Dah ada perkembangan jugaklah rumah kiteorang nie. Daripada kosong takde apa, dah nampak lah macam rumah sikit bila dah bawa masuk barang sedikit demi sedikit. Memang kiteorang nie agak lembab sikit. Progress buat masa nie berlaku dengan sangat slow. Hari nie buat kitchen cabinet. Sebulan pastu baru nak pasang blind. Blind tu pun tak complete lagi sebab hari tue ada 2 tempat yang ukurannya tak sama dengan tingkap, so kedai kena pegi buat baru. Dan tingkap kat balcony atas baru diukur sebab baru siap daripada renovation. Tu tak tau la bila pulak nak dipasang....Sigh!!!
Sebulan pastu baru nak pasang barang-barang elektrik yang dah dibeli daripada HOMEDEX bulan November tahun lalu. Nasib la kedai tu boleh hold lama-lama kan. Tu pun ada lagi lampu-lampu yang tak cukup dan belum dibeli lagi. Setakat nie pasang apa yang ada dulu. Entah bila la pulak nak cari lampu tu. Hari tue ada gak cari kat Bangi tapi tak ada yang berkenan. Area lain tak survey lagi. Uolls ada cadangan tak kat mana da jual lampu yang lawa-lawa?
|
Living dan dinner area |
|
Pasang blind saja di rumah kerana tuan tanah malas nak menukar langsir selalu |
|
Bilik bawah. Untuk tetamu dan anak-anak melepak di waktu siang |
Lepas tu baru terhegeh-hegeh nak ambil sofa yang dah dibeli sejak bulan Jun 2011. Boleh???? Dekat setahun sofa tue dok kat gudang. Kalau dia charge sewa gudang tue agaknya, lagi mahal harga sewa daripada harga sofa. Nasib FOC jugak.
Memula tu risau gak sofa bagak nie tak muat nak letak kat living area. But it turned out it fit nicely. Selamatlah kita di situ. Kalau tak muat terpaksalah memecahkecilkan (wah...macam urusan tender pulak yang x boleh nak dipecah kecilkan) sofa tue supaya bagi muat dengan ruang tamu.
|
Dry kitchen. Plastik cover tak buka lagi sebab takut calar katanya... |
|
Wet kitchen |
|
Bilik bibik |
Then baru la sibuk-sibuk melawat Ikea untuk cari katil bagi bilik sendiri. Jalan punya jalan takde satu pun yang berkenan di hati. Last-last beli extra cupboard untuk letak kat tingkat atas, carpet, kabinet untuk toilet, high chair untuk dapur and stools for the kids. Part katil tue terpaksalah meronda lagi sekali kat mana-mana.
And last weekend we managed to stop by kat Bangi untuk cari barang rumah. Masuk beberapa kedai jugaklah untuk buat comparison dan mencari design yang sesuai. Alhamdulillah bertemu juga dengan pujaan hati. Beli gak beberapa benda lain. So kalau takde aral, insyallah esok barang tu diaorang akan hantar di rumah. Saya sungguh happy pasal dah selesai dah part yang besar-besar nie. Actually ada 1 bilik lagi yang takde katil tapi buat masa nie kiteorang decide utk biar dulu kosong. Budget adalah sangat ketat sekarang. So nanti ada rezeki baru cari katil untuk bilik tu. Ke ada sapa-sapa nak bagi kiteorang present katil sempena pindah rumah baru nie? Terima kasih la uolls..kami menerima dengan lapang dada...(mode perasan sorang diri!!!)
|
Bilik the kids sebelum bawa masuk barang |
|
Cupboard di bilik Amsyar n Aimery |
|
Katil Cars2 yang digila-gilakan oleh Ayah dan Mummy |
|
Top floor |
|
X boleh nak pakai lagi sebab xde connection ke saluran paip air |
|
Kawasan tepi rumah yang baru ditambak pasir |
Basically tinggal sikit-sikit lagi je yang nak disettlekan dan barang-barang yang kecil je yang nak dibawa ke rumah nie. Banyak jugak barang-barang yang dah sedia ada macam pinggan mangkuk yang dapat masa wedding dulu. Kesian pinggan mangkuk tue, masih tersadai tak digunakan. Bak kata MIL, sampai ada cucu pun tak payah beli pinggan mangkuk sebab banyak sangat. Memang tak nak beli pun mum sebab takde tempat nak letak pinggan yang banyak tu.
So esok nak ke rumah di Bukit Mahkota untuk tengok semula mana barang yang nak ditransferkan ke rumah baru nie. Pastu nak minta tolong Aunty Jan dan Uncle Din bawa pekerja diaorang tolong bersihkan rumah tu. Diaorang tue professional cleaner, buat franchise Duraclean. Kiteorang memang dah cuba bersihkan rumah tue tapi dah 2 kali bersihkan pun masih terasa berhabuk bila berjalan. So mari kita serahkan pada yang pakar. Dah tak larat dah nak buat dua orang je.
Lepas dah kemas tue rasanya macam nak amik cuti untuk kemaskan barang-barang pulak. Sekarang kotak-kotak semua masih bersepah kat dalam bilik. Nak buat waktu weekends memang tak sempat la. Banyak sangat program. Nak spend masa dengan Aimery dan Amsyar pun kadang-kadang tak sempat. Kesian kat diaorang. Dah lama tak pergi keluar dengan Ayah dan Mummy. Weekends nie pun dah penuh jadual dengan wedding dan macam-macam.
Hopefully boleh settlekan urusan pindah rumah nie sebelum Ramadhan. If dah masuk bulan puasa lagilah payahkan. Nak jugak merasa berpuasa di rumah sendiri tahun nie. Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya. Wish us luck k...
Enjoy your weekends peeps!!!!
5 comments:
Wah..dh nak siap dh. Best best..
effi bila mau pindah???
Mmm..planning nx year..but, every year since 2010 pun kata nx year..ahaks. Still manja nak suruh my mom n mom-in-law jaga kan anak2 kita org ni. But, rasa nye 2013 ni definite la..after PM bentang Budget 2014 speech wh probably in sept 2013.
nice house babe! cepat2 housewarming.. :))
ye azua..memang tak sabar nk pindah nie.
Post a Comment