Hari Sabtu 2 minggu lepas spent almost the whole day di Kota Warisan. Gigih saya dan hubby membanting tulang membersihkan rumah. Dulu kata balik dari London terus nak masuk rumah baru tapi sampai la nie tak masuk-masuk jugak. Banyak benda yang tak settle lagi..tu sampai sekarang masih terhegeh-hegah baru nak bersihkan rumah segala.
Start pukul 1pm. Nasib baik tingkat yang atas sekali dah dibersihkan hari Khamis malam. Tu pun dah penat gila...walaupun 1 floor je pun. So hari Sabtu tue misinya nak settlekan the 1st floor dan tingkat bawah. Serius penat weyh. Bukan senang nak masuk rumah nie. Selain kena menyinsing lengan membasuh rumah, peruntukan kewangan jugak perlu disediakan. Sure uolls yang dah ada rumah sendiri dah merasa macam mana situasi yang saya maksudkan. Tapi sebab exsaited nak duduk kat rumah sendiri, semangat tue berkobar-kobar je walau pun urat tangan dan kaki nie dah rasa tegang semacam. Maklumlah orang x biasa buat keje berat. Selalu duduk kat opis sign surat, baca paper work, minit surat kat anak buah...itu je. Setitis peluh pun x keluar kerana persekitaran yang sungguh nyaman dalam bilik yang dilengkapi penghawa dingin. Bila sampai kat rumah tue, merasa la buat kerja dalam keadaan panas dan peluh menitik-nitik sebab kipas pun nan ado.
Mula-mula hubby macam dah give up sebab dah kepenatan. Then saya ckp la if we didn't finish this chores by today memang susah nak siap nanti. Lagi pun minggu depan dah nak hantar all the electrical stuffs kat rumah. So kalau tak bersihkan rumah sekarang memang susah nak buat bila dah ada barang. Terpaksalah suami akur mendengar hujah bininya. So untuk menghilangkan lelah , pukul 5pm break kejap pekena maggi goreng dan limau ais. Rasa macam minum coconut shake je masa tue sebab nikmat dapat air sejuk. Pukul 6pm start balik. And alhamdulillah around 8.50pm selesai semua kerja pembersihan. Balik rumah makan dan terus tidur. Bangun pagi Ahad tue merasa la sakit satu badan. Hubby pun liat gila nak bangun sebab masih kepenatan. Habis jari-jemari I yang tulus-mulus nie jadi kasar dan mengelupas (sila muntah hijau sebab memuji diri sendiri....). Apa-apa pun bersyukur sesangat sebab rumah dah bersih dan dah boleh mula hantar barang.
Ahad pagi terus berdesup balik Melaka sebab nak attend wedding kawan sekolah rendah. Gila lama tak jumpa dia. Kawan saya tue namanya Zakeeyah Shah tapi panggil Zack je. Kawan kat Methodist Girl Primary School 1. Start sekelas dengan dia masa darjah 3 kalau tak silap. Sama kelas up till Darjah 6. After dah masuk sekolah menengah memang tak pernah jumpa sebab dah tak sama selokah. Dia kat MGSS dan saya di MGHS. Cuba bayangkan..dah 18 tahun tak jumpa. But thanks to FB. Melalui FB nie memang dah ramai jumpa balik kawan-kawan lama. So sapa kata FB nie x bagus. Terpulang la pada kebijaksanaan masing-masing nak guna lagu mana.
Pagi tue angkut semua sekali balik Melaka. Memula ingat tak nak bawa Aimery n Amsyar sebab takut depa penat sebab nak travel balik hari je. Last-last bawa jugak sebab kesian kat diaorang asyik dok rumah je n tak jalan mana-mana. At least kalau balik Melaka dapat jumpa atuk dan nenek. Nenek pun sebenarnya dah pesan suh bawa balik bebudak.
Sampai Melaka, tup tup badan Amsyar panas la pulak. Tetiba demam pulak dia. Terus bagi makan ubat dan tak jadi nak bawa gi wedding. Kalau dah tak sihat tue elok dok saja di rumah. Aimery plak lepas makan je terus tidur. Memang macam tue dia...klu dah kenyang memang senang je dia tido. So saya dan hubby je pegi wedding tu.
Sampai sana around 1pm lebih. Masa tue pengantin dah siap bersanding dan dah round dari meja ke meja. Lambat la pulak kan. So teruslah cari pengantin untuk menunjukkan yang kita dah sampai dan sebagai bukti kita datang majlis je...(gila keji siap nak ada bukti bagai...hehehe). Terjumpa pulak si Zety member kat matrik dan USM. Zety jadi pengapit Zack rupanya. Diaorang nie memang bestie since sekolah menengah...maklumlah satu sekolah.
My Friends :1st from left - SS, on my right hand side - SN and on my left hand side -Priya. Sui Ling standing last at the other end and Siti Zaharah standing next to her |
Newly weds with schoolmates |
Then jumpa Sarah Nafisah (SN) dan Sarah Siraj (SS). SN nie last jumpa tahun 2005 sebab masa tue keja kat SUK Melaka. So sempatlah keluar lunch 1-2 kali dengan dia. Tapi SS tue memang dah lama tak jumpalah. 18 tahun jugak lamanya. Tak sangka jumpa dia kat situ. Dia pun mengaku nie 1st wedding kawan sekolah yang dia pegi.SN dah tak kerja dengan gomen dah sekarang. Dia kata kat opis tue kerja dia mengalahkan pegawai sedangkan jawatannya kerani je. So daripada kena perah macam tu baik dia tolong bapa dia bisnes je.SS pulak keje dengan MSN. Jadi jurulatih untuk sukan gimnastik dan sekarang bertugas di Melaka. If tak silap, Mizan Siraj (pelakon rasanya) tue abang si SS nie. But x sure sangat, nak kena tanya dia dulu nanti. Selain SN dan SS ada juga Priya, Siti Zaharah, Wee Sui Ling. Yang lain tue tak berapa kenal sebab tue kawan-kawan Zack masa kat secondary school.
Sembang lama jugak dengan SS dan SS. Banyak citer la dapat cover. Masing-masing dah pasang angan-angan supaya boleh meet up selalu sebab ramai jugak yang based kat Melaka. Insyallah kalau ada buat gathering ke apa...boleh lah join nanti.
Rasa berbaloi gila datang wedding Zack nie. Dapat jumpa kawan-kawan sekolah rendah yang dah 18 tahun tak jumpa. Walaupun x sempat nak sembang dengan semua but it was nice to meet them again. Selain kawan sekolah rendah, jumpa jugak dengan Julie and Azira. Diaorang nie x satu sekolah rendah dengan kiteorang tapi diaorang kenal Zack masa zaman matrik. Kiterong semua matrik sama kat KMNS dulu. What a small world kan. Dah nama orang Melaka tue...pusing-pusing, tu jugak kawannye.
No comments:
Post a Comment