Awal bulan Februari tu dapat jemputan ke Family Day Sentosa Specialist Hospital (one of KPJ Hospital). Orang dah jemput, kite datang la memeriahkan suasana. Event buat kat Desa Water Park. So pagi tue dalam pukul 8am bertolak dari rumah terus ke sana.
The kids were pretty excited I must say. Maklumlah nampak air kan..semua pun happy nak main air. Kiteorang pernah jugak datang sini tahun 2010. Masa tue bertiga je la...without Aimery. Amsyar pun kecik lagi masa tu. Tak paham ape pun.
But not this time. Dia punya excited...sampai berseri-seri wajah!
Aktiviti pagi tue dimulakan dengan senamrobik. And macam dah jadi kemestian pulak lagu Gangnam dalam setiap acara. Nie tengah bergangnam la nie.
Opss!!! Sapa yang ecxited di sini?
Aimery muka blur
Later on, acara sukaneka pulak. Amsyar telah meng'offer'kan diri untuk join the games. Mummy is shocked. Tak pernah ok dia volunteer diri macam nie. Dia excited kot tengok ramai bebudak yang tak sabar nak main. Dia pun nak join sama. Of coz mummy penuhi permintaan dia n bawa dia masuk dalam line. Dia x berapa paham sangat how to play the games so mummy and Ayah terpaksa menyibuk di situ.
Proud of him. Dah pandai dah nak get involved dengan semua benda nie. Tapi lari terkedek-kedek je. Chomel sungguh. Kawan-kawan semua dah jerit suruh cepat. Tu orang tengah bersorak untuk Amsyar
Dah selesai turn kena duduk dan tunggu kawan-kawan yang lain.
With his cousins - Aoife n Fiona
Habis games, masa untuk terjun ke dalam air. Sorry la pasal gambar dalam air takde sebab mummy pun dah sibuk kebasahan dan malas nak pegang camera. Ya Ampun, kalau dulu datang sini tak tau apa... kali nie tak terkejar den dibuatnya. Seronok betul main area surf shark tue. Kekejap nak naik atas. Mummy nie tak abis lagi penat naik tangga tadi dia dah tarik tangan suruh naik lagi. Amsyar...mummy dah tua...stamina dah kureng. Sila bagi ruang mummy amik napas dulu.
Naik slide tak main yang rendah-rendah ok...Kalau tanya dia, Amsyar nak naik yang mana? The big one or the small one? The big one katanya...Maksudnya nak naik yang tinggi tue. Tak mau yang rendah-rendah. Pastu nak pergi solo ok. Tak main la mummy pegang-pegang nie. Memang tak dapat la kan. Gila berani budak nie. As for Aimery, dia ada penakut sikit. Semua pun tak nak main. Semua pun naik mummy pegi. Oh tapi dia suka la main-main kat gigi air tu. Tak mencabar langsung.
Lepas mandi semua kelaparan. They all ada provide food tapi the ayam masak merah was too spicy for the kids. So makan hot dog je la bebudak nie. Around 2.30pm we left the park. Dalam kereta budak berdua nie belasah tidur. Mau tak penat seharian berendam. Muka Amsyar dah macam udang kena bakar. Kulit cerah macam dia memang cepat je merah...huhu...
They really enjoy themselves. This week ada invitation lagi so boleh la kita bermandi manda di tempat berikutnya. Insyallah....
1 comment:
Salam. Sis. Nak tumpang tanye sikit boleh? Saya tau post ni dh lama gile. Tp bila browse2...naik yg ni. So...nak tanye..buat family day kat sini dorg yg organise ke..or mcm mane? Dia ade package ke ape..? Tqvm
Post a Comment