Thursday, October 16, 2008

My 1st Time Blogging

Nervous...Nervous....Hehehehehehe..........

Mesti uoall nak cakap saya nie ketinggalan zaman kan... Tak kisahlah. Selama nie saya asyik baca segala macam cerita dalam dunia nie kat blog orang. And I must say that it was very interesting.... Tak pernah pulak terfikir nak buat blog sendiri.

Tapi disebabkan hari nie saya tersangatlah bosan sehingga mencecah tahap DEWA di office nie, then i decided to do sumting with my time... That's where i sign in and create my own blog. Bukan mencuri masa pejabat tapi sekadar memenuhi masa yang ada. Kerja-kerja hakiki semua telah dibereskan....

So, where shall I start? Anywhere oso can rite?

I'll write about my very own wedding. Although it was in July, the memories remain forever. Majlis akad nikah telah diadakan pada 4 Julai 2008 di Masjid Tanjung Minyak, Melaka selepas waktu Asar.

Rupa-rupanya ada satu lagi pasangan yang nak menikah petang tue. Disebabkan pasangan tu sampai dulu (rumah pengantin perempuan sebelah masjid jer), maka mereka akan dinikahkan terlebih dahulu. So kenalah tunggu.

Sementara menunggu untuk dinikahkan, aku dan Jimmy telah dihujani pelbagi soalan dari Tok Kadi....Haru jugak dibuatnya, banyak plak soalan dia tanya. Siapa nama bakal suami? Rukun Islam ada berapa? Rukun Iman? Cuba mengucap, bagi makna sekali ye...Istighfar.....Rukun Nikah ada berapa???? Dan macam-macam lagi.

Nasib dah prepare sebelum datang masjid tadi...



Berbalik pada pasangan tadi, dengan sekali lafaz sahaja mereka telah sah menjadi suami isteri. Jimmy dah pressure time nie, kena buat sekali jugak nampaknye. Semua orang tengah excited nie... Boleh ker???

Alhamdullillah, dengan sekali lafaz jer kami telah disatukan sebagai suami isteri. There was a mixed feeling at that time. After all that we've been through, we are husband and wife now.





Majlis bersanding telah diadakan keesokan harinya (5 Julai 2008) di rumah aku di No:7, Lorong 1, Jalan TM3A, Taman Tanjong Minyak, Melaka. Cuaca hari tu memang cukup baik dan majlis telah berlangsung dengan jayanya. Di kesempatan ini juga, aku nak ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian semua untuk hadir ke majlis persandingan kami. Appreciate it so much. Maap ye kalau ada apa-apa kekurangan. Minta maap kerana tidak sempat nak layan semua orang.





Majlis resepsi di pihak lelaki telah diadakan pada 6 Julai 2008 di PWTC dengan bertemakan warna maroon. Persalinan dan make up pada malam tue telah disediakan oleh Kimie Kajang. My mother-in-law bought the materials from Jakarta then tempah pada Kimie. We like it so much. Thanks mum.... There were few VVIPs, some are Jimmy's uncle and aunt.



Before I end up, I would like to say thank you to those who has helped us to make this event a memorable one. Semoga Allah membalas jasa kalian semua.



Raikan Cinta Aszmy & Miriza - 040708

No comments: