Sunday, August 28, 2011

Ready to Raya



Waktu macam nie kalau buat blog walking jarang-jarang dapat jumpa blog yang berupdate. Ada tue memang ada tapi sangat sikit jumlahnya. Ye la..dah nak raya kan, sure ramai yang dah balik kampung. Bila dah berada di kampung halaman tue sure sibuk dengan melayan sanak-saudara, yang mengayam ketupatnya lagi, yang sibuk buat kuih raya last minute, yang dok kalut nak menukar langsir baru dan macam-macam lagi. Buat sementara waktu blog nie dah jadi least priority la kan. Raya setahun sekali je pun so masa nie lah nak beraya sakan, ye tak? Huhuhu...dok cerita pasal raya nie rasa rindu pulak kampung halaman di Tanjong Minyak, Melaka tue.

Sure meriah kan raya uolls semua tahun nie (jeles 10x)? Kepada yang selamat sampai di kampung halaman tue, alhamdulillah. Sure gembira hati orang tua bila anak-anak dan cucu semua berkumpul di hari pagi raya nanti. Kepada mereka yang akan memulakan perjalanan ke kampung halaman dalam masa terdekat, hopefully perjalanan uolls semua dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi yang ditujui. Sebelum tinggalkan rumah tue jangan lupa pastikan keselamatan rumah anda. Musim-musim perayaan nie kerap jugak kita dengar kejadian pecah rumah dan sebagainya. Maka eloklah kita berwaspada untuk elakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Jangan lupa minta tolong jiran yang tidak balik kampung tue jengok-jengokkan rumah kita. Kalau boleh biarkan satu dua lampu kat rumah tue menyala. Takdelah gelap gelita rumah kita sehingga boleh menjadi target sang penyangak. Kalau nak lagi extra percaution, silalah maklumkan kepada balai polis berhampiran berhubung ketiadaan kita dan alamat kediaman supaya bolehlah mereka meronda kawasan kediaman kita. Secara psikologinya penyangak nie semua cuak jugak kalau nampak pak polisi. Prevention tue pentingkan....at least we have done our part.

Kepada yang belum berkesempatan untuk membayar zakat fitrah tue, jangan berlengah lagi. Sementara ada masa nie eloklah diselesaikan perkara yang wajib tue. Jangan nanti bila dah dengar takbir baru terkial-kial nak bayar. That is no good.

Waktu beraya nanti jangan lupa jugak jaga keselamatan uolls semua. Especially waktu jalan beraya tu. Waktu perayaan nie jalan kat kampunglah yang paling sibuk rasanya. Mana taknya, anak-anak Makcik Limah sekali balik ada 5 kereta, rumah Makcik Senah ada 3 kereta, Pak Leman anaknya 4 orang maka ada 4 kereta. So kepada ibu bapa sekalian sila perhatikan anak-anak anda. Jangan dibiarkan berkeliaran kat jalan tue. Sangat bahaya. Nanti elok kita semua bersuka ria di hari raya, ada pulak yang kena bermalam di hospital.

Satu lagi bila makan ketupat, lemang dan rendang tue pun kena hati-hati. Hati-hati dengan lemak dan kolestrol yang terkandung di dalamnya (sebenarnya jeles tak dapat makan makanan yang meriah seperti di Malaysia, so letaklah peringatan macam nie untuk uolls semua...). Takut nanti tak muat nak sarung baju raya yang dah beli sepuluh helai tue. Waktu beli semasa bulan Ramadhan elok je ukuran dan terletak cantik di badan. Maklumlah, dah turun sekilo dua sewaktu bulan puasa. Kalau tak beringat nanti dek kerana belasah makan rendang dan segala macam makanan berlemak lain di musim raya nanti naik pulak 5kg. Hah....sapa nak jawab tue?

Saya kat sini pun dah ready kot nak raya walaupun takdelah beriya sangat macam uolls semua. Most of the things in the checklist dah settled rasanya. Btw, my BIL baru je sampai sini tadi. Bersama-samanya ada beberapa barang pesanan daripada mak dan ayah saya di Malaysia. I loike!!!!

My checklists :

1. Baju raya, songkok, sampin Amsyar + Aimery : Checked
2. Baju raya hubby + songkok : Checked
3. Baju raya yours truly : Checked
4. Kuih raya : Checked (Diimport dari Malaysia)
5. Kemas rumah : Half way
6. Kemas bag utk pi Dublin : Belum buat
7. Hair : Done

Tu je kot. Ada lagi ke yang tertinggal nie? Kalau beraya kat Malaysia sure list nie panjang berjela. Erm.... ok la, sebelum kita tutup entry nie saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir dan Batin. Semoga uolls semoga bergembira berhari raya bersama insan-insan yang tersayang.




No comments: