Wednesday, August 21, 2013

4 Syawal 2013



4 Syawal adalah bersamaan dengan hari Ahad.
Hari nie dah plan nak beraya ke Muar dan JB dengan keluarga SIL.
Kalau ikut plannya SIL will datang beraya at my parent's house around pukul 10am.
Dari Melaka nanti kite semua terus ke Muar.
Habiskan beraya rumah sedara mara hari Ahad.
Then overnight kat rumah MIl di Bandar Dato' Onn dan hari Isnin nak bawa budak2 bersuka ria di Puteri Harbour Family Theme Park yang ada Hello Kitty tue.
Memang looking forward nak bawa bebudak berjimba kat situ setelah SIL brought up the idea.

Tapi kite merancang sajork....at the end plan semua ke laut.
Kisahnya, hari Sabtu malam tue SIL found out yang alarm ADT kat rumah dia ada masalah.
And dia tak berani nak tinggalkan rumah selagi problem tue tak settled.
Orang ADT hanya datang rumah dia hari Ahad around 1pm macam tue.

Oleh sebab isu itu, SIL tak jadi nak beraya di Melaka.
Will meet her kat Muar terus.
Oleh sebab itu, kiteorang pun meneruskan sesi beraya rumah saudara mara di Melaka before ke Muar.
Sebab bajet mesti SIL sampai Muar dalam pukul 4pm macam tue.

So pagi tue kite beraya rumah Makcik Siti (adik mak).
Memang langkah kanan betul.
Makcik buat soto and pakcik pulak ada beli durian.
Memang terbaik la...pagi2 dah makan durian.
Durian tue pulak memang terbaik dari ladang.
Isi kuning giler..rasa pun manis n pahit sikit.
Sedap......


Lepak sampai pukul 12 lebih baru beransur rumah Mak Long (kakak mak) pulak.
Dah kenyang dari rumah mak cik so sampai rumah mak long kite sembang2 jer.
Dari rumah mak long kite pegi rumah Abang Zahar (anak Mak Long) pulak.
Abang Zahar nie rumah dia bersebelahan dengan rumah Mak Long je.
Jalan 10 langkah dah sampai.






Wife Abang Zahar (Kak Yatie) tengah sakit.
Dia ada kanser rahim.
And dia masih muda...I think dalam awal 40-an.
Operation semua dah buat dan now masih dalam kimo.

Dengar cerita Kak Yati pasal penyakit dia tue memang ngeri.
Perubahan yang sgt obvious adalah fizikal dia.
Dia dah kurus....then rambut pun dah takde akibat dari kimo.
Tapi Kak Yati nie sangat kuat semangatnya.
Cerita tentang sakit dia pun bersemangat.
Memang kagum dengan ketabahan dia.
Dia kata semangat dan kekuatan tue semua datang dari anak2.
Kalau dia tak kuat macam mana dengan anak2 dia.

Dari rumah Kak Yatie, kami ke Duyong pulak.
Ke rumah Ustazah Zainah.
Ustazah nie mengajar hubby mengaji dan agama masa kecik2 dulu.
Ustazah nie dulu duduk kat Dato' Keramat.
Pastu bila dah pencen, balik kampung dan menetap kat Duyong.

Sejak kawin, hubby memang tak pernah miss bawa saya beraya rumah ustazah.
Now dah dok di Duyong pun kiteorang still datang beraya.
Masa sampai rumah ustazah tue, agak terkejut sikit.

Rupa2nya, pakcik (suami ustazah) dah kena potong kaki kanan dia.
Dia ada kencing manis rupanya.
Kaki dia ada luka dan tak sembuh2 dan doktor advice untuk potong.
Setahun sekali jumpa ada banyak perubahan yang berlaku.
Nampak pakcik pun macam tak berapa sihat sangat hari tue.

Dalam pukul 4pm macam tue kiteorang bertolak ke Muar bila SIL whatsaap kata dah masuk Tol Tangkak.
Kiteorang ikut Lebuh AMJ nak ke Muar.
Traffic adalah sangat ok....takde jam dan kereta pun tak banyak.
Tapi yang menghala ke utara memang boleh tahan kereta.
Nasib kite di arah yang bertentangan.

Jumpa SIL kat rumah Mak Ngah di  Tg Agas.
Tapi Mak Ngah takde rumah pulak.
Bila call depa suruh datang lambat sikit sebab hantar cucu balik ke Segamat.
Therefore laju je kite ke rumah Mak Mia kat area Bakri kalau tak silap.

Mak Mia tinggal sorang kat rumah.
Dia dah siap masak untuk kiteorang.
Macam tau2 je lapar...
Menu pun memang killer menu.

Mak Mia masak asam pedas ikan pari, daging masak kicap, ikan kering, sambal tempoyak.
Memang kalau tak tahan nafsu boleh makan berpinggan-pinggan.
Sebab tahan nafsu iolls makan 2 pinggan je...
Cer kalau tak tahan..tak tau berapa pinggan dah melantak.
Gambar makanan lupan ka ambil sebab dah gelojoh mnerjah makanan.

Lepas tue dah terduduk kelelahan sebab perut dah ketat.
SIL yang banyak bersembang sebab dah lama tak jumpa Mak Mia.
Me sibuk melayan bebudak and kuih raya (eh..tadi kata perut ketat dah??!!)






Lepas rumah Mak Mia kite ke rumah Mak Yah.
Memula pegi takde orang..elok kiteorang nak blah, tuan rumah pun balik.
So dapat la beraya.
Tahun lepas datang tak dapat beraya sebab takde orang.

Dari rumah Mak Yah ke rumah Pak Salleh pulak.
Masa nie dah pukul 10 lebih dah.
Gigih lagi beraya nie.
Pak Salleh baru kawin lagi..hehehe
Umur dah 80 lebih kot tapi masih segak ok...
Dapat wife muda...umur dalam 56 rasanya.
Eloklah, ada orang yang jaga dia.
Anak2 semua dah ada keluarga sendiri.
At least ada la teman nak bersembang.

And last rumah untuk hari tue adalah rumah Mak Ngah yang takde kat rumah tadi.
Kak Norjan and Kak Liza ada kat rumah.
Tapi Kak Liza tak berapa sihat so dia berehat je kat belakang.
SIL and hubby sibuk bergossip dengan Mak Ngah and Kak Norjan.
Me sampuk sikit-sikit je.
Yang betulnya dah letih giler sebab dah pukul 12 tengah malam kot masa tue.
Bebudak pun dah tertidur.

At last pukul 1.30am baru bertolak dari Muar ke Bandor Dato' Onn.
Around pukul 3.30am sampai sana.
Dah sampai sana ada satu drama pulak.
Memang stragis sungguh!!!!

SIL dah keluar try nak buka pintu rumah, sekali...pintu tak boleh buka ok!!!
Ye sila percaya ...pintu tak boleh buka coz apparently kunci yang ada tue tak lengkap.
Ada kunci baru yang MIL lupa nak bagi.
Berdramala sekejap adik beradik tue kat depan pintu rumah.
Me stay dalam kereta.
Bengang pun ada jugak coz dah penat kan...
All I need is a good sleep but at the moment it was not going to happen!!!

Called MIL and she asked us to call Uncle Raju (he help a lot with the house).
We ask Uncle Raju to send the extra key.
Uncle Raju said he'll be there in 1 hour.
WTH???!!!
Sejam??? Can u believe it???

Hubby try buka sliding door and apparently ia boleh dibuka.
Problem is pintu grill tue yang takde kuncinya.
Hubby try masuk kepala dia dalam lubang grill tu...
Sikit je tak lepas.

Lepas tu suruh Fiona try masuk kepala dalam tu.
Kepala Fiona lepas.
Hubby try suruh Fiona loloskan badan dia kat lubang grill tue.
OMG!!! Fiona lepas.....
Dengan itu, berjaya la kiteorang masuk dalam rumah sebab Fiona dah jadi macam penyamun masuk rumah ikut grill dan buka pintu dari dalam.

Terus call Uncle Raju kata tak payah datang malam nie.
Hantar kunci extra esok pagi jer.
Kesian plak dia nak meredah pagi buta tu semata-mata nak hantar kunci untuk kiteorang.

Lega gila dapat masuk rumah.
Kalau tak jawapnya kena tungguh Uncle Raju datang untuk selamatkan kiteorang.


Sekian, drama untuk 4 Syawal 2013.



No comments: