Yeay...sudah masuk Part 4. Ini bermaksud citer percutian nie dah nak habis (mesti uolls pun cakap...Thank God....at last....). Ok, paham!!!!! So jom citer laju-laju je untuk part 4 nie. Pagi nie nak buat aktiviti darat plak. As usual, kol 8.30am dah menunggu shuttle amik.
Semua orang join this akktiviti except for Azua n Bad coz diaorang dah buat aktiviti nie during their 1st visit. So for today, diaorang pergi buat water rafting. Ereen n Khairul dah bertolak ke Phuket untuk balik ke Malaysia. And today kiteorang tak hired private charted. Makanya selain kiteorang ada lagi 5 orang guests lain dalam shuttle yang kiteorang naik tu.
Ready to start our journey
Otw to Tiger Cave
Dah sampai
Kat atas tu ada temple tapi untuk panjat 1237 anak tangga semata-mata nak tengok temple memang tak la jawapnya. So lupakan saja pasal temple tue. Kot-kot panjang nanti, tak sempat turun. Van dah jalan dah. Itu pun masa nak bertolak dari tempat nie ke lokasi seterusnya ada drama sikit. 3 orang daripada guests yang lain tue lambat ok. Tak mematuhi masa yang ditetapkan. Orang dah kata pukul 11am tue follow je la. Dah la kiteroang terpaksa menunggu dia, pastu boleh lagi jalan lenggang kak Limah. Pastu siap singgah kedai beli air lagi. Terbakar je kiteorang. My hubbby siap pergi panggil lagi diaorang kat dalam kedai tu. Sangat tak sensitif.
Tak naik yang tu, kite melawat Forest Park dia je la. Yang nie tangga dia tak banyak dalam 200 lebih anak tangga je. Yang nie semua gigih lagi nak panjat
Yaya taking her own sweet time memanjat tangga..No pressure ok
Nie adalah benda-benda yang boleh dilawati kat sini
Dipanggil hall dan digunakan untuk aktiviti keagamaan
The Cave - ini pun banyak digunakan untuk tempat sembahyang diaorang
The Big Tree - 1000 Tahun umur pokok nie
Next stop adalah elephant trekking and baby elephant show. I must say nie tempat yang paling exciting dalam banyak-banyak tempat yang kiteorang pegi hari ni.
First mari kite tgk baby elephant nie menunjukkan kehebatannya melakukan aksi2 yang diarah dari penjaganya. Dia boleh main gelung, boleh tiup harmonika, boleh joget, dan etc.....
Hubby tengah bagi makan baby elephant nie. Pisang tu satu bekas diaorang jual 50 Baht. Kiteorang beli satu bekas je n gilir-gilir bagi elephant tu makan. Saya tak bagi sebab saya adalah pentakut dan geli tgk mulut elephant tu.
Hubby kena kiss dengan elephant. Yikes!!!!!Geli!! Pastu cecepat basuh muka sebab dia kata macam ada hingus je kat pipi dia. I is geli ok nak cium u lepas tgk elephant tu kiss u!!!
Walaupun muka nampak ceria bergambar dengan elephant tapi sebenarnya tengah cuak tue. Takut elephant nie tetiba je mencium diriku ini
Lepas tue kite start elephant trekking pulak. Fun giler benda nie sebab 1st time naik elephant dalam hutan. Naik elephant kat zoo tak fun ok..tak mencabar minda langsung
Lalu dalam ladang kelapa sawit adalah terbaik. Jalan adalah bebukit dan berlopak-lopak menyebabkan anda rasa terhuyang-hayang sampai rasa nak jatuh. Tapi gajah instructor nie semua handal mengawal gajah masih-masing. Cuma rasa kesian sikit kat gajah nie sebab kalau diaorang noti tak nak dengar instruction, ia akan dipukul dengan menggunakan alat seperti cangkuk yang tajam dan keras. Kiteorang berdoa je gajah tue mendengar cakap supaya dia tak dipukul. Kesian ok!!!!! Btw, ini adalah pasangan yang sangat berbahaya semasa aktiviti ini. Gajah dan instructor dia pun melayan dioarang mengenakan kiteorang yang lain. Kalau tak kena cium dengan gajah, kena simbah dengan air. Very the noti. Terjerit-jerit kiteorang dibuatnya. Semua orang cuba melarikan diri dari pasangan dan gajah ini.
Excited faces
Habis aktiviti bergajah, kite makan dulu. Lunch nie dah include dalam package
Next stop adalah Emerald Pool. Jauh gak nak sampai tempat nie daripada tempat elephant trekking tadi. Ada dalam 45 minit kot. Semua belasah tido dalam van. Kepenatan berjerit-jeritan naik gajah tadi. Sampai kat Emerald Pool nie nak kena jalan masuk ke dalam lagi baru jumpa poolnya. Dalam 800 meter la jugak kami menapak.
Basically ok la kot tempat nie. Masa memula sampai tue macam kagum la jugak tengok pool tue. Hijau gitu....sebab tue diaorang bagi nama emerald pool kot. Entah la....malas nak google. Tapi bila masuk ke dalam pool itu rasa macam...erk...kenapakah dasarnya seperti berselut? I is geli...OMG!!! Mesti kaler hijau tue sebab selut/lumut kat bawah nie. My girls yang lain semua tak swim...main-main air je seperti gambar di atas. Iolls pun sekejap je kat dalam pastu naik dah. Stop kat sini pun tak lama..dalam 45 minit jer. Elok la jugak coz macam tak berapa nak best sangat lepak kat sini.
Our last stop for today adalah Hot Stream. Dari Emerald Pool ke Hot Stream nie x jauh dalam 20 minit dah sampai. Hot Stream nie ala-ala kolam air panas kat tempat kita. Nie pun nak kena menapak sikit sebelum sampai ke lokasi sebenar. Bila sampai tue yang boleh tahan ramai orang. Memula tak dapat nak meloloskan diri kat kawasan yang panas airnya tapi lepas tue berjaya gak mendapatkan spot untuk berendam. Masa memula masuk mak ai...rasa macam melecur kulit but then lepas tue rasa sungguh selesa sampai tak nak keluar. Lepak kat sini dalam 45 minit jugak. Lepas tue, time to go back to the hotel.
Makan malam terakhir di Krabi. We all decided nak makan kat Lemon Restaurant. Apparently tempat nie macam glamer among Malaysian sebab malam tue ramai betul orang Malaysia yang kiteorang jumpa makan kat situ. Tempat nie pun Ereen yang recommend n dia kata sedap. Tu yang kiteorang nak cuba tu. Tapi sayang Ereen takde sama, dia dah bertolak balik dah time nie. Nasiblah iolss sampai awal dan sempat booked meja. If not kena tunggu meja kosong la jawapnya. Anyhoo we had a great dinner. The food was good too. Tak sempat nak amik gambar makanan pasal semua pun dah lapar. Licin dikerjakan semuanya.
As usual, after dinner adalah aktiviti bebas. So malam tue kiteorang ambil kesempatan berjalan di kawasan sekitar sambil membeli souvenirs untuk dibawa pulang. Before that stop sekejap kat Royal Tailor nak ambil suit hubby. Masa datang tu around pukul 9.30pm kot. Sekali dia kata tak siap lagi. Pukul 10.30pm nanti baru siap. Erk....takpelah esok je la kiteorang amik. Tak kuasa nak melangok kat sini. Banyak benda lagi nak buat (read : shopping).
Malam tue melilau la kiteorang cari barang. Uolls kalau membeli kat sini kena berhati-hati. Jangan beli melulu je. Kena survey-survey harga jugak. Dalam kes kiteorang hari tu, ada ke patut dia bukak harga t-shirt for kids 250 Baht selai. Lepas tawar dia bagi 220 Baht. Ada ke patut??? Mahal giler ok. Of course kiteorang blah je n blacklist kedai tue. Jalan punya jalan, sekali dapatlah t-shirt harga 100 Baht. Punya la jauh beza dengan kedai yang tadi tue.
Ingat nak massage seround lagi malam tue tapi dah tak sempat. Shopping je dah dekat kol 12pm. Kaki pun sudah penat, moh la kite balik dan tidur. Barang pun tak pack lagi but tak kisah sangat sebab esok masih ada. Esok saje kite kemas. Mata sudah ngantuk.
Ready to go home...tak sabar pulak rasanya!!!!!
No comments:
Post a Comment