Nie benda serius nie. Saya pun macam pelik pulak kenapa
tiba-tiba saya nak kena buang kerja. Saya telah dimaklumkan bahawa pihak
pengurusan nak ambil tindakan tatatertib buang kerja pada saya. Saya rasa saya
tak buat salah apa-apa tapi kenapa nak dibuang kerja.
Saya perlukan penjelasan. Bila disemak balik katanya saya
selalu tidak bertugas pada waktu yang ditetapkan. Saya selalu pergi ke hospital
dan lewat balik ke pejabat. Yang lain takde pulak diaorang ckp apa-apa. Saya bidas
balik pada pihak pengurusan. Setiap kali saya ke hospital saya akan dapatkan
time slip sekali. Biasalah kalau pergi hospital tue kalau tak sampai sejam dua
memang tak sah. Tu pun kat hospital swasta. Kalau hospital kerajaan mau makan
setengah hari.
Saya dah cuak gila dah. Dah fikir kalau tak kerja macam mana
nak bayar hutang piutang keliling pinggang (hutang-hutang yang legal semuanya).
Dah rasa nak nangis pun ada. Tak pernah
terfikir akan dibuang kerja. Dalam kepala memang dan fikir nak keja sampai
pencen nanti. Lain pulak jadinya.
Dalam kepala masih tak puas hati kenapa boleh jadi macam nie. Kenapa saya tak diberi warning oleh Boss? Kenapa tak bagi peluang untuk saya buat penjelasan? Saya rasa saya dianiaya dan kalau boleh nak saman mereka-mereka yang terlibat. Biar diaorang tahu yang tindakan buang kerja yang diaorang ambil tue tak sah.
Tiba-tiba terdengar suara budak menangis. Makin lama makin
kuat bunyinya. Tapi kenapa macam gelap je nie. Tadi macam terang menderang je
suasana macam kat opis. Ramai orang pulak tue. Aimery makin kuat menangis.
Oh..ok….mimpi rupanya!!!!! Gila seram mimpi nie. Apsal pulak
boleh mimpi pasal kena buang kerja plak nie? Choi betul. Terbawa-bawa dengan
kisah-kisah dalam buku Setitik Nila la nie. Sampai termimpi-mimpi dibuatnya.
Moral of the story : Basuh kali sebelum tidur dan sila baca
doa tidur.
PEACE UOLSSS!!!!!!!
2 comments:
lol, org pn cuak bile bace haha
hehehe..memang tu pun tujuannya
Post a Comment