And now let's start our adventure at Warner Bros. Studio Tour London - The Making of Harry Potter.
Walau pun kiteorang nie bukanlah fanatic fan of Harry Potter tapi dah alang-alang ada kat London, molek la kita ke sana.
Pergi London banyak kali tapi tak pegi sini rasa rugi pulak la kan.
So moh la anak2...kite jumpe Harry n friends.
Drama pagi hari bermula dengan nak siapkan anak2 la...
Pagi2 dah paksa diaorang mandi.
Semua pun memberontak tak nak mandi.
Sibuk nak main.
Ayah dia la yang kena mainkan peranan paksa diaorang mandi.
At last around 8.45 baru keluar rumah.
Hubby dah bebel-bebel sebab lambat...
Huhu...jalan dengan kids macam nie la gayanya.
Dari rumah naik train sampai ke Eustaon Station, later on naik London Overground untuk ke Watford Junction Station.
Perjalanan ke Watford Junction lebih kurang 30 minit.
Dari Watford Junction tue, memang ada bus yang pergi dan balik ke Warber Bros Stoudio tue.
So bayar je 2 pound sorang untuk return tiket.
Kids go for free.
Dalam 15 minit je dah sampai ke studio tue.
Pagi tue memang dah ramai orang kat sana.
But takde lah tunggu lama sangat untuk masuk ke dalam studio.
Tiket untuk adults adalah 29 pound/person.
Kid under 4 adalah FREE.
But they still need tiket.
So just pegi je dekat tiket counter tue and tunjuk je pre-book tiket yang kite dah print tue.
They will give u entrance ticket there.
Easy peasy!!!
Nak masuk tu you'll go by batches....
Tak boleh la semua nak masuk serentak pasal before u explore the whole studio tue, you'll need to see at a small cinema sebagai pengenalan kepada the whole thing.
But no worries...cepat je dah sampai turn.
Malas nak citer la pulak.
Tengok gambar je aci tak??!!!!
In front of the studio
The stars for Harry Potter's movies
Lepas brief introduction baru la kite dibenarkan masuk dan dimulakan dengan entrance to The Great Hall.
The Great Wall nie dibina masa Harry Potter and the Philosopher's tahun 2000.
And it was used as key set untuk 6 filem yang seterusnya.
Memang interesting la this hall.
Semua benda-benda yang sinonim dengan filem Harry Potter ada kat sini such as costumes untuk setiap rumah sukan kat Hogwarts, meja makan yang super besar and super panjang, house point counter yang dibuat daripada glass beads, and patung Professors di Hogwarts.
Super cool!!!
Mamat nie siap berdiri dekat bench masa bagi briefing.
Some of the house customes
The Professors : Flitwick, Moody, Trelawney. McGonagall, Dumbledore, Snape
Hagrid and Filch
Then it was time for The Big Room.
Dalam Big Room nie pun ada macam-macam.
Nak cerita semua iolls tak berapa nak ingat pasal tak berapa terer sangat pasal filem-filem Harry Potter nie.
So plz bare with me la ye...
Mana yang tau saje la...
Kite layan gambar dulu k...
Chocolate feast....
Segala mak nenek wand ada kat sini. Mamat nie tengah dok sibuk citer pasal keistimewaan wand ni.
Nie dalam office Prof. Dumbledore
Nie goblet of fire tu kan....
Portion classroom
Sapa mau terbang???
The kids were learning how to use the wand. There were few style to use the wand. Tergeliat bebudak nie dibuatnya. Sat kat tepi..sat kat atas sat ke depan.
The fire place
Tue semua benda2 yang dipamerkan di The Big Room.
After Big Room tue, kite sampai ke Backlot pulak.
This area was used as the exterior set dalam filem Harry Potter.
Kat sini ada bus 3 tingkat color purple called the Knight Bus...mengalahkan bus double decker kat London nie.
Kemain tinggi lagi bus nie.
Hagrid's motorbike
The Knight Bus
Ke rumah Harry
Hello Harry...are u home???
No.4 Privet Drive
The one thing u shud try masa ada kat Backlot nie adalah butterbeer dia.
Rasa dia sedap..macam rootbeer kat A&W tue.
Katanya ada 2 tempat je jual minuman nie n satunya di Backlot nie.
So rugi kalau tak cuba.
After Backlot, kite sampai pulak ke area yang dipanggil Creature Effect.
Kat sini la tempat depa dok make up and effect segala.
Tengok tue macam2 ada.
Scary plak tengok muka2 yang pelbagai bentuk nie.
The kids elok pulak tak takut.
Suka lagi ada la....
Scary creature..Aragog
Diagon Alley
And later, kiteorang sampai kat The Model Room.
Kat sini la terletaknya The Hogwarts Castle Model.
Memang terkagum dibuatnya bila tengok model nie.
Memang teliti pembuatannya.
Tambah dengan digital effects.... terus dapat tengok seperti apa yang ada dalam setiap filem Harry Potter.
Nie la model yang depa guna dalam filem tu..
Hebatkan???!!!!
Everything is perfectly hand-sculpted to scale.
The wand shop
At last, sampai jugak ke hujung studio nie.
Jalan2 macam tu je pun penat ok.
Tapi puas hati la sebab dapat la belajar sikit2 macam mana diaorang nie buat filming citer2 yang macam Harry Potter nie.
Kalau tak memang tak pernah nak amik port pun.
And before balik sempatlah membeli souvenirs sikit.
We bought the wand for the boy.
Excited la diaorang...sikit2 nak buat magic!!!!!
We left the studio around 3pm lebih kot.
Tunggu bus...naik train....almost 7pm baru sampai rumah.
Tengah autumn kan...pukul 6pm pun dah gelap...dengan sejuknye lagi.
Penat tapi berbaloi.
I guess tu je cerita dari Warner Bros. Studio.
Will updates more later (God knows when!!)
Tata......
2 comments:
Hi sis..boleh bantu sy? sy akan ke WBstudio tour november ni n tour sy pkl 11am..mcmana nak kesana by train kalau dr central london? & pkl brp sy kene naik spy sy sampai sana on time? thx..
Lovely info. Planning to go there this coming december. With kids as well. Hehe. Tq ya!
Post a Comment