Friday, August 16, 2013

2 Syawal 1434H



Syabas kepada diri sendiri kerana dah berjaya update blog yang suam-suam kuku nie.
Dah masuk cerita hari raya ke-2 dah kita.
Moh kite teruskan dengan episod hari raya seterusnya.

Hari raya ke-2 masih bermalas-malasan lagi di rumah.
Semalam kan tak sempat nak bergossip dengan SIL sebab iolls dah tido.
So pagi tue la baru nak bergosip Mak Jemah kat dapur.
Meriah sikit rumah tue....
Maklumlah semua dah ada...anak SIL yang 5 orang tue je dah meriah.
Tambah Amsyar dengan Anyer...lagi la gamat dengan suara diaorang.
Suara ibu-ibu dan bapa-bapa di dapur pun boleh tahan jugak!!!

Lepak2 sambil bergossip tak sedar dah tengah hari.
Nak kena bersiap sebab nak balik Melaka.
Tu pun pukul 2.30pm baru bertolak.

Bukan boleh langsung terus ke Melaka.
Kiteorang ada beberapa tempat nak kena singgah sebelum balik Melaka.
Kena singgah rumah sendiri dulu sebab ada tertinggal a few barang.
Dari rumah pulak kena ke Tanjung Sepat sana amik si Bibik.
Masyaallh...punya la jauh....geram jugak rasanya.
Ye la...orang nak balik Melaka cepat.
Nak kena amik dia pulak kat ceruk sana...haiiiishhh!!!!
Masa hantar dia saya tak ikut...hubby gi sorang.
Hubby hantar sebab nak tengok kat mana tempat yg dia nak pergi tu.
Kalau lari ke apa..kite terjah la tempat tu.


Then dari situ kiteorang balik ke Melaka ikut jalan lama.
Terasa macam jauh sikit tapi takde jammed pun.
Enjoy gak sebab dapat tengok suasana kampung.
Meriah jugak kampung bila musim2 perayaan macam nie.

At last, sampai Melaka 5 minit sebelum pukul 7pm.
Masa nie tengah kebulur giler.
Tadi lunch tak makan kat rumah MIL sebab still kenyang makan ketupat pagi tadi.
Buka tudung saji ada sambal goreng dengan sambal udang.
Terus capai pinggan kiteorang laki bini.
Walaupun dah makan, lepas maghrib keluar balik pegi kedai tom yam depan rumah utk dinner.
Me and the kids je makan, hubby tak nak makan...dah kenyang katanya.
Alah....nak diet la tue!!!!!

Masa kiteorang sampai my parents tengah beraya kat Tampin dengan 4 orang adik yang lain.
Yang ada kat rumah adik lelaki no.3 dan 4 je.
Nasib ada orang.
Kalau tak menanguk je la depan pintu tunggu depa balik.

Lepas makan tue kiteorang join my parent beraya kat rumah kakak mak (Mak Ibik) kat Tampoi (ni Tampoi kat Melaka....bukan Tampoi Johor nun).
Seronok dapat beraya kat kampung sendiri.
Baru la raya macam nie.
Melawat sedara-mara semua.....
Mak Ibik hidang nasi impit dengan kuah lodeh.
Mak Ibik nie kalau masak memang sedap tapi iolls dah tak larat nak makan dah.
Tadi dah belasah tom yam sensorang sebab hubby saya diet!!!!


Yang nie Mak Oteh (kakak Mak). Dia dari Senai tapi selalu balik raya dengan Mak Ibik.









Gambar terblur sikit tu la Mak Ibik saya...Baju kelabu tue ibunda terchenta...


Lepas umah Mak Ibik, singgah rumah abang mak pulak (Pak Itam) kat Cheng.
Sekali lagi ada nasi impit dan nasi.
Memang tengok je la....
Tank dah penuh...jamah kuih raya je...
Raya nie bukan nak makan sangat pun...
Nak jumpa sedara mara yang dah lama tak jumpa n bermaaf-maafan.
Dapat buat tue pun dah happy dah...

Sampai rumah dah pukul 11 lebih.
Keletihan la jugak...
Tapi sempat lagi bersembang dan bergossip dengan adik-adik sebelum tido.
Erm...nikmatnya dapat balik kampung!!!!


Ok...sekian untuk hari kedua!!!
Ada masa kite sambung lagi episod raya nie!!!!


1 comment:

ohiojabbari said...

The Golden Nugget® Casino Resort to reopen on June 3
The 광양 출장샵 Golden Nugget Resort in Las Vegas will reopen its 부산광역 출장샵 doors for all guests on 원주 출장안마 June 3, ending a 경기도 출장안마 seven-day closure 광주광역 출장안마 in place since