Weekends minggu lepas balik Melaka.
Supposed nak balik hari Jumaat malam tapi tak jadi.
Ada program lain plak Sabtu tue.
End up balik Melaka Sabtu petang.
Pukul 6pm baru sampai Melaka.
Lepak2 je kat rumah malam tue.
Hari Ahad, pukul 11 pagi dah bertolak ke Muar.
Ada 2 event kat Muar hari nie.
Satu majlis doa selamat dan satu lagi wedding.
Doa selamat tue tak ingat plak nama tempatnya apa.
Majlis doa selamat tue hubby punya saudara mara.
Me tak berapa kenal sangat.
Tapi diaorang dok panggil Umi Com.
Pegi nie pun sebab nak kenal sedara mara la..
Kalau tak pegi memang tak kenal langsung jawapnya.
Makanan adalah super banyak.
Gi Muo kalau takde nasi beriani tak sah.
Ada roti jala....cendol...buah-buahan...and all sort of kuih.
Tak termakan dibuatnya.
Before bertolak tadi pun dah breakfast sikit kat rumah.
End up jamah nasi dan kambing je...
Memang pilihan yang tepat.
Kambing tue super awesome.
Pastu mengadap cendol plak.
Memang terbaik.
Sorry gambar lupa snap.
Pastu around pukul 1.30pm bertolak plak ke Bakri.
My staff punya wedding.
Dekat je tempatnya.
Dalam 20 minit dah sampai ke rumah pengantin.
Tapi yang problem sikit...masa tu jugak la pengantin lelaki sampai.
Kereta memang banyak la...
Kat Muar pulak banyak parit...
Kiri kanan parit.
Mencabar nak dapatkan tempat park kereta.
But alhamdulillah..dapat parking dekat dengan rumah pengantin.
Photo booth
Beautiful dais
Ini la pengantinnya...Haiza. Lawa pengantin kite nie...dah tak kenal pulak rasanya.
Ketibaan pengantin lelaki
Letak dalam setengah jam kat sana.
Kat nie saya makan sikit.
Nasi putih dengan ayam goreng and ikan keli masak lada.
Lain sikit dari lauk wedding biasa...and I loike!!!
Amsyar dengan Aimery makan chicken jer.
Sibuk nak main..tak kisah makan sangat.
Pastu Amsyar boleh plak ternampak patung harimau nie kat tepi rumah pengantin.
Bukan main seronok dia tunjuk.
Bukan tau takut.
Kalau iolls la umur-umur dia memang tak berani nak dekat dengan patung besar macam nie.
Pastu bukan main happy lagi dapat ambil gambar dengan tiger nie.
Kids are easy to pleased.
Pukul 3pm baru bertolak balik.
Dari Bakri singgah jap kat Tg. Agas beli murtabak Singapore yang super sedap.
Ayah pesan suruh beli.
Kiteorang beli yang special punya.
Harga dia RM16 satu.
Tapi memang berbaloi beli sebab sedap dan daging dia banyak.
Makanan mahal tak kisah...janji sedap.
Kalau mahal tapi rasa kaki memang sakit jiwa hoiii!!!!
Lastly, kepada Haiza dan suami diucapkan Selamat Pengantin Baru.
Semoga berkekalan ke akhir hayat!!!!!
Adios......................
No comments:
Post a Comment