Weekends lepas saya berada di Melaka. Sabtu pagi dah
sibuk ke rumah Busu (adik my mum). Hari nie anak dia yang sulung menikah dan majlis
bersanding turut diadakan pada hari yang sama. Lain bebenor saya tengok muka
sepupu saya tue bila dah kena make up. Dia tue jenis yang simple je. Saya pun
tak pernah tengok dia pakai make up ke apa. Sekali dah kena make up dengan mak
andam, dah rupa macam artis dah. Dia menikah pukul 1030am dan bersanding nak
dekat pukul 2pm.
Tahniah Ain dan Haikal. Semoga berkekalan ke akhir hayat |
Dalam pukul 11 lebih minta diri dengan Busu nak pergi Melaka
Sentral. Hari nie saya bagi Bibik cuti 1 hari. Dia nak ke Muar jumpa kakak saudara.
Janji jumpa dengan sedara dia tue kat Melaka Sentral je...tak larat nak
menghantar sampai ke Muar nun. Dalam hati macam risau jugak nak biarkan Bibik
pergi Muar. Bukan apa takut dia pergi pastu tak datang balik. Tak ke haru
nanti. Tapi tawakal je la. Harap-harap si Bibik tak de niat serong nak pergi ke
Muar tue.
Hubby pulak tak berapa sihat hari tue. Balik dari Melaka Sentral
terus balik rumah. Ingatkan nak pergi rumah Busu balik tapi kesian pulak kat
suami saya tue. Makanya kami anak beranak melepak di rumah saja. Nasib Aimery
dan Amsyar berkelakuan baik petang tue. Petang sikit kiteorang semua belasah tidur. Dah lama tak dapat tidur petang. Banyak syiok ooooo dapat
tidur.
Hari Ahad, lebih kurang pukul 10 setengah dah bertolak ke Jasin.
Nak pergi rumah sepupu untuk rebond rambut, facial muka dan hantar baju untuk
jahit manik. Banyak betul urusannya. Bawa sekali Angah dan Amsyar. Kesian kat
nenek kalau nak jaga dua orang budak kecik. Aimery tue je lasaknya boleh tahan.
Angah kena bawa sebab kat rumah cousin tue pun dah ada 3 budak kecik. Nanti tak
pasal pasal bergaduh ke apa. So Mak
Angah bertanggung jawab memastikan Amsyar tidak menimbulkan pergaduhan akibat
berebut mainan.
Tengah sibuk-sibuk buat rambut, rupanya Amsyar pun tengah seronok bermain dalam pool dengan second
cousin dia yang lain. Dah la tak bawa bajukan. So apa lagi, bogel je la mandi.
Bukan main seronok lagi mandi. Ada dekat sejam jugak berendam kat dalam pool
tue. Apa saja la anak, asalkan tak bergaduh mummy ok je.
Tiga sekawan : Suleiman, Amsyar dan Arina |
Pukul 6 baru sampai rumah. Tak sempat nak buat facial sebab buat rambut je dah dekat 4-5 jam. Kematu punggung duduk kat kerusi lelama. Hubby pun dah 2-3 kali call tanya lama lagi ke kat Jasin. So silalah faham signal yang telah diberi oleh suami anda. Terus je cakap kat cousin. Facial buat lain kalilah.
Sampai rumah tengok Bibik dah balik semula ke rumah. Apa lagi Bibik, sila bekerja semula setelah
seharian bercuti. Saya mahu rehat pulak.Macamlah sibuk sangatkan, wal hal
sempat pegi buat rambut lagi.
Sekejap je dah habis weekends. Tak puas duduk Melaka.
No comments:
Post a Comment