Wednesday, May 1, 2013

2 in 1



Nie entry nak cepat siap temanya.
Kasi jamak semua dalam satu entry.
Kalau orang rajin sure jah jadi 2 3 entri dah.
Tapi kena orang pemalas macam nie..nie la saja yang mampu dibuat.

Actually nie nak share pasal birthday kedua orang tua saya.
Tak....hari jadi diaorang tak sama tarikh pun.
Tapi buat entry sekali sebab anak dia pemalas.

Birthday Ayah bulan 3 yang lepas (nampak tak betapa slowwww nye anak dia?).
Dah masuk April baru nak citer.
Redha je la kan....

Hari sebenar birthday Ayah jatuh hari Isnin.
Nak sambut hari Isnin tue memang tak dapat la kan pasal anak-anak semua bekerja.
So saya ajak la adik beradik yang ada nie gi makan2 kt Pizza Hut hari Sabtu sebelum birthday tu.
Kira awal 2 hari la....

Bila weekends nie memang payah bebenor nak dapat tempat especially kalau kite datang dengan bala tentera yang ramai.
But we were lucky.
Elok je sampai ada table kosong.
Dah memang bagus sangat dah tu.

Wednesday, April 24, 2013

Nina & Talif... It's Your Day!!!!!


Last 2 weeks ke Selama, Perak.
Attend wedding my friend, Nina.
Nina nie member masa sama2 belajar kat MRSM dulu.
Kenal masa form 4 sebab masa form 4 tue la baru saya dapat masuk MRSM.
Kiteorang sekelas tapi x sama dorm.
Kat kelas plak, meja kiteorang bercantum 4.
Mine, Nina's, Suria's n Sukaseh's.
sebab tue la jadi rapat.

Dah lama gila x jumpa Nina.
Lepas dah habis belajar kt MRSM masing2 bawa haluan ke universiti masing2.
Rasa macam dah terputus hubungan dah masa tue.
Tapi nasib la ada friendster masa tue.
Dapat lagi la berhubungan.
So masa kawin tu main jemput kat Friendster je kot.

Tak sangka plak Nina n Sukaseh datang.
Happy gila masa tue dapat jumpa diaorang.
Tapi iolss perantin masa tue.
So tak boleh nak hover sangat.

Pastu dah tak jumpa dah.
Sesekali bertegur sapa kat FB.
Bila Nina jemput utk wedding dia memang dah berazam nak pergi.
Rindu nak jumpa dia.

Tuesday, April 23, 2013

My Birthday....


Masih dalam bulan April lagi.
So bolehlah kite up entry pasal birthday nie sebab masih releven lagi.
Kot esok dah masuk bulan May...abaikan je nak buat entry pasal birthday nie
Ye..saya dilahirkan pada bulan April....
Aries girl katanya...

This year rasa sangat happy sebab dapat sambut birthday dengan orang2 yang disayangi
Celebration tahun nie walaupun dibuat awal daripada tarikh yang sepatutnya tapi still meriah.
Sebabnya kali nie jemaahnya lebih ramai...
Selalu sambut dengan famili kecil saya je.
Tapi tahun nie dapat samput dgn in-laws semua...(FIL,MIL,SIL,BIL) dan juga biras2 yang ada.
Oh ..tidak dilupakan jugak anak2 buah yang 5 orang tu...
Tu yang buat lagi meriah...

Kali nie kiteroang gi makan2 kat Tony Roma's Pavi.
Mula2 tue macam x sure lagi nak pergi sana sebab takut x dapat tmpt untuk crowd yg besar.
Ada 16 orang kot sekali nak duduk.
Tapi hasil usaha SIL, makanya kiteorang dapat reserved table for 16 paxs.
They usually dont do reservation during weekends.


Monday, April 8, 2013

Upin n Ipin's Mascot


Last Saturday, awal2 lagi dah paksa the kids bangun tido.
Kol 630am ayah dah kejut suruh mandi.
Me oso kena bangun awal ok.
Tak suka sungguh sebab hari cuti kan...bagi la chance bangun lambat sikit.

Hubby ada hari sukan untuk opis dia.
Event buat kat stadium UPM.
By 7.45am kiteorang dah tercongok kat situ.
Ramai lagi tak sampai.

Nasib la Amsyar n Anye ok je pagi tue.
Cakap nak keluar jalan jer bercahaya mata dua-dua orang.
Sampai stadium lagi la happy bila nampak balloon untuk officially launching kat padang tue.
Dah satu hal pulak dia nakkan belon tu.
Nasib la ada Ayah dia bagi lecture sikit.
Terus dapat melupakan hal belon tu.


Budak nakal tak nampak...huhu

F1 Sepang 2013


We were at Sepang again this year.
This year diaorang racing on 24 Mac yang lepas.
Macam dah jadi annual event pulak pi tengok racing nie.
Me bukan la hardcore sangat dengan racing nie.
Tapi kalau setakat nak layan racing nie xde hal la...
Maybe sebab saya suka kot anything yang related to sport.
Except golf...me dun likey sebab tak paham sukan tue.
Jargon sukan golf tu pun dah buat iolls pening.
So no golf for me...

This year we are wiser...heheheh..
Dulu sanggup beli tiket mahal2 nak tengok F1 kat Sepang tu.
Tahun nie kite bayar jugak tapi jimat separuh harga.
Kalau dulu dekat RM500 sorang tapi tahun nie RM500 tu dah boleh dapat tiket 2 keping..
Yeah.....(pat shoulder)

Nie semua sebab dapat beli tiket early bird...
Hah kau...bulan 12 dah beli dah
Punya la semangatkan....

Disebabkan dah beberapa kali pi F1 nie so kiteorang dah tau la sikit2 selok belok event nie.
Konpiden jer keluar rumah kol 12.15pm.
Sebelum tu pi singgah makan McD kat rumah tue sebab makanan kat Sepang tue semua cekik darah mahalnya.
Sekali kau...punyalah ramai orang kat situ.
And I can tell yang diaorang tue semua nak pi tengok racing coz semua dok tayang baju team masing-masing.
Mat dan minah saleh pun ramai jugak.
Bertabah je la menunggu makanan (iolls lepak je...laki i yang queue).
Perut dah bergangnam dah menahan lapar.

Tuesday, March 26, 2013

Businesswoman Wannabe....


Hi....(lambai-lambai kiri kanan kot-kot ada orang yang jengah blog nie).
Lama menghilangkan diri dari blog nie.
Tak busy pun tapi malas.
Bila malas tue, memang terabailah blog nie.
Cerita yang nak dikongsi pun dah basi.
So lupakan perkara yang lepas dan jangan ditangisi cerita2 yang dah basi tu.
Mari la teruskan hidup seperti biasa....
Update terus berita terkini sajork!!!

Last week seminggu tak masuk opis uolls.
Heaven tahap dewa...
It's not that I don't like my opis ke apa.
Tapi sesekali dapat tinggalkan opis seminggu memang sungguh seronok.

Tak ke mana pun sebenarnya.
Pergi menuntut ilmu di INTAN nun..
Sungguh teruja dapat surat panggilan kursus hari tue.
Tak sangka boleh dapat kursus tue sebab memang tak berkaitan langsung dengan keje kat opis.
Boss pun bagi green light..
Memula ingatkan kursus 3 hari je.
Sekali bila dapat jadual...hah..kau..seminggu berkampung kat INTAN
Mata iolls yang rabun...5 hari disangka 3 hari
Apa-apa pun, I loike...
2 minggu pun I sanggup uolls

Saturday, March 9, 2013

Teringat!!!!!



Early Mac hari tu ke JB....ada urusan sikit. Bertolak dari rumah around pukul 9am macam tue. SIL n her hubby pun join sekali. The more the merrier......sempatlah bergossip sakan sepanjang perjalanan ke JB tu. Macam-macam topik dapat cover.

Around pukul 11am lebih dh sampai ke Bandar Dato' Onn yg kiteorang nak pegi...Ada jugak sikit drama kat dalam kereta tadi. Tapi nasib baik ada Uncle Raju. Dia buat magic sikit...settled masalah kiteorang untuk hari tue. Settled buat apa yang perlu, perut pun start berkeroncong. memang patut pun sebab time tue dah pukul 3pm. Belum lunch lagi. Tadi berhenti breakfast kt RnR Seremban pukul 9am lebih...so perut memasing memang dah lapar.

Kiteorang singgah makan kat food court dekat dgn Dewan Jublin Intan. Dengan cuaca panas dan perut lapar memang terbaik la makan kat sini. 3 of us ordered Ais Jagung....Pergh...terbaik uolls. Yang buat ais jagung nie tersangat 'kick' adalah cecair coklat yang dicurah kat atas dia. My SIL kata dari dia sekolah sampai sekarang rasa dia tepat sama...TERBAIK!!!!!


Yummeh!!!!


Mee bandung ni pun sedap bangat. Tapi si tank kecik nie makan tak habis sebab perut dah penuh minum ais jagung...


Nie dia kedai uncle yang jual ais jagung tadi. Oh ye kiteroang tak order ais kacang tapi ais jagung. Bezanya ialah selain parutan ais, kat dalam tue hanya ada jagung dan cecair coklat. Sedap...tak tipu!!!!


Selain tue, dia ada jual char koi bakar macam gambar kat atas nie...Nie pun sedap. Masa kiteroang datang tue ada 2 3 kedai je buka kat food court tu. Tapi makanan kat situ semua sedap. Memang tak menyesal datang sini. Nie tengah citer ni pun dah teringit-ingat dah ais jagung dia..


Lepas dah settled episod makan-makan nie basically dah selesai la urusan untuk hari tu kt JB. So it was time time to go home. Cuma memandangkan hari masih muda kiteorang cadang nak singgah JPO. Dah alang-alang lalu. Saja jenjalan...xde niat nak shopping pun.


Us






Semua kedai weolls main keluar masuk je. Ada jugak yang berkenan tapi harga macam mahal dan tak berasa berbaloi untuk dibeli. So lupakan saja. Tapi masa masuk kat Coach tu, both me n SIL lepak lama sikit. Mata kiteorang tertumpu kat jewelry dia..especially the bangles. Tengah sale masa tue. Ada yang RM250 dan ada yang RM170 sajork. N masa masuk tue dia ada bagi discount card 25% lagi. So uolls kira sendiri la berapa je harganya lepas discount. And that was really cheap. Ada yang berkenan tapi bila pakai tak sesuai coz too big for my small hand. SIL pulak...tak muat bangles tue kat tangan dia. At last keluar dari situ dgn perasaan hampa.

As for hubby, dia lepak lama kat Nike mencari kasut futsal. Kasut futsal dia dah ke mana. Sejak insiden patah kaki tahun 2010 tu..memang tak pernah nampak bayang kasut tu. So tue tengah mencari la kot-kot ada yang berkenan di hati. Harga pun boleh tahan murah..






Nak rasa crepe dia sedap ke tak...Iolls dah tak beli pun sebab dah takde ruang dalam perut.



Then sambung lagi jalan. Masuk Clark n nampak this one shoe. So cantik. Ingat nak beli untuk Amsyar. Tapi bila tanya size, takde size untuk dia. Tension iolls tau. asal yang berkenan tue memanjang je takde size. Kalau tak berkenan tue banyak la pulak size dia.

Selepas dah tawaf habis JPO tue, SIL n me masih tak puas hati sebab still teringat2 lagi kat bangles kiteorang di Coach tadi (ceh...bangles kiteorang ko....). Cakap dengan the guys, kiteorang nak masuk Coach sekali lagi. The guys tak nak ikut..so diaorang lepak je kat bench kat luar tue.

Lepas dah belek2 seratus kali ....me n SIL dapat jugak bawak balik Coach masing-masing. Baru boleh tiido malam.....Hehehe!!!

New collection in da house!!!


Time to go home!!!!


Lepas nie akan kerap gak gi Jb so lain kali boleh gi makan2 lagi kat food court tu. Kalau ada budget lebih boleh singgah JPO lagi......jalan2 cuci mata pun ok jer kan!!!!



Tuesday, March 5, 2013

SPS @ Janda Baik, Pahang



Last week, on Friday saya ke Janda Baik, Pahang. Ada Seminar Perancangan Strategik (SPS) untuk opis. Pergi Jumaat, balik Sabtu. Nasib sehari je...walaupun terpaksa mengorbankan sedikit hari Sabtu untuk bersama family. Buatnya 2 3 hari lagi kejung kat atas tu.

Kiteorang menginap di Cheringin Hills Convention & Spa Resort. Untuk maklumat lanjut pasal tempat nie uolls boleh la semak kat sini. X pernah tau pun pasal tempat nie until dibawa ke sini oleh pihak opis. For me, boleh tahan jugak la tempat nie. Nampak macam baru lagi. Everything looks neat and clean. udara pun terasa segar sikit kat atas tu.

Bilik pun semua ok tapi saya tak berapa suka sangat dengan pencahayaan kat bilik tue. Sangat-sangat la suram. Nak bersiap pun rasa terseksa sangat. Dah la dapat bilik kat bawah..lagi la susah nak buka langsir tu. Kalau bilik kat tingkat atas tue jawapnya memang kutarik langsir itu seluas-luasnya.

Ok la malas nak citer pepanjang. Nak share gambar je...boley?????



Morning in Janda Baik. Sangat menenangkan.

Wednesday, February 27, 2013

Birthday Celebration



Lambat pulak up entry nie. Dah nak masuk Mac dah nie. So meh la kite citer sikit pasal birthday En. Suami untuk tahun 2013 nie. Kang sentap pulak tak share. Dok sibuk nak mengambil gambar segala tapi satu entry pun takde.

This year buat simple celebration je (erk...macam la pernah sambut grand-grand pun kan...). But yang uniknya tahun nie adalah kali nie kita buat double birthday celebration. Kebetulan my SIL dah balik for good kan so dapatlah kite sambut birthday suami SIL sekali. Birthday hubby is on the 17 Feb and birthday Abg Didie (SIL's hubby) is on 18 Feb. Makanya eloklah kite jamakkan sekali. Jimat masa dan tenaga nak arrange event segala.

But we celebrated it one day earlier (16 Feb) untuk memudahkan semua pihak. Masing-masing ada komitmen masing-masing so that was the most suitable time for everbody. Kali nie we had dinner at Johnny's  kat AU Setiawangsa. Nak pergi Johnny's Alpha Angle macam susah sikit dia nak accomodate untuk 16 pax at one go. So AU la yang terbaik.

Makan sampai nak pecah perut.




Dah besar sangat la kononya. Makan tak nak mummy suap. Dia nak suap sendiri. Layankan ajer....


The adults



The children

Lepas makan2, di AU kite balik ke rumah. Kat rumah buat majlis potong birthday cake pulak. Yang birthday boys rileks je tapi anak2 dia yang terlebih excited bila nampak cake. Laju je tangan dia sampai ke cake tu. Huhuhu... Tak caya tengok la gambar tu. Jadi quality controller bebudak nie.




Buat-buat busy bace buku. Ini semua poyo!!!!


Happy birthday to you...Happy birthday to you...Happy birthday to Didie n Jimmy....Happy birthday to you...






Family Picture
SIL with her family


Our family


With Ummi


The ibu-ibu dan the bapa-bapa




Tepat pukul 12am, barulah saya wish hubby happy birthday. This time around it was quite hard to find a present for him sebab dia tak menunjukkan tanda-tanda menginginkan sesuatu. Tapi tahun lepas macam lagi teruk je sebab langsung tak beli present. Saya pun macam tak pasti kenapa saya tak beli. Tapi dah jamak beli Samsung Galaxy Tab tue masa anniversary. So kira ok la kan.

But of course, at the end I managed to think of something that will benefited me as well. So I bought him a leather sling back from Valentino Rudy that is big enuff to put his tab. Sebelum nie asyik nak menumpang beg iolls je. Mentang-mentangla handbag kite besar, semua dia nak sumbat. Cannot ok. Berat nak membawanya... So sekarang dah ada bag sendiri sila beratkan bag sendiri. No more tumpang-tumpang..

Happy Birthday Chyang!!!!
Me love u so much!!!!





Wordless Wednesday


Just Us!!!!







Thursday, February 21, 2013

Family Day @ Desa Water Park



Awal bulan Februari tu dapat jemputan ke Family Day Sentosa Specialist Hospital (one of KPJ Hospital). Orang dah jemput, kite datang la memeriahkan suasana. Event buat kat Desa Water Park. So pagi tue dalam pukul 8am bertolak dari rumah terus ke sana.

The kids were pretty excited I must say. Maklumlah nampak air kan..semua pun happy nak main air. Kiteorang pernah jugak datang sini tahun 2010. Masa tue bertiga je la...without Aimery. Amsyar pun kecik lagi masa tu. Tak paham ape pun.

But not this time. Dia punya excited...sampai berseri-seri wajah!


Aktiviti pagi tue dimulakan dengan senamrobik. And macam dah jadi kemestian pulak lagu Gangnam dalam setiap acara. Nie tengah bergangnam la nie.

Tuesday, February 19, 2013

Makan-Makan


Citer masa CNY hari tue. CNY kali nie bertapa di KL sajork. Malas nak bergelumang dengan kesesakan lalu lintas. Malam CNY tue, masa dihabiskan dengan melepak dengan hubby, SIL n her hubby di Pelita area KLCC sampai kol 2am lebih.  Kata hari cuti kan so setakat kol 2am tue apa la sangat kan. Esok pagi tue belasah bangun lambat. Nasib ada si Bibik tengokkan bebudak. Sekali-sekala bagi can saya bangun lambat ye Bibik...

Later that evening, me, hubby, SIL n her hubby went to KLCC nak mencari screen protector utk camera and IPad. Sayang seribu kali sayang kedai MAC adalah tutup. CNY kan..so tak boleh nak cakap apa la. Banyak gak kedai yang tutup tapi umat manusia x pernah kurang. Penuh je KLCC tue rasanya. Lucky me... got my screen protecter for my new baby.

Dah pukul 3pm lebih masa tue, perut masing-masing dah mula berdondang sayang. We all decided makan kat Madam Kwan. Penuh jugak tempat tue walau pun dah lewat petang. But lucky us, we got our table. Nampak semua benda macam sedap. Perut tengah lapar, semua pun nak order.


Amsyar tagged along. Budak nie sekarang 24/7 sibuk  main game surf ke apa namanya tue.

Bad Start


Minggu yang tidak begitu baik. Orang dah 2 hari kerja tapi saya dah 2 hari MC. Hari Ahad dah rasa macam x sedap badan. Makan pun so-so je. Takde selera. Akibatnya malam dah susah nak tido sebab perut adalah lapar tapi x tak teringin nak makan. Kepala pun dah start pening pasal perut kosong.

Monday tu memang ting tong la kepala nie. Call PA Bos beritahu masuk lambat sikit coz nak pi klinik. Pi klinik kat area rumah nie n dapat MC sehari. Ok la tue..boleh la rest sikit. Sebab tadi bila berdiri lama pun dah rasa macam nak black out.

Balik rumah minum Milo secawan pas tu makan ubat apa yang patut terus zass sambung tido balik. Bangun tido perut lapar yang amat. But still takde selera nak makan. At last makan roti butterscotch sekeping and apple hijau yang bibik dah potong pagi tadi nak bawak ke opis kononnya. Pastu rest lagi.

Later dalam kol 5pm lebih perut adalah sakit tak ingat dunia. Memulas-mulas la pulak. Pendek kata dari pukul 5pm sampai kol 8pm tue, dekat 10 kali la berulang ke toilet sampai dah takde apa nak dibuang but still perut adalah sakit. Tapi lepas tue macam dah ok la sikit kan.

Bila dah asyik ke toilet, perut memang dah kosong gila. Lapar tahap gaban dah nie. Disebabkan itu, capai gak la sekeping lagi roti. Memang silap la makan roti tu. Bermula la balik drama ke toilet lepas tue.... Rasa nak pengsan ok!!!! Makan sikit tapi sakitnya...macam dah makan julab 1kg. Hubby tanya nak pegi klinik tak Time tu dah pukul 10pm lebih kot. Klinik kat rumah tue pun dah tutup. So dengan muka cover comel cakap.. 

"Takpe la...I cuba tahan, tengok nanti macam mana".

Wednesday, February 13, 2013

Krabi With Besties...Part 5


Part 5...? No, don't worry! Nie just nak wrap up je pengalaman selama 5 hari 4 malam di Krabi. Takde citer panjang2 pun. Pagi Ahad tue semua pun rileks je. Mana-mana tak habis shopping tu boleh buat last call lagi pagi tue. As for us, pagi tue kiteorang dah menapak ke Royal Tailor. Amik suit hubby yang tak siap lagi semalam. Alhamdulillah cantik je terletak kat badan. Kalau beli kat kedai tue, tangan panjang la...bahu jatuh la...macam-macam citer.

At 11am, shuttle dah ready untuk ambil kiteorang ke airport. Otw ke airport tue, sempat lagi menyinggah ke Outlet Village dia. Dah alang-alang lalu, berhenti je la kan. Bukannya nak membeli sangat pun (ye ke? boleh caya ke??). For more info boleh klik sini.

Tuesday, February 12, 2013

Krabi With Besties...Part 4


Yeay...sudah masuk Part 4. Ini bermaksud citer percutian nie dah nak habis (mesti uolls pun cakap...Thank God....at last....). Ok, paham!!!!! So jom citer laju-laju je untuk part 4 nie. Pagi  nie nak buat aktiviti darat plak. As usual, kol 8.30am dah menunggu shuttle amik. 

Semua orang join this akktiviti except for Azua n Bad coz diaorang dah buat aktiviti nie during their 1st visit. So for today, diaorang pergi buat water rafting. Ereen n Khairul dah bertolak ke Phuket untuk balik ke Malaysia. And today kiteorang tak hired private charted. Makanya selain kiteorang ada lagi 5 orang guests lain dalam shuttle yang kiteorang naik tu.

Ready  to start our journey