Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Monday, January 17, 2011

5kg More To Shed Away


Hola everybody!!!!

Hari ini sudah hari ke-17 saya berpantang. Rasa cepat betul masa berlalu. Saya rasa saya tahu kenapa saya tak sedar masa berlalu dengan pantas. Ini kerana pantang baby kedua nie, hubby sentiasa ada bersama saya. Masa bersalinkan Amsyar dulu saya berpantang di Melaka. Hubby hanya balik ke Melaka pada hari Jumaat malam dan akan kembali ke Kuala Lumpur semula paling lewat pagi Isnin. Awal2 pagi dah terpaksa bertolak dr rumah or else tak sempat pulak sampai ke opis. Makanya, setiap hari saya akan menghitung waktu dan hari untuk jumpa hubby. Sekarang, 24 jam boleh jumpe hubby except masa dia pegi college....I loike!!!!

Semalam sempat timbang berat badan yg terkini (nasib landlord rumah nie ada sediakan weighing scale). Berat terkini adalah 54 kg. Untuk makluman, berat terakhir masa pregnant hari tu adalah 61kg. Maknanya dalam tempoh 17 hari nie dah kurang 7 kg. Lambat jugak turun nie sebab berat yg hilang setakat ni adalah berat baby plus the placenta n what not. Lemak di badan nie rasanya masih belum berubah. Tp perut semakin hari semakin menurun. Saya sangat suka, ok....

Target sekarang adalah untuk mengurangkan berat di bawah angka 50kg. So kalau dapat turun sampai 49kg, adalah sangat heaven. Yang paling penting part perut la sebab hubby dok asyik ckp perut saya buncit. Geram plak bila dia ckp saya buncit. Takpe, saya akan berusaha untuk mengurangkan kebuncitan perut ini. Nanti bila dah tak buncit mesti hubby tension sebab perut dia yg makin naik.

Akan tetapi proses untuk mengurangkan kebuncitan ini bukanlah mudah. Nak buat exercise especially kt bahagian perut nie macam takut jer sebab wound hari tue belum baik lagi. Risau pulak nnti bila semangat sangat buat exercise, terbuka plak jahitan tu. Tak ke haru! So saya decide utk jaga makan jer dulu buat masa nie. Nanti bila dah lama sikit baru lah start buat sit up or ape2 exercise lain yg patut.

As for now, there are 5kg more to go. Wish me luck. Hopefully bila cukup 44 hari nnti, 5kg pun hilang jugak...Finger crossed!!!!

Saturday, January 15, 2011

Intrauterine Device (IUD)


As-Salam semua.....

Hari nie dapat berita yg amat memeranjatkan daripada MIL. Berikut adalah sedutan perbualan saya dengan my MIL.

MIL : Assalammualaikum. Miza sihat?Jimmy tgh buat ape?

Me : Waalaikumsalam Ma. Miza sihat. Baby pun ok...tu tgh tido. Jimmy tgh mandikan Amsyar. Ma nak ckp dengan dia?

MIL : Takpe...Ma nak beritahu. Nanti Ma nak datang sana sebab Ma ada conference kt Abu Dhabi on 28 - 30 Jan. On 31 Jan, Ma naik Emirates ke London.

Me : Ye ke? Nanti Miza bagi tau Jimmy.

MIL : Lepas tu Ma nak pegi Dublin tgk Kak xxxxx. Miza dah tau pasal Kak xxxxx?

Me : Erk...pasal nak balik Malaysia ke? Yang tu tahu la..yang lain tak tau plak.

MIL : Dia pregnant. Dah masuk 10 minggu.

Me : Hah???? Pregnant???

Mengapa saya adalah terkejut beruk? Mana tak terkejut sebab sepanjang pengetahuan saya, my SIL menggunakan Mirena, one of the IUD for birth control. She has been using it for the past 5 years n it worked. Last year, masa balik ke Malaysia the Mirena is due for the new one. So, my SIL went to one of the hospital to get a new one.

So people, u see...even using IUD can get u pregnant. Memang tu semua rezeki dari Allah. Tapi sebagai manusia kita boleh merancang. Berdasarkan apa yg saya baca, IUD nie 99% boleh mencegah kehamilan provided that ia dipasang dengan cara yg betul. Actually nie bukan kali pertama saya dengar people pregnant walaupun pakai IUD. One of my friend kt opis dulu pun pakai IUD. But it end up, she got pregnant. Masa tue baby dia baru 8 ke 9 bulan. Macam saya nie pregnant memang x terkejutlah sbb memang x pakai apa2 protection.

So, lepas bersalin nie baru merancang nak menggunakan Mirena as protection from pregnant. Bukan tak nak pregnant langsung but I think it would be good for me to pay more attention to my boys as they are still small. Nanti bila diaorg dah besar sikit, mungkin boleh pikir utk pregnant lagi. And I'm afraid that I cant cope up with the children. Makanya adalah lebih baik utk kami merancang dengan teliti.

I have to make sure that the G.P. do it properly or I'll end up pregnant again later. Tapi mcm mane nak tau sama ada ia dipasang dengan betul atau tidak? Saya bukannya pandai pasal benda2 nie? Guess I have to discuss this with the G.P.

To my SIL, good luck with ur pregnancy.....Amsyar n Aimery will get new cousin. Yeah!!!!!!

Friday, January 14, 2011

Welcome to Our Family...Little Aimery (Part III)


Hari ini dah masuk hari ke-14 Aimery dilahirkan dan bermakna dah 14 hari jugak lah saya berpantang. Pantang kt bandar London nie sama jer macam pantang kt Malaysia. Namanya pun pantangkan so xde buat ape la selain duduk di rumah sahajork, pantang makan dan tidak membuat kerja rumah yang berat2. Nasib baik ibunda terchenta sanggup datang ke sini dan menjaga diriku ini. Kalaulah mak tak ada, haru jugak dibuatnya. I dun think I can cope up with two babies at one time. Nak2 Amsyar pulak tengah sangat lasak. Kesian pulak tgk nenek, asyik kena buli dengan Amsyar. Tapi nenek dia layankan aje. Cucu pertamalah katakan. Tak pernah langsunglah saya nampak nenek marah si Amsyar tu. Amsyar pun bila dilayan oleh nenek dia, maka semakin mengada2 la dia.

Back to Aimery pulak. Aimery senang jugak nak dijaga buat masa nie. Dia takdelah merengek sangat ke apa. Cuma masalah utama sekarang adalah dia tidur belah siang dan susah nak tidur malam. Ikut waktu Malaysia pulak budak nie. Mentang2lah conceived kt Malaysia, waktu tido pun masih ikut waktu Malaysia. Masa preggie pun mcm tue jugak. Siang dia relaks jer kt dalam perut tp bila malam mulalah dia berdansa bagai. So mummy pun susah nk tidur malam sebab baby dok menendang sana-sini.

Selain daripada tue, tali pusat Aimery tanggal sangat cepat. Hari ke-6, iaitu hari pertama dia mandi tali pusat dia terus tertanggal. Selama kt hospital saya tak mandikan pun cuma lap2 jer. Tak reti nak mandikan baby mcm mane cuz xde peralatan yg sempurna. Tapi baby x mandi pun wangi..betul tak??!!! Nenek punyalah excited tak terkata. Dia kata senang bila tali pusat dah tanggal. Amsyar dulu lambat jugak tali pusat dia tanggal. Kalau tak silap dalam 12 hari ke ape baru tanggal.

Sekarang dah tak BF Aimery sebab susu dah mcm takde. Sempat BF dalam 10 hari jer kot. So now dia minum FM. Kat sini tak banyak sangat FM. Adalah dua tiga jenis brand. We decided to give him SMA. Aimery boleh tahan kuat minum susu. Dalam 3 jam sekali dia nk susu. Dah kuat minum tue, kuat jugak la kencingnya. Every time minum susu adalah perlu utk tukar diaper dia sekali. Pernah satu malam tue...sampai 2 kali dia basahkan tilam. Tu pun dah tukar diaper. Klu tak tukar haruslah basah segala benda.

Aimery sangat alert kepada persekitaran. Sibuk pandang kiri kanan. Kalau kite ckp dengan dia, dia pandang tak berkelip. Macam faham jer mummy bersembang dengan dia. I think that is good. As for Amsyar, dia memang sayang kat adik dia. The 1st day baby balik rumah dia sangat excited. Sibuk nak pegang adik dia. So me n hubby bagilah peluang kt Amsyar pegang Aimery. Tu dia...excited dia cium adik tp punyalah ganas dia pegang budak tue. Me n my mom dah terjerit risaukan si kenit tue. So adalah tidak boleh letak baby sembarangan. Nanti habis dikerjakan Amsyar.

Overall, saya adalah sangat gembira Amsyar n Aimery can get along at this moment. Maklumlah si kenit tu tak paham ape lagi skrg. Nnti dah besar sikit tak tau la mcm mane kan. As long as diaorg sihat, saya bersyukur sangat. Hopefully bila baby dah besar sikit nnti dia boleh main sama2 dengan abang dia. Mummy pun bolehlah buat kerja dengan tenang.

I'll upload my boy's pics in the next entry. See u later peeps..

Thursday, January 6, 2011

Welcome to Our Family...Little Aimery (Part I)


As-Salam to all,

Yeah...dpt jugak curi masa untuk update blog nie. Sebelum cerita panjang lebar, I juz wanna wish u guys Selamat Tahun Baru 2011. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua. All the best to u guys.

So sekarang nk cerita pasal perkembangan saya yg terkini. FYI, saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 31 Disember 2010 tepat jam 1854 pm di St Mary Hospital, London. It was a planned c-sect. Seperti yg telah diberitahu dalam post yg lepas, me n hubby dah setuju utk opt for c-sect so that it wud be easier for us to plan since hubby will be sitting for his exam from 4 - 7 January 2011. Ikut due date sebenar, saya akan deliver on 6th Jan 2011. Tak ke haru masa tu klu beranak time tu...saya x mau pi hospital sorang2.

Walau pun dah buat appointment for c-sect banyak jugak halangan yg terpaksa dilalui pada hari tu (31 Dis 2010). Ikut appointment, saya akan masuk OT around 10am. So pagi tu, dalam pukul 8am me n hubby pun dah tercangak la kt labor ward. Sampai situ, midwife amik blood pressure n check heart beat baby. Semua ok. Then dia suruh tunggu, bila everything dah ready diaorg akan minta saya bersiap sedia dengan OT gown. So me n hubby pun melepak la kt situ.

Hubby sempatlah study apa yg patut. Kesian gak kt dia sebab dalam seminggu dua nie tak dpt nk study sgt pasal my family is around n dia rasa bersalah klu tak bawa diaorg jln2 kt London nie. So we all sempatlah bawa my family pegi Bicester Village masa Boxing Day, Madame Tussauds, n ronda London naik Big Bus... Setakat jalan shopping kt Oxford Street tu diaorg memang dah pandai pegi sendiri dan boleh dikatakan almost everyday diaorg pi sana. It is a distance walk jer from our house. Shopping some souvenirs utk bawa balik Malaysia.

So berbalik pasal cerita kt hospital td, bila dah pukul 10am pun, midwife tue x ckp ape pun. Keadaan kt maternity day care unit tu agak busy. Sorang keluar, yg lain masuk...Ada yg mengerang kesakitan, ada jugak yg disuruh balik dulu sebab belum nk beranak lagi. False alarm katanya. Saya jer yg tak dipanggil lagi...My MIL dah dua tiga kali dtg hospital nk tgk dh bersalin ke belum, tp x bernasib baik sebab until 5pm pun saya belum dipanggil lagi. My MIL datang London atas urusan kerja n will be leaving @ 10pm. So x sempatlah Ummi nk tgk cucu dia.

At last pukul 6pm, saya disuruh bersiap sedia...Syukur, akhirnya tiba juga giliran saya setelah menunggu hampir 10 jam. Dan pada 6.54pm, baby selamat dilahirkan dengan berat 3.77kg. Terperanjat jugak bila hubby beritahu berat baby. Patutlah mummy rasa senak perut, rupanya baby kt dalam tu boleh tahan semangatnya. Amsyar dulu 2.62kg sahajork. Apa pun, saya dan hubby sangat bersyukur dikurniakan baby yang sihat dan sempurna. Kali pertama tgk baby, rupa tak tumpah mcm Amsyar masa baru lahir.

K peeps.. I think that's all for now. Will update later.

Sunday, December 26, 2010

5 More Days To Go


Today is Christmas yo....Merry Christmas to those yg celebrate. Hari nie public holiday di London tp saya tidak ke mana2...Ye la, time nie kalau keluar pun bukan ada apa. Most of the shops are closed so mcm takde ape je la kan klu keluar. So baik lepak2 kt rumah jer. Anyhow, Mak, Ayah n Imi keluar gi jenjalan kt Oxford Street. Ayah yg nak jalan2. Saje nk tgk bandar London n ada nak cari barang yg dipesan dari Malaysia. Tak taulah kedai tu bukak ke tak. Hopefully buka la so that tak payah pegi lagi.

Christmas kali nie takde plak salji turun. Macam tak lengkap plak rasanya Christmas takde salji. Tp walau pun xde snow cuaca di sini masih sejuk. 1 celcius. Klu keluar rumah tue terasalah kesejukannya tp klu dalam rumah nie xde apalah.

Dalam tak diam, tinggal 5 hari saja lagi saya nk deliver. Sekejap plak rasanya. Perasaan??!!! Erm..susah nak describe sbb buat masa nie rasa mcm biasa jer. Ada masa rasa macam tak sabar nk deliver sbb kadang2 baby mengeras dan membuatkan saya berasa sangat tidak selesa lalu berharap boleh deliver segera. At some point, x rasa apa pun sbb baby ok jer kt dalam tue. But rite now, I really hope that baby boleh bertahan until 31 Dec so that I can do some shopping before giving birth. Esok kan Boxing Day, so we are planning to go to Bicester Village to shop. Tak pasti lagi nk beli ape. Tgk2 dulu...klu ada yg berkenan n if harga berpatutan bolehlah rembat apa yang patutkan. Last 2 days my MIL pegi sana...macam2 la dia borong sbb byk discount katanya. So saya secara tidak langsung berasa sangat teruja jugak untuk pergi. Lagipun, nie 1st time nk pegi sana so rasa excited jugak. Nak cakap kedai apa yg ada kt sana pun tak pasti sgt cuz x sampai lagi kan. So nnti dah pegi baru boleh cerita panjang lebar. Tp a few shops yg saya tau ada di situ adalah seperti Ted Baker, Thomas Pink, DKNY dan lain2 lagi...

K la, I think tu jer dulu untuk hari nie. Nnti update lagi.... See u all later.



Tuesday, December 21, 2010

Swinging Mood


Dah nk akhir-akhir pregnancy nie mood saya sentiasalah swing sahajork. Kadang2 cepat nak marah, kadang2 rasa geram, kadang2 rasa menyampah...rasa tak suka, dan lain2 lagi lah yg semuanya boleh dikatakan sangat negatif. Naperlah macam tu ek??? Patutnya di saat akhir mcm nie, saya perlulah mesra alam dan berbaik sangka kepada semua orang terutama hubby, family dan semua orang. Nie tidak, ada jer benda yg tak kena pada pandangan mata saya.

Mungkin sebab keadaan fizikal dan emosi yg tak berapa stabil skrg kot. I guess so. Sekarang nie memang rasa sangat tidak selesa dengan diri sendiri. My tummy is getting bigger n bigger. Baby pulak selalu sangat mengeras kt dalam tu. Baby dah tak sabar nak keluar agaknya. Perut selalu rasa senak semacam sampai kadang2 rasa susah nak bernafas. Dan mcm2 lagi ketidakselesaan yg dirasai pada saat ini. Dulu, masa pregnant Amsyar, x rasa sangat semua nie. At 36th week, Amsyar dah keluar. Now, dah nk masuk 38th week... so mestilah tak sama kan. Lagipun, dulu masa pregnant sibuk dengan keje n what not...namun kali nie saya adalah surirumah sepenuh masa. So ada gak masa merasa setiap perubahan dalam diri. Klu keje, bila dah penat tue tak ingat apa. Belasah tido jer.

I hope this swinging mood akan berlalu after deliver nnti. Rasa tak best plak bila ada all this negative feeling inside u. Kesian kat hubby. Rasanya sekarang pun dia ada terasa jugak tp mungkin dia cuba memahami keadaan saya yg sedang mengandung. Tp klu pas deliver pun still sama gak...nak cakap ape? Takkan nk cakap syndrome post natal plak.... Haru sungguh lah diriku ini.

Im really looking forward for this delivery. Semoga semuanya selamat n cant wait to meet my new baby.

Another 10 days to go....Insyallah!!!!

Wednesday, December 15, 2010

Welcome Back!!!


Hello semua....

Akhirnya saya telah kembali semula ke blog ini setelah menyepi sekian lama. Ada dalam 7 bulan jugaklah blog nie terbiar tanpa sebarang update. Nasib baik ingat lagi password. Kalau tak..bungkus teruslah blog nie jawabnya.

Persoalannya kenapa blog ini terbiar sekian lama?? Jawapan yg terbaik sebab saya adalah terlalu malas untuk mengarang. Itu punca utama. Tp ada juga sbb2 sampingan yang lain yang menyumbang kepada kegersangan blog ini seperti kesibukan kerja, kepenatan membuat rutin harian dan lain2 lagi.

Ape pun, yg dh lepas tu lepas la kan..kite cerita isu yang terkini yg pastinya lebih menarik. I got a few here for u :

Im in London

Untuk pengetahuan u all, kami sekeluarga telah berangkat ke London pada 19 September 2010 yang lepas (seminggu slps Hari Raya). Kenapa kami ke sini???? My hubby telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Master di City University London in Economic Regulation and Competition. Insyallah kami akan berada di sini untuk tempoh satu tahun.

Mcm2 cabaran masa mula2 sampai especially pasal nak cari rumah. Tapi alhamdulillah berkat ketekunan dan kesabaran hubby, kami dapat rumah di central London. Walaupun sewanya agak mahal dan rumahnya kecil sahaja tp ia memadai untuk kami sekeluarga. Lg pun setahun jer kt sini...klu lebih lama mungkin kami akan consider rumah yg lebih luas.

So far kehidupan di sini ok...In term of makan, memang takde masalah kerana rumah kiteorg memang dalam kawasan yg senang nk dapat mknn halal. Klu malas nk masak, boleh turun n cari mknn kat kawasan nie. Hubby pun dah hampir nk habis 1st semester. 1st week of January dia akan exam. So sekarang tgh sibuk buat revision.

N just so u know, untuk tempoh setahun ini saya menjadi surirumah sepenuh masa. Amik cuti tanpa gaji....Ramai jugak yg tanya, kenapa cuti tanpa gaji?Kenapa tak buat spouse program jer? Well, we have our own reason. Dengan keadaan saya yang pregnant dan Amsyar yang masih kecil, rasanya susah jugak klu kami berdua belajar dalam masa yg sama. Course hubby pun quite tough. So it's better klu ada someone yg boleh take care of the family. Insyallah klu ada rezeki, saya pulak sambung belajar lepas ni. Masa tue Mr. hubby la pulak jadi Mr. Mama....N i think he has no problem with it....


Im 37th Week Pregnant

Seperti yang diberitahu dalam post yang lepas, saya sedang pregnant anak kedua. Sekarang dah masuk minggu ke 37. Keadaan sekarang adalah sangat tidak selesa. Perut dah semakin buncit dan sangat tegang. Baby tersangat aktif ...asyik tendang mummy dia. Senak perut dibuatnya. Pinggang punyalah sakit tak payah cerita. Sememangnya memang saya sudah tidak sabar untuk melahirkan. Terasa sedikit perbezaan dengan pregnancy kali nie. Perut rasa terlalu besar...sampai rasa tak larat nk bawa. Klu nk ckp byk makan tak jugak sebab klu diukur dari segi berat, dulu masa preggie Amsyar...after 9 months naik sampai 60 kg..skrg pun 60kg jugak..So tak tau ape yg berlaku sebenarnya.

And utk kali ini, saya memilih untuk c-sect untuk kali keduanya kerana sebab2 tertentu. So insyallah, klu tiada masalah saya akan bersalin on new year eve..that is on 31 dec 2010. Pretty excited jugak with the date cuz nnti my baby akan jadi yg paling muda dalam kelas bila dia sekolah nnti...hehe...Rasa takut tu pun ada jugak sebab nk bersalin kt tempat org. Tak tau macam mane keadaannya nnti. Klu bersalin kt Malaysia, I know what to expect sebab dah ada pengalaman sebelum nie...

But hopefully everything will go well.

My Family is in London

This is the best part k...Sangat seronok sbb pada masa ini family saya berada di sini menemankan kami sekeluarga. At the moment, my mum, my younger bro n sis are with us. Sebab sekarang tengah cuti sekolah so adik2 saya akan berada di sini sehingga 31 Disember nnti. They all sampai London on 1 Dec. Later, on 19 Dec my sis from US akan datang to join us in London. Dia tgh winter break n she will be here till 11 Jan 11. And on 24 Dec, my dad will come. Dia datang dalam seminggu lebih untuk bawa balik adik2 saya di sini sebab school will starts on January kan... Yo...full house ok....Memang mcm sardinlah kt rumah nie..Tp tak kisahlah kan. Janji boleh tido..boleh mkn..kira ok la tu...

My mum will stay with us till end of Mac. Nasib my dad benarkan my mum duduk sini sampai Mac untuk tolong saya with two babies. Klu mak takde rasa kelam-kabut jugak kot. Maklumlah sekarang Amsyar tengah lasak giler. Panas baran boleh tahan budak tu...Berani lawan Mummy n Ayah dia k...Klu kena pukul, dia pukul kite balik....My mum pun kena buli dengan Amsyar kadang2. Kesian nenek....Pulak tu, Amsyar manja dengan nenek dia...sikit2 nak kt nenek dia. Nenek pulak dah tak larat nk dukung dia sangat sebab Amsyar dah semangat sekarang.

Rasanya itu jer yg saya nk share buat masa nie. Nnti ada masa saya update lagi. Penat la pulak rasanya...maklumlah dah lama tak mengarang. Jammed jugak kepala otak nie menyusun ayat. Dah lama tak bekerja dan jadi surirumah so kepala otak adalah sangat lembab.

Tata for now.

Tuesday, June 1, 2010

And the Journey Begins


Segala persoalan dah terjawab hari ini. Setelah dua minggu menunggu akhirnya saya dapat pastikan yang syak sangka saya selama ini sememangnya benar belaka.

We went to see Dr. Jaafar. As usual dia tanya a few questions and than he checked me. Today we can see sumthing in there....very little...And I actually cant see it. But Dr. Jaafar showed us the heart beat. It's beating very fast..maybe yang kat dalam tue tengah excited.

So officially I'm pregnant again. Baby dah 8 weeks. Berdasarkan perkiraan Doctor, saya akan deliver pada 6 Januari 2011. But berdasarkan pengalaman masa melahirkan Amsyar dulu, 36 weeks dah bersalin. So most probably hujung tahun nie la kot baby akan keluar.

Masa dapat tahu berita nie, saya tak lah excited sangat mcm 1st pregnancy dulu. Maybe this is the second one so dah ada pengalaman. Mungkin juga sebab saya belum bersedia untuk mengandung lagi. Benda nie memang agak mengejutkan. To tell the truth, saya belum bersedia mentally and physically.

But, ini semua pemberian Tuhan. Insyallah saya akan jaga baby nie sebaik mungkin. Baby sorry sebab lately mummy moody sikit. Mummy janji akan jaga baby sebaik-baiknya. Tapi baby kena behave k.... Be strong sampai selamat keluar nanti.

Cuma sekarang nie ada macam2 benda saya kena pikir since dah tau pasal pregnant nie. Kalau ikut perkiraan doctor maknanya saya akan bersalin di London. Pikir jer dah takut. Kat sana takde sapa mcm kat Malaysia. Pantang nanti tak boleh la mak jaga macam bersalin Amsyar dulu. Scarynye! Sapa nak jaga Amsyar nanti?

Aku rasa aku tak nak pikir la benda nie. Sangat menakutkan. Biar masa menentukan...

Wednesday, December 16, 2009

Boy Or Girl....


Zaman canggih nie semua benda boleh dibuat. Kalau zaman dulu, dah bersalin tue baru la tau anaknya tu lelaki ker perempuan. Sekarang dah tak payah tunggu sampai 9 bulan pun dah boleh tau jantina anak kita. Thanks to all the technology...

Masa pregnant Amsyar dulu, 4 bulan dah tau yang saya bakal menimang cahaya mata lelaki....Rasa macam tak surprise pulak kan. Tapi terpulanglah pada kita, if u want it to be a secret tak payah lah buat scan tu....Bagi org yg tak sabar (mcm saya), boleh pi buat scan tu. Harganya pun tak la mahal sangat-berpatutan.

Cuba baru-baru nie, saya ada terbaca satu artikel. Ni lagi menarik. Sekarang kita boleh berusaha untuk mendapatkan jantina anak yang kita mahu...Macam tak cayakan...Semuanya berdasarkan kepada hasil penyelidikan pakar-pakar di seluruh dunia. Rasanya tak salah kalau mencuba. Cuma akhirnya nanti, Tuhan la yang akan menentukan rezeki kita.

Berdasarkan bacaan tersebut, saya dapat ringkaskan seperti berikut :

Tips untuk anak lelaki

1. Pemakanan : Lebihkan daging, buah-buahan, makanan bergaram

2. Waktu Subur Wanita : Persetubuhan di hari subur

3. Keasidan Vagina : Keadaan beralkali (rangsang pergerakan benih Y)

4. Kepuasan Isteri : Kepuasaan tinggi(cecair beralkali)

Tips untuk anak perempuan

1. Pemakanan : Makanan kaya lemak, milk-based

2. Waktu Subur Wanita : Persetubuhan 24 jam sebelum waktu subur (Waktu subur : Hari ke-11 hingga ke-14 dari tarikh 1st haid)

3. Keasidan Vagina : Keadaan berasid (rangsang pergerakan benih X)

4. Kepuasan Isteri : Kepuasaan sederhana(cecair berasid)

Bagi saya, semua nie sekadar usaha untuk membantu individu untuk memiliki keluarga yang ideal. Tidak salah berusaha tetapi kita juga kena percaya akan rezeki dan qadak dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah untuk kita.

Selamat Mencuba...