Tuesday, June 1, 2010

And the Journey Begins


Segala persoalan dah terjawab hari ini. Setelah dua minggu menunggu akhirnya saya dapat pastikan yang syak sangka saya selama ini sememangnya benar belaka.

We went to see Dr. Jaafar. As usual dia tanya a few questions and than he checked me. Today we can see sumthing in there....very little...And I actually cant see it. But Dr. Jaafar showed us the heart beat. It's beating very fast..maybe yang kat dalam tue tengah excited.

So officially I'm pregnant again. Baby dah 8 weeks. Berdasarkan perkiraan Doctor, saya akan deliver pada 6 Januari 2011. But berdasarkan pengalaman masa melahirkan Amsyar dulu, 36 weeks dah bersalin. So most probably hujung tahun nie la kot baby akan keluar.

Masa dapat tahu berita nie, saya tak lah excited sangat mcm 1st pregnancy dulu. Maybe this is the second one so dah ada pengalaman. Mungkin juga sebab saya belum bersedia untuk mengandung lagi. Benda nie memang agak mengejutkan. To tell the truth, saya belum bersedia mentally and physically.

But, ini semua pemberian Tuhan. Insyallah saya akan jaga baby nie sebaik mungkin. Baby sorry sebab lately mummy moody sikit. Mummy janji akan jaga baby sebaik-baiknya. Tapi baby kena behave k.... Be strong sampai selamat keluar nanti.

Cuma sekarang nie ada macam2 benda saya kena pikir since dah tau pasal pregnant nie. Kalau ikut perkiraan doctor maknanya saya akan bersalin di London. Pikir jer dah takut. Kat sana takde sapa mcm kat Malaysia. Pantang nanti tak boleh la mak jaga macam bersalin Amsyar dulu. Scarynye! Sapa nak jaga Amsyar nanti?

Aku rasa aku tak nak pikir la benda nie. Sangat menakutkan. Biar masa menentukan...

Wednesday, May 19, 2010

Apa Punya Suami La...


Last two days on the way to office berkesempatan dengar ERA. Tak silap topik pagi tue berkaitan isteri yang tak pandai jaga penampilan selepas berkahwin. Lebih kurang gitu la topiknya...

Saya layan jerla....

Then ada la sorang caller nie...

" Betul Pak Nil, isteri saya masa bercinta tue bukan main pandai bergaya. Lepas dah kawin nie, Ya Allah... serabut betul....Pagi tadi dia buat cekodok untuk sarapan, saya rasa cekodok tue lagi lawa dari muka dia... " Lebih kurang begitulah complaint dia pada DJ bertugas.

Wah...dengar tue!!! Selamba badak jer dia kutuk wife dia. Awak tue gorgeous sangat ker nak kutuk orang. Pulak tue isteri sendiri. Apa punya suami la macam nie. Tak malu ker menjatuhkan maruah isteri sendiri depan orang lain.

Saya rasa lelaki nie mesti bingai. For me, it's very simple. Dia sebenarnya menunjukkan kelemahan diri sendiri dalam menjaga isteri dan menguruskan keluarga. Kalau isteri tue tak menjaga penampilan dia, tegur la cara elok. Mungkin si isteri tue tak sedar yg dia telah mengabaikan dirinya dek sibuk menguruskan suami, anak2 dan kerja2 rumah. Tak payah la nak canang kt radio pasal keburukan isteri sendiri.

Kalau dah semua benda isteri nak kena buat dan si suami tue tak mau ringan tangan menolong, mana ada masa si isteri tue nak melawa bagai...Nanti sibuk nak berdandan, dapur tak berasap, anak2 tak makan, baju tak bergosok.....Nak ke mcm tue??!!!

Jadi seharusnya sebagai suami, lihat la semula kenapa si isteri jadi mcm tue. Kalau puncanya adalah kerana terlalu sibuk dengan urusan anak2 dan rumah tangga...ringan2 tangan la membantu. Baru la si isteri ada masa nak menguruskan diri dia pulak. Kalau dah malas sangat nak tolong, cari kan pembantu.....as simple as that.

Tu pun tak paham ker????


P.s.: Hope my hubby didnt complaint 'bout me.

Apakah....?


Hubby complain yg saya nie moody jer kebelakangan nie. Ye ker? Penat agaknya. Pasal tue la moody. Lately nie jugak rasa macam tak berapa sihat jer. Dok kat opis nie pun rasa tak selesa. Kadang2 air-cond rasa sejuk sangat, kadang2 panas plak. Kepala pun selalu sakit. Saya pun tak tau apa masalah sebenarnya.

Cuma saya ada gak suspect sumthing....Apakah???

Erm....mungkin jugak....

Untuk pengesahan, kena jumpa doctor....

We went to see the doc...He checked....

But cannot comfirm yet....have to come back in two week's time...

So, have to wait 1st....

Wednesday, May 5, 2010

Live N Learn


Dah lama tak post apa2 di blog ni. Masa memang ada cuma tiada keinginan untuk menulis apa-apa.... Daripada cerita benda yang merapu, lebih baik biarkan jer blog ini sunyi seketika.

Dalam tempoh tiga bulan yang lepas mcm2 berlaku. Untuk cerita semuanya mungkin memakan masa dan membosankan korang. Tapi apa yang telah berlaku sedikit sebanyak menyedarkan dan mematangkan saya sebagai seorang individu, isteri dan ibu.

Paling menggabrakan ketika terpilih untuk menduduki PTK TK3 pada 24 Mac hingga 1 April 2010 yg lalu. Hubby pun sepatutnya join sama, tp disebabkan tengah mengikuti QA so terpaksa tangguh untuk siri yang berikutnya. Lama dah tak dok exam nie. Genggelabah jugak dibuatnya. PTK format baru nie agak menarik jugak. Nak compare dengan yang lama rasanya tak adil cuz tak penah ambil PTK ikut format lama. Alhamdulillah, walaupun banyak benda yang perlu disediakan dan dijawab, akhirnya berjaya jugak mengikuti PTK tersebut. Keputusannya tak tau la mcm mane. Mudah2an luluslah...amin.

Ada satu benda jer yang best pasal PTK nie. Nak tau ape dia...PTK nie seumpama reunion batch 2/2004. Boleh dikatakan almost 80% peserta dari batch 2/2204. Tu yang best...senang sangat nak communicate. Buat group discussion pun senang cuz everyone gave their 100%.

A week after that, berlaku pulak insiden patah kaki suami tercinta ketika bermain futsal pada 7 April lepas. Training untuk sukan MITI katanya. Jatuh sendiri....Pukul 1 pagi (8 April) terus operate. Tibia and fibula dua2 patah.....Alhamdulillah, operation went well...tp kaki hubby allegic to the plaster so ada banyak blisters yg menyebabkan dia ditahan di ward seminggu lebih. Dan untuk pertama kalinya jugak saya sambut birthday di hospital...Best jugak cuz dapat spend the whole day with him. And the hospital's staffs was kind enuff, they did bring cake for me. Thank u very much.

Ada jugak yg kelakar pasal birthday nie. Hubby dah cadang nak buat surpise for me. He sent a bouquet of flowers for me at the office on my birthday. Unluckily, I was not around cuz dah lepak dengan dia kat hospital.....So after 3 hari barulah saya masuk office n got the flowers. Thank u dear...I love u...

Sekarang hubby masih on crutches... Doc kata ambil masa 2 hingga 3 bulan untuk dia jalan semula. Pity him.... So sekarang saya kena beri perhatian yang lebih kepada Amsyar and hubby. Saya terasa sedikit tekanan buat masa nie. Ada banyak perkara yang perlu diuruskan sendiri. Kadang-kadang terasa sangat penat. Mood pun berubah-rubah. Orang melihat memang mudah tapi yang menanggungnya belum tentu.

Saya rasa saya memang tak kuat untuk hidup seorang. My husband did help me a lot in our marriage. Dalam keadaan sekarang terasa sangat kehilangan. Semua kejadian nie menyedarkan saya yang saya perlu lebih berdikari, lebih menghargai apa yang saya ada dan sentiasa berterima kasih dan bersyukur kerana mempunyai suami seperti dia...

Thank God for giving me him....

Tuesday, January 26, 2010

It's all about the MONEY


Hari ni dah hari kedua gaji. Ramai pulak yang datang minta bayaran itu dan ini. Memang tiada pilihan dan perlulah dijelaskan bayaran itu. Kalau tidak turut serta takut nanti tersisih pula. Saya tiada masalah buat masa ini memandangkan memang ada rezeki dan boleh disalurkan untuk manfaat bersama. Keluarga saya pun kecil dan perbelanjaan pun tidak sebanyak mana.
Cuma terfikir, bagaimana orang yang berpendapatan seperti saya, tetapi anaknya 5?

Kalau dikira di pejabat saya nie, sekurang2nya rm60 sebulan perlu disumbangkan setiap bulan. Tak termasuk jika ada kutipan2 yang lain...Di zaman kegawatan ini, tak kira apa jawatan di pejabat, kita semua terkena tempiasnya. Harga barang sentiasa naik.....jadi keperluan perbelanjaan keluarga pun turut bertambah.

Mungkin perlu difikirkan semula perkara nie....Tak semua pegawai tu senang dan tak semua kumpulan sokongan berpendapatan kecil....

P.s.: Harapnya kutipan2 yang dibuat tue tak menyusahkan sesiapa....

Tuesday, December 29, 2009

Amalan Menabung


Waktu rehat tadi, saya ambil kesempatan untuk ke CIMB Bank. Nak bank in duit untuk Amsyar. Yang bestnye, saya terpaksa menjinjing 1 beg yang sangat berat. Nak tau kenapa berat? Sebab di dalamnya terkandung sejumlah duit syiling yang saya sendiri tak pasti berapa jumlahnya. Dah la terpaksa parking jauh, so nak tak nak terpaksa juga la saya membawa beg yang berat itew.

Setelah lebih kurang 5 minit menunggu, akhirnya sampai giliran saya. Maka saya serahkan beg yang berat itu kepada pegawai yang bertugas di kaunter. Dia minta saya duduk sementara dia kira duit (pakai machine ye uolls, nak kira manual...jawabnya dua tiga jam plak saya kt situ) yang saya bawa tu.

Yang best sekali bila dah dicampur kesemua syiling tersebut, jumlahnya adalah sebanyak RM 314.94. Banyak tue !!!! Saya pun terkejut. Sebenarnya syiling2 tu me and hubby kumpul. Saya la yg selalu jadi tukang kutip duit2 nie. Tp berbaloi jugak...Yang penting kiteorg boleh masukkan dalam account Amsyar untuk kegunaan dia pada masa depan. All in all, tambah RM 150 lagi, jumlah keseluruhan simpanan hari nie RM 464.94. Seronoknya dapat menabung untuk Amsyar.

Walaupun tabungan tersebut dibuat secara tidak langsung, jumlah yg dpt dikumpul boleh tahan jugak. Betul kata pepatah, sikit2 lama2 jadi bukit. Nie yang rasa bersemangat nk menabung nie...

P.s.: Tak sabar jugak nak tunggu Amsyar besar dan suruh dia menabung jugak...

Thursday, December 17, 2009

New Circular...


Sedikit maklumat mengenai pekeliling baru yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan, JPA. Pekeliling Perkhidmatan Bil.23 Tahun 2009 berhubung Dasar dan Prosedur Peletakan Jawatan dan Pelepasan Dengan Izin yang berkuat kuasa mulai 18 November 2009.

Ringkasan PP23/2009 adalah seperti berikut :

Peletakan Jawatan

1. Takrifan : berhenti daripada berkhidmat dengan perkhidmatan awam yang dibuat melalui notis bertulis yang dikemukakan kepada Ketua Perkhidmatan melalui Ketua Jabatan yang menyebabkan perkhidmatannya terputus

2. Pegawai yang terlibat : pegawai yang sudah tidak berminat berkhidmat dalam perkhidmatan awam; pegawai yang belum sah jawatan dan telah menerima tawaran kursus di institusi latihan/IPT dan tidak layak diberikan kemudahan cuti belajar; dan pegawai lantikan pertama dan belum disahkan dalam perkhidmatan tetapi menerima tawaran kursus pra-perkhidmatan

3. Notis : notis 90 hari bagi pegawai yang telah sah dalam perkhidmatan dan 30 hari untuk pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan

4. Kelulusan : Tidak perlu kelulusan, hanya perlu maklumkan kepada Ketua Perkhidmatan

5. Penarikan balik : Tidak dibenarkan setelah berkuat kuasa

6. Implikasi : Perkhidmatan terputus dan tempoh perkhidmatan sebelumnya tidak boleh diambil kira untuk faedah persaraan

Pelepasan Dengan Izin

1. Takrifan : kelulusan secara bertulis yang diberikan oleh Ketua Perkhidmatan bagi membenarkan seseorang pegawai meninggalkan jawatan sebelumnya dan membolehkan tempoh perkhidmatan terdahulu dimasuk kira bagi tujuan perkiraan faedah persaraan

2. Pegawai yang terlibat : pegawai sedang berkhidmat yang dilantik ke jawatan lain di bawah Suruhanjaya yang sama/Suruhanjaya berlainan

3. Notis : Notis diberikan kepada Ketua Perkhidmatan

4. Kelulusan : Ketua Perkhidmatan

5. Penarikan balik : Tidak dibenarkan setelah berkuat kuasa

6. Implikasi : Perkhidmatan tidak terputus dan tempoh perkhidmatan lepas boleh diambil kira untuk faedah persaraan

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.jpa.gov.my/

Wednesday, December 16, 2009

Boy Or Girl....


Zaman canggih nie semua benda boleh dibuat. Kalau zaman dulu, dah bersalin tue baru la tau anaknya tu lelaki ker perempuan. Sekarang dah tak payah tunggu sampai 9 bulan pun dah boleh tau jantina anak kita. Thanks to all the technology...

Masa pregnant Amsyar dulu, 4 bulan dah tau yang saya bakal menimang cahaya mata lelaki....Rasa macam tak surprise pulak kan. Tapi terpulanglah pada kita, if u want it to be a secret tak payah lah buat scan tu....Bagi org yg tak sabar (mcm saya), boleh pi buat scan tu. Harganya pun tak la mahal sangat-berpatutan.

Cuba baru-baru nie, saya ada terbaca satu artikel. Ni lagi menarik. Sekarang kita boleh berusaha untuk mendapatkan jantina anak yang kita mahu...Macam tak cayakan...Semuanya berdasarkan kepada hasil penyelidikan pakar-pakar di seluruh dunia. Rasanya tak salah kalau mencuba. Cuma akhirnya nanti, Tuhan la yang akan menentukan rezeki kita.

Berdasarkan bacaan tersebut, saya dapat ringkaskan seperti berikut :

Tips untuk anak lelaki

1. Pemakanan : Lebihkan daging, buah-buahan, makanan bergaram

2. Waktu Subur Wanita : Persetubuhan di hari subur

3. Keasidan Vagina : Keadaan beralkali (rangsang pergerakan benih Y)

4. Kepuasan Isteri : Kepuasaan tinggi(cecair beralkali)

Tips untuk anak perempuan

1. Pemakanan : Makanan kaya lemak, milk-based

2. Waktu Subur Wanita : Persetubuhan 24 jam sebelum waktu subur (Waktu subur : Hari ke-11 hingga ke-14 dari tarikh 1st haid)

3. Keasidan Vagina : Keadaan berasid (rangsang pergerakan benih X)

4. Kepuasan Isteri : Kepuasaan sederhana(cecair berasid)

Bagi saya, semua nie sekadar usaha untuk membantu individu untuk memiliki keluarga yang ideal. Tidak salah berusaha tetapi kita juga kena percaya akan rezeki dan qadak dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah untuk kita.

Selamat Mencuba...

Tuesday, November 3, 2009

Baby Amsyar


Hello again.

Dah lama giler tak update blog nie. Pertama-tamanya tak sempat la. Sepanjang menempuhi tempoh pregnancy memang tak larat nak buat kerje2 update blog. Yang paling best kalau dapat tidur..

Makanya sepanjang tempoh 9 bulan tue, naik jugak la badan sampai 12 kg. Never in my life naik sampai mcm tue. Cuak gak kalau 12 kg tu stay forever.Terfikir jugak cara nak turunkan semula berat. Mau kena lari kt Bukit Shangri La tu tiap2 hari.

Tapi alhamdulillah, lepas 4 bulan berat dah kembali ke berat asal. Nasib tak perlu bekerja keras utk hilangkan segala lemak2 itew. Kali nie takde apa nak cerita. Juz nak upload gambar Amsyar. A lit bit about my baby. Amsyar was born on 23 june 2009, 11.32 am at Tawakal Hospita by c-sectl. He weighed 2.62 kg.



Saya kena ceaser cuz Amsyar dah start buang air. Doc kata bahaya kalau tunggu lama2. Masa tgk Amsyar 4 the 1st time, rasanya mcm tak percaya yang saya dah ada anak sendiri. And he's such a darling. Sekarang Amsyar dah berusia 4 bulan dan dah semangat. 7 kg....

Here some of Amsyar's pic....























P.s.: Amsyar if u can read this, Mummy and Ayah love you so much.........

Wednesday, December 10, 2008

Big News....Great news....


Dah lama rasanya tak post ape-ape dalam blog nie. Ada banyak jugak event dan aktiviti yang berlaku kebelakangan ini cuma saya tak berkesempatan nak cerita semua benda kt dalam blog nie.

Memandangkan petang nie ada masa sikit jadi saya rasa nak berkongsi sedikit sebanyak perkembangan terkini saya. Dalam seminggu dua nie memang selalu rasa tak berapa sihat. Cuma kadang-kadang malas nak ambil berat sangat sebabnye saya nie boleh jugak dikategorikan dalam golongan yang selalu sakit.

Misalannya, dulu masa mula-mula kerja di SUK Melaka, boleh dikatakan setiap bulan saya akan demam sekurang-kurangnya sekali sebulan. And the worst case, I was warded for 4 days sebab demam panas. Kelakar gak dok kat hospital sebab demam panas.....orang lain semua sakit teruk2.

Bila transfer ke JPA pun for a few months saya selalu demam. Mungkin sebab perubahan cuaca kot, tak dapat sesuaikan diri lagi.....And 1 more thing, saya nie jenis yang tak tahan sejuk. So kalau pergi tempat sejuk-sejuk nie saya memang kalah. Sebab tue saya belajar local jer ...hehehehehe.....(ada kaitan ker???).

So berbalik pada cerita tak sihat tadi, saya dah beberapa kali ajak suamiku yang tercinta itu ke hospital. Nak check la jugak apsal saya nie selalu sangat tak sihat. Mana la tau ada penyakit yang tidak diundang. So kena la berhati-hati dan berjaga selalu. Tapi disebabkan kesibukan harian, selalu jer tergendala perancangan nak ke hospital tue.

Semenjak dua menjak nie pulak, selalu rasa nak pitam. Tak boleh diri lama...mula la rasa pening. Naik kereta pun sekejap dah pening. Entah apa la masalahnya, saya pun tak tau. Takut pulak kalau ada low blood ker...Bahaya jugak, kalau tiba-tiba jer collapse.

Tapi masa hari raya haji lepas (8 Dis 2008) memang saya dah tak tahan sangat. My hubby pun dah kesian tgk saya kot macam dah tak larat sangat. So kiteorang pun ke Tawakal Hospital. Nasib orang tak ramai so tak perlu tunggu lama. Nurse terus check temperature. Ok, tak demam. Check blood pressure pulak. Pun normal....Musykil saya, apa la masalahnya sehingga saya merasa sungguh tidak bermaya.

Then saya dipanggil untuk diperiksa oleh doktor. Saya pun beritahulah apa masalah saya. And my hubby added, "She missed her period for almost 2 months doc." Mendengarkan itu, doktor tue terus suruh buat pregnancy test. "Hopefully it is positive so we dun have to do any other test".Saya dengan hubby senyum jer. We hope so.....

Sementara nak tunggu result test tadi, me n hubby sempat jalan kaki gi Mc Donald....Bestnya dapat makan fries and hot milo.... After half an hour we went to see the doc again.

"Congratulation, u are pregnant".

Just cant believe what we've heard. Im so happy and thrilled at the same time. My hubby was shocked too. Alhamdullilah, apa yang kami hajati telah ditunaikan oleh Allah. Tuhan saja yang tahu betapa besarnya erti pemberian nikmat nie kepada kami berdua.

Patutlah kebelakangan nie saya terasa nak makan jer. Rupa-rupanya baby yang nak makan. Doctor bagi tau I'm pregnant with 8 weeks and 3 days. Saya memang betul-betul tak sedar yang saya pregnant sebab tak de langsung simpton orang mengandung yang saya hadapi selain rasa nak pitam dan pening. Rupa-rupa usia kandungan nie dah masuk 2 bulan. Hopefully takdelah morning sickness yang teruk lepas nie.

So sekarang banyak benda yang saya kena start jaga. But I think I can manage cuz I have a very wonderful husband who is always there for me. Thanks dear for all your support. This is one of the happiest moment in my life. Cant wait to see the face of our baby....

P.s.: And the counting starts from now......

Monday, November 10, 2008

What Wud You Do?????


Suasana pejabat di petang Isnin nie agak kurang memberangsangkan. Cuaca kat luar pun agak mendung. Memontum untuk bekerja hari ini agak slow sedikit kerana Mesyuarat Mingguan Dengan Y.Bhg. Tan Sri KSN yang biasanya diadakan pada setiap hari Selasa telah ditangguhkan ke satu tarikh yang lain.

Biasanya di petang-petang Isnin nie la masa yang agak sibuk untuk menyiapkan paper2 untuk dibentangkan dalam mesyuarat tersebut. Kadang2 sampai tak menang tangan, perakuan yang sampai last minute pun kena jugak bawa masuk mesyuarat pada keesokan harinya. Itu yang paling saya tak gemar. Kalau maklumat yang dikemukakan lengkap, saya dengan rela hati sanggup menyiapkan paper tersebut. Tapi kebanyakan kes, dokumen tak lengkap. Kena telefon kementerian untuk maklumat tambahan....Kadang2 boleh dapat cepat, kadang2 lambat. Terpaksalah tunggu kat opis sampai dapat maklumat utk siapkan paper...Benci betul!!!!!

Oleh sebab petang nie tak sesibuk mana, maka saya sempat surf net...Baca online paper, check emel dan sebagainya. Dalam pada saya melayari internet itu, saya telah terbaca sesuatu yang mempunyai kaitan dengan diri. Tersirap gak darah membacanya....

Kalau dah tersirap darah tue takkan lah cerita yang bestkan.... mesti la bende tak best. Rasanya tak perlulah cerita kat sini. Sebagai manusia saya tau yang saya tak akan terlepas daripada melakukan kesilapan dan mungkin saya pernah mendatangkan kemarahan atau kebencian orang terhadap diri ini. So basically, suka atau tidak saya terpaksa terima apa pandangan atau kata-kata orang tentang diri ini. Ironiknya, saya pun kadang-kadang ada perasaan yang sebegitu terhadap orang lain. Mungkin cara kita semua meluahkan kemarahan, kebencian atau perasaan meluat itu berbeza antara satu sama lain.

Pada saya, apabila kita mengetahui keburukan atau kelemahan orang lain tak perlu rasanya disebar atau dihebahkan perkara itu kepada orang lain. Kalau tak tahan sangat memendam seorang diri, cubalah cari orang yang boleh dipercayai untuk berkongsi perkara tersebut. Sama ada individu tersebut boleh atau tidak boleh dipercayai ia terpulang kepada kebijaksanaan anda. Anda lebih mengenali mereka. Tak perlu lah kita bercerita keburukan orang dalam blog ker, media cetak atau media elektronik sekali pun. Awak tue baik sangat ker sampai nak mengata orang. Ingat2 la...."What goes around, comes around". Kalau tak nak orang mengata, pertamanya jangan buat perangai, itu semestinya. Keduanya, jangan suka mengata orang kalau tak nak orang mengata kita.

Kadang-kadang kena juga cuba letak diri kita dalam situasi tersebut. Apa rasanya kalau anda dimalukan atau diperkotak-katik di hadapan orang lain? Impikasinya jika tidak sebesar mana, sedikit sebanyak ia akan mengganggu emosi orang tersebut. Kenapa perlu diperbesarkan cerita? Adalah lebih baik kita mengambil iktibar dan pengajaran sahaja dari sesuatu perkara itu. Ini bukan bermaksud kita bersetuju dengan tindakan mereka. Perkara yang salah, tetap salah. Two wrong doesn't make a right. Menegur dan memperbetulkan kesalahan adalah tindakan terbaik. Jika tidak mampu, hindarkan diri dari melakukan kesilapan yang sama. Tak susah rasanya.

Tapi terima kasih lah kepada mereka yang bercakap tue. Sekurang-kurang ia mengingatkan saya supaya sentiasa berpada-pada dalam setiap tingkah langkah aku. Tak semua yang kita buat betul pada pandangan orang lain. Satu lagi, tak perlulah kita memburuk-burukkan orang lain untuk menjaga hati orang yang kita kenal. Tak dapat pahala pun kalau buat benda tue walau pun bertujuan baik untuk menenangkan hati orang tersebut. That doesn't work, ok!!!!!!

P.s.: Dia jer yang baik agaknya.....Whatever!!!!!!

Friday, November 7, 2008

Kring....Kring......Jawablah!!!!!


Macam pernah dengar jer tagline kat atas tue kan...

Rasa nak marah pun ada bila bercakap pasal telefon nie. Ada pun telefon itu dicipta untuk memudahkan interaksi manusia walau di mana sahaja kita berada. Kecanggihan teknologi ini juga telah membolehkan kita berbicara tak kira sejauh mana jarak memisahkan. Yang dekat dan jauh boleh dihubungi. Bukan setakat itu, nak lihat orang yang dirindui atau disayangi di skrin telefon pun tak mustahil dengan adanya kemudahan telekomunikasi masa kini.


Dalam zaman yang canggih nie, ada jugak orang tak faham apa tindakan yang perlu dibuat bila telefon berbunyi. Kalau tak berjawab biasanya orang yang cuba dihubungi itu tiada ketika itu. That's fine....Tapi kalau sampai empat orang saya telefon, dalam pejabat yang sama...tak satu pun yang berjawab agak musykil jugak.

Takkan semua orang pergi mesyuarat? Tiada orang ke yang tinggal untuk menjawab atau sekurang-kurangnya mengangkat telefon yang berdering tue??? Kalau terjadi, perkara yang perlu disemak itu adalah tahap Very Important.....Nak jawab kat KSN, tak ker haru? Tak kan nak jawab, "Saya dah call Kementerian xxxxxx, enam nombor saya dail tapi satu pun tak jawab". Boleh ker nak jawab cam tue??? Harus kena tukar 24 jam....Bukan mustahil ia berlaku. Infact dah selalu berlaku.

Jadinya, tolong la jawab telefon itu bila ia berdering. Kat opis saya nie, telah dijadikan amalan supaya telefon itu dijawab sebelum deringan yang ketiga. Kalau desk officer tak ada maka rakan-rakan di sekeliling adalah bertanggungjawab untuk memastikan telefon itu dijawab. Tak kisah lah jika urusan tersebut bukan bawah tanggungjawab kita. Apa salahnya jawab...kemudian dapatkan butiran pemanggil dan maklumkan yang kita akan minta pegawai terbabit telefon semula nanti. Pemanggil tu pun akan rasa puas hati dengan tindakan kita itu.

Satu lagi perkara yang sangat saya paling tidak gemari iaitu forwardkan panggilan. Pernah jadi satu masa saya diforwardkan kepada beberapa orang pegawai dan diakhirnya saya disambungkan kepada pegawai yang pertama sekali saya telefon. Geram sungguh rasanya. Sudahlah masa terbuang lama sebab menunggu untuk telefon dijawab, masalah tak jugak selesai. Akhirnya cari SUB terus, lagi cepat selesai kerja saya.

Berkaitan dengan transfer kan panggilan jugak, pada pandangan saya elok sangat la kita maklumkan dulu pemanggil tue extension pegawai yang dia cari tue sebelum kita buat call transfer tue. Ini untuk mengelakkan kita diganggu semula sekiranya sambungan yang kita buat tadi tidak berjaya. Kan senang macam tue....

Pelik betul bila orang tak paham benda-benda macam nie. Nak diajar, ada yang kata benda ni terlalu remeh. Tapi percaya atau tidak benda-benda nie la yang akan menunjukkan betapa tidak cekapnya kita dalam menguruskan organisasi. Tepat sangat la ungkapan Malaysia nie mempunyai kemudahan kelas pertama tapi mentaliti masyarakatnya masih di kelas ketiga.


P.s.: Hidup akan jadi lebih mudah kalau setiap orang faham akan peranannya.

Tuesday, October 28, 2008

Lovey Dovey Thingy


Jumaat lepas (24 Oktober 2008) saya ambil cuti untuk menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan. Perkahwinan siapa....??? My cousin, Khairul Anuar. Pasangannya ialah Noor Shahdiella binti Abd Manan or better known as Shady. Mari ikuti apa yang berlaku sepanjang majlis tersebut.

Kesibukan dah bermula sejak hari Jumaat (24 Oktober 2008) lagi. Petang tue majlis akad nikah telah diadakan di rumah pengantin perempuan di Jalan Kebun, Shah Alam. Pukul 2.00 petang saya dah sampai di Ampang (rumah Makcik) untuk sama-sama bertolak ke rumah pengantin perempuan. Cuaca petang tue agak mendung. Kiteorang sampai di masjid tepat pada waktu Asar. Lepas solat, rombongan pengantin lelaki telah bersedia untuk ke rumah pengantin perempuan.

Cousin saya nie akan dinikahkan sendiri oleh bakal bapa mentuanya....Berdebar tak berdebar tue kena tanya dia la. Tapi rasanya sure gabra tak ingat punya.... Mula-mula bapa Shady tersilap sebut so kena la buat semula. Then, sekali lafaz jer pasangan ini telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri. Tahniah kepada kedua-dua mempelai.


Setelah selesai majlis petang tue, kiteorg semua lepak kat rumah bersanggah yang telah disediakan oleh keluarga pengantin perempuan sebab pada sebelah malamnya pula akan diadakan majlis berinai dan khatam Al-Quran. So dalam pukul 8pm, kiteorg datang balik ke rumah pengantin. Shady tengah khatam Al-Quran. Lepas khatam Al-Quran, sesi berinai dimulakan. Saya pun sempat menepung tawar pengantin malam tue.

Malam tue kiteorang dihidangkan dengan nasi ambang (makanan orang Jawa). Menurut Shady, makanan pada petang dan malam tue disediakan sendiri oleh penduduk kampung tersebut secara rewang. Bagus betul masyarakat kat sini, masih lagi mengamalkan gotong-royong macam nie. Most of the place dah susah nak tgk suasana kejiranan yang sebegini lagi.

Dalam pukul 10.30 mlm, rombongan pihak lelaki dah beransur untuk pulang. Saya, Jee, Aunty Ani dan Aunty Zizah (both r Singaporean) tak balik lagi sebab tunggu hubby. Hubby datang lewat sikit sebab ada kerja kat office. Dalam pukul 10.45pm baru hubby sampai.

Lepas selesai semua, ada pulak sesi karaoke. Adik Shady bukan main seronok menyanyi, suara pun boleh tahan. Pengantin perempuan pun turut menyumbangkan lagu buat suami tersayang. If I'm not mistaken, it's Aku Cinta Padamu by Dato' Sheila Majid. Then my loving husband took the mic for Wonderful Tonight. Dedicated to the brides and groom. And special dedicated to me....I love you dear!!!!!!

The next day adalah majlis persandingan di rumah pengantin perempuan. Kedua mempelai telah mengenakan busana berona putih untuk majlis pada tengahari itu. They look really great in white....Ramai betul tetamu yang datang. Cuaca pada hari tue pun sangat cerah. Dalam ramai-ramai tetamu tue, saya terpandang Abby Fana...Pelik gak nampak minah tue kat situ. Rupa2nya Shady pernah jadi radio announcer sekitar tahun 2004 and Abby Fana tue kira macam mentor dia la masa tue. Ic.... thats explain why she was there.....

Hari Ahadnya pula telah diadakan majlis persandingan di sebelah pihak lelaki. Majlis telah diadakan di Pandan Lake Club, Cheras. Tema hari nie adalah maroon. Jadi kebanyakan ahli keluar sebelah lelaki telah memilih pakaian dari tona warna tersebut. Saya dan hubby pun melaramlah dengan warna maroon. Ikut hati nak jer pakai baju wedding kiteorang, maroon color jugak. Tapi nanti tetamu confuse pulak sapa pengantin....Hehehehehe......

Untuk majlis hari nie, saya dan hubby telah diberi penghormatan untuk menjadi emcee. Best gak jadi emcee nie. Dulu masa Shiema dengan Che Wan kawin, kiteorg jadi emcee jugak tapi agak kelam-kabut coz tak buat persediaan dari awal. Belajar dari kesilapan yang lepas, saya telah mendapatkan maklumat dan panduan yang sepatutnya lebih awal. Text emcee pun dah siap seminggu before wedding. So, basically majlis pada petang tue berjalan dengan lancar. Bangga gak dapat menyumbang sikit untuk majlis nie.



P.s.: To Khairul dan Shady, congratulation on your wedding. May u live happily ever after.

Thursday, October 23, 2008

Circular...............


Aper ke bendanya CIRCULAR nie? Atau dalam bahasanya dikenali sebagai PEKELILING. Bagi mereka2 yang berkhidmat di sektor awam, perkataan ini memang dah sinonim di pendengaran mereka. Pasti ada yang tertanya-tanya. Bagi tujuan perkongsian ilmu, PEKELILING ialah....peraturan yang dikeluarkan bagi menjelaskan mana-mana peraturan induk dan penguatkuasaan kepada perkhidmatan persekutuan (negeri, PBB dan PBT tertakluk kepada penerimaan pakai).

Kenapalah tiba2 saya cakap pasal pekeliling nie. Sebenarnya pagi tadi saya telah berkesempatan mendengar taklimat dari Sektor Pengurusan Dasar Perkhidmatan, Bahagian Perkhidmatan, JPA mengenai pekeliling yang baru dikeluarkan iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bil. 12 Tahun 2008 (PP 12/2008) berhubung Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap yang berkuat kuasa mulai 20 Ogos 2008. Dengan berkuat kuasa pekeliling nie, maka PP 1/2007 adalah dibatalkan.


Untuk kawan2 yang buat HR di Kementerian/Jabatan/Agensi mungkin maklumat nie berguna esp. untuk urusan pinjaman, pertukaran sementara dan pertukaran tetap pegawai ke mana mana Pihak Berkuasa Tempatan, Badan-Badan Berkanun, Syarikat Swasta dan Agensi Antarabangsa. Untuk yang berada di private tu, mungkin boleh rujuk PP nie sekiranya ada keperluan untuk meminjam pegawai dari sektor kerajaan.


Dalam PP 12/2008 terdapat beberapa dasar baru dan penambahbaikan daripada dasar-dasar sedia ada. Antara tujuan utama pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan memantapkan pelaksanaan urusan peminjaman, tukar sementara dan pertukaran tetap. Dasar baru yang diperkenalkan adalah :

1. Kuasa Menimbang Pelantikan
2. Kadar Pemberian Insentif
3. Peraturan bagi pegawai yang dinaikkan pangkat di gred hakiki semasa dalam tempoh pinjaman/tukar sementara
4. Pertukaran tetap ke jawatan lain tetapi dalam skim perkhidmatan dan gred jawatan yang sama dengan jawatan pinjaman/tukar sementara; dan
5. Syarat peminjaman pegawai awam ke agensi swasta.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk PP 12/2008 di http://www.jpa.gov.my/. Semoga mendapat sedikit maklumat hari ini....


P.s : Banyak betul pekeliling nak kena bace....... Thanks Irweeda for the info.

Wednesday, October 22, 2008

Bercanda di Village View......


Bersempena bulan Syawal yang masih berbaki beberapa hari ini, Sektor Perkhidmatan JUSA/Gred Khas telah mengadakan Majlis Makan-Makan Sektor di Village View, Bangi. Dah lama tak kluar makan bersama-sama lantaran dihambat kerja-kerja operasi di pejabat. Tapi kali ini, atas inisiatif bos kiteorang Encik Zamri dan Encik Zairy, maka agenda pada tengahari Isnin 20 Oktober 2008 itu telah berjaya dilaksanakan.


Tengok tue muka-muka gembira yang dapat makan free tengahari nie..... Memangla seronok sangat dapat keluar makan kat luar sebab saya dah tak larat nak makan kat Cafe Blok C3 tue... Tak tau nak makan ape.....Tak banyak pilihan. Boleh dikatakan setiap hari menunya sama...I cannot go already. So kadang2 bila Faizal and the geng ajak kluar saya follow jer.

Apa menu hari nie yer????

1. Nasi putih
2. Ikan Siakap Masak 3 Rasa
3. Tomyam Campur
4. Ayam Goreng Kunyit
5. Kailan Ikan Masin
6. Kerabu Mangga
7. Air Tembikai dan Fresh Orange.....

Memang membangkitkan selera betul. Rasa macam nak makan banyak hari ini...Boleh ker????

Selepas makan inilah hasilnya......

Alhamdulillah.....Lepas makan nie kiteorang semua kena bergegas balik ke office sebab ada kerja nak kena diselesaikan sempena Lawatan Anugerah Kualiti JPA pada keesokan hari. Kalau tak siap mau kena stay back kat office ptg nie.

P.s. Takut tak buat kerja jer sebab perut dah penuh dan mata dah berat....