarang nie mesti dah mula orang jual kuih raya segala. Silap-silap ada yang dah tak terima tempahan dah pun. Tue mesti yang buat kuih sedap tak ingat tu. Syukurlah rezeki dia orangkan. Terbayang-bayang jugak kuih sarang semut, kuih tat, kuih sugi..... kalau fikir lama-lama nie boleh terliur dibuatnya. Tapi alhamdulillah, walau pun jauh di perantauan nie ada jugak rezeki kami nak merasa kuih raya. Thank to Encik Tariq sebab bawakan kami kuih raya. Terkejut jugak dapat kuih raya dari dia. Buat susah-susah je order kuih untuk kami. Tq so much bro!!!! Tariq ada course kat sini tue yang dapat jumpa dia. Dia ada tanya sama ada nak pesan apa-apa daripada Malaysia. Memang takdelah sebab stok semua banyak lagi dan kami pun dah nak balik kan. Tapi dibawakannya kuih raya pula. Kecil tapak tangan, stadium Emirates kami tadah kan.
Selain tue dibelikannya pulak suami saya 1 carton rokok. Boleh????!!!! Dia kata tak tahu nak bawa apa untuk Jimmy. Alah bro...u nie saja je tau. Hubby saya memang sukalah dapat rokok tue. Selama 10 bulan kat sini dia tak pernah beli rokok pun sebab rokok adalah MAHAL. 1 kotak yang 20 batang tue dalam 9 pound lebih. Kalau convert kepada RM dah RM50. Saya cakap kat hubby fikir sendirilah kalau nak beli rokok harga macam tue. So dia tak belilah. Tapi ada pulak orang bagi rokok freekan, memang happy la dia.
Nie ada satu lagi...Kacang masin MAS. Mula-mula dikeluarkan yang loose 4-5 paket. Ok la tue kan. Pastu dia bagi lagi 3 bungkus besar. Gila banyak. Dah boleh buat juadah kalau orang datang kat rumah. Saya tanya dia macam mana boleh dapat banyak-banyak nie. Sengih je dia. Buat baik dengan stewardess la tue. Bolehlah enjoy kacang masin MAS sambil layan movie. I loike!!!!
Ini dia orangnya, tqvm for kuih n kacang
No comments:
Post a Comment