Hello everyone!!!!!
Hari nie nak cerita sikit pasal Open House Raya yang telah diadakan pada Ahad, 19 Oktober 2008 di rumah mertuaku di Jalan Gurney. This is my 1st time hosting an open house. Selalunye tak pernah buat open house pun, sapa nak datang, datang lah. Tak perlu tunggu open house. Nie first time juga saya dan hubby as husband and wife buat open house. Im very excited.
Memandangkan ini baru pertama kali kami nak buat open house maka jemputannya pun tak ramai sangat. Minta maaf ye kepada kawan2 yang kami tak sempat jemput. Untuk jamuan kali nie, kami telah menyediakan dua hidangan utama iaitu Laksa Johor & nasi impit beserta kuah kacang dan rendang daging. Sorry bukan saya masak, tapi order dari caterer. Caterer kali ini ialah Mirazy Catering. Baca betul2 ye... Mirazy bukan Miriza Catering.....
Pagi2 lagi saya dengan hubby dah bangun. Nak pi Pasar Keramat. Kami bercadang nak beli mee sikit untuk persediaan kalau-kalau hidangan yang disediakan tidak mencukupi. Beli mee 2kg cukup kot.... So lepas dapat semua yang diperlukan, kami bergegas pulang untuk buat persediaan apa yang patut. Susun kerusi meja, keluarkan kuih-muih, pasang radio untuk hiburan sikit. Pukul 11.45am, hubby amik Angah kat LRT Damai. Ada geng sikit nak tolong buat kerja nanti.
Jemputan bermula seawal jam 12.00pm. So pukul 12.00pm kiteorang dah bersedia menunggu kedatangan tetamu. Tunggu punya tunggu, tak muncul jugak...Jam dah pukul 12.50 pm, perut dah bunyi. Disebabkan dah lapar, tuan rumah makan dulu......Nanti orang dah datang tak sempat plak nak makan.
Selesai jer makan maka tibalah tetamu pertama yang dinantikan. Nak tau sapa? Cuba teka.....Salah...salah...... Tetamu pertama kami untuk hari itu adalah Encik Zamri Zain, bos saya. Dia datang satu family. Encik Zamri ada empat orang anak tapi yang datang 3 orang jer. Yang kecil tido kt rumah so tak dapat ikut. Yang tua Irfan, pastu Farhan dan Alia....yang kecil tak tau nama.
Budak2 tue seronok betul tengok mini zoo yang ada kat rumah tue....Sampai leka....Nak suruh makan pun susah. Kejap tengok kucing, kejap tgk burung, kejap tgk ikan. Pastu dia bagi soalan cepumas kat saya.
Ifran : " Aunty, yang mana satu ketua ikan?"
Aku : ?@$%#*^ Yang besar sekali agaknya sebab ikan yang lain tue kecik2 lagi....
Tue jer yang saya boleh cakap. Lepas tue, tetamu dah mula ramai, Eleine, Eunice, Kak Ween, Arizal (MITI), Ikhlas (ex-housemate) & Jeffry, En. Fadzil & Family, Suraihan, Awin, Inas (JPA), Eera, Emmi, Li Neo (MGHS), Surya & Family, Azua, Anisah & Family(USM), Aidil, Memey & Family, Azra, Redza, Chon, Mamat & Family, Norzam & Family, Alia (YPM). Sorry yer kalau ada nama2 yang tertinggal.
Tetamu datang dan pergi sehingga ke malam. Saya berkesempatan gak goreng 1 kg mee untuk dijadikan hidangan. Alhamdullillah, hidangan yang disediakan mencukupi. Mee goreng yang saya masak tadi pun habis. So tiada sebarang pembaziran yang berlaku. Tetamu yang terakhir sekali ialah Anisah & Family. Dia sampai lewat sebab gi rumah Epul kat Sepang dulu. Walaupun, jemputan sampai pukul 6pm jer, kami masih menerima kunjungan rakan2 walau pun lepas waktu yang dimaklumkan. Anisah balik dalam pukul 8.30pm. Nak pergi beraya rumah kakak di di Taman Maluri katanya.
Nie part yang paling best skali.... KEMAS TIME!!!!!! Walaupun tak masak sendiri, banyak jugak nak kena kemas. Nasib baik Angah ada so boleh la tolong apa yang patut. Masa nie hubby dah keluar dengan kawan2 dia gi driving range. Bagi chance la dia keluar dengan kawan2 dia hari nie. Maka kerja2 mengemas nie kenalah saya handle dengan Angah.
Walaupun penat tp rasa best giler dapat buat open house. Insyallah kalau tiada aral dan ada rezeki lebih boleh buat lagi tahun depan dan ajak lebih ramai orang...
P.s : Buat kat rumah sendiri lagi best agaknya.....
No comments:
Post a Comment