Weekends lepas dah jumpa satu tempat baru untuk bawa Aimery
dan Amsyar lepak-lepak dan main di hujung minggu. Macam mana saya discover
tempat nie? Mula-mula me and hubby
cadang nak bawa the kids pergi KLCC. Kat KLCC tue ka nada park so nanti
bolehlah diaorang main-main kat situ.
Tapi ku sangkakan panas sampai ke petang tapi hujan di
tengahari. Cuaca pukul 4pm adalah tidak menggalakkan. Awan gelap dah mula
kelihatan. Nampaknya memang akan hujan petang nie. So hubby tanya saya nak
bawak anak-anak pergi mana. KLCC tak sesuai sebab nak hujan. Part kena
piker-pikir suka bagi kat saya. I dun loike. Sebab tak tahu nak pergi mana.
But at last saya ajak dia pergi The Curve. Saya tak tau ada
apa yang menarik kat sana for kids tapi kita hentam saja la Labu. Pastu dan-dan
hubby cakap, “ I pun terfikir jugak nak ajak u pergi sana tadi”. Dan-dan
nak ajak kan. Tadi tak nak cakap, bila
kita dah ajak dia pun kata dia nak ajak.
So sampai sana mata pun melilau cari apa yang best.
Elok-elok je sampai ke Ground Floor dari escalator parking, mata saya ternampak
this shop called Yu Kids Island. Nampak macam tempat untuk kids je. Terus ajak
hubby naik 2nd floor.
At 2nd Floor, The Curve |
Amsyar bila nampak je Yu Kids Island terus melompat nak
keluar dari stroller. Dah excited nampak all the balloons and whatnot. Hubby
went to check the price 1st. FYI, admission fee for weekdays is RM20
and RM30 for weekends & holidays.
Masuk je kat dalam Amsyar macam tak keruan. Tak tahu nak
main apa dulu. At last dia join kat area kids main lompat-lompat (inflatable moon bounce kinds).
Tak sure apa diaorang panggil benda tue. Kalau uolls tengok gambar uolls tau
kot apa yang saya cakap nie. Amsyar macam berani gila melompat dari satu level
ke satu level. Mummy dia tengok, mummy yang terjerit-jerit suruh dia careful.
Dia langsung tak heran ok. Anak oh anak!!!! Bila saya dengan hubby tanya best
tak dia kata best and siap bagi hand
sign GOOD kat kitaorang.
One happy boy |
Baru lepas terjun tiruk |
As for Aimery, dia macam penakut sikit. Tak macam abang dia. Mungkin dia kecil lagi dan tak biasa tengok ramai orang/budak-budak kat situ. Nak berkepit dengan mummy je. Rugi la adik kalau nak berkepit je. Ayah dah bayar RM30 tau. Jom kita main. Oleh itu mummy telah paksa dia naik this one thing macam carousel. Mula-mula letak tue nak nangis tapi lepas agah-agah sikit, dia dah ok. Tapi lama-lama kat situ, dia pun boring jugak. Tukar pulak main kat cage yang full of balloons. Diaorang ada lepak kipas kat belah atas cage tue so the balloons memang sentiasa berterbangan. Macam biasa, masa baru masuk nak nangis. Bibik main-main dengan dia kat dalam tu baru ok.
Muka budak yang sedang cuak |
Enjoying the balloons |
Main balloons dengan Bibik |
Mula-mula takut |
Lepas tue dah ok |
Masa tengah menunggu si Amsyar main tetiba ternampak Sazzy
Falak kat counter masuk. Dia macam tengok-tengok jugak kat dalam are Yu Kids
Island tue. But a few minutes later she left. Mungkin ramai sangat orang kot.
At the same time, ada birthday party going on kat situ. FYI, they provide Party
Room as well. So kalau uolls nak organize party kat sini pun boleh.
Kiteorang lepak sejam lebih jugak kat situ. The kids pun
macam dah penat. So time to go back. Tapi sebelum tue nak pergi minum-minum
dulu sebab dahaga gila. Turn to 1st Floor. Amsyar tak nak naik
stroller masa nie. Nak suruh mummy pimpin dia. Pastu nak turun Ground Floor
lepaskan kejap sebab nak ambil stroller dari Bibik. Amsyar lepas tue macam
terpergi kat sorang lady nie. Free hair and rambut panjang. Ayah dia terperasan
then panggil dia.
“Tu bukan mummy la Amsyar.”
Saya pun pandanglah kat perempuan tue. Oh rupanya Sazzy
Falak ok. Amsyar berangan nak mummy artis ke tau mummy Amsyar nampak macam
artis (Ok..sila muntah, anda dibenarkan berbuat demikian). Hubby siap tanya
siapa perempuan tue.? OMG!!! Tak kenal ke chyang oi….? So saya pun beritahulah
siapa dia. Then hubby tanya dia ada berlakon citer apa? I don’t remember
anything except drama Gol & Gincu dan Beat TV. And hubby couldn’t care
less.
We had a marvelous weekends with the kinds. Minggu depan
balik ke Melaka sebab ada wedding. Yehooo!!! I can’t wait to balik kampung.
Kat bawah nie adalah antara permainan dan kemudahan yang disediakan.
Admission fee |
Kids boleh bergayut macam tarzan kat sini |
Sesuai untuk young toddlers |
Free locker untuk simpan barang |
Nie x tak nak panggil apa, macam punching bag |
And here some info for the Party Package :
Party & Play
Package
Minimum of 5 children
Reservation is required
Playground Admission
per child :
RM20 Weekdays or RM25
Weekends & Public holidays (Unlimited playtime)
Decorated Party Room
from RM100/2 hours
- 2 hours Party Room Rental
- Decoration (Balloons & Words banner on the wall)
- Invitation Card Template
Food Package : RM200 (For 10 children and 5 Adults)
McDonalds :
-15 pcs Ayam Goreng McDonald
- 40 pcs Chicken McNuggets
- 5 Large French Fries
- 10 Carbonated Drink (12oz) : Coke, Sprite or Light Coke
- 5 Carbonated Drink
(16oz)
- Party Pack for each Child
Party Clown with Balloons & Games from RM400/hour
Kalau uolls tak tau nak bawa kids pegi mana boleh la try tempat nie. Good Luck!!!
2 comments:
Wah..nampak best. Nanti nak bawak Hayra & Emyr kat cni la..
highly recommended....
Post a Comment