Lupakan sebentar citer percutian Krabi yang tak habis lagi tue. Hari nie nak citer sikit pasal majlis resepsi my friend, Ikhlas dan cinta hatinya Jeffrey. Ikhlas nie kawan yang sama-sama dilantik berkhidmat dalam government tahun 2004 dulu. Masa tue kenal dia gitu-gitu je. Tak rapat sangat pun. Tapi pada tahun 2006 kami telah menjadi housemate bila saya transfer dari Melaka ke Putrajaya. Masa tue masing-masing masih bujang lagi. Kiteorang tinggal kat Taman Kajang Utama. Kiteorang tinggal bertiga. Sorang lagi Amy Lisa, kawan satu batch jugak.
Lama sungguh percintaaan Ikhlas dan Jeff nie. Kalau ikut ceritanya since tahun 2007 bila they all terserempak di Kuala Terengganu ketika masing-masing sedang bercuti di sana. Part yang lama tu, iolls tak berapa nak heran sangatlah sebab biasa jugak dengar orang bercinta sampai 7 8 tahun nie. sepanjang tempoh tue ada sekali 2 jumpa Jeff. N if I'm not mistaken they came to our wedding back in 2008.
Part yang buat iolls terkagum adalah percintaan jarak jauh mereka itu. Ikhlas di KL tapi Jeff di NZ. Uolls kira sendirilah berapa punya jauh da... beribu-ribu kilometer punya jauh. Nie dah percintaan antara benua dah konsepnya. Iolls cannot tahan kalau bercinta PJJ macam nie. Dulu Melaka dengan KL pun dah terasa jauh. Berusaha gigih nak menukarkan diri ke Putrajaya (TQ Zana J kerana membantu diriku ini).
Alhamdulillah, cinta diaorang sangat teguh dan jodoh mereka memang telah tertulis. Ikhlas dan Jeffrey telah diijabkabulkan pada 24 Dis 2011 yang lepas. And to make it interesting, the solemnization was held at Leed, UK masa Ikhlas tengah further her Master degree. Very the international.... 3 benua berjaya menyaksikan percintaan diaorang nie.
Malam Sabtu lepas telah diadakan majlis resepsi pengantin perempuan bertempat di Dewan Merak Kayangan KL. Walaupun majlis nie diadakan setelah setahun majlis pernikahan mereka, suasana tetap meriah. Ikhlas look stunning in her dress n Jeff sangat segak berbaju Melayu.
With my chenta hati...nak jugak ken??!!!!
With Jie...batchmate jugak
Another batchmate....Cik Ja, Arab n CK
Lovely couple
Congratulation to both of u
Cinta antara benua dan pertembungan dua budaya
Band yang menghiburkan kami malam tu... The Sibling Band
This kids are very talented.
Group photo...
Pasangan glamour. Siap masuk NST paper the next day
To Ikhlas dan Jeffrey, tahniah!!! Semoga berkekalan ke akhir hayat dan dipermudahkan hubungan kalian. We are very happy for both of u.
No comments:
Post a Comment