Tuesday, March 5, 2013

SPS @ Janda Baik, Pahang



Last week, on Friday saya ke Janda Baik, Pahang. Ada Seminar Perancangan Strategik (SPS) untuk opis. Pergi Jumaat, balik Sabtu. Nasib sehari je...walaupun terpaksa mengorbankan sedikit hari Sabtu untuk bersama family. Buatnya 2 3 hari lagi kejung kat atas tu.

Kiteorang menginap di Cheringin Hills Convention & Spa Resort. Untuk maklumat lanjut pasal tempat nie uolls boleh la semak kat sini. X pernah tau pun pasal tempat nie until dibawa ke sini oleh pihak opis. For me, boleh tahan jugak la tempat nie. Nampak macam baru lagi. Everything looks neat and clean. udara pun terasa segar sikit kat atas tu.

Bilik pun semua ok tapi saya tak berapa suka sangat dengan pencahayaan kat bilik tue. Sangat-sangat la suram. Nak bersiap pun rasa terseksa sangat. Dah la dapat bilik kat bawah..lagi la susah nak buka langsir tu. Kalau bilik kat tingkat atas tue jawapnya memang kutarik langsir itu seluas-luasnya.

Ok la malas nak citer pepanjang. Nak share gambar je...boley?????



Morning in Janda Baik. Sangat menenangkan.



Beautiful flowers...Tak tau apa nama bunga nie.



Sungai yang bersih dan sesuai untk berkelah dengan keluarga


Menikmati ice cream calong di kala cuaca panas adalah sungguh menyamankan. Just like before!!!


Makan di hotel memang mewah. Kalau selalu macam nie memang boleh membesar dengan jayanya.


Antara game yang kiteorang main pada petang tu. Game botol namanya. Sangat memerlukan fokus dan konsentrasi setiap ahli kumpulan. Our group won this game.


Kesimpulannya, banyak benda nak kena buat untuk tahun 2013 nie. Ada perkara-perkara yang seakan sukar untuk dicapai tetapi perlu dibuat. Nie memang betul-betul mission impossible konsepnya. I told my colleague, kalau la kita boleh capai apa yang dikehendaki oleh pihak atasan nie memang kita semua patut dapat APC tahun depan. We'll see how.....

As for this resort, sesuai la untuk mereka yang cintakan ketenangan dan alam semulajadi. Hanya anda dan alam sekitar sahaja di sini. You'll love it. I'm so sorry coz x sempat nak ambil more pictures for this place. Tapi rasanya semua maklumat yang uolls perlukan boleh diperoleh dari website diaorang. Beli pergi free macam nie la jadinya....hahaha. Keji sungguh perangai!!!!!!




No comments: