Part 5...? No, don't worry! Nie just nak wrap up je pengalaman selama 5 hari 4 malam di Krabi. Takde citer panjang2 pun. Pagi Ahad tue semua pun rileks je. Mana-mana tak habis shopping tu boleh buat last call lagi pagi tue. As for us, pagi tue kiteorang dah menapak ke Royal Tailor. Amik suit hubby yang tak siap lagi semalam. Alhamdulillah cantik je terletak kat badan. Kalau beli kat kedai tue, tangan panjang la...bahu jatuh la...macam-macam citer.
At 11am, shuttle dah ready untuk ambil kiteorang ke airport. Otw ke airport tue, sempat lagi menyinggah ke Outlet Village dia. Dah alang-alang lalu, berhenti je la kan. Bukannya nak membeli sangat pun (ye ke? boleh caya ke??). For more info boleh klik sini.
Pic from google
Pic from google
Pic from google
Pic from google
Pic from google
Ada lebih 100 brands kat sini. Contoh yang famous macam Nike, Puma, Lacoste, Clark, Adidas, Esprit, Geox. Tapi ada jugak brand yang iols tak kenal (mungkin uolls kenal). Dah round satu outlet tapi xde benda yang berkenan untuk diri sendiri. Untuk the kids, ada jugak ternampak kasut Ben10 yang super cute tapi takde size la pulak. Tension makcik tau, yang nak tu la takde. At last, memang tak beli apa pun kat sini.
Later on, terus ke airport. Sampai awal supaya boleh lepak-lepak. Flight pukul 2.25pm kalau tak silap. Lepas dah makan tue saya minta diri nak masuk dulu dari kawan2 yg lain sebab nak pergi claim VAT. Mudah je urusan VAT tue sebab takde orang. 5 minit dah siap dan dapat balik duit 1000 Baht (RM100). Wah ini sudah untung ada 1000 Baht lagi untuk belanja sebelum balik Malaysia. Tapi memang dah takde benda nak beli dah. Tukar balik duit Baht tue dalam flight. Ini untungnya ada kawan keje AirAsia, dan-dan tue jugak dapat tukar balik duit RM. Ada baki dalam RM221. Btw, kalau dapat claim 1000 Baht, maknanya Samsung Galaxy camera tue harganya 1599 Baht saja la. Hari tue tengok kat Samsung KLCC harganya RM1899. Iolls jimat RM300 di situ. I loike!!!!!
So all n all we had a really fun trip. TQ gurls for making it happened. Dan disebabkan trip ini berjaya dengan cemerlang, maka aktiviti percutian BFF ini akan diteruskan untuk siri berikutnya. Kali nie Erin pulak jadi PM nya. Oh...tidak sabar rasanya!!!!
N now nak share pulak pasal kerosakan yang telah dilakukan. Basically this is just a guide for you guys. Kalau ada bajet lebih boleh belanja lagi banyak, kalau bajet ciput pun xde masalah sebab banyak pilihan kat sana. Belanja ikut kemampuan la ye.
Shuttle from Airport to Hotel : 750 Baht (bagi 2 dengan Azua)
Hotel : Ao Nang Beach Resort (5D/4N) : 5200 Baht (1300 Baht/night)
4 Islands Trip : 5700 Baht (950 Baht/couple)
Land Activities : 900 Baht / person
Island Fees : 70 Baht (2 islands)
Massage : 600 Baht (2 person)
Shuttle from Hotel to Airport : 850 Baht (170 Baht/couple)
Suit : 3000 Baht
* Shuttle to Phuket (return) : 4500 Baht (bagi 2 dengan Azua) (* Optional)
And the rest adalah bajet untuk makan dan beli souvenirs. So kalau adalah sesapa yang ada perancangan nak ke Krabi, nie lebih kurang anggaran perbelanjaan yang diperlukan. But as I said, boleh cari pakej yang mengikut keperluan dan bajet anda. No worries!!!!!
But pergi beramai-ramai macam nie adalah sangat untung. Contoh macam shuttle airport tu. Naik 4 orang 750 Baht, naik 10 orang kena 850 Baht..so mana lagi menjimatkan? Basically lebih ramai orang dalam group lebih murah bayaran yang diaorang charge. So pergilah dalam group yang ramai supaya dapat pakej yang berbaloi.
Good luck guys!!!!!
P.s. Yeah...dah khatam citer Krabi!!!!!
1 comment:
Nice wrapped up about Krabi Miri...bravo! Huhuhuhu...Tioman is waiting next...hehehe...
Post a Comment