Friday, April 13, 2012

Last Minute!!!!!



Hari ni dah Jumaat. Nak beritahu yang barang satu apa pun x pack lagi. Tp rasa macam tak takut sangat sebab dah ada checklist. So nanti kemas ikut checklist tue je. Barang semua dah ada cuma kena bongkar almari dan beg untuk dapatkan semua barang-barang tue.

Dah nak cuti nie, jadual masih sibuk lagi. Sebenarnya tak sibuk tapi saya yang buatkan jadual tue sibuk. Malam nie nak pergi ziarah keluarga Aunty Jan (family’s friend)di USJ. Dia baru kehilangan ibunda tercinta pagi tadi. Saya dan hubby tak sempat nak melawat jenazah so we decide to go to their house tonight. Sepatutnya Aunty Jan join we all ke London dan sepatutnya dah bertolak semalam. Tapi dengan keadaan ibunya yang tenat, dia terpaksa membatalkan percutian tersebut. 

Esok pagi pulak ada perlawanan bola tampar antara bahagian di JPA. Pukul 8 pagi dah berkumpul di Sekolah Kebangsaan Cina Dengkil. Nie 1st time diaorang buat kat sana. Selalunya tiap-tiap tahun dekat INTAN je. Saya suka diaorang buat kat INTAN sebab dekat dengan rumah. Kalau game start pukul 8.30 pagi, pukul 8.15 pagi dan lagi keluar dari rumah. Nie dah buat kat Dengkil haruslah bertolak awal macam nak pergi kerja. Tapi suka gak dia orang buat kat situ sebab kita main dalam dewan yo!!!! Maka oleh itu tidaklah kita semua berpanas. Kite semua nie manja tak boleh kena panas…nanti jadi udang bakar ghupe sorang-sorang. Dan oleh itu jugak, tak perlu nak nak sapu sun block segala di muka. I LOIKE!!!!

Balik dari bola tampar, nak kena balik Melaka hantar budak-budak dan Bibik. Tidur Melaka semalam then Ahad baru balik KL. Bilakah saya nak pack barang???? Nampaknya malam Isnin nantilah baru dapat buat tue semua. Takpe kot kalau tak tido malam tue. Dah sexcited nak pergi sure tak lena nak tidur punya, betul tak? Lagi pun nanti nak kena dok dalam flight berbelas jam. Masa tue bolehlah kita bantai tidur (I wish la kan sebab selalunya memang susah nak tidur). Harus pakai pakaian yang selesa untuk tidur.

Nie tengah cari masa nak pi hantar handbag yang orang dah book pulak. Tak tau kat mana nak selit. Takpelah nanti pikirlah macam mana nak buat. Monday pun ada sedikit lagi urusan nak kena settle. Patutnya dah nak settle tadi pasal permit memandu antarabangsa hubby tapi ada pulak dokumen yang tak lengkap. Terpaksalah gi pejabat JPJ balik hari Isnin nanti.

Belum pergi dah rasa penat dah…huhuhuh!!!!!

No comments: