Wednesday, May 5, 2010

Live N Learn


Dah lama tak post apa2 di blog ni. Masa memang ada cuma tiada keinginan untuk menulis apa-apa.... Daripada cerita benda yang merapu, lebih baik biarkan jer blog ini sunyi seketika.

Dalam tempoh tiga bulan yang lepas mcm2 berlaku. Untuk cerita semuanya mungkin memakan masa dan membosankan korang. Tapi apa yang telah berlaku sedikit sebanyak menyedarkan dan mematangkan saya sebagai seorang individu, isteri dan ibu.

Paling menggabrakan ketika terpilih untuk menduduki PTK TK3 pada 24 Mac hingga 1 April 2010 yg lalu. Hubby pun sepatutnya join sama, tp disebabkan tengah mengikuti QA so terpaksa tangguh untuk siri yang berikutnya. Lama dah tak dok exam nie. Genggelabah jugak dibuatnya. PTK format baru nie agak menarik jugak. Nak compare dengan yang lama rasanya tak adil cuz tak penah ambil PTK ikut format lama. Alhamdulillah, walaupun banyak benda yang perlu disediakan dan dijawab, akhirnya berjaya jugak mengikuti PTK tersebut. Keputusannya tak tau la mcm mane. Mudah2an luluslah...amin.

Ada satu benda jer yang best pasal PTK nie. Nak tau ape dia...PTK nie seumpama reunion batch 2/2004. Boleh dikatakan almost 80% peserta dari batch 2/2204. Tu yang best...senang sangat nak communicate. Buat group discussion pun senang cuz everyone gave their 100%.

A week after that, berlaku pulak insiden patah kaki suami tercinta ketika bermain futsal pada 7 April lepas. Training untuk sukan MITI katanya. Jatuh sendiri....Pukul 1 pagi (8 April) terus operate. Tibia and fibula dua2 patah.....Alhamdulillah, operation went well...tp kaki hubby allegic to the plaster so ada banyak blisters yg menyebabkan dia ditahan di ward seminggu lebih. Dan untuk pertama kalinya jugak saya sambut birthday di hospital...Best jugak cuz dapat spend the whole day with him. And the hospital's staffs was kind enuff, they did bring cake for me. Thank u very much.

Ada jugak yg kelakar pasal birthday nie. Hubby dah cadang nak buat surpise for me. He sent a bouquet of flowers for me at the office on my birthday. Unluckily, I was not around cuz dah lepak dengan dia kat hospital.....So after 3 hari barulah saya masuk office n got the flowers. Thank u dear...I love u...

Sekarang hubby masih on crutches... Doc kata ambil masa 2 hingga 3 bulan untuk dia jalan semula. Pity him.... So sekarang saya kena beri perhatian yang lebih kepada Amsyar and hubby. Saya terasa sedikit tekanan buat masa nie. Ada banyak perkara yang perlu diuruskan sendiri. Kadang-kadang terasa sangat penat. Mood pun berubah-rubah. Orang melihat memang mudah tapi yang menanggungnya belum tentu.

Saya rasa saya memang tak kuat untuk hidup seorang. My husband did help me a lot in our marriage. Dalam keadaan sekarang terasa sangat kehilangan. Semua kejadian nie menyedarkan saya yang saya perlu lebih berdikari, lebih menghargai apa yang saya ada dan sentiasa berterima kasih dan bersyukur kerana mempunyai suami seperti dia...

Thank God for giving me him....

No comments: