Monday, August 22, 2011

Semangat



Baru lepas buka puasa. Malam nie dah terlebih makan pulak so perut adalah sedikit senak. Hari nie teringin nak makan kebab plak sebab macam dah bosan makan nasi. Hubby plak teringin nak makan barbeque chicken wings. Sempat pegi Tinseltown untuk tapau. Dah sampai sana tapau sekali mixed grills. Maka makanan adalah terlebih-lebih untuk kami berdua makan. Disebabkan dah terlebih makan nie maka adalah sikit kelebihan tenaga dan semangat nak mengupdate blog nie. Bulan-bulan puasa nie rasa macam malas betul nak mengupdate blog. Nak jimatkan tenaga katanya.

Oh! Satu lagi yang buat semangat nak mengupdate adalah disebabkan saya sudah ada laptop baru. Sangat teruja nak menaip. Bukanlah laptop yang hebat sangat pun...HP je tapi puas hati sebab screen adalah besar. Selama nie dok guna netbook hubby yang comel loteh itew sambil mata saya yang rabun ini terpaksa memfokus kepada screen yang tulisannya macam semut (sila pegi check mata semula..pasti power semakin tinggi...oh tidak!!!!!)

Sedar tak sedar dah tinggal sembilan hari saja lagi kita berada dalam bulan Ramadhan. Masa awal-awal puasa dulu rasa lama betul berpuasa kat sini. Mana taknya, pukul 3.30am pagi dah imsak. Nanti pukul 8.50pm baru masuk maghrib. Lebih kurang 17 jam jugaklah menahan lapar dan dahaga. Dahlah tak kerja kan...duduk kat rumah melayan anak-anak je. Tapi bila dah seminggu puasa macam tak rasa apa dah. Alhamdulillah...dipermudahkan puasa kami di sini.

Waktu macam nie kalau kat Malaysia semua dah semangat nak beraya dah. Balang kuih-kuih raya semua dah siap teratur kat dapur. Kalau pi Sogo time nie dah confirm sesak. Nak memilih yang berkenan di hati pun payah. Macam tue jugak kot kat tempat-tempat lain. Cuma kadang-kadang tue terasa meriah jugak bila bersesak-sesak macam tue. Barulah terasa bahang nak sambut raya. Saya kat sini so far masih tak terasa bahang hari raya tue. Berapa ketul je la orang kat sini yang sambut Aidilfitri pun. Basically takde persediaan apa-apa pun. Baju untuk Amsyar and Aimery nenek dan ummi dah belikan. Saya pun ada sehelai baju kurung yang dikirim dari Malaysia sejak Mac lepas. Baju hubby pun MIL yang akan bawa dari Malaysia nanti. How sad kan??!!! Kalau dapat buat persediaan sendiri mungkin lebih terasa suasana nak sambut raya tu.

Btw, raya kali nie saya sekeluarga akan beraya di Dublin. My SIL lives there. Kiteorang ikut majoriti di mana ahli keluarga berada. Since tahun nie semua ada di UK and Ireland makanya beraya di Irelandlah kami semua. And my SIL is giving birth to her 5th baby dalam masa terdekat nie so bolehlah melawat niece baru sekali nanti.

I'm going to miss all the excitement of this year Hari Raya. Tak dapat nak cium tangan mak dan ayah. Tak dapat nak melawat sanak-saudara. Tak dapat balik kampung. Tak dapat nak jalan raya dengan my family. Tak dapat makan juadah hari raya yang meriah. Tak dapat nak melayan lagu raya hari-hari. Oh....lagi banyak tulis lagi rasa sedih dan nak balik Malaysia sekarang jugak.

But at least I still have my small family with me. Beraya di Dublin is not so bad after all. Last two years pun kami beraya kat Dublin cuma bukan pada raya pertama. Masa tue dah raya keempat kot. Dapat jugak beraya dengan orang-orang Malaysia yang menetap kat sini. Dapat jugak makan ketupat, lemang dan rendang. Cuma yang tak berapa nak best adalah cuaca yang sejuk itu. Dah pakai baju raya lawa-lawa kena plak sarung coat. Potong stim betullah.

P.s. Hati terhibur mendapat kad raya maya beserta lagu raya di FB daripada rakan/keluarga. You guys really make my day. TQVM.

No comments: