Last weekends tak ada apa-apa plan yang menarik pun. Hari
Sabtu pergi ke Bandar Seri Jempol untuk attend wedding PA Boss-Amalina dan
pasangannya Darul. Berchenta kat opis mereka berdua nie. Tingkat opis je berlainan. Selalu tanya kat
Amal, tak pergi lunch ke? Dah ada orang tolong belikan katanya. Mula-mula tue
macam terblur sekejap pasal tak tau lagi masa tue mereka berdua nie berchenta.
Lepas dah tau tue terasa jealous plak tak ada sapa nak beli makanan untuk kite
(mengada la pulak mak orang nie kan). Lempang karang….
Went there with hubby and Amsyar. Tak kuasa nak bawa si
kenit tue pasal perjalanan nie nampak macam jauh je. Sehari sebelum bertolak
tue sempatlah meng’google’ lokasi majlis. Tapi hampa kerana alamat yang
diberikan tidak termasuk dalam map google. So terpaksalah follow 100% map yang
diberikan. Kalau ada map kat google tu lagi senangkan. Takdelah tersesat ke apa
dan boleh bajet la berapa jauh tempat yang kiteorang nie nak pergi. Bertolak pun dah lewat sebab hubby bawa Bibik untuk FOMEMA tapi tak settle pun sebab hubby
tak clear dengan proses sebenar urusan FOMEMA tu. Jawabnya kena pergi sekali
lagi la.
Tapi memang jauh ya ampun. Pastu map tue macam confused
sikit sebab jarak yang sebenarnya jauh dalam map tue nampak macam dekat. Tapi
tang yang dekat tue dilukis jauh (Sorry Amal if u r reading this). Kalau tak
berhati-hati dan alert dengan landmark yang diberi jawapnya cari buah langsat
dulu la kita sebelum sampai ke lokasi sebenar.
Sampai kat rumah pengantin dalam pukul 3.00pm. Masa dalam
kereta sempat suruh hubby tengok jemputan sampai pukul berapa. Nasib lah tulis
sampai pukul 5pm. Kalau tak segan gaks sampai waktu kedai dah tutup kan. Tak
menghormati majlis namanya tue. Waktu tu dah tak ada orang dah. Cuma ada beberapa member opis yang saya kenal masih melepak di
bawah khemah. Diaorang pun baru je lepas makan sebab tersesat cari rumah
pengantin tadi. So kira hubby saya adalah terer sebab tak sesat….TAHNIAH!
Lepas makan dan bergambar dengan pengantin terus je minta
diri. Kalau lepak lama-lama pukul berapa pulak nak sampai nanti. Lagipun saja
nak bagi peluang kat pengantin berposing-posing manja di dalam bilik. Tak
paham-paham lagi ke?
Tahniah Amal dan Darul. Semoga berkekalan ke akhir hayat |
Balik ikut LEKAS sebab nak elak jammed. Cuti sekolah kan habis minggu nie so ada kemungkinan Lebuhraya Utara –Selatan tue jammed. Sebelum terperangkap moh le kita guna alternative LEKAS nie. Singgah kat one of the RnR sebab nak terkucil. Amsyar sempat lah bermain kat playground yang ada kat situ. Excited main sampai tak nak balik. Dalam kereta buat perangai pulak tue. Geram sungguh. Tapi agaknya dia dah letih kot sebab jalan jauh sangat. Mula-mula tadi ingatkan tak nak bawa dia tapi bila dah siap-siap dengan baju lawa kesian pulak rasa nak tinggalkan (mummy dia hati kecik sebenarnya).
Fesyen rambut baru potong kat kedai mamak...Dah rupa macam budak nakal dah anak saya |
Seronoknya Mummy |
The next day, bawa Amsyar, Aimery dan Bibik ke Putrajaya sebab tak tengok Hot Air Balloon. Before that ke
Kota Warisan dulu untuk tengok rumah. Basically rumah dah hampir siap cuma ada
few things yang kena diperkemaskan lagi. Then we good to move in.
Sampai kat Putrajaya almost 2pm. Sesak jugak traffic waktu
tue. Hujan pulak dah start turun renyai-renyai. Alhamdulillah sebab hujan
sekejap je lepas tu panas tak hengat punya. Rasa macam udang kena bakar pun
ada. Tapi yang musykilnya belon-belon udara panas semua tue dah takde. Hari tue
bukan main lagi banyak saya tengok. Macam-macam bentuk ada. Hari nie 1 pun tak
nampak. Kat banner kata dari 15-18 Mac. Semalam 18 Mac, nape takde belon?
Pulangkan balik wang kami…..Chop, bila pulak kena bayar? Sorry..silap event.
Yang nie free je kalau setakat nak tengok belon di awang-awangan. Buat penat je
datang jauh-jauh tapi tak dapat tengok belon. Sebenarnya nak tunjuk kat Amsyar
dan Aimery benda tu, kalau diaorang nampak sure diaorang excited. Tapi dah
takde rezeki nak buat macam mana.
Akhirnya dapat main bungee castle dan beli buih sabun mahal
RM 15. Nak makan pun tak dapat sebab orang ramai sangat. Saya ajak hubby makan
kat Alamanda je. Lagipun bebudak berdua tue pun dah kepanasan. Merah muka
sorang-sorang termasuk mummy (I dah lama tak berjemu uolls…).
So habislah weekend minggu lepas. Minggu depan tak tau nak
buat apa. Ada cadangan tak tempat yang best untuk bawa Amsyar dan Aimery
outing?
Tata for now.
3 comments:
Eh miri...kota warisan jugak kah? Yg area mana ni? Effi beli gak kat Jalan Warisan Indah 8/10. But, kita org maybe pindah nx year rasanyer.
Effi..
Kiteorg kt 8/16....
Berjiranlah kita nanti. as for now, plan nk masuk ASAP tapi ada few things yg tak settle lg. tp for sure masuk this year la. awat lambat sangat pindah? tgh renovate ke?
Kita org ni manja skit..hehe. Bagi grandparents puas jaga cucu coz bila dh start pindah nanti, wknd je la dia org dpt jumpa cucu-cucu. Renovate tu..sgt staggered coz kita org lagged quite some time gak from one renovation project to another. Plus, ingat lps cuti-cuti luar negara nx yr baru rasa nak pindah n really settle down..:-)
Post a Comment