Tuesday, May 31, 2011

Sharing is Caring...Propolis


Salah sorang my aunty pernah dok England satu masa dulu sebab hubby dia sambung belajar kat sini. Bila balik Malaysia dia ada perkenalkan Propolis Liquid. Katanya elok untuk menguatkan daya ingatan. Elok untuk anak-anak yang tengah belajar dan nak ambil exam. Orang tua pun boleh makan. Takde salahnya. Propolis nie bertindak melalui sifat anti-oksidan bioflavonoids yang dapat membantu mengekalkan sistem immunisasi badan.

Beehealth - Propolis Liquid
Propolis is a natural substance collected by honey bees from buds and trees. It contains tree resin, essential oils, waxes and bioflavonoids.Bioflavonoids are one of the most important components in propolis. The antioxidant properties of bioflavonoids may help to maintain a healthy immune system.

Penggunaannya sangat mudah. Hanya campurkan 4-5 titik dalam air suam dan amalkan 2 kali sehari. Yang paling menarik, my dad pun dah start minum benda nie. Lepas sebulan amalkan benda nie, kandungan gula dalam darah dia berjaya diturunkan (my dad ada diabetes). Selalunya kalau pergi jumpa doc untuk check up, bacaan darah dia sentiasa tinggi (berbelas-belas kalau tak silap). Doc pun terkejut sebab masa tue bacaan darah dia around 4 ke 5 saja. Doc siap tanya, awak makan apa???

I'm not so sure propolis nie boleh turunkan kandungan gula dalam darah but it works for my dad. Alhamdulillah. Tapi tuelah, ayah saya nie bila dah ok dah dia makan ikut suka hati saja. Haissshhh...susahlah macam nie!!! So mungkin anda mungkin boleh cuba benda nie sekiranya menghadapi masalah yang sama. Tak salah mencubakan. Good luck!

Kat Malaysia ada tak benda nie ye? Di London nie 1 botol 30ml Propolis dijual pada harga 5.19 pound (dulu 4.99 pound je sejak VAT naik harga benda nie pun naik). Masa my dad datang sini dia borong banyak benda nie. Nak buat stok kot. Rasanya kat Malaysia takda. Tapi kalau ada mungkin boleh cuba.

Cun


Malam tadi macam tak apa-apa nak buat. Hubby tengah layan movie A Few Good Men. Saya macam malas nak tengok citer tu. Apa nak buat ye? Tetiba teringat MIL datang hari tue ada bawa a few DVD citer melayu. Best gak kalau layan nie. Aimery n Amsyar dah tidur. Memang sesuai sangatlah kalau nak tengok. Kalau diaorg ada harapanlah nak tngok DVD dengan tenang.

Saya pilih cerita Cun. Filem komedi oleh Osman Ali. Pelakon utamanya Remy Ishak dan Maya Karin. To tell the truth, tak sampai 5 minit tengok dah rasa bosan tak ingat. Kenapalah ada lagi cerita Melayu macam nie? Buat lawak yang tak berapa nak lawak. Senang kata lawak bodoh. Walau pun bosan, gigihkan juga menonton sebab manalah tau kot2 ada harapan nak tgk babak-babak yang boleh meng'wow'kan filem nie. Tapi memang takde lah kan. Tengok sampai part maya Karin lari balik ke KL je pastu stop. Tido lagi bagus. Tak ghalat pun x tengok sampai habis.

Bukanlah nak kutuk filem Melayu tapi kenapa sampai sekarang filem kita masih di takuk lama. Ceritanya takde lain, orang kampung bercinta dengan orang bandarlah, cinta terhalanglah. Dah bosan tengok citer macam nie. Hopefully pengarah-pengarah filem kat Mesia nun boleh hasilkan filem yang lebih bermutu lepas nie. Lagi pun dah ramai pengarah muda yang berjaya menghasilkan filem yang boleh dibanggakan macam Shamsul Yusof dan Edry Abd. Halim.

Ada lagi DVD yang belum tgk. Hikayat Merong Mahawangsa dan Dalam Botol. Review yang saya baca sebelum nie boleh tahan. Perlu mencari masa yang sesuai untuk layan 2 filem nie. Harap-harapnya tidak menghampakan.

Monday, May 30, 2011

Demam Bola


Semalam rata-rata orang bercerita pasal bola. Final UEFA Championship 2011 antara Manchester United FC dengan FC Barcelona. Semalam masa pergi Hyde Park pun ada UEFA Championship Festival. Meriah I tell you. Bersemangat penyokong masing-masing. Saya x amik pot pun sebenarnya pasal bola nie. Layan-layan macam tue je.






Juara pun semua orang dah tau. Barca menewaskan ManU dengan jaringan 3 - 1. Jaringan Barca oleh Pedro Rodriguez (27'), Messi (54') dan Villa (69') manakala gol tunggal ManU hasil jaringan Rooney (34'). Saya dan hubby lepak kat rumah semalam sambil menonton final antara dua pasaukan nie. ManU nampak macam kena main je dengan Barca (jangan marah ye penyokong ManU). Tapi takpe, tahun depan ManU boleh cuba lagi.

Barcelona crowned as Messi and Villa see off United

EPL dah habis UEFA Championship pun dah selamat. Saya sangat gembira sebab buat sementara waktu tak payah tengok bola. Hubby kalau tengok bola amatlah bersemangat. Apatah lagi kalau Arsenal yang main, kecoh betul dia. Macam nak bergaduh pun ada bila geram tengok pemain Arsenal tue main macam ntah apa-apa.

Mari kita tengok sukan yang lain pulak. Apa ada ye? Oh ye, tennis, F1 dan macam-macam lagi.

I loike!!!!

New Diet and Exercise


Lepas delivered Aimery I still had another few kilos to shed. Dengan gaya hidup sekarang which is melepak di rumah dengan anak-anak sahaja amatlah tidak membantu proses penyingkiran segala kilogram yang terlebih itu. Maka haruslah diusahakan sesuatu. Nanti bila nak start kerja semula x payahlah nak fikir pasal wardrobe kan sebab baju yang lama masih boleh dipakai. Kalau x kembali ke berat asal haruslah kena shopping baju baru nanti. Very the no..no...no..ok??!!! Membazir satu hal dan kalau berat tak turun mesti susah nak keep up dengan anak-anak saya yang masing-masing dah semakin lasak. So mummy kena turutkan berat no matter what. Maybe some people kata badan saya nampak sama je macam sebelum beranak dulu. Sila jangan tertipu ya kawan-kawan. Masih ada lagi lemak-lemak tersembunyi di badan ni.

Sebagai langkah ke arah menurunkan berat badan saya telah membeli produk Herbalife. Macam-macam produk ada di pasaran tapi saya rasa macam nak cuma yang ini. Setakat nie dah 3 hari saya ubah diet seharian. Breakfast and dinner with the shakes dan lunch macam makan biasa. Masa mula-mula tu memang dugaan sangat dashyat. Lapar tak payah cakaplah. Pastu semua benda nampak sedap jer. Damn!!!! Tapi sebab dah beli benda alah nie mahal-mahal haruslah mendisiplinkan diri. Kalau tidak...lupakan saja niat murni nak kurus tu. Berkesan ke tidak produk nie belum boleh nak cakap sebab baru consume 3 hari kan. Nanti after 1 month kita lihat progress yang berlaku. Harap-harap berbaloilah pelaburan ini.



Besides Herbalife (saya je guna produk nie, hubby x guna), hubby ada beli 10 Minutes Trainer by Tony Horton. So setiap hari we all akan pastikan diri masing-masing membuat exercise sekurang-kurangnya 10 minit. 1st day starts with cardio exercise, 2nd day buat total body exercise, 3rd day buat yoga flex. Ulang balik exercise tu untuk hari-hari seterusnya. Kalau larat boleh buat 2 hingga 3 jenis exercise 1 hari. Erm..saya tak larat buat masa nie so 1 jer setiap hari (dasar pemalas la katakan). The best part about this exercise is kami berdua buat benda nie so we support each other. Hubby pun semangat nak turutkan kebuncitan perut sebelum balik Malaysia.


Cerita panjang-panjang pun tak gunakan so kita tunggu dan lihat hasilnya nanti. Menjadi ke tidak usaha kami nie?? Will update more about this later. Tungguuuuu.......

Thursday, May 26, 2011

Bling Bling and Shoe


My charm bracelet. MIL bought this for me. TQ mummy. Going to add a few more charms to it to make it more bling bling.




My new Ferragamo shoe. I must say this is the most pricey shoe that I have. It's so comfy and I just love the color. Will try to kecek hubby to get me the other shoe that I adore but no size available.

P.s.: I think I'm starting to love this brand already.

Lenguh Kaki


Dah beberapa hari nie tak sempat nak update apa-apa kat blog kerana saya adalah busy. Bukan busy dengan kerja rumah tetapi busy bershopping (wah...busy shopping katanya!!!!). Well mungkin kena betulkan sikit ayat, busy temankan tetamu dari Malaysia bershopping. Saya shopping sikit-sikit jer. Tu pun nasib ada orang nak belanja kan. Maklum sahaja lah saya nie suri rumah sepenuh masa yang tak bergaji (buat masa nie la...insyallah bulan 9 nanti akan menyambung khidmat untuk negara terchenta...hehehe).

Sesi bershopping berlangsung 3 hari berturut-turut I tell u. Boleh dikatakan kedai buka sampai kedai dah nak tutup barulah selesai aktiviti bershopping pada hari tue. Hari pertama dimulakan dengan bershopping di Regent Street. Since that day adalah hari Ahad, most of the shops opened at 12pm. Kedai x buka lagi kami semua dah tercongok depan pintu ok!!!! Punyalah semangat nak shoppingkan. Bukan apa, takut tak sempat jer sebab hari Ahad kedai buka sampai pukul 6pm jer. Tu yang x nak buang masa. Harus menggunakan 6 jam yang ada secara maksima.

We went to few shops and bought some stuffs. Ummi borong Thomas and his friends train kat Hamleys untuk Amsyar. Suka giler mamat tue nampak banyak train. Pastu ada pulak Playmobile hospital set half price. Ummi nampak jer terus beli. Tapi Amsyar x boleh la nak buat lagi sebab benda2 tue quite complicated. Ayah dia la yang kena buat nanti tue.

Pastu memborong di Swarovski pulak. My MIL got me a charm blacelet which is very very lovely. It is full of colours and I just loved it. Tq mummy!!!! Will upload the pics in the next entry. Masuk lagi dua tiga kedai lepas tue. Sedar tak sedar dah dekat pukul 6pm dah but still ramai lagi orang bershopping. Gile penat.

Gila tengok mainan kat Hamleys ni

6 tingkat bangunan yang penuh dengan toys

Saya x shopping so mari ambil gambar @ Regent Street

Next day ke Bicester Village pulak. Kalau dah datang London nie mesti la kena pegi sini kan. Bolehlah beli designer labels dengan harga yang murah berbanding kat bandar London nun. Seawal 8 pagi dah bertolak dari rumah. Singgah breakfast kat one of the services. Sampai sana dalam pukul 11 dan sessi bershopping dimulakan. Kalau ada duit memang berbaloi bershopping kat sini. Giler tengok all the handbags, shoes, and dresses. I got new shoes as well. Mummy belanja lagi...hehe. Ada dua yang berkenan tapi satu lagi tue xde size. Erm..haruslah ajak hubby datang sini lagi nanti to check out kalau2 ada size yang saya nak tu.

Habis shopping dekat pukul 6 pm. Pukul 8 lebih baru sampai rumah. Penat ok tapi seronok mencuci mata di BicesterVillage. Hari terakhir bershopping di sekitar London saja. Pegi Harrods, Selfridges&Co., M&S dan beberapa kedai lagi. Rasanya dah cover semua tempat2 shopping kat sini. Btw, MIL and Aunty Jan siap beli beg baru untuk mengangkut barang-barang yang telah dibeli. So paham-paham jer la berapa banyak they all shopping!

Kita makan dulu

@ Bicester Village


Diana Memorial @ Harrods

Us with Ummi and Aunty Jan

Kepenatan


Sekarang tinggal kami anak-beranak je di rumah. MIL dan Aunty Jan dah berangkat balik ke Malaysia pagi tadi. Masa untuk bermalas-malasan di rumah dengan hubby n my kids. Memerlukan masa untuk menghilangkan kepenatan buat shopping marathon selama 3 hari. Bestnya dapat melepak with my loved one.

P.s. : Cant wait to wear my new shoe

Sunday, May 22, 2011

Welcome Back Amsyar !!!!


Anakanda saya sudah pulang ke pangkuan setelah 20 hari bersama Ummi and Atok di KL. Gumbira kami berdua. Makanya mulai hari ini rumah akan bising semula dengan suara Amsyar dan suara kami berdua kerana pekikkan si Amsyar.

Sampai rumah Amsyar macam terpisat-pisat jer. Macam pelik pun ada sebab macam pernah tengok jer tempat niekan. Lepas tue sibuk-sibuk je main toys Aimery. Macam jakun pulak Amsyar nie walaupun kat rumah Ummi pun dah berlambak mainan dia. Terpaksalah keluarkan kotak mainan dia yang saya simpan sepanjang 20 hari dia kat KL. Apa lagi bersepahlah balik rumah. Suka hatilah Amsyar. Asalkan x kacau org sudahlah.

Aimery macam happy pun ada abang dia dah balik. Mata dok ghalit pandang abang dia. Kejap toleh kanan kejap toleh kiri. Pastu dia pun sibuk nak bercakap bila orang lain bersembang. Nak jadi org besar dah, sibuk nak sembang sama.

But Amsyar macam x berapa nak sihat. Selsema macam teruk jer. Kulit dia pun teruk gatal-gatal sampai naik ke muka dia. Ubat sebeban Ummi bawa dari Malaysia. Rasanya eczema dia macam dah naik balik. masa buat test alergi dulu, doc kata Amsyar alergi pada habuk. Rasanya cuaca berjerebu kat Malaysia sekarang sedikit sebanyak menyumbang kepada masalah eczema dia. Poor baby. So sekarang kenalah sapu macam-macam ubat kat dia which he totally dont like.

Anyhoo, Amsyar dah balik dan we are all very happy. Boleh la plan untuk buat road trip kat UK nie.

P.s.: Birthday Amsyar dah nak dekat, me is so excited to plan a party for him.

From My Kitchen Presenting...TIRAMISU


Hari tue Angah (my lil sis) ada post gambar tiramisu yang dia buat. Dia pulak dapat resepi tue dari Tasha (my other sis...ramai sangat adik saya nie kan!!). Sangat tempting ok. Makanya haruslah saya meminta resepi untuk dicuba. Tengok-tengok resepi tu macam senang je nak membuatnya. Dua hari lepas saya pun cubalah membuat tiramisu itu.

Pukul cream cheese, gula and whipping cream sampai kembang

Susun sponge biscuit yang telah dicelup dengan bancuhan nescafe berselang-seli dengan bancuhan tadi, kemudian saya letak dalam fridge

Lepas 2 jam saya keluarkan dan hias dengan cooking choc

Dah siap tiramisu saya

Simplekan resepi dia. You all pun boleh buat. Hubby makan bertambah. Btw, dia memang sweet tooth. Apatah lagi kalau ada choc macam nie lagilah dia suka. Kesimpulannya percubaan untuk membuat tiramisu adalah success. Cuma jangan bandinglah tiramisu saya dengan yang kwn2 makan kat restaurant and hotel yang mahal2 tue. Saya punya takdelah sampai ke tahap chef sebab deco pun dah comot semacam. Untuk makan-makan family lepaslah.

P.s. : Resepi seterusnya? Any suggestion?

Thursday, May 19, 2011

I Love Shopping in London


Pagi tadi hubby kata nak pegi Wimbledon nak uruskan pasal ownership kereta ke apa. Dia tanya nak ikut ke tak? Saya pun dengan lancar je ckp nak ikut. Saja nak jalan pasal semalam dah melepak sehari suntuk kat rumah. Tak buat ape selain melayan DVD yang disewa dari Tesco. Semalam tengok The Tourist (orang lain dah berkurun tgk, kami baru terhegeh-hegeh nak layankan..erm ketinggalan sungguh!).

Lepas dah siap tiba-tiba hubby kata x jadi pergi sana. Kita pergi Oxford Street je la (Oxford Street lagi...hurmmm!). Ok la tue lagi pun nak beli baju Aimery sikit. Baju utk pakai kat rumah jer sebab yang ada nie semua dah jadi body fit. So hari nie x payah masak (saya suka!!!). Hubby mula-mula suggest Subway but then dia kata kalau dapat mkn sushi pun sedap nie. Sushi la kita hari nie. I loike.

@ Yo! Sushi. Saya tengah pegang Stanley. Tolong amik gambar si Stanley utk school project Aaron

The aubergines are very the yummy

Perut tengah lapar semua benda sedap giler


Tu dia bertingkat-tingkat piring. Dua orang yang sedang kelaparan makan


Kalau dah sampai Oxford Street ni tak sah la kalau x shoppingkan. Mula singgah Boot's sebab nampak promotion 3 for 2 utk make up. Apa lagi, mata adalah sangat rambang. Kalau boleh semua nk diambil. Nasib baik masih ingat daratan, Maka ambil yang perlu sahaja. Hubby terpaksalah mengikutkan aje. Kalau takde promotion 3 for 2 nie memang saya x beli. Bila tgk harga dan compare dengan harga kat Malaysia...jauh beli murah kat sini. So haruslah membeli walaupun bukan keperluan.

Pastu masuk Waterstone Bookstore. Ada promotion 3 for 2 jugak. Oh bestnya!!!!! Tiba-tiba rasa rajin nak beli buku (beli jer bacenya tak tau la bila kan..hehehe!). Hubby pun kata carilah kalau ada buku-buku yang berkenan. Tunjuklah sikit saya nie bukanlah pandai shopping jer, baca buku pun rajin jugak. Alangkah bestnya kalau di Malaysia ada promo macam nie. Mesti rakyat Malaysia akan jadi rajin membaca sebab boleh beli byk buku (ini teori saya sahaja sebab sekarang nie buku memang mahal so nak membeli pun mcm kemut-kemut jer nak keluar duit. Tapi kalau shopping baju, x kisah pulak kan....hehehe!!!). At last, saya pilih 2 buku and 1 for hubby.

Pastu gi Primark pulak. Kalau nak pergi Primark nie memang kiteorg elak pergi weekends sebab makhluk alam adalah sangat ramai sampai dah macam kat pasar borong (pasar borong pun ramai mcm kat sini kot). Nak membayar pun nak kena beratur berjam-jamkan. Hari nie just nice. Orang tak lah seramai mcm weekends. Cari baju untuk Aimery. T-shirt biasa2 je utk pakai kat rumah. Untuk Aimery dan Amsyar ada dalam 12 ke 13 helai baju + seluar. Hubby got some t-shirt for himself. Hubby tanya saya nak beli apa2 tak? Haruslah jawap nak kan. Baju waktu spring nie best ok sebab walau pun dah balik Malaysia nanti masih boleh dipakai. kalau membeli waktu winter, nak pakai ke bendanya kat Malaysia. Cari punya cari, I found 2 lovely tops. I just loved it so much. Hubby pun kata lawa so apa lagi terus masuk bakul. Rasanya campur-campur semua baju adalah dalam 30 helai kot. And the best part, x sampai pun 100 pound. I loike!!!!

Ini bukan baju kotor

Kerosakan yang dilakukan

Dah dilipat..Baju palik banyak----> Aimery

Our book

My make-up

Bestnya kalau kat Malaysia ada byk promotion mcm 3 for 2 tue ker, buy 1 get 1 free ke. Dapatlah berjimat sikit (jimat ker??). Nie belanja susu and diapers anak jer dah RM500. Erm...nak ckp mcm mane??? At the end off the day, gaji empat lima ribu sebulan pun macam takde apa (saya je kot?). Takpelah yang penting bila berbelanja haruslah mengikut keperluan dan berbelanja mengikut kemampuan masing-masing. Insyallah, rezeki yang tuhan bagi cukup untuk keluarga.

P.s.: Belanja duit suami memang tak terasa ;p

Tuesday, May 17, 2011

Portobello Market @ Portobello Road


Semalam tanya hubby, esok nak pegi ke mana? Hubby ajak pegi Westfield Shopping Centre. Saya tanya hubby best ke tempat tu? Hubby kata macam pegi KLCC. OIC. Saya cakap lah dengan hubby nanti jomlah kita pegi Portobello Market. Portobello Market nie salah satu market yang famous kat London nie. Londoners and tourists suka datang sini sebab macam-macam ada. Lagi satu tempat nie famous sebab ada scene dalam cerita Notting Hill shoot kat sini. Mau nye x glamer tempat nie. Daripada pakaian, makanan, barangan antik, dan lain2 semua ada di sini. Portobello Market turut dikatakan the world's largest antiques market.

Tiba-tiba hubby kata kita pegi sana je lah esok. Pulak dah?! Tadi kata nak pegi Westfield. Westfield tue macam KLCC je. Nanti-nanti la kita pegi. Oke dokie. Maka kami ke Portobello Market hari ini. Kami naik bus je ke sana. Lebih kurang dalam 15 -20 minit dah sampai. Tapi yang peliknya, signboard marketnye kami nampak cuma marketnya macam nan ado. Erk...apasal pulak nie?

Saya suruhlah hubby tanya orang kat situ. Rupa-rupanya market hanya beroperasi pada hari Jumaat dan Sabtu saja ye kawan2. Takde rezeki kami hari nie. So sad. Tapi kedai-kedai yang lain masih dibuka. Market saja yang takde. Oleh kerana perut dah lapar, kami pun jalan-jalan lah di kawasan sekitar utk mencari tempat makan. Jalan punya jalan terjumpa kedai makan melayu uolls. Rezeki kami nampaknya. Nama kedai tue 'Makan'. Nampak macam menarik. Ramai jugak mat salleh yang makan kat situ. Kami masuk dan terus order makan sebab dah lapar sangat. Saya makan Mee Laksa Singapore and hubby order Char Kuey Teow yang pada pandangan saya x berapa nak char. Macam kuey teow biasa je nampaknya. Mee saya kira ok lah sebab x berapa pedaskan, kalau pedas mesti best. Hubby punya kira bolehlah.



Lepas makan kami sambung jalan lagi. Portobello Market nie adalah sepanjang Portobello Road. Jauh jugak berjalan. Kalau ada market mesti lagi meriah tempat nie. Masa jalan tue ada ternampak kedai jual fresh water pearl. Ajak hubby singgah untuk tengok kot2 ada yang berkenan. Boleh tahan jugak pearl dia. Macam-macam kaler ada. Lepas dah belek-belek tue, saya beli dua rantai panjang. Kalau beli banyak bolehlah tawar-menawar dengan tuan kedai. Boleh beli pakai card tapi they all prefer kita bayar cash. So kalau datang, sila bawa cash banyak2 ye.

Kalau ada masa nanti, saya nak ajak hubby datang sini. Bukan nak beli apa sangat pun. Saja nak merasa sendiri kemeriahan di Portobello Market nie. Bolehlah share cerita dengan kwn-kwn sekalian.




Banyak gila mesin jahit jenama SINGER kat kedai nie

Monday, May 16, 2011

From My Kitchen....Presenting Macadamia Nut Cookies


Last night managed to masuk dapur to try out new recipe. Sekarang nie tengah berkobar-kobar nak masak/bake segala benda. Sementara ada mood nie baik dibuat if not collection recipes tu hanya tinggal collection sahaja, Buatnya nan ado.....

While hubby taking care of Aimery, saya pun sibuklah membuat macadamia nut cookies. The recepi is very simple. Finger crossed. Harap-harapnya percubaan pertama nie menjadi.

Cookies in the making

Hot from the oven

My macadamia nut cookies


For the 1st timer like me I would say my cookies is not bad. But the is still room for improvement. Next time must put more nut, more white n dark choc chips. Then it will taste more yummy. Can't wait to bake these cookies again.

Sunday, May 15, 2011

Spring Collection


Seminggu lebih nie, saya dengan Aimery lepak jer kat rumah. Hubby tengah busy dengan final exam. Dari pagi sampai ke petang dia di college untuk buat revision. Boring ok duduk katrumah. Walau pun ada internet, Sky Tv, DVD kat rumah tapi dah x boleh nak masuk. Habis2 pun main dengan si kenit je la....

Sekarang hubby dah habis exam. Yeah!!! Boleh keluar jalan2. Alah bukan jalan mana pun kan. Dekat2 kawasan rumah jer. Happy macam nak pegi trip la pulak. Semalam kiteorg ke Oxford Street sebab nak cari sikit baju untuk Aimery. Baju yang ada semua dah ketat. Membesar bagai johan lah pulak Aimery nie. Baju yg untuk 6 mos pun dah sendat. Kesian la pulak baby mummy ni kan. Oxford Street nie x pernah lengang apatah lagi weekends mcm nie. Jalan pun berlanggar bahu dengan org. Tapi nak shopping punya pasal gagahkan jugak.

Keluar masuk dua tiga kedai tak ada yang berkenan. At last masuk GAP sebab ada nampak sign board tulis discount up to 60%. Haruslah masukkan. tengok2 kalau ada yang sesuai untuk Aimery and Amsyar. Kalau ada yang sesuai untuk mummy, mummy pun boleh ambil jugak. Hubby dah offer giler x cari??? Lepas tgk2 tue adalah 3-4 pasang baju yang sesuai utk Aimery dan Amsyar. Saya tak ambil apa2 sebab tak berkenan. Well actually memang ada yang berkenan tapi bila tengok harga macam tak berbaloi je. Nanti tunggu masa summer sale. Kalau ada SALE bolehlah beli. If not, lupakan saja.

Polo shirts and T-shirts for my two babies

Later on saya ajak hubby pegi ke Longchamp boutique kat New Bond Street. Dah lama dah nak datang sini tapi x pegi-pegi. Ni dah alang-alang keluar nak singgah kejap tengok their spring collection. Dah masuk kedai nie, mata saya adalah sangat rambang. The spring collections is fabulous. Kalau saya ada duit maunya membeli 2-3 buah beg. Nasib masih sedar yang diri ini sedang tidak bekerja sekarang so hanya pasang angan-angan je la.

Walau bagaimanapun agar tidak tidur dan mengigau nak pakai handbag Longchamp ini, saya minta hubby belikan 1 handbag yang murah je. Jadilah kan daripada xde. Thank you dear.

Pliage Arbre de Vie Maxi Tote Bag in navy

Besides handbags ada macam2 lagi barang yang best mcm dresses, bracelets, shoes, jackets, and etc. Pendek kata, sedia duit jer. Macam2 ada. the cheapest bag available at 47 pound (yes..it is small). So sapa-sapa datang London nanti boleh la singgah boutique Longchamp di New Bond Street nie. Rasanya barang kat sini murah sikit dari kat Malaysia kot (ye ker..? you guys check la ye).

P.s.: Dalam hati ada taman