Wednesday, December 10, 2008

Big News....Great news....


Dah lama rasanya tak post ape-ape dalam blog nie. Ada banyak jugak event dan aktiviti yang berlaku kebelakangan ini cuma saya tak berkesempatan nak cerita semua benda kt dalam blog nie.

Memandangkan petang nie ada masa sikit jadi saya rasa nak berkongsi sedikit sebanyak perkembangan terkini saya. Dalam seminggu dua nie memang selalu rasa tak berapa sihat. Cuma kadang-kadang malas nak ambil berat sangat sebabnye saya nie boleh jugak dikategorikan dalam golongan yang selalu sakit.

Misalannya, dulu masa mula-mula kerja di SUK Melaka, boleh dikatakan setiap bulan saya akan demam sekurang-kurangnya sekali sebulan. And the worst case, I was warded for 4 days sebab demam panas. Kelakar gak dok kat hospital sebab demam panas.....orang lain semua sakit teruk2.

Bila transfer ke JPA pun for a few months saya selalu demam. Mungkin sebab perubahan cuaca kot, tak dapat sesuaikan diri lagi.....And 1 more thing, saya nie jenis yang tak tahan sejuk. So kalau pergi tempat sejuk-sejuk nie saya memang kalah. Sebab tue saya belajar local jer ...hehehehehe.....(ada kaitan ker???).

So berbalik pada cerita tak sihat tadi, saya dah beberapa kali ajak suamiku yang tercinta itu ke hospital. Nak check la jugak apsal saya nie selalu sangat tak sihat. Mana la tau ada penyakit yang tidak diundang. So kena la berhati-hati dan berjaga selalu. Tapi disebabkan kesibukan harian, selalu jer tergendala perancangan nak ke hospital tue.

Semenjak dua menjak nie pulak, selalu rasa nak pitam. Tak boleh diri lama...mula la rasa pening. Naik kereta pun sekejap dah pening. Entah apa la masalahnya, saya pun tak tau. Takut pulak kalau ada low blood ker...Bahaya jugak, kalau tiba-tiba jer collapse.

Tapi masa hari raya haji lepas (8 Dis 2008) memang saya dah tak tahan sangat. My hubby pun dah kesian tgk saya kot macam dah tak larat sangat. So kiteorang pun ke Tawakal Hospital. Nasib orang tak ramai so tak perlu tunggu lama. Nurse terus check temperature. Ok, tak demam. Check blood pressure pulak. Pun normal....Musykil saya, apa la masalahnya sehingga saya merasa sungguh tidak bermaya.

Then saya dipanggil untuk diperiksa oleh doktor. Saya pun beritahulah apa masalah saya. And my hubby added, "She missed her period for almost 2 months doc." Mendengarkan itu, doktor tue terus suruh buat pregnancy test. "Hopefully it is positive so we dun have to do any other test".Saya dengan hubby senyum jer. We hope so.....

Sementara nak tunggu result test tadi, me n hubby sempat jalan kaki gi Mc Donald....Bestnya dapat makan fries and hot milo.... After half an hour we went to see the doc again.

"Congratulation, u are pregnant".

Just cant believe what we've heard. Im so happy and thrilled at the same time. My hubby was shocked too. Alhamdullilah, apa yang kami hajati telah ditunaikan oleh Allah. Tuhan saja yang tahu betapa besarnya erti pemberian nikmat nie kepada kami berdua.

Patutlah kebelakangan nie saya terasa nak makan jer. Rupa-rupanya baby yang nak makan. Doctor bagi tau I'm pregnant with 8 weeks and 3 days. Saya memang betul-betul tak sedar yang saya pregnant sebab tak de langsung simpton orang mengandung yang saya hadapi selain rasa nak pitam dan pening. Rupa-rupa usia kandungan nie dah masuk 2 bulan. Hopefully takdelah morning sickness yang teruk lepas nie.

So sekarang banyak benda yang saya kena start jaga. But I think I can manage cuz I have a very wonderful husband who is always there for me. Thanks dear for all your support. This is one of the happiest moment in my life. Cant wait to see the face of our baby....

P.s.: And the counting starts from now......

No comments: