Hari nie buka puasa di Holiday Villa. Saja nak merasa buka puasa kat hotel. Memandangkan esok hari Sabtu dan hari tak kerja maka bolehlah mengajak rakan yang bekerja dan berkursus buka puasa sama-sama. Sesi buka puasa malam nie turut disertai oleh Tariq dan Lynn. Urusan booking telah disettled oleh Lynn (sangat efficient ok!!!). Tq Lynn.
Ramai jugak orang Malaysia yang buka puasa kat sini. Dah feeling-feeling macam buka puasa kat Malaysia. Meriah uolls. So buat seketika hilanglah rasa rindu kepada kampung halaman apabila melihat gelagat anak-anak di perantauan nie.
Menu boleh tahan. For starter they have stuffed beancurd with chilli sauce (nama mudahnya tahu sumbat), mango salad, chicken salad, fried bean curd roll, fried spring roll, fried shrimp, etc. The main pun not so bad. As usual ada steamed rice, kampung fried rice, chilli fried chicken, beef curry, ikan bakar with assam sauce, fried prawn turmeric, kuey teow goreng, etc. Desserts pulak ada 4-5 jenis kuih-kuih melayu, bubur, buah-buahan, and kurma. Air pulak air bandung. For 18 pound/pax for adult kira ok la.. Punya seronok makan/sembang sampai lupa nak ambil gambar. So just bayangkan je lah makanan-makanan itu ye kawan-kawan.
Sesi buka puasa nie selain wajib untuk berbuka yang lebih penting adalah dapat bersembang dan bergossip dengan rakan taulan. Ya...walaupun bulan puasa sesi bergossip tetap berjalan seperti biasa. Ada je benda yang nak digossipkan. Maklumlah sesekali jumpakan. Ada pulak Tariq...lagi meriahlah!!!! Nasib ada orang nak pi semayang terawih so sesi bergossip kenalah ditangguhkan. Kalau tak sure boleh duduk dua tiga jam lagi untuk bergossip.
Best sesekali dapat lepak dan bersembang dengan diaorang. Maklum macam saya nie kalau takde apa duduk kat rumah je. Tak jumpa orang. Kadang-kadang rasa macam jammed jugak kepala nie. Macam tak tau apa yang berlaku pun ada. So bila ada sesi sembang-sembang macam nie tau jugaklah perkembangan semasa.
Looking forward untuk sesi sembang-sembang dan bergossip seterusnya. Cuma bila bulan puasa nie masa jadi macam terhad sikit. Ye la..buka puasa dah pukul 8.45pm. Pastu Isyak dalam pukul 9.50pm. Nak solat terawih lagi. Bila settled semua pun dah pukul berapa. Dengan kami yang ada anak kecik nie susah sikitlah nak melepak sampai lewat malam. So kena gossip yang ringkas-ringkas je. But knowing my hubby...kalau dah start gossip tak sah kalau tak sejam dua.
P.s.: Nasib dah buka puasa, kalau tak kurang pahala puasa dok bergossip jek
No comments:
Post a Comment